Friday, November 14, 2008

duet raya

ngah layan perasaan td.. (bosan sebenarnya) tebukak balik video2 lama yg aku n mmber2 rakam dulu2... tetengok plak video aku n loqman beduet lagu raya anuar n elina... hohohoho tegelak aku sowang2.. maunya x tgk aksi aku... cam samseng pown da gak.

time jamuan raya utk bebudak batch aku. x plan pown nak join tp memandangkan dah byq 4 inggit then malam tue agak free so join ja la. mmg bebaloi gila arh... malam tue aku makan puas gila. ngan sate nth bapa cucuk, nasik impit, kek, ketupat, rendang, kueh raya phewww sakan2....


hehehehe dlm ngah sebok makan la nama aku dpnggil wat pesembahan . acely dah taw nak wat. my feeling??? teruja + excited + nervous gilew!!! tp cam dpt manage ngan jayanya.. hahaha juz loqman da lupa lyric cket.... for me... its ok perencah lawak cket.. hehehehe

sesaja bowink citer sal neh... lalalala~

cinta jemaah yg kecundang...

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...


2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...


3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.


4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...


5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...


7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...


8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...


9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...


10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..


11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....


12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tqyang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,


16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...


17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,






Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua. Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!

Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta! Seronoknya bercinta.


Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka.


Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta.


Jemaah hanya spare part ketika itu.Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi. Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan mnyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka.


Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi.


Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan! Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu.


Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya. Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua....

kenanganku

Da 1 pagi pas aku bawak mak aku beli barang dapor dia ajak aku p umah mak lang aku. Actually sabtu nie knduri anak dia merangkap cezen aku. Aku x cnfirm dapat balik @ x memandangkan da lagi 1 paper heavy aku kena carry. Dalam melepak tue aku melayan plak ank sedara sepupu aku si hakimi jalan2 kat keliling kawasan tue…. Mata aku tetancap kat pokok kopi kat depan umah paklong aku. Hurmmm…. Otomatik tingat zaman aku kecik2 dulu. N aku perasan buah kopi banyak giler n merah ranum ja kat pokok tue… kalo zaman aku kecik time arwah tokwan still ada aku slalu join dia kutip buah2 kopi tue. Slalunya aku tolong bawak baldi ja dia plak bawak kayu utk kait dahan turun smpai kat aku then aku petik la masokkan dalam bekas tue… Aku x nafikan arwah mmg x reti duduk diam even x larat pown gagah jugak nak keja. Keliling umah dia n kawasan umah sedara2 aku kat situ penuh ngan pokok kopi. Pokok len pown da gak. So aku kalo lepak umah tokwan sure aku join aktiviti dia. Kadang2 bila aku mnjerit kena gigit ngan semut dia akan gelak then suruh aku balik ja x payah ikut dia tp aku x kisah sgt pown.. huhuhu really miss that moment la… skang dia dah xdak… kawasan tue pown da totally changed. Byk pokok kopi arwah dah ditebang oleh sedara2 aku sbab depa kata semak. Tnggal la 2 3 pokok lagi yg bertahan… ikot taon pokok2 tue lagi tua dari aku. Skang xdak sapa pown dah peduli kat pokok2 tue. Kalo masak pown biaq ja sampai buruk xdak sapa peduli. Kalo arwah??? Dia akn kutip then jemur smpai kering then nnti dia jmput suma anak beranak tmbuk kopi sama2 ramai2. Masa tue mmg best la cozz ramai2 bekumpul sesame sedara n gotong royong sama…. Suma dapat merasa kopi tue.

Arwah setahu aku mmg sorg yg serius. Susah dia nak melawak ngan cucu2 dia n anak2 dia. But I really2 love him.. so much!! Slalu kena marah tp x bemakna aku benci dia. Ntahla dulu kecik2 masa umah aku xwat lagi ngan depa la aku n fmily stay. pas pindah aku x boleh berenggang ngan tok n tokwan aku so aku stay ngan depa. Because I feel belonging… suasana umah tue setengah org cakap seram tp for me it’s really2 comfort. Malam beteman pelita g even dah da letrik. Mandi pown telaga. Air dia bley tahan sjok. Kenapa rasa comfort?? Bleh mnja lebih cket ngan depa.. hohohohoho

Skang nie umah arwah pown da tnggal tapak. Tue pown penuh ngan semak samun. Masa umah tue dirobohkan aku xdak daya nak menghalang. Ntah kalo dia still idup tgk keadaan camtu mesti sedih… kenangan ngan arwah tok n tokwan tetap dlam ati aku… terkilan sebab x sempat nak balas jasa depa ngan sempurna…. Aku x nafikan aku agak jahat tambah2 zaman baru kenal dunia remaja dulu. Depa sgt2 perlukan aku tp aku x ikhlas tolong depa. N skang bila pk balik aku macam nak ulang zaman tue. Kasih syg tok n tokwan x penah kurang tp bila aku besaq cpat sgt akulupa suma tue.

Al-Fatihah utk arwah tok and tokwan tesayang….

Thursday, November 13, 2008

another one to go!!!

4 paper dah lepas.... nak lepaskan diri lagi 1 paper ja lagi... n my expectation... fuh agak susah la cozz aku nye carry mark pown sangat x seberapa.... tambah plak lec feberet aku tue agak strick marking paper. aku dah all out dah dalam test n quiz also presentation n i'm really2 shock my result is totally not in my expectation!! down giler ahhh kena struggle lebih la final neh...

so i hope last paper nie pown aku ble jawab ngan tenang sama ngan paper2 sblm neh... keyakinan aku.... 4 paper nie confirm pass!!! tp last nie aku x bapa confident... tggu la next session aku story... llalalalalala~

Friday, November 7, 2008

sudut insaf

Mukjizatnya Azan Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma . Hanya masa danwaktunya yang tidak kita ketahui . Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajaltidak dapat berkata apa-apa . . . . lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan'sakaratul maut'

. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklahkamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allahakan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya ."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agarmendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasaazan berk uma ndang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormatiazan . Banyak fadhilatnya .

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri .Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allahakan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajalhampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah . . " yang mana sesiapa yang dapatmengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka . Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan danmohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasanyawa kita sedang dicabut .

"Ya Allah! Anugerahkanlahkematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah . . " semasa sakaratul mautmenghampiri kami . Amin . . amin . . amin Yarobbala'lamin . . " WASIAT NABI MUHAMMAD S . A . W . kepada SAIDINA ALIR . A . ;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata .
2) Menjauhi segala yg haram
.3) Merendahkan diri .

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya .
2) Merahsiakan sedekahnya .
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya .

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji .
2) Menjauhi kejahatan .
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalamkeharaman .

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya .
2) Menghisab dirinya .
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s . w . t..


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotakderma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa kesupermarket . 45 minit terasa terlalu lama untukberzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak . Semua insan ingin memasukisyurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicaratentang bagaimana untuk memasukinya . Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati . . . Kitaboleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail mahupun edit/mengedit danlain-lain . . tetapi bila mengirimkan yang berkaitandengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali . . ... .

Wednesday, November 5, 2008

me in here!!

dah lama sangat x lepak sini n really miss it. tepaksa lupakan hobi menulis. laptop aku wat hal wat kali ke8. brader technician tue smpai kutuk aku nye laptop bley wat sendal pintu la... hampeh goh!! tp paperpown aku appreciate gak dia nak tlg repair.. wooo even laptop nie dah xdak kudrat lebih tp aku cayunk gilew arhh..

dalam aku menyepi nie pergghhh Allah pown banyak menguji aku macam2. kekadang sampai aku rasa sampai bila aku bley betahan ngan suma2 nie... lama2 jadik penghuni wad mental gamaknya... hahahaha dekat plak ngan x-boy aku.. lalalalalala~

Alhamdulillah tiap yang belaku aku nampak sikit2 hikmah n pasnie masalah2 nie la aku jadik pengajaran......

miss my family.. cam lama x jmpak padahal baru seminggu x balik. busy ngan final sama. Alhamdulillah 2 paper killer awal aku dapat fac ngan jayanya.. huhuhuh how miracle. tambah2 paper law. memula mmg aku x cnfident langsung sebab aku x study n paham menda pown. mmber kau da stat aku tekial2 x paham menda g. bila mmber aku bgaitau chapter2 penting pown aku xtaw menda g. mmg tensen gaban... last2 inisiatif aku.... mmber aku bagi point2 penting n aku pahamkan.. then aku explain balik... hahaha org slalu cakap aku nie penglipurlara sebab suka becerita so aku gunakan kelebihan aku tue becerita balik.. 4 5 kali ulang then final law yg aku expect plak masuk.... mmg besyukur sesangat... jawab ngan lancar..
hohoho

got to go..
dar~

Friday, September 5, 2008

jom kita cari...

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

kemeriahan ramadhan.......

makin aku besar nie... rasa makin jauh aku tnggal benda2 yg sepatutnya aku wat..... nie yg buatkan rndu zaman dok hostel..... dulu, bila smpai bulan posa ja otomatik aku bebai.... mana xnya... bkak posa n sahur confirm dah x sama macam kat umah... pastue kena wajib naik surau wat tadarus n tarawikh, weekend plak qiamullail, kadang2 da tazkirah lagi, kuliah subuh, magrib...... malam2 b4 tidoq kena hafal surah as-sajadah ngan surah al-mulk... kekadang smpai busan la kna follow menda nie suma. besala nama pown budak nakai.....

cerita bab hostel, penah gak time dekat raya aku bawk balik mercun... hoho memandangkan mmber aku n abg aku mmg pengedar mercun yg agk bejaya so depa bg aku mercun bola n ketupat wat mengisi masa lapang kat hostel. hoho~ mercon nie kalo kena tgn mau besepai gak pa... dgq bunyi pown da takot... n one nite, aku n mmber2 aku naik surau awai kononnya nak hampaq sejadah... tp sebenaqnya p blkg skola saja nak test power... sekali meletop perrgggh!!! tp adegan tue tekantoi bila abg senior aku yg melepak situ nmpak kami.. apa lagi ngan telekung ttp muka tnggal bijik mata terus cabot.. untill now depa xtaw kot..


but now, i'm really miss that momment. skang mana da org guide dah... suma dah besar n wat hal masing2.... aku pown sama... bila xdek guide nie makin pnjang lew taring aku... nak back macam dulu? susah dah kot... kena high spirit... sebab tue kot rasa jiwa empty skang nie... xdek pengisian apa2... suma atas inisiatif sndiri...

havoc betol smbutan ramadhan dulu2... skang yg aku sempat pown tarawikh ja... tue pown belubang2 g.... nak khatam al-quran da x smpat.. alahai sedeynya..... tp dah x tepikir nak wat keja nakai camtue dah... nampak buruk sgt pangai aku....

everything was totally changed... same like me....
skang masa aku byk isi ngan notebook, lepak ngan kekawan, handphone, study, tidoq, makan smpai cezen aku pnggil aku gemok. dulu penah tepikir bahgianya dpt hdup senang macam skang... tp rupanya kemeriahan ramadhan dulu2 jugak yg aku nak...


so to all muslim, aku ucapkan salam ramadhan.... luangkan lebih masa2 camnie ngan muhasabah diri balik, tngkatkan amal ibadah... da la masa nie setan2 suma da xdak... jihad ngan nafsu ja... kalo rasa x ble p... mybe da penghalang between kita ngan DIA. macam aku yg byk lalai da nie...
jgn biakan ramdhan berakhir without apa2 pengisian... x mngkin kita jmpak lagi next ramadhan... wallahualam...

sekian kuliah subuh aku...

Thursday, September 4, 2008

TEST!! TEST!! TEST!!

HOw busy this week.. semalam baru jew anta assignment research sal intel tue... alhamdulillah... lega ati aku... arinie plak kena wat presentation sal tue.... mmg cantek kami nye schedule... pagi presentation, petang test OM, malam test HR, pagi esok plak test STAT.... aduhai.... unstop lak tue... mao migrain seminggu pa... hahaha camna pown kena teruskan...

jumaat ble balik umah milah... hehu~

Wednesday, September 3, 2008

appreciate la kawan..........

masa nie la aku flashback balik... betol kata sorg sahabat aku.... kenapa aku suka sgt tolong kawan? apa yg dia penah buat utk kita? dgr cam selfish tapi kali nie bnda tue betol2 kena batang hdung den!!!! hnya sebab 1 kesalahan kecik terus aku di blame smpai apa yg aku wat dia x nmpak....





that nite tgh rncak besembang ngan mmber2 aku sal assignment tetiba dia call n nangis kat aku.. panic giler tetambah memalam nie... rupanya dia stuck kat sharp atas sebab masalah dia sndiri..... imagine perasaan aku time tue... kat kawasan kilang! dlam ati aku xdek apa2 yg aku riso except keselamatan dia. wat mat2 bangla serang dia... mana nak lari??? n that time aku juz nampak sorg sahabat aku nie.. merangkap x-boy dia utk aku begantung harap... tp sorg sahabat aku da menghalang cozz x elok mntak tlong sbb da xd kaitan... aku mmg gelabah bewak dah.. sapa yg blh aku tolong skang??? YAALLAH... tetiba tingat sorg mmber yg aku knl tp x bape close yg stay area2 sini.. terus aku call n mntak tolong. malu jgn cakap la.... tp tepaksa tebalkan muka demi kawan aku sorg nie... n alhamdulillah dia setuju. bila aku call mmber yg ditimpa masalah, she still crying. it's really2 pressure me! i have to do something to save her! dah byk halangan Alhamdulillah dia selamat smpai.. muka beseri plak aku tgk. n masa tue baru la hati aku da tenang... thx God for everything.... n i thought every problem was settled.... bt juz now she blame me for 1 mistake... i told her x-boy bout her story.. dia ckp aku x jaga maruah dia.....



betapa kecewanya hati aku... gila kecewa!!!!!!! apa plhn yg aku ada masa tue? kalo dh time tue aku lepak dia n only him da moto.. at least aku leh beharap selfish tol mmber aku neh!! smpei ati kata aku x jg maruah dia... kalo aku x jg lantak la ang duduk tecongok kat depan kilang tue baru padan ngan muka......







i really hate her!!!!! pas nie xtaw la camna ak nak bawak kwan balik ngan dia. mmg da xdek perasaan.

usia bumi kita.......

Just to share...............

Takutnya sempat ke kita nie ?

a) Mengikut hadith, umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....

Wallahu'alam...

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda... Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...

Tuesday, September 2, 2008

inilah sahabat.....

balik dr titi hayun baru aku pasan rantai aku tetinggal kat dalam beg cezen aku... aku dah agak dah... aku xmao bukak rntai tue tp si nazri merepek2 takot hlg la menda la... last2 dia bawak balik kulim... hampeh tol... da 2 malam dok mmpi rntai tue... bukan per da sentimental value cket.... aku cita kat nazri then nazri plak story kat mmber2 dia... last2 buyut sponsor diri nak anta. aku of course la x bagi... dah la budak tue nak balik perliz tp ketegaq jangan cakap la... katanya nak tebus dosa ngan aku... hahaha mamat tue???

keja dia mmg suka carik pasal ngan aku. kadang2 menyampah tp bila dia x join skali busan plak... adehhh!!!~

alkisahnya pagi tue dia da roger nak kuar kul2 pas zohor. so aku kena smpai awal tapi bas plak xdak. so aku soh dia pas jew kat mmber aku. tp dia kata dan jmpak.... in my side.. confirm x sempat... tgk2 kul 3 baru betolak.... angin apa agaknya mamat sorg nie... geram betoi.... da smpai kolej ak tnggu depan pagar tetiba dia call bagitau da tesilap smpai kat yan....

aku sepaptutnya dah expect menda nie akan jadi.. berat ati aku tp xkan nak soh dia patah balik. tgk langit mendung semacam. bulan posa plak tue...


me: ang balik la sana buyut... tp aku amanahkan betul2... jaga rantai tue cam nyawa sndiri....

buyut: lorhhh ang tnggu ct... 10 mnt g aku smpai... dok wat ayat sedih pa neh!!!

me: woooiiii aku tue riso kat ang. sdah la nak balik jaoh. x payah galak nak patah balik. semalam nak sgt hntaq... aku dah ka x payah!!! ketegaq!!!!!

buyut: rilek... ang tnggu situ stgi aku smpai...


tut...tutt... da letak phone... aku da panas ati... nazri plak masok campor... aku da malas layan....aku marah gak nazri tp nak blame dia 100% pown x ble.... aku taw dia nye tjuan nak tolong aku tp skang aku plak yg susah ati sebab dah susahkan dia.....


10 mnt kendian dah smpai dpn pagaq. mao tekejot berok aku... tp smpai mmg terok kena merepek... geram lar...

sembang pown x smpai 5 mnt... aku xmao susahkan depa dah pasnie....
huhuhu but thx God... dpt balik rantai aku...
i'm really appreciate what he done for me tp pasnie jgn arap!!!!!

hooo yay!!!

special thx to my dear fwenz that teach me how to do this. hehehehe then to all my fwenz... welcome to my blog. harap dpt byk info kat sini... beta baru je nak kenal2 ngan menda alah nie. kalo rasa salah plz tegor... hue~

ermm... its time for me to be radical... lalalalala~ njoy my blog!!!