Friday, November 14, 2008

duet raya

ngah layan perasaan td.. (bosan sebenarnya) tebukak balik video2 lama yg aku n mmber2 rakam dulu2... tetengok plak video aku n loqman beduet lagu raya anuar n elina... hohohoho tegelak aku sowang2.. maunya x tgk aksi aku... cam samseng pown da gak.

time jamuan raya utk bebudak batch aku. x plan pown nak join tp memandangkan dah byq 4 inggit then malam tue agak free so join ja la. mmg bebaloi gila arh... malam tue aku makan puas gila. ngan sate nth bapa cucuk, nasik impit, kek, ketupat, rendang, kueh raya phewww sakan2....


hehehehe dlm ngah sebok makan la nama aku dpnggil wat pesembahan . acely dah taw nak wat. my feeling??? teruja + excited + nervous gilew!!! tp cam dpt manage ngan jayanya.. hahaha juz loqman da lupa lyric cket.... for me... its ok perencah lawak cket.. hehehehe

sesaja bowink citer sal neh... lalalala~

cinta jemaah yg kecundang...

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...


2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...


3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.


4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...


5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...


7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...


8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...


9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...


10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..


11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....


12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tqyang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,


16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...


17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,






Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua. Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!

Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta! Seronoknya bercinta.


Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka.


Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta.


Jemaah hanya spare part ketika itu.Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi. Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan mnyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka.


Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi.


Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan! Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu.


Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya. Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua....

kenanganku

Da 1 pagi pas aku bawak mak aku beli barang dapor dia ajak aku p umah mak lang aku. Actually sabtu nie knduri anak dia merangkap cezen aku. Aku x cnfirm dapat balik @ x memandangkan da lagi 1 paper heavy aku kena carry. Dalam melepak tue aku melayan plak ank sedara sepupu aku si hakimi jalan2 kat keliling kawasan tue…. Mata aku tetancap kat pokok kopi kat depan umah paklong aku. Hurmmm…. Otomatik tingat zaman aku kecik2 dulu. N aku perasan buah kopi banyak giler n merah ranum ja kat pokok tue… kalo zaman aku kecik time arwah tokwan still ada aku slalu join dia kutip buah2 kopi tue. Slalunya aku tolong bawak baldi ja dia plak bawak kayu utk kait dahan turun smpai kat aku then aku petik la masokkan dalam bekas tue… Aku x nafikan arwah mmg x reti duduk diam even x larat pown gagah jugak nak keja. Keliling umah dia n kawasan umah sedara2 aku kat situ penuh ngan pokok kopi. Pokok len pown da gak. So aku kalo lepak umah tokwan sure aku join aktiviti dia. Kadang2 bila aku mnjerit kena gigit ngan semut dia akan gelak then suruh aku balik ja x payah ikut dia tp aku x kisah sgt pown.. huhuhu really miss that moment la… skang dia dah xdak… kawasan tue pown da totally changed. Byk pokok kopi arwah dah ditebang oleh sedara2 aku sbab depa kata semak. Tnggal la 2 3 pokok lagi yg bertahan… ikot taon pokok2 tue lagi tua dari aku. Skang xdak sapa pown dah peduli kat pokok2 tue. Kalo masak pown biaq ja sampai buruk xdak sapa peduli. Kalo arwah??? Dia akn kutip then jemur smpai kering then nnti dia jmput suma anak beranak tmbuk kopi sama2 ramai2. Masa tue mmg best la cozz ramai2 bekumpul sesame sedara n gotong royong sama…. Suma dapat merasa kopi tue.

Arwah setahu aku mmg sorg yg serius. Susah dia nak melawak ngan cucu2 dia n anak2 dia. But I really2 love him.. so much!! Slalu kena marah tp x bemakna aku benci dia. Ntahla dulu kecik2 masa umah aku xwat lagi ngan depa la aku n fmily stay. pas pindah aku x boleh berenggang ngan tok n tokwan aku so aku stay ngan depa. Because I feel belonging… suasana umah tue setengah org cakap seram tp for me it’s really2 comfort. Malam beteman pelita g even dah da letrik. Mandi pown telaga. Air dia bley tahan sjok. Kenapa rasa comfort?? Bleh mnja lebih cket ngan depa.. hohohohoho

Skang nie umah arwah pown da tnggal tapak. Tue pown penuh ngan semak samun. Masa umah tue dirobohkan aku xdak daya nak menghalang. Ntah kalo dia still idup tgk keadaan camtu mesti sedih… kenangan ngan arwah tok n tokwan tetap dlam ati aku… terkilan sebab x sempat nak balas jasa depa ngan sempurna…. Aku x nafikan aku agak jahat tambah2 zaman baru kenal dunia remaja dulu. Depa sgt2 perlukan aku tp aku x ikhlas tolong depa. N skang bila pk balik aku macam nak ulang zaman tue. Kasih syg tok n tokwan x penah kurang tp bila aku besaq cpat sgt akulupa suma tue.

Al-Fatihah utk arwah tok and tokwan tesayang….

Thursday, November 13, 2008

another one to go!!!

4 paper dah lepas.... nak lepaskan diri lagi 1 paper ja lagi... n my expectation... fuh agak susah la cozz aku nye carry mark pown sangat x seberapa.... tambah plak lec feberet aku tue agak strick marking paper. aku dah all out dah dalam test n quiz also presentation n i'm really2 shock my result is totally not in my expectation!! down giler ahhh kena struggle lebih la final neh...

so i hope last paper nie pown aku ble jawab ngan tenang sama ngan paper2 sblm neh... keyakinan aku.... 4 paper nie confirm pass!!! tp last nie aku x bapa confident... tggu la next session aku story... llalalalalala~

Friday, November 7, 2008

sudut insaf

Mukjizatnya Azan Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma . Hanya masa danwaktunya yang tidak kita ketahui . Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajaltidak dapat berkata apa-apa . . . . lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan'sakaratul maut'

. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklahkamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allahakan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya ."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agarmendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasaazan berk uma ndang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormatiazan . Banyak fadhilatnya .

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri .Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allahakan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajalhampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah . . " yang mana sesiapa yang dapatmengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka . Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan danmohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasanyawa kita sedang dicabut .

"Ya Allah! Anugerahkanlahkematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah . . " semasa sakaratul mautmenghampiri kami . Amin . . amin . . amin Yarobbala'lamin . . " WASIAT NABI MUHAMMAD S . A . W . kepada SAIDINA ALIR . A . ;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata .
2) Menjauhi segala yg haram
.3) Merendahkan diri .

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya .
2) Merahsiakan sedekahnya .
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya .

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji .
2) Menjauhi kejahatan .
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalamkeharaman .

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya .
2) Menghisab dirinya .
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s . w . t..


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotakderma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa kesupermarket . 45 minit terasa terlalu lama untukberzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak . Semua insan ingin memasukisyurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicaratentang bagaimana untuk memasukinya . Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati . . . Kitaboleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail mahupun edit/mengedit danlain-lain . . tetapi bila mengirimkan yang berkaitandengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali . . ... .

Wednesday, November 5, 2008

me in here!!

dah lama sangat x lepak sini n really miss it. tepaksa lupakan hobi menulis. laptop aku wat hal wat kali ke8. brader technician tue smpai kutuk aku nye laptop bley wat sendal pintu la... hampeh goh!! tp paperpown aku appreciate gak dia nak tlg repair.. wooo even laptop nie dah xdak kudrat lebih tp aku cayunk gilew arhh..

dalam aku menyepi nie pergghhh Allah pown banyak menguji aku macam2. kekadang sampai aku rasa sampai bila aku bley betahan ngan suma2 nie... lama2 jadik penghuni wad mental gamaknya... hahahaha dekat plak ngan x-boy aku.. lalalalalala~

Alhamdulillah tiap yang belaku aku nampak sikit2 hikmah n pasnie masalah2 nie la aku jadik pengajaran......

miss my family.. cam lama x jmpak padahal baru seminggu x balik. busy ngan final sama. Alhamdulillah 2 paper killer awal aku dapat fac ngan jayanya.. huhuhuh how miracle. tambah2 paper law. memula mmg aku x cnfident langsung sebab aku x study n paham menda pown. mmber kau da stat aku tekial2 x paham menda g. bila mmber aku bgaitau chapter2 penting pown aku xtaw menda g. mmg tensen gaban... last2 inisiatif aku.... mmber aku bagi point2 penting n aku pahamkan.. then aku explain balik... hahaha org slalu cakap aku nie penglipurlara sebab suka becerita so aku gunakan kelebihan aku tue becerita balik.. 4 5 kali ulang then final law yg aku expect plak masuk.... mmg besyukur sesangat... jawab ngan lancar..
hohoho

got to go..
dar~

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......