Friday, July 30, 2010

proposal telah diluluskan!!!!!

Alhamdulillah... berkat usaha taqwa mulia aku & of cozz kekawan yang banya berusaha akhirnya proposal telah berjaya diluluskan bersama budget yang x perlu di"cut2" jumlahnya. aku bahagia... hehehehe so skang boleh la we proceed to another work...

then semalam jugak ke INTAN wilayah utara bersama encik azril & encik mus. carik penceramah yang sesuwei untuk ethics dialogue. first time jejak kaki kat tmpat nie. nice la gak kan. yang paling penting semua orang kat sini proper2 belaka. after make some discussion so depa agree utk turun padang membantu & i really appreciate that. skang keja seterusnya provide official letter ja untuk mereka2 ini.

ethics hampir selesai... IR belum pasti. next week akan berusaha lagi...
doakan yang terbaik...

Wednesday, July 28, 2010

hari yang stress!!

sekarang baru aku tau betapa penatnya nak dapatkan kelulusan untuk implement satu2 projek. yeah it totally damn tired!!! tapi aku salute sebab anak2 buah aku merangkap kawan2 aku gak pandai play role memasing. so aku hanya follow the progress & of course bagi kata putus untuk satu2 keputusan. tapi nak cakap yes or no pon gila cuak cozz every decision made by me maybe can affect all the result in future. serius aku xdek pengalaman.. huhu


kisah tadi.... semalam aku da disoal oleh madam mengenai progress & kertas kerja & confirmation penceramah yang akan give talk. tekulat2 aku menjawab depan madam lyn. yala list penceramah yang membuatkan ketas keja kami stuck. bajet pon macam still ada masalah. smpai tersasul menjawab tapi nasib baik lepas. madam da gitau esok ada meeting untuk program student so if we miss this meeting to submit our report then we have to wait anoter month. masalahnya makin lewat la nak approve budget. that the most important things that we have to worried now. so semalam sembang2 da dapat la nama penceramah.

hari nie after class CSC aku, mus, effa & azril merayau2 kat bangunan HEA carik lecturer yang berkenaan untuk dapatkan endorsement. da dengan posa lagi tapi kami kena betindak cepat. mujur madam lyn bagi kebenaran madam zafifa endorse bagi pihak beliau. mudah keja. then smpai ke tangan madam zauyah the things became worst. nope!!! of course i'm not blamed her. but seriously i try my best to be good tapi masih belum sebaik itu.. huhuhu blur gilew ahh bila disoal macam2. kuar2 dari bilik dia aku rasa tersangat2 down. smpai beg pon tetinggal dalam bilik tu. aku terkilan jugak sebab x bejaya puaskan hati dia. of course i feel ashamed. sebabnya aku nampak dia meletakkan harapan untuk my team do our best tapi belum smpai tahap tu. she dissapointed same goes to me.


aku kuciwa!! stress!! x perform!! comot!!! annoying!!! bila smpai bilik sir mahad thank God sebab dia banyak membantu jugak and guide balik apa yang berlaku. jam menunjukkan kul 1. sir nak kami submit proposal kul 2. banyak yang nak kena repair. besides, ada lagi class dengan madam zauyah kul 2 jugak. kena bergegas jugak2. so after semua hal kat bilik sir ciap. dalam 1.15 baru smpai umah & sangat kelam kabut ciapkan proposal. aku da x smpat mandi untuk next class. pas smyang siap2 terus patah balik ke bilik sir untuk hantar. 2 lebih gak baru smpai kat tangan dia.. bila smpai pergghhh rasa teramat lega. hilang lelah semua. gegas balik ke class.


rasa malu pon ada nie. aku x performm sob3... =(
rasa nak release tension ja. aku suka kuar sensorang carik mood. tapi si kanda berat hati nak izinkan. aku da rasa hangin semacam. da bila tanya terus diam... gerammmm!!!!


last2 aku balik tido. tu pon dalam keadaan marah. si dia nak kejutkan aku da rasa malas tapi bila kena warning tepaksa kena setuju. marah ni marah!! kebebasan sedikit tersekat. nasib aku ingatkan diri untuk lebih tolerance. huhuhuhu akhirnya bila da tido, bangun2 mood aku terus ok balik. hahah bila si dia kejut pon ok balik da feeling even 2x gak kena make call sebab aku penat sangat.

after take a shower than otak aku yang block nie tetiba macam baru dapat wahyu. yeah apa pon cabaran pasnie aku akan kuat even goyah cket. nak proove to myself that i can make a work under pressure. that's actually the real satisfaction.

moga2 hari esok lebih dipermudahkan.. to my kanda. baru aku perasan bila dia kata aku nie degil dan kuat melawan cakap. now i'm realize. hahaha so sorry & thanks kerana banyak sabar....

Sunday, July 25, 2010

salah akukah??

terusik jugak hati aku tadi. pas class sorang sahabat aku tanya progres projek assignment IR n Ethics. dalam 2 hari nie memang aku x amik tau progres dia. yala balik bercuti. ada kematian keluarga, family makcik kat umah. aku ingat tapi aku tau kawan2 aku boleh handle keja depa. tapi bila aku bagitau alasan aku dia besembang degan orang lain plak.. i repeat my reason twice but i dont thin he can hear my voice.

bila dia tegur soh aku lebih aktif & agressive that's too much i think. yeah aku x banyak pengalaman but i try my part as best as i can. aku hanya hmmm, hmmm, & hmm. malas rasa mendengar lagi. yes aku ego. so what??

dari sudut positive. orait aku akan lebih alert kali nie. cuma harap sahabat itu tidak pending lagi. walaupun aku dalam muka bahagia tapi mood aku masih belum stabil sepenuhnya. u make me sick!! nasib blaja cara nak handle stress daam class cik mie tadi.

p/s: makcik ada cita dia bekenan new car dari inokom. i10. cute katanya. baru semalam selisih dengan beliau kat kola ketil. not bad la.. sempat gak lawan potong2.. haha

Saturday, July 24, 2010

akhirnya~

semalam tido dengan mak... hehe da lama x tido dengan beliau. lagipun makcik guna bilik aku. sebelum tido aku da pesan gitau mak jangan tido dulu sebabnya aku nak bagitau dia dua berita penting. jeng3x!!!

lepas mak tutup lampu, conversation kami start. seriously!!! aku bukan seorang anak yang pandai meluahkan perasaan & berkongsi cerita dengan mak. tapi semalam aku perlu kuat untuk itu. kekuatan dari si dia jugak la yang menguatkan tekad aku... yeah!!!

fuuhh penat aku menarik nafas..

me: ok mak jangan tidoq lagi, jangan tetidoq, mak dengar apa ti nak cita. pastu komen papa patut. mak kena dengaq jugak2 nie..

mom: hmmm apa dia.. macam2 ang nie

me: hehe 1. ti jadik assistant pojek manager untuk wat talk utk budak2 batch. so pasni akan stat sibuk, x boleh slalu balik umah... bla..bla...bla...

me: 2 berita nie paling penting. mak kena dengaq betoi2.. mak jangan  marah tapi dengaq ja dulu bagi abih k.
ti kenal dengan sorang nie................

then i continue my story smpai the end. mak hanya diam. dia hanya bertanya macam mana aku kenal si dia. then aku cita la kesemuanya... yang penting2 la kan... fuhh masa tue macam nak pecah jugak dada aku bedebar. aku x pandai conversate degan mak so this is my first trial & really hope it work. mak x komen papa. pas aku cita kami tidoq. hmmm tetanya dalam hati apa yang ada dalam fikiran mak... mak susah hati?? mak senang hati?? mak risau aku x pandai jaga diri?? mak percaya aku x dengan si dia???? arghhhh semuanya dalam kepala otak tapi x terluah...

esoknya aku nak balik ke umah sewa pon mak still x ungkit kisah semalam. tapi kami sembang, macam besa macam xdek papa yang berlaku. mak tetap bekalkan aku makanan. ingatkan aku barang2 takut aku telupa, n duit poket. xdek apa yang berubah.. tapi aku tau mak mendoakan aku yang terbaik... I love U soo much mom. so strong!! 'hug'

akhirnya.... berat hati aku bejaya dilepaskan. aku rasa sedikit tenang. aku x pasti nie keputusan terbaik untuk explain all this to my mom. sebelum2 nie aku banyak bermain2 mungkin kali nie aku patut serius. & I hope he's the best for me. alamak... takot2... i think he show me the right way by explaining to mom.

weekend kali ini

nasib belum besawang lagi blog aku.. bukan pe malas cket skang nak meng"update" cita padahal banyak benda nak aku kongsi-mongsi dengan semua.. (pebenda ayat aku neh)...

well ikut kesibukan dan planning memang x sempat sebenanya aku nak menjejak kaki balik kampung. sebabnya jumaat aku ada planning nak hang out ngan cousin aku si nazri. da lama sangat x jumpak dia & banyak sangat cita2 baru aku yang dia x update sama gak ngan aku. haha nie la keja kami, macam da sebati... my story dalam poket dia same goes to me. tapi yala skang nie banyak sangat halangan susah nak dating macam dulu2. ssecond nya... aku kena practise nasyid untuk mnggu bahasa arab. petandingannya rabu akan datang. nak perform depan ustz isnin nie. arini sabtu, apa pon x wat lagi. apa hal??? aku sangat risau!!!!!

alkisahnya aku mntak izin kat kekawan balik sekejap ja... bila nazri x dapat mai jumaat aku still melompat sakan sebab boleh la aku balik jenguk umah kat kampung. apa tau aku da 3 mnggu x balik la!!! sure rindu.. huhuhu bila mmber nasyid bagi kebenaran terus aku siap2. x smpai setengah jam aku da kat luaq umah perangat enjin keta.. ngeee~ cepat kan... besiap ala kadar. tarik buang abih cadar, sarung bantal, towel masam sumbat dalam beg untuk didobi kat umah. fuuhh akhirnya 620 petang smpai la kat umah.. bahagia jangan cakap especially tengok pokok2 bunga ros aku kembang 5 6 kntum bunga. tapi bila aku tgk dr dekat... WHAT!!!!!! kenapa daun2 dia banyak melecur!! tidak... serangan bakteria neh... geram siot! pokok baru nak belaja bedikari... huk3x...

asalnya nak cita apa belaku weekend nie. jumaat tengah begayut ngan cik milah, dapat panggilan dari makcik bagitau sedara kat tasik gelugur meninggal. pangkatnya tok lang. abang kepada arwah tokwan aku.. aku ingat sekali ja penah melawat arwah tu pon masa abah still ada. masa tu aku tengok dia da uzur tapi gigi dia penuh. masa tu aku kecik lagi so aku yang bodoh2 alang tanya la mak aku kenapa gigi dia cntik. rupa2nya arwah pakai gigi palsu.. hehehe tu je kenangan aku ingat. but at least i still remember him. smpai dekat rumah pas uas pusing2 nampaknya kami x sempat nak melihat jenazah da dianta unuk dikebumikan. yala sebabnya jumaat nak semayang jumaat lagi.... betemu sedara mara yang aku pon x kenal tapi sembang2 la follow mak & makcik aku. ada hikmah jugak sebenanya.. time2 camni la boleh kenal2 dengan sedara mara jauh yang aku rasa kalo aku jmpak tepi jalan selisih bahu pon jeling ja padahal sepupu sendiri... hmmm.... selesai 1 urusan

esoknya pagi belum bukak mata lagi aku denga riuh2 makcik & mak sembang lagi sorang sedara aku jugak kat bikan, kulim meninggal. pangkatnya kali nie sepupu kepada arwah tok plak. pangkatnya tok long bagi aku. so bangun pagi besiap ala kadar, teman acik & pakcik ke market then siap2 terus ke umah arwah. family aku, family paklong, abang mizi & family makcik. smpai2 sana jenazah dah usung kuar kampung. sekali lagi aku x sempat menatap. sedihnya kali nie aku langsung x cam muka dia. tapi apa boleh wat kan... sedekahkan al-fatihah je la... then bejumpak sedara mara belah sana plak. uikss... ramai nya sedara mara yang aku langsung x kenal. mak & makcik ja yang sembang2 panjang aku dengar2 camtu ja la.

balik umah kelam kabut masak, rehat sat then terus balik umah sewa.. & here I am...

Sunday, July 18, 2010

kawan sakit gigi

sahabat aku, bengkak pipi punya la teruk sakit gigi. dah puas dipaksa petangnya dekat2 magrib baru ada perasaan nak jmpak doktor. hujan renyai2, ngan keadaan aku gak yang kurang aktif bawak beliau ke klinik. yang aku perasan klinik cinta sayang kat pekan SP. tu ja. masa sampai xdek langsung patient. senang la hati x payah menunggu terus mmber aku dipanggil masuk. after few minutes dia kuar balik dengan muka cuak panggil aku.

she: doctor nak jmpak hampa.
me: hah untuk pa? (cuak gila)

bila gerak masuk rupanya doctor tue nak kami wat keputusan utnk mmber aku sebab katanya gusi mmber aku da teruk ada nanah & perlu dicuci. bila dia tnjuk memang aku pon macam x sanggup tgk. kaler da lain & nampknya sangat serius. aku support that doctor. & i think he play his role soo good. each quesion yang kuar dari mulut aku diexplain sebaik mungkin. kawan aku xmau buang risau tapi aku n mmber lain nekad nak buang menda alah tue. kalo x dia xkan sihat...

time doktor tue stat proses aku melopong!! alamak!! sanggup ka aku macam tu. serius seriau tengok. lama gak mmber aku diproses mulutnya & bila siap kami dipanggil mengadap. pastu doctor tu start berceramah sedikit2 sal penjagaan mulut as well as condition kawan aku. sebagai manusia yang agak obses sal kesihatan macam2 jugak aku bertanya.. hehehe it's really good to get avice from the right person. i appreciate that.

payment overall RM80. tekejut beruk memula tapi akur. mai pon da malam tapi aku sangat2 puas hati ngan service doctor tu. banyak input aku dapat

Thursday, July 15, 2010

Big Field & team spirit

da lama sahabat aku si changlun mengimpikan shoping besama2 sahabat. tapi memandangkan poket pakat kempis mengidam ja dulu.

n here it comes.. esoknya pagi selepas subuh akan terus bertolak dari rumah sewa. so malam nie aku kena rest awal so esoknya dapat drive ngan heaven cket.. aku da dapat rasa kepenatan untuk drive esok tapi keterujaan mengatasi segalanya. hahahaha next time ku cita la experiences di sana.


start tadi time class cik mie dalam dia explain2 sal ethics dalam OB, aku pandang beliau tapi rasanya mata aku da tembus ke belakang... akhirnya mata aku ditangkap beliau. alamak.... terus pandang note balik.

He: balkis da x sabar nak ke padang besar nie....

1 class besorak gelak... arrrggghh sudahh... nasib aku kurang baik arini. lantak la...haku bahagia. hahahaha

well after class bermeeting ngan member2 untuk project Ethics & IR. sebagai assistant kepada project manager, actually aku sangat bodoh & rasa xtau papa tapi yeah i've very good team member. semua tau peranan masing2. aku & mus cuma guide cket2. terharu jugak. yeah aku x sehebat mana. tapi bila member aku bagitau aku mendapat undian tertinggi rasa "WOW" sangat. they trust me a lot!!! speechless doe...


I promise, aku akan bagi yang terbaik. & harapnya my boss also can. haha kami dua still blur, but the rest gave full commitment n banyak membantu..

team spirit cenggini la yang aku harap2kan...

malam ini aku penat

segan nak post entry tapi tangan masih gatal nak menulis. siang tadi petang attend first class bel (report writing). xdek hallo effect kat lecturer baru neh. agak fun la class. jenis rilex mengaja... hope boleh score subject nie sebab dengaq cita heavy jugkla paper beliau.


selepas BEL, class aku wat meeting utk pilih calon utk handle project IR as well as ethics. wah4x aku dilantik sebagai assistant project manager. basically project x heavy mana, just invite penceramah bagi pint point cket sal subject tapi yala nak deal ngan org luaq nie letih la cket. adab nak kena jaga. our leader was encik mustaqiem. harapnya beliau dapat menjadi a good leader.


kepada kawan2 masa utk bejuang sudah tiba.jom wat keja sebelum masuk bulan posa!yeahh

Tuesday, July 13, 2010

advance industrial relation

sepatutnya aku n kekawan amik subjek elektif local government tapi lecturer xdek tepaksa 1 class amik subject nie.

sungguh susah & smpai sekarang aku x memahami sepenuhnya lagi. mujur ada basic IR time dip dulu. kalo x muntah hijau aku. yala... kepala otak pon x larat digest. siang tadi presentation boleh kata semua group hancur.. (temasuk my group). hahahaha camna nie...

entry emosi lagi~

cinta itu indah tapi kadang-kadang menyakitkan



sekali lagi aku menjadi jiwangan di sini. xpa2 nie last entry jiwang untuk sementara waktu nie kot. haha well, dulu aku x seserius nie tapi aku sedang berusaha menseriuskan diri.. (da serius kot). tapi bila sahabat2 menggiat aku ala2 aku nie princess diana segan jadinya. heheh I'm humble person. sangat merendah diri so x payah la selalu "wow" aku. besides, ini salah satu learning process gak. (yaka??) bagi aku la.. hingat senang nak memahami 1 hati nie. sikit punya susah. bebelit2 macam akar pokok kelapa sawit. hahaha but I try.
 
so kepada kandaku, harapnya sabar banyak2. aku mengamalkan prinsip egoism cozz I think egoism can be ethical. desperate situation cause logic action... haha ter"aplikasi" plak...
sungguh aku sekarang sedang berusaha menundukkan sedikit demi sedikit ego aku. hingat senang ka!!!
so kandaku jangan marah2 let we make it together by slowly... cool down!! yearghh!! ehehehe

damn it!!!!!

aku still x dapat membiasakan diri dengan kehidupan aku yang sekarang. kenapa dalam dada aku rasa sangat2 berat, kepala semak semacam, & badan pon tersangat lemah skang. I think that my body as well my soul cant react properly. adakah aku dilanda penyakit serius!!!!!


arggghhh perut pun rasa muak skang. kira betul la skang aku menghidap penyakit paling bahaya. nak diagnosis lebih2 pon aku x paham...

sebenanya aku susah nak accept my life now & i really miss my old time tapi bila pikir2 balik actually i'm happy now. ntahla... hidup memang banyak pasang surut...
arrrggghhh WTH!!! hate entry emosi!!!

Sunday, July 11, 2010

assignment terbaru~

slalu kena deal dengan company!! adoiii suck but this is still a task that had be done no matter what. dan pastinya kena wat yang terbaik... sebelum nie penah deal ngan Intel, pastu last semester dengan Inokom & this time belum decide sepenuhnya lagi.. tapi ada dah certain2 company yang dah KIV dalam kepala hotak. berterima kasih kepada kandaku kerana sama2 ringan tangan & mulut bertanya & membantu. rasa dihargai.. hehehe

kali nie nak lebih agressive. Aritu macam x confident sangat masa meeting dgn gang Inokom & of course i feel ashamed. berat jugak bawak identity student IPTA nie especially UiTM. ntahla tapi kekadang rasa semacam. hahaha patutnya lebih banyak practise nie

tue ja entry kali nie. malas update lebih2~

Saturday, July 10, 2010

memahami erti sahabat~

aku belum pasti sama ada aku sudah tergolong dalam kategori understanding nie. sebabnya aku sangat tak pandai nak meneka hati orang tambah2 bila orang tue x ngaku. cth 


me: ang marah ka nie? merajuk???
she: eh xlah... aku ok


tapi tndakan tak menunjukkan dia ok. hah nie memang x boleh blah!!!


kelmarin aku memanagekan seorang sahabat yang merajok aku rasa... padahal dia x mengaku... hehe malamnya aku da besiap cun2 nak hantar dia balik tengok2 dia da salin baju. padahal tdi da well prepared nak balik. kawan aku lagi sorang da hangin sebab dia da besiap lawa. tapi aku plak yang rasa bersalah.... buat dia tetunggu lama. tapi hari tue semua penat baru lepas gotong royong. dengan lapar semua cukup las2 beli kat area taman ja. aku ajak makan pon xmau, nak tapau pon xmau. haiii nasib2.... las2 aku ke gerai nasik lemak ayam goreng berempah. nie memang favourite dia. aku kenal sangat. hahaha aku pesan utk merajok... lagi sorg plak berdialog...


she: ang boleh lagi pesan nasik kat dia. kalo aku jangan harap nak melayan. kita siap elok2 dah nak hantaq dia boleh wat perangai camtu


me: alah dia cakap kenyang. kalo aku bawak balik nie dia mesti makan punya...


aku paham!!!! aku jugak sorg yang homesick seperti dia. so aku paham perasaan dia yang nak sangat2 balik umah. & aku sangat paham dia dalam dilema antara nak mintak tolong kami tolong hantarkan ke x. sebabnya semua orang masa tu penat. tu apa yang tersurat dalam kepala otak aku la.


akhirnya dia makan jugak nasik lemak tue even sorang2 dalam bilik. hehehe see the leg la...

paginya aku bangun awal, mandi2... nampak dia becakap kat telefon aku terus pelawa diri nak hantar sebabnya aku pon nak ke market so dia boleh temankan jap. taktik berjaya dan dia terima. so aku lapang hati...



my style... i dont care if someone needs help. selagi mampu aku akan cuba jugak2 tolong. if aku penat, sakit, doesn't matter kalo aku masih mampu. serius... so pasnie kepada kekawan... plzzz.... jangan segan utk mntak tolong dengan aku yerkkk!!! hahaha wooopsss ada had jugak... kalo mampu buat sendiri tapi mengada memang aku bising, lagi kalo melibatkan hal2 sensitif & aku x gemor... hah janganla....



p/s: ini bukan entry untuk promosi "balkis kawan baik" atau "balkis kawan memahami" tapi yang penting macam mana nak meng'approach' sahabat yang merajuk seperti ini...nnti2 aku turunkan ilmu

Friday, July 9, 2010

date hari ini~

isnin lagi da planning picnic ke titi hayun. aku nie jenis las minute planing. spontan nye tapi si dia plak jenis semua nak awal. preparation pon kalo boleh nak awal. aduhai.... hangin jugak aku. bukan pe kadang si dia nie ada las minute call utk function ke hapa cancel aku jugak yang hangin 1 badan.


akhirnya masa yang ditunggu smpai. pagi aku da kalut ke market prepare brg2 masak. wat nasik ayam jek simple. gang2 sana da nak bbq. dalam jam 11 lebih bertolak.dia dengan gang2 dia, aku of course dgn kekawan aku tapi x semua join pon. pakat ada komitmen lain. arahnya ke batu hampar. paling aku agak bangga bila aku boleh park kat depan perkarangan rumah rehat sultan. bukan sebarang orang ye boleh park situ. hahaha untung ada si dia. 

air dia pergghh punya la laju. baru pas hujan sama. memang puas mandi. aku da x kisah da surrounding yang pasti aku melompat puas2 kat air terjun tue. hahahaha 






mak aihh!!! masa paling nervous dalam dunia. mau x gelabah bewak aku bila si dia nak test rasa masakan aku. 3 setengah bintang. hahaha ingat senang sorg chef professional nak bagi mark macam tue. excited la jugak even aku tau nak amik hati... ahhahahaha yang pelik bin ajaib aku x makan. kenapa??? rasa sangatttt kenyang!!! hahaha macam nie ke org fall in love? lalalalala~




x lama besembang ngan cik fais aku. sebabnya dia kejap ke hulu hilir. yala mana nak melayan kekawan dia, aku. cian gak. heheh las2 baru nak lepak2 sembang mmber dia kol ada function mengejut kat menara so kena balik ASAP!! OMG!! sedihnya!!!!!! dah la aku wat perangai. dia plak tepaksa balik awal... waaaaaa~ tekilan gak tapi pe blh wat... nasib badan la....


really... i've got great fun there. with my fiends, with him of course. pasni xmau wat2 perangai. haha try to be me. chaiyok2 balkis!!!

Thursday, July 8, 2010

gotong royong siri 2

gotong royong kali ke-2.. by the way utk info cik nazri & other readers aku nye adik yg bejaya ke uitm shah alam kos teknolgi tekstil bakal ditukarkan ke uitm arau wekend nie dengan kos industri kimia. very strong!! & adik aku sangat down skang sebabnya dia tau kos tue very chalenging, xleh men banyak. aku pon x larat nak motivate. nak nolong pon x daya sangt. ntah kenapa tapi aku x 100% blame UiTM. admin besa la kadang2 bingai cket tapi sebenanya depa tip-top. adik aku je la yang da stat halo effect ngan surrounding. cian minah tue... pe kan daya... usaha tangga kejayaan. tue ja....


maka bermula la sesi gotong royong di umah aku. dari halaman depan, dalam umah smpai halaman belakang kami cuba clearkan sebaik mungkin. rajin kan??? hakhakhak~


tugas aku paling x glam!! repair paip sink yang tesekat, cuci toilet & bilik air. tapi agaknya keja aku paling mudah sebab semuanya jenis pembersih. hahaha petangnya lepak kat luar umah besama anak2 jiran yang ala2 bayi, cumil huk aloh!!! jangan cakap. mau 5 6 org budak situ & paling glam di kalangan depa of cozz la haku


tapi x best betol bebudak2 nie. nak pronounce nama aku cket punya susah... dik mie pnggil aku "katak bakis", nana panggil aku "kakak batis" sofia panggil aku "wuuu... wuuu"
hahaha but actually they are really2 sweet...


p/s: hamenda aku mencarot.. gotong royong nya story cket ja.. hahahaha

my dreams

kelas cik mie belangsung seperti biasa. even dia dah cam hampir keseluruhan mmber class tapi tadi still ada ice breaking. gitau nama, dream in short & long term period. x ke masalah bagi haku yang x jelas lagi impian aku.. huhuhu

banyak la paling best dgr long term planning depa. ada nak jadik entrepreneur itik la, PTD, DO, professional Jumper, photographer, secretary, bawak mak ayah p umrah, bukak kedai dobi & so on... perghh hebat2 impian depa.. aku neh ntah hapa2 lagi. hahaha 

when it comes to my turn... 

dgn sora ala2 ella lagi " my name is Siti Balkis Abu Bakar. U can call me Balkis. err.. my short term dream same like others want t grade at least 3.5 above.. (cheewahh begaya aku speaking).. long term planning... (stat malu sndiri)... errrr.... i would like to involve in any marketing department cozz i really love to talk. (arggghhh WTH!!!) 


cik mi: u like to talk??

me: hehe yeah!.. err then instead to be a good wife, ( kah3x ayat nie xle blah)....

cik mi: dgn datuk mana?? (class da besorai mak nenek)

me: err... datuk2 mana la... 
actually i really2 loves flowers and cooks so in future I hope that I can share my experience with it. 

cik mi: ooo are u like to publishing books??

(moment nie mulut org len mula becakap2 yg cik mie pon mcm x tumpu kat aku cozz da komen2 lain yg interupt)


me: errr.... (carik perhatian balik) yeah that's good coz i like blogging also. so publishing book also great idea.


cik mie: u like animals??


me: haaa... not really.....


sempat lagi dia interrupt aku sal nak ke padang besar & same goes to my friends~ banyak mengganggu aku.. sengal betol... 


tapi realitinya nie ke himpianku?? haha ntahla... aku x specific sebenanya tapi aku mmg beminat utk share something to everyone one day...

sakit aku dan sakit dia

INI SERIUSSS!!!! aku betul2 x paham apa yang berlaku nie. asal aku sakit si soulmate aku farid tue mesti x sihat sekali. alangkah peliknya... tapi bila diakui ini kerja yang ATAS so aku akur... hehehe papehal pon no hal la...

aklisahnya malam kelmarin kekawan aku bukak posa kat umah. aku masakkan ayam masak kicap + sup sayur je memandangkan aku agak malas & kurang waras... ( headache de)... aku makan bantai sekali tembikai ais buatan tangan ana. perghhh sejuk semacam je masuk kerongkong nie. nikmat jangan cakap.... mala tue terus sora aku macam org baru akil baligh... adehh!!!! tekak jangan cakap sakitnya... huahuahua dan besa la manusia bila da wat baru nak nyesal... sama la....

keesokkan harinya... class policy analysis aku tepaksa gunakan banyak suara utk bagi order kat classmates. yela aku kan assistant yg betanggungjawab. hahahaha seksa jugak la....

2 3 org mmber aku syorkan aku bangun awal2 pagi mandi... kul 5 ke... hoh kalo kat kg aku boleh ja sebab mak aku pon akan aturkan macam tue tapi nak bangun sendiri nie yang aduhai....


malamnya selepas semak kepala dengan perangai chef yang ntah hapa2... (marah x ckp marah tapi wat perangai mana la aku nak paham!!!) terus kol scandal aku neh... alamak sora dia pon len macam. hahahaha cian ang farid. asal aku cakap ang sakit automatik ang akan follow. jodoh apakah ini... hahaha no comment. sayang betol ngan kawan aku sowang nie. marah ke bengang, sakit hati tahap meraung selain cousin aku si nazri dia la yang x penat melayan karenah aku. hahahaha so that nite aku jnji akan kol dia kejutkan kul 5 pagi. mandi bersama2 di bilik air memasing. nak cepat ok. g pon dia tue keja jaga patient. dah x chat macam mana nak jaga. heh


5 a.m: aku snooze 9 minit
5.09 a.m: snooze lagi 9 mnit
5.18 a.m: bangun serta merta mata da tebeliak terus kol mamat tue warning soh bangun mndi...
5.20 a.m: smbung tido.... zzzzzzz
 6.30a.m: snooze lagi 9 minit
6.39: haiiii xleh jadik setan apa merasok ntah!! gegas bangun terus masuk bilik air...

Bismillah..... perghhh sejuk jangan cakap. tapi bejaya mandi awal...
hahahahaha

ke class dulu. dar~

Wednesday, July 7, 2010

hobi baru

tahun nie aku perasan aku da makin gila ngan hobi nie. tapi memandangkan stay kat umah sewa aku tepaksa lupakan sementara. tapi bila smpai kampung hah giat aku ngan hobi aku nie... nak tau apa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nie la... belek + tanam + jaga pokok bunga especially ros @ mawar nie....



aku pon xde idea macam mana idea nie boleh timbul. sebelum nie jangan harap aku nak jenguk2 halaman rumah tambah2 pokok2 kat situ. mak je yang rajin turun padang. tapi skang aku yang sibuk ciap paksa2 mak aku beli tools untuk jaga pokok, baja sesuai, paling x tahan curik benih kalo betandang umah orang. hahahaha.... cuti las sem memang meriah gak umah aku tapi cti sem baru2 nie suram balik sebab aku sangat sibuk. bila aku bengang tengok adik2 aku berebut channel astro ceria pas jerkah sorang2 aku pandang je pokok nie dari jauh automatik senyum. pergggh aura mmg sangat kuat... 


hope aku boleh kembangkan lagi minat aku nie. tingin gak tengok halaman umah yang besar tu terjaga oleh tangan aku sendiri... hahaha kenapa aku menjadi seorang wanita nieh!!! oh tidak.com betol la... 

cikgu zulkifli

Hari sebelumnya adik aku dari mad jiwa SP call bagitau nak turun smk agama baling sini untuk aktiviti teater komsas. Esokkan harinya aku besama mak aku jenguk la beliau memandangkan poket dia yang kering mntak diisi.. sempat jugak aku tgk group adik aku perform.. very nice act.. hehehe adik aku keja dia main music & angkat props ja. Kiranya backstage keja ja.
X sangka aku jumpak ramai gak cekgu2 lama yang aku kenal. Pengetua skolah aku,cikgu zulkifli, cikgu teater aku time form 5, cikgu shahril, & time balik aku terperasan cikgu sejarah aku time form 3, cikgu zulkifli…. Wahh dia tengok aku sekilas past uterus sengih dari jauh… wahhh!!! Beliau ingat anak murid beliau sorang nie. Terus aku tegur bila nmpak dia stop. Ngeee bangga beb da lama da beliau still cam aku.
Me : cikguu~ hehehe ingat saya lagi nu..~
Cikgu: ingat… Syed Burn kan?? (SMK syed abu bakar)
Me: xlaaa…
Cikgu: oo baling.. cikgu ingat x perasan ja…
Me: haa cikgu ajar saya sejarah saya masa form 3, sebab cikgu la sejarah saya dari C dapat A. hehehe
Cikgu: hahaha bagus la macam tue… watpa skang?? …. Bla3x….
Macam2 gak sembang. Dekat 5 minit. & he should proud of me…. Yeap because of him aku cemerlang sangat dalam subject yang paling menyampah bagi kebanyakan student Malaysia selain add math. Hahaha
Tetiba nak mengimbas balik sejarah lama… form 1 & form 2… aku mengong sungguh subject nie. Bila result x kira la awal taon, tengah taon, hjung taon, x C, mesti D. hangin gila subject nie. Boring plak tue. Deret time kelas aku tido. Aku x salahkan cikgu tapi bagi aku subject nie ntah hapa2… x interested, bosan… sapa yang mencipta subject nie memang nyampah betol lah!!! Tue la pandangan stereotype aku.. aku rasa nak push dapat A macam paksa kambing betina panjat pokok kelapa… serius!!!!!
Form 3, aku dapat cikgu nie, zulkifli namanya… baru transfer skola aku tapi dia da familiar cozz wife dia memang ngaja cni da.. aku x bapa ingat tapi style dia ngajaq dia slalu genggam dua tapak tangan dia. Tue ja ingat.. & sayangnya aku telupa macam mana dia boleh attract aku untuk minat subject sejarah… dari D aku melompat ke A. x sangka kambing betina da boleh panjat pokok kelapa skang. Semangat aku bekobar2 time sejarah. Rasa macam hari2 ada class dia pon aku x kisah. I’M TOTALLY SO EXCITING & ENJOYING THE CLASS VERY WELL!!!. Aku xtau kenapa.. adakah aku minat cikgu tue? Hahaha xlah tapi aku suka gila subject nie. Perception aku da berubah 100%
Kesannya…
1)      buku2 latihan sejarah aku renyuk2 abih sebabnya semua exercise aku habihkan.. compare buku atihan lain macam baru kuar mesin potostat… hehehe
2)      cikgu zul provide buku latihan extra, soalan2 objective yang dia kmpul dari2 past year question. setiap soalan aku boleh tau jwpn tepat. If aku x wat homework pon time discussion xdek masalah utk aku follow. Bak kata org makan kacang je.
3)      Kawan2 x ciap keja sejarah aku slalu jadi tempat reference. Also for discussion.
4)      Aku boleh hafal soalan dari chapter mana. Malah page buku teks pon kadang2 aku ingat.
5)      Waktu discussion soalan aku antara yang menonjol… ngee~
Sungguh!!! Aku riak sekarang… hahahaha tapi aku sangat bangga sebenarnya ngan improvement aku. Dan akhirnya PMR aku bejaya dapat A dengan kacangnya… aku rasa kalo semua yang benci sejarah dapat hidayah macam aku alagkah bahagia… sungguh aku benci sejarah… tapi mengenal cikgi zulkifli aku berjaya & aku sangat2 puas hati. & paling penting aku sayang cikgu aku.. sangat2 berterima kasih.. Allah je boleh balas jasa beliau!..
Tingkatan 5 aku amik sains tulen. & of course la sejarah subjek wajib amik. At first susa hati + sedih bila tepaksa ganti cekgu baru. Cikgu zulkifli jugak tapi bin nya lain….
Well… zulkifli nie memang nama yg sesuai utk sejarah gamaknya. Performance dia perggh… havoc. Sora saja bila ngajo boleh dengar smpai ke bilik guru kat atas bukit sana (skolah aku atas bukit banyak tangga)…
Everything can be heard clearly. Sekali lagi aku bejaya mempertahankan kedudukan aku diantara genius sejarah. Hahaha same goes to form 5 bila cikgu yg sama ngajo kami lagi. Tapi yang palin aku x boleh blah bila beliau bagi soalan spot & sangat yakin dengan soalan2 tue yang katanya mesti masok SPM. Alih2 hanya sebijik mengena yang lain bayang pon x nmpak. Aku yg follow dia down gila babas!! Zaman renaissance yg kuar betubi2… da la x study sangat pakai info pe ingat dlm class ja….
Tnggu result susah hati xyah cakap. Rasa macam failed pon ada tapi kuar result boley la senyum pjg cket… A2.. hehe orait la tu.
p/s syukur sesangat kepada beliau2 ini yang membuatkan aku cinta pada subject sejarah & membuatkan aku minat channel History Astro 555! hahahaha

makin kurus??

cuti 2 mnggu rasanya aku qada' makan betol tambah2 mak jadik chefnya... buat kerja berat?? haha mana ada... setakat cat bilik mak aku... tu pon 5-6 kali sangkot...


bila jumpak new sem nie... 1st class one of my boy friend da tegor ...


he: eh balkis ang makin kurus la...

aku hanya mampu sengih.. "really??" betol ke aku makin slim?? x cayer ahh!!!

third day also. jugak sorang mmber class boy. dan diiakan oleh kawannya sorg pompuan... eh bia betol... aku tnya kekawan aku sndiri kang depa kata aku perasan....

banyak feedback yg aku dapat dari people around me actually... kalo sorg kata kukurus sorg lagi kata ku gemok, sorg lagi kata aku xdek shape...

bila aku aplikasikan balik ethics itself, each people hve ttheir own word to interpret something from their mind. so do I. cozz aku rasa aku masih perlu tmbah berat badan.... yg baik utk kita x mungkin baik utk org lain. that's is ethics is all about. haha


p/s: suara ella aku da kuar... tido malam pon da stat ngigau cozz temp naik bila malam... & i'm alone here facing my "penyakit"... hohoho~ kenapa aku kuat ngigau time demam?????

Tuesday, July 6, 2010

karenah freshie

hapa nasib aku bila 2x kali kena round ATM nak bank in dwet kat cezen aku pnya pasal. hangin jugak 1 badan tambah2 tengok Q bejela panjang smpai kat divider jalan... tapi atas nama kasih sayang belas ehsan sesama sedara gagah jugak... ngeh3x....

ku usharr2 kebanyakan freshie la yang baru abih MMS then baru nak blaja melepak malam kat warung2 depan UiTM... ( gaya aku dulu2). maka panjang la line yg tnggu giliran amik duit. da setengah tue smpai 2 kad pegang, 1 kad dia, 1 mmber punya menyebabkan aku agak moody. ada plak yang x reti pakai lagi kad ATM... alahai nasib aku baik sebelum smpai sini aku da kenal apa itu ATM...

alkisahnya ATM sini dekat jerk ngan balai pengawal as well as main gate. tgh2 menunggu tu aku dengar sayup2 sora pak guard (ala2 clear x clear.) bila aku kalih belakang baru aku dpt tngkap pe dia jerkah...


guard: Eh adik mana boleh kuar dari pagar U pakai kain pelikat ja!!


wahhh mata semua memandang mamat tue. sah dengan tshirt x berkolar ( x silap) dan berkain pelikat kotak2 biru... MasyaAllah... terburai jugak perut 2 3 org mamat nakal kat situ... tapi aku yang ngah muka cemburut xdek ati plak nak gelakkan dia... kecian jugak.. hehehe (now i'm smiling).. pas slow talk cket ngan guard2 dia balik tukar kot suar.. member2 dia xdek masalah papa... done...



incident ke-2 bila aku nak deposit duit kat nazri. da 3 org junior kat dpn ATM deposit so i wait my turn. tetiba ku dgr depa slowly whispering... 

they: eh kenapa x kuar duit nie...???
me: ??????? (still wondering)
they: weh duit x kuar.. kenapa mesin nie.??? bukan kot... ape nama mesin nie???
me: err... dik nak kuar duit kot.. nie mesin deposit je. maknanya hanya boleh masuk duit. nak kuar duit p ATM mybank... sebelah nie pon boleh bank islam tapi kan rosak...
they: owwhhh haha k2 thx kak (thumbs up)


mau tepok dahi aku kalo cenggini... huhuhu

Sunday, July 4, 2010

rezeki~

ke pasar malam tadi yang hanya 2 minit kalo tunggang moto. mmg x larat dah la sorg diri tapi gagahkan diri. malas sangat nak masak. tujuan aku 2 je.. beli nasik kerabu makcik yang sedap tue dengan buah epal. (ngidam)

manusia MasyaAllah... aku x pasti sebab perasaan aku menipu padahal org cam besa atau hari nie memang ada pesta. ramai sungguh!!! crowded tempat tue nak jalan pon payah. nasib aku baru pas mndi + badan agak fresh. silap2 boleh tumbang dengan kepala senget sebelah nie sebab headache.

smpai2 kat makcik tu aku nmpak ada 4 org dok q keliling beliau tnggu turn nak dilayan. dia pon sebok je nmpak. terus aku join the waiting club & mata aku fokus pada lauk2 pe yg aku nak pilih ja. ( dalam2 crowded, aku pakai baju 2 lapis.. tshirt & sweater but i'm not sweat! confirm demam neh!) dalam 5 minit aku tecangak situ baru angkat muka tengok akak apa sebelah aku nie... AIYARRKKKK!!!!!! Miss rafidah amat comellll!!! mantan lecturer BEL aku time dip. rajen gak menegor time jmpak.. terus aku cuit lengan dia

me : madammmmm...... hehehe

she : (sengih manje) baru nak perasan I. amboi2 mentang2 la depan nasik kan.. lapar sgt la tue..sorg je ke? mana yg lain?

me: hahahaha serius I x pndang tempat lain. agaknya miss makin kecil & comel tue I x perasan... mana makan lagi arinie. yeah sorg. mmber lain kuar. I x sihat so x join. 

she: amboi... bodek nak belanja la tue.. haha laa p class x tadi??

me: ehhh xdak niat madam... (x tepikir) pagi p, petang MC. heheh... tapi... kalo nak belanja bagus tue.. haha

she: da agak.. hahaha

me: eh xpa madam... saja melawak... xpa I memang rajen mai cnie.. favourite port. mmg sedap nasik dia.. ( aku ckp kuat bagi macik tue perasan aku.. keh3x)

she: haa betol i pon suka...

me: err makcik letak nasik lebih ye...

she: (pndang aku semacam)

me: napa madam?? ala badan I kecik. xdek masalah kalo nak tmbah2 lagi... hahahaha

she: hahahaha macam2 kamu nie...

pas bungkus sume anak makcik tue letak dalam plastik skali nasik madam comel tadi.

me: eh dik asing la...

she: eh xpa2 kira skali plastik asing ye dik....

me: laa madam apa nie... malu I... xpala jom la kita jalan skali stgi boleh blnja lagi... hahaha

she: amboi lebih nie... jmpak lain kali kamu plak belanja I...

hahaha macam tue la.. kalo jmpak x gurau2 macam nie memang x sah... bukan madam rafida amat comel la kiranya...dari beliau single smpai da bekawin still happening & aku sangat respect dia...

bangganya time las class dia aritue time dip, aku & kekawan bejaya wat satu party utk dia. N we manage very well.. haha bangga beb... & itu  1 kenangan yang aku dan kawan2 xleh lupa...

i'm sick

da agak lama x post entry dalam nie. nasib belum besawang je lagi... nanti2 la... dalam mood yang kurang best lagi skang. apatah lagi stat new sem & aku rasa belum cukup bersedia....

ari nie first day class aku da stat tak sihat.. dari semalam lagi sebenanya... sakit tekak.. malam nye pas habiskan semangkok koew teaw sup 8 beradik, panadol 2 bijik terus hilang. tejaga sat kul 3 pagi masa tue rasa perit gila tekak neh... mnum air pon macam x rasa papa.. huhuhu smbung tido.. 6.17 am 'ttm' aku da kol soh bangun mandi. pe keja mandi awal2 pagi... adui aii... katanya bagi fresh cket.. ngan berat ati masuk la bilik air. lama aku dok menderem dalam tue.. yala da la sejuk... tekak aku still sakit, pedih, perit, tapi bila da mandi tue betol rasa lebih fresh. tekak pon ok da cket. hehehe thx beb!!

semayang & ciap2 sebab da class pagi kul 8. aku decide nak pakai sweater ja ngan tshirt tapi macam x best ja kan. sebabnya 1st class so nak bagi nmpak semangat cket pakai dress + jacket. protect jugak dari aircond sejuk....

smpai2 class sempat melawak lebih kurang ngan member2... rupanya cik mie xdek dia ke melaka... ceh.. penat bangun pepagi...

sempat aku mesej bila ia nak balik..

jawabnya : salam balkis. ptg ni saya bertolak balik ke sg. petani. t/hari ni baru abis meeting. kenapa? nak belanja saya ker?

hahaha baru ingat nak skip class la cik mie.. ehehehe xdek maknanya la...

balik ingat nak memasak.. barang semua da sedia.. mmber2 plak cakap nak kuar.. yang aku nie memang rasa x sihat betol... pegi UK amik MC then balik melepak kat umah. sesorang pon x jadik hal cozz memang xdek mood nak kemana & becakap ngan sesapa...

kat UK tadi agak cuak gak aku MA tue tarik tangan aku ( nak cek blood pressure) x pakai glove plak... huhu cam x besa je camnie tapi xpala dah darurat... blood pressure ok, tekak aku confirm bengkak & merah.. advice, mnum banyak air... nie masalahnya.. aku rasa air memang da sebati ngan jiwa aku. nak kemana mesti aku prepare bekal air kosong. tapi da nak sakit pe blh buat.....



p/s: sapa x ke class ethics kena provide handwriting 5 pages. cita what is ethics.... huhu aku ponteng gak tadi tapi nie ada MC. harap2 laku la esok... serius x larat tadi. gagah jugak ke UK...

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......