Thursday, December 29, 2011

sakit tumit.......

start pagi isnin lagi aku dah rasa sengal tumit sebelah kiri ni time jalan.. tapi steady lagi dan hebatnya time keluar dengan encik chef sakit tuu hilang... kemungkinan jugak sebab aku pakai kasut jenama bata... kasut ada kusyen pengalas tapak kaki aku... selasa pagi aku dah rasa makin serius... ke kulim pun terpaksa terjengket2 dan kali ni aku tak rasa sengal tapi lebih kepada lenguh yang teramat... sampai ke betis, sampai ke peha rasa lenguh tapi hanya bahagian kiri...


aku gagahkan jugak ke kulim distribute resume ke kilang-kilang di hi-tech park.

dan hari ni kemuncak... memang lenguh yang teramat-amatlah nye kan... aku dah google, selalunya orang tua dan ahli sukan je yang selalu sakit tumit... nak kurangkan sengal kena tuam dengan ais.. ok aku malas nak try...

orang lain suggest aku sapu minyak angin.... aku mintak maaf... aku memang sangat tak suka minyak angin...... tapi... ya sekarang dah darurat... sat lagi nak mintak member aku urutkan dengan minyak gamat cap loceng...

perasan tak?

kadang-kadang perasan tak kalau kau ditimpa masalah... tak kira besar atau kecik, ada tangan asing menghulurkan bantuan dan simpati. maksud tangan asing ni ialah orang lain yang kadang-kadang takde kena mengena sangat dengan life kau. contohnya macam kawan sekelas tapi sumpah tak rapat and besembang pun hal-hal yang penting je macam tu. tapi bila kau dapat masalah dia antara orang yang akan ke depan untuk back-up kau..... dan harusla kita tau kan bila dah kena masalah ni automatik diri sendiri akan susah apatah lagi orang yang terheret sama dalam masalah kita. dalam masa yang sama terpaksa menyusahkan diri untukorang lain...


sebenarnya kes macam tu pernah terjadi kat aku. as simple aku admit aku ni memang trouble maker, cemerkap, loklaq, penambah masalah.... hahaha tapi kadang-kadang aku rasa aku innocent... yala kita tak penah mintak untuk buat silap tapi entah kenapa asal terlepas pandang sikit terus musibah... mungkin aku kena lebih fokus..


tapi Alhamdulillah setakat ni banyak sangat tangan asing yang tak segan silu hulurkan bantuan dan simpati... kadang bukan sikit pengorbanan tu tapi Alhamdulillah aku apreciate sangat.... tanpa disangka, tanpa diminta sampai kadang aku si trouble maker ni jadi segan... tambah dengan kawan-kawan yang setia....


memang perancangan Allah sentiasa terbaik...... cuma aku pegang pada 1 hukum ni... ringan-ringankan la tangan untuk bagi bantuan pada orang lain so dengan perangai trouble maker macam aku, ianya satu anugerah semula bila orang sekeliling takkan tinggalkan aku sendiri dengan masalah yang memang aku tak sengaja cari. heheh

Wednesday, December 28, 2011

mr. right saya memang kena berkelakuan sebegini sampai akhir hayat

cliche je kan tajuk di atas... hahaha sekali sekala...


sebelum-sebelum ni kerap sangat aku dimomokkan dengan cerita yang menakutkan mengenai perangai anak lelaki sulung... perongos, perengus, ego tinggi, xmau mengaku kalah dan sama waktu dengannya... manakala untuk seorang lelaki sejati pulak dia haruslah seorang yang berkebolehan untuk mengongkong teman wanitanya, jarang membebel, kurang teliti, kurang fokus pada kehendak teman wanita, benci ikut wanita bershopping, gila bola dan sebagainya........ternyata tahyul sungguh kepercayaan yang macam tu....


encik chef anak sulung dan jugak cucu sulung dalam family. patutnya memang ego dia akan double triple mengalahkan peserta sulung lain la kan... tapi aku belek-belek perangai takde la semenggah sangat. bab perongos ke perengus ke ataupun panas baran memang out of list. marah macam mana pun dia akan sedaya upaya kontrol tone suara dia tak dan jugak elakkan dari memaki hamun... selalunya dia akan mintak penjelasan tapi kalau aku tergagap2 gagap atau pun diam dia akan hukum aku. he will silent.. time tu tergagau-gagau la aku nak susun frasa balik nak explain... tapi malam dia akan cool down balik... so at the end kami akan bergelak ketawa balik sambil bercerita pasal kes gaduh siang tadi... boleh macam tu??? hahahaha it's really nice, aku dan dia x boleh gaduh teruk-teruk sebab satgi hidup rasa tak tenang. boleh kira dengan jari la kami bergaduh... maybe 2 3 bulan sekali. paling lama bergaduh baru-baru ni almost 10 jam pakat memendam perasaan geram.. ahahaha


selain tu.... aku dapat tau yang teman lelaki selalunya kuat mengongkong... kadang-kadang nak berak kat jamban pun kena roger takut balak kol x angkat so dituduhnya kita curang padahal tengah berak..... itu memang melampau la kan.... bagi encik chef mudah. keluar ke mana bagitau. kalau dekat rumah kadang aku malas bagitau tapi malamnya bila sembang dengan dia aku akan cerita aktiviti aku. kalau aku buat jahat tak bagitau dia automatik aku rasa serba tak kena. so aku akan berterus terang. dia membebel sat, aku buat innocent kemudian dia akan cool balik.


lagi...lelaki kurang suka follow teman wanita dia bershopping sebab dah sedia almaklum yang perempuan ni kalau bab bershopping memang kadang tak hengat donia... wassalam la kan... so aku pun tanamkan dalam mind yang aku lebih prefer shopping sorang dari ajak dia. tapi sebenarnya dia suka ke arah macam tu.. dia boleh jadik pengkritik yang hebat kalau bab pilih barang. sangat teliti, dan futurelistik... contohnya aku mntak pilih beg mana paling cantik, dia akan terdiam, jari automatik di bawah dagu, mata tajam je renung mana yang terasa elok pada pandangan dia kemudian komen.. hebat??? bagi aku benda tu hebatla bagi lelaki yang macam dia.. kalau metrosexual tak kisah la sangat kan...so kadang kalau aku plan nak beli barang dengan dia, masuk 4 5 kedai tak jmpak yang berkenan terus blah tak jadik beli, terbeli barang lain, he will never complaint. dia akan reply "xpa... tak kisah..."


aku nak mengaku yang kadang-kadang aku streotype jugak dengan gelagat lelaki-lelaki sekarang. sebabnya kekadang belum nikah tapi isytihar diri macam orang besar nak bolot kebebasan teman wanita tak boleh la macam tu...everyone need freedom...dan kemungkinan besar yang menyebabkan aku percaya pada tahyul macam tu sebab aku tengok kawan-kawan sendiri yang banyak masalah dengan balak masing-masing.

ada jugak orang cakap lelaki ni awal-awal memang tunjuk baik... tapi aku dah dua tahun lebih perangai masih berada pada tahap yang sama. maybe lepas kawin la kot kan.... tu x pasti.. tapi harap-harapnya kekalkan la perangai macam sekarang



kalau ini mr right aku selama ni... kabulkan lah....

Tuesday, December 27, 2011

Alhamdulillah... =)

belajar dah tamat... tunggu nak seat for final je nanti... research report on going.... sikit-sikit nak kena tatih buat. tak larat nak drastik-drastik bagai......

aku syukur kali ni atas beberapa faktor... salah satunya aku bergiat cemerlang bila dapat membantu kawan aku yang nanar sebab patah hati.. yala orang lain pun patah hati tapi tak la semenggah kamu... hahaha but finally I can handle it.. orang cakap time bercinta jangan terlampau sayang sangat dan jugak jangan terlampau obses pada pasangan sampai kan lupa orang sekeliling... sebabnya bila susah atau jadik kes macam ni... kamu akan perlukan sokongan dari kawan-kawan terutamanya untuk lupakan masalah.

now, boleh bergelak ketawa berkongsi meja makan dan kereta... which is good la kan... emosi dalaman lain cerita but as a friends, we try our best to help ya....


alhamdulillah jugak aku berjaya lawan keliatan aku nak balik rumah sewa dengan jayanya walaupun pukul 10 malam baru sampai.. bila dah stat bersenang lenang di rumah memang tak ingat nak balik rumah sewa even keja melambak-lambak... adat la kan.... hahahaha faktor lain sebab baby hanisa ada so dah nama budak lagi la aku liat nak balik...........

esok nak bergumbira sebentar menonton mission impossible : ghost protocol bersama encik chef.. harap-harap plan menjadik la... kawan tu asyik busy memanjang.... jangan ada last minute function sudah...........

Thursday, December 22, 2011

penyakit yang kian melarat

tadi petang aku keluar isi minyak kereta siap-siap untuk perjalanan balik kampung malam ni. kemudian aku ke kedai nasik ayam paksu sebab adik aku, si emi dah merungut lapar so aku mintak bungkuskan 2 nasik ayam....

harganya RM7. so aku keluarkan RM10 kemudian bakinya RM3 aku tunggu. pas amik baki, aku start kereta. hujan time tu renyai-renyai, aku pulak agak kelam kabut sebab x tutup cermin kereta. so sampai rumah, tutup enjin keta, capai purse dan handset dan.......dan..........dan............????????


puas aku jenguk seat belakang, bawah seat, tepi seat, dalam dashboard, malahan atas bonet lagi. SAH!!!!!!! nasik ayam aku hilang. aku langsung tak ingat aku ambik ke tak nasik ayam tu. serius!!!!!

last2 lepas habis cerita ttg Dhia baru aku p kedai tu ambik balik. malu jangan cakap...
penyakit pelupa aku dah melarat balik...............

kelas yang terakhir pada hari ini untuk zaman degree..........

hujung-hujung zaman diploma dulu mak aku ada cakap x payah la kot sambung degree lagi, cari keja dulu tolong adik-adik.. dan aku pun tak mengomel panjang, just bersetuju....... tapi ada sekali mak aku tanya kalau sambung degree berapa lama, aku cakap dua tahun. terus dia suruh aku further study terus lepas habis diploma. dan seperti biasa aku pun isi borang online untuk further.... Allah dah rancang yang terbaik untuk aku... supaya aku dapat pengalaman berharga, kenal kawan-kawan baru, belajar benda-benda baru...... dan pastinya it's a learning process.... zaman degree aku lebih open minded dan banyak benda yang membukak mata dan minda aku tentang hidup.


dalam dua tahun ni........ memang macam-macam benda berlaku dalam hidup aku. reformasi group-group dalam class aku berubah-berubah tapi aku, ana, imah, fut dan new comers which is aini remain in the same group. pertelagahan kelas yang kuat amalan asobiah, hidup berpuak-puak, kutuk mengutuk, benci membenci.... serius stress tu terasa sebab hidup dalam benci-membenci ni memang hati takkan tenang........

1 and half year berada dalam keadaan class yang tunggang langgang. group sana benci sini, group sini menyampah sana... aku rasa time ni semua orang tengah carik chemistry antara 1 sama lain... develop group, pastu bubar create new  group. macam process to develop team members. ada yang berkawan hanya untuk kepentingan peribadi, berapa kerat yang carik member yang boleh susah senang bersama-sama????

and semester terakhir inilah kemuncak untuk segala-galanya... orang yang aku sangat jarang tegur sapa, boleh claim antara member terbaik, dapat spend quality time bersama-sama, group-group yang penah aku pandang serong sebelum ni dah boleh kamcing sikit-sikit... fantastic sangat!!!

and here I am... ini hari terakhir bersama... i wont forget all this moment. sakit jatuh bangun sama-sama. walaupun ada rasa benci, iri hati, dengki mendengki... but trust me, sesekali kita tetap akan tersenyum bila mengenangkan gelagat di zaman degree ni.


macam mana aku cakap benci, aku tetap sayangkan zaman degree aku... dan takkan menyesal kenal kawan2 BAS aku... u're great!!!

Wednesday, December 21, 2011

misteri nusantara

malam semalam sebab busy dalam 230 pagi baru aku berjaya lelapkan mata... keadaan rumah xdek la sunyi mana sebab jiran-jiran student still memekak.... so baru dalam 5 minit aku lelap aku termimpi pulak dah adegan drama tentang Dhia. si bomoh tu hidup balik nak cekik ku salmi.. terus aku terkejut jaga... sumpah yang buat aku cuak apabila tetiba aku rasa ada orang tarik selimut aku....... arrrrgghhhhhh!!!!!


time tu aku tido selimut separas dada. sebelah tangan aku macam kiam sikit.. then aku rasa macam ada org slow-slow tarik selimut aku dari bawah kaki... tangan aku masa tu mcm shacking tapi aku genggam kuat2 selimut xmau lepaskan... dalam hati aku dah terkeluar macam-macam ayat dah.. tapi yang aku ingat aku just boleh lafaz Laila ha ilallah.... itu je kot mampu..

then dalam seminit dua pastu keadaan release. then aku terasa macam tengkuk aku meremang tetiba dan tetiba hilang. lepas tu tangan aku sangat kebas.. aku xtau kenapa.. nak kata aku tindih xdek maknanya sebab memang ada dekat atas selimut...

aku try jenguk kat hujung kaki aku tapi takdek apa-apa.. kalau ada memang harus la aku melompat kan...

Alhamdulillah lepas tu aku terus sambung tido... serius seram apa jadik kat aku semalam

Wednesday, December 14, 2011

sakitnya patah hati

frankly speaking, dengan encik chef la aku betul-betul feeling bercinta sebab sebelum-sebelum ni banyaknya main-main dan tak serius. mungkin sebab aku dah matang kot so planning lebih ke arah masa depan. kalau sebelum-sebelum ni memang sangat childish la.. (even sekarang aku masih childish tapi encik chef dah matang.. ok la tu)

aku jugak kekadang rasa bangga dengan diri aku.. ahahahaha sebab bila diperhatikan, kawan-kawan aku lebih suka dominate partener masing-masing.. so masalahnya bila pakat nak dominate partner benda tu akan jadi lebih masalah.. contohnya si boboy x bagi gigirl keluar malam lewat-lewat so gigirl pun nak buat rules yang sama utk boboy dia supaya nampak fair and square.. dan bagi aku sangat tak logik la nak buat rules macam tu sebab confirm-confirm la lelaki akan susah.. kalau dah kaum lelaki jenis kuat merayap, malam kadang nak melepak tengok bola dengan kekawan la, main futsal la... pompuan nak halang mesti la jadik isu. HOWEVER....... kalau pompuan yang selalu keluar malam melepak memang nampak tak manis.. so aku rasa macam mana pun pompuan tak boleh nak setaraf dengan lelaki dalam nak menuntut hak.

apa aku merepek ni... lari tajuk dah....

ok patah hati... aku just kesian kat sorang member aku bila dikecewakan oleh makwe dia... serius perubahan ketara bila badan dia makin kurus... sedih tengok. aku cepat terasa kalau ada kawan-kawan sekeliling aku sedih.. tak suke tau.... tapi camna nak pujuk?? kang aku terjebak dalam cinta 3 segi pulak...

aku just doakan dia kuat la menghadapi semua ni.. bunga bukan sekuntum... there's a lot of girls out there.. find a good one..

kalau aku patah hati macam mana la gaya aku ye dak.... ooouuucchhhh!!! tak dapat imagine!!! =(

sekurang-kurang nya respect la aku sebagai manusia.......... atau aku anggap kau memang tak waras

I have a friend...... bagus budaknya... nak kata tak berkira tu ada la jugak... ok la.. boleh buat stok kawan.. tapi tu dulu.. sekarang aku tepaksa pikir beratus-ratus kali untuk smbung stok kawan dengan dia.....

semalam aku sibuk meeting, dia mesej mntak belikan roti.. nama pun sibuk so aku terlupa belikan... then balik-balik memang aku rasa aku teruk la kena marah, bila aku suruh dia keluar beli dengan kereta aku, (sebab kat luar hujan) lagi sekali aku kena tengking and dia siap kutuk lagi lampu kereta aku malap dia x nampak jalan.. i keep silent. sebab aku malas nak gaduh-gaduh. tapi hati aku yang tercalar balar ni Allah je la yang maha mengetahui.

siang tadi pulak aku sibuk dengan group presentation, slide presentation ada dalam thumbdrive aku.. after present aku nak bagi thumbdrive aku dekat member nak copy gambar tapi sumpah thimbdrive tu hilang. memandangkan hanya kami berempat yang ada kat row depan time tu, so aku assume benda alah tu ada kat salah sorg dari kami. aku mntak masing2 cek beg. dan dia paling pulun sekali cek sampai buang habis semua barang-barang dalam beg. gembur-gembur semua... tapi tak jumpak. memang keadaan kelam kabut jugak time tu. tapi tadi boleh pulak dia mai ketuk bilik aku, main pintu pastu senyum bagi balik thumbdrive aku... serius aku jadi benci kat dia... no sorry, nothing!!!

kau ni dah gila ke apa?? nak main, bergurau ke atau u are totally insane?????

Wednesday, December 7, 2011

back to basic

aku sangattttt senang terkena jangkitan flu. dan bila flu aku sangat tensen sebab automatik aku akan sakit kepala, kerap bersin, dan perut jadi x selesa. so aku tepaksa kena spend duit untuk pastikan ubat selsema sentiasa tak kehabisan stok...

by the way... nak jaga diet nak pastikan aku cukup nutrition sangat susah memandangkan aku stay rumah sewa, makan pon ikut hadap. vitamin C kurang menyebabkan aku selalu terkena virus.. benda yang basic menjadi isu besar untuk aku...

tapi tadi bila sorang lecturer tegur aku kenapa asyik tak sihat, kenapa tak ambik multivitamin, baru aku tersedar....... adehhh... kenapa pulak tak terpikir kan.......dulu macam-macam multivitamin aku hadap...

yeah stat malam ni aku praktik vit c balik. mana tau kot-kot boleh cantikkan kulit sekali... hehehehe

Wednesday, November 30, 2011

confuse.... confuse.....confuse.....

aku sedang confuse sekarang. kenapa makin merepek-merepek nama-nama bebudak kat fb sekarang???

contoh je eh.... kalau tetiba tersama mintak mahap la... x bemaksud...


ieeyyfa telletubies

dieella ieellaa lalink


ayeen are-tine


aq budax naqhal


baby eshya


arggghhhh banyak lagi lah.. macam-macam perkataan pelik sampaikan kadang nak menyebutnya tepaksa berkerut-kerut dahi. macam baru belajar mengeja... hahaha

it really shows that how creative our generation now in preparing and adding new vocabulary. lagi satu aku rasa tujuan depa nak bagi kita terberfikir la kan... apakah maksud di sebalik gelaran-gelaran macam tu.

tapi bila difikir-fikir lebih mendalam, apakah rasional di sebalik letak nama-nama macam tu??? adakah mereka merasakan mereka cool dengan panggilan macam tu????

entah-entah di name tag sekolah nama real mereka adalah

khadijah

aminah

sakinah

markonah


well....well.....well..... adakah mereka merasakan nama-nama sebegitu adalah kekampungan??? tapi sekurang-kurangnya ada maksud yang mulia bebanding dengan nama entah apa-apa yang diorang letak dalam fb kan. aku cuma pelik... trend bebudak sekarang ni makin lain macam aku nampak..

itu belum lagi nak cerita bab profile picture dengan gambar-gambar dalam fb. bajet comel.. ehhhh ok2 memang anda comel... sori... hehehehe

cuma kekadang aku tergelak sesorang... yela semua bajet comel... hihihihhiihi

cuba pikirkan rasionalnya..... confuse kan?? hahahaha

"dia" dah stat busy dah..........

aku kembali menjadik seperti ayam yang berak kekapuran apabila encik chef dah kembali menjadik seperti sebelum diri beliau... ke"busy"an yang melampau............ sedih2.....

busy-busy aku, kekadang tekan keyboard siapkan report pun aku stil boleh text or call beliau... dalam kelas kalau aku menguap pjg pun jari aku still boleh lincah tekan punat handphone mengadu kat beliau mintak semangat kurangkan mengantuk....


tapi kalau beliau busy...................

texting mesej??? gila kau sebelah tangan hayun senduk, sebelah tangan nak jaga api, sebelah kaki nak kuis sayur jatuh, ehhh habis tu nak text aku pakai apa??? gigi??? hebat sangat la tu... terkebil-kebil la aku menunggu roger beliau......

calling??? karang besembur air liur masuk dalam masakan kan ke penambah perisa tak berkualiti... ewww.... hahahaha

so suah la nak communicate dengan dia kalau dia sibuk unleast dia take a break dan roger aku dulu. tu pun kadang rehat di betul-betul need break sebab penat kat dapur. ye la bila penat kadang nak text buah hati pengarang jantung pun dah takde mood.

soooooooo........... tugas saya sekarang adalah memahami, memahami dan jugak memahami. memandangkan aku pun sibuk dengan final year so sibok kan diri untuk menjadi penyibok je la... takda la rasa stress sangat kan...

tadi...... sebak encik chef bila aku cakap rindu. well.... kalau ahad hari tu we are enjoying hang out tetiba 2 3 hari ni terus dia busy dengan keja dia. meracau jugak aku. but now... pasrah...

ok saya memang seorang buah hati yang memahami. kau ada??? hahahaha ayat menyelamat

life with kids

aku rasa menyampah dengan entry aku 2 3 menjak ni... memula macam rancak tapi ending2 mesti jadik slow... idea kering nak mengolah lebih...

terpanggil pulak nak prepare entry ni... about my feeling yang membuak-buak over excited bila menengok sahabat-sahabat atau senior-senior aku yang upload gambar baby-baby mereka kan.... harus la aku rasa cemburu... hahahaha

serious can't imagine how proud to be mom, to born baby... tapi yang aku tau aku sangat-sangat excited to feel it by myself... aikkkkk...... dah masuk fasa gatal ke apa cik balkis sorang ni............ hehehehehe

aku normal la kan maknanya....kekadang kawan-kawan aku pun geleng kepala tengok kesabaran aku melayan bebudak. cheeewwaaaahhh!!! not to be proud tapi senakal-nakal, sejahat-jahat, sebuas-buas bebudak pun.... dah nama pun budak... akal tak cerdik lagi.... so kenapa kita yang boleh berpikir ni tak boleh beralah dan carik alternatif untuk mengajar mereka dari meluat atau membenci....

aku kekadang stress jugak tapi i dont know where i got strengh to be patient and layan jugak... hehehehe instinct mummy gamaknya....

hidup bersama anak-anak merupakan satu anugerah dan penghargaan paling bermakna dalam hidup.. so please appreciate them. life with kids is adorable. =)


p/s: maybe sekarang... bila dah anak sendiri baru tau, kenal erti susah kot.. hahah no idea on that

Monday, November 28, 2011

sekejap nak bangga diri...

semalam semasa keluar bercinta dengan encik chef aku tak berapa pasti apa yang aku makan... selalunya bila keluar dengan dia aku kurang sangat nak makan sebab teruja nak besembang dan buat aktiviti-aktiviti yang masih terkawal. so aku mengelak untuk makan nasik tapi lebih kepada makanan yang merepek2. macam semalam aku makan set ayam penyet denga kentang dengan... errrr... apa ntah lagi aku tak pasti. lepas makan nak masuk panggung aku seludup plak keledek stim. memang makan tak hengat la favourite tu...

nak dijadikan tragedi lagi plak esoknya presentation. aku memang dah prepare everything. aku group no2 present. sorang member aku kol bagitau dia still kat kampung sebab ada akad nikah akak dia. dia group pertama esok. aku just cadangkan dia mntak lecturer consider pastu aku sendiri volunter nak jadi 1st presenter.


itu cerita semalam.... cerita hari ni plak aku terjaga pukul 6 pagi mata aku rasa stranger gila... sekali hadap cermin mau terkejut tengok mata aku cemen sebelah... (bengkak sebelah). sebijik macam sakit mata tapi sungguh tak rasa sakit, tak rasa berair, xde taik mata ke apa... cuma redness n swallow....... ya ampun.... pagi ni jugak aku ada presentation tu. so terpaksa la pospone proceed dgn group lain dulu. housemate aku cadangkan aku mesej dulu bagitau lecturer. terus dptkan no fon dan msj mntak tangguh.


tapi sekali lagi malang menimpa bertubi2 bila time kelas mmber aku kol bagitau kami terpaksa proceed jugak.. sama hal la dengan group first tu. WHAT THE FISH!!!!!!! mata aku bengkak kot!!!! malu siot!!! tapi memang xde excuse. so tebalkan muka pakai sunglasses yang ala-ala Posh yang besar tu ke kelas. tengah drive pon aku rasa orang pandang aku lain. ni kan pulak time jalan ke kelas... dah memang macam mak datin dah... masuk kelas lagi la aku kena bahan....... arrgggghhhhhhhhhh!!!!!!! sungguh aku rasa terhina tapi apakan daya... effort aku untuk dapatkan jugak markah for presentation...... no matter what!! walaupun malu dgn sunglasses ni. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

and see what i'm done!!!! our group boleh dikatakan higher marks & aku antara best presenter among that group... so.... ALHAMDULILLAH..............


tadi ke unit kesihatan (UK). doktor cakap bukan sakit mata.. maybe allergic... ok...

Saturday, November 26, 2011

tahniah sahabat.... be a good wife

teringat kira-kira 16 tahun dulu masa mula-mula aku masuk mendaftar kelas 1 berlian... aku duduk kat kerusi ditemani arwah abah dekat sebelah then sorang budak pompuan kecik terus tanya nama aku sapa... aku jawab "siti balkis". that was my first conversation aku dengan member aku sorang ni dan jugak dia member pertama yang tegur aku dalam class. Syafinaz binti Ismail namanya... tu kisah masa memula kenal.....

di kantin, dia jugak la yang announce kat orang ramai bila aku bagitau dia aku pandai baca paper bila dia nampak aku belek pembalut nasik lemak. yang aku ni melopong taktau apa-apa. rupa-rupanya bebudak baya aku time tu boleh baca paper macam miracle la... heheh bijak tak aku??

dan..... beliau jugak la antara kawan terbaik aku time sekolah rendah.. dari darjah satu sampai darjah tiga aku dengan dia berlumba-lumba dapatken tempat pertama dalam clas time exam. kalau aku no 1, dia akan no 2, dan macam tu la sebaliknya. bila masuk darjah 4, kami kembangkan gang... syahirah, nor syamimi, syarifah nasuha, fareqah, zaidah, jannah, syafinaz dan balkis (ehhh itu aku... hahahaha)

benda paling nakal kami buat bila gang kami salah paham dengan statement ustaz aku, nama ustaz musa. sebab salah paham la gang-gang aku develop team bola sepak perempuan. time tu aku darjah 6 (2000).then kami collect duit beli hadiah tupperware, pinjam bola sekolah. buat liga lawan bola sepak antara team kelas aku 6 berlian dengan team kelas 6 nilam... lawan dekat padang sekolaj menengah. last-last teruk kena tazkirah balik oleh ustazah sekolah.. hehehehe

banyak kenangan aku dengan dia. masuk sekolah menengah kami still sekelas tapi time tu dah x berapa rapat sebab aku duduk asrama, dia duduk luar. tapi kami still rapat.. naik tingkatan 4 kami dah tak sekelas tapi kalau jmpak tu ada ja benda nak disembang n digosip... kenangan macam tu xkan aku lupa...


kenapa aku tetiba feeling-feeling nak bercerita pasal kawan aku ni... hahahaha sebabnya hari ni dia dah pun bergelar isteri orang.. aku ni je terkial-kial lagi taktau arah tuju...

so pinat... selamat berkahwin... selamat pengantin baru.. be a good wife.. syurga suami dibwah telapak kaki suami... tinggalkan perangai gila-gila anda dan belajar menjadi isteri dan bakal ibu.. hohohohoho friendship never ends!!!

Friday, November 25, 2011

amarah menghilang

lama-lama melayan bebudak kadang-kadang buat aku lemas jugak. kalau jenis x mengganggu xpe... now sofia dah makin meningkat kanak-kanak. kalau dulu x pandai bercakap tapi sekarang memang petah. macam-macam benda nak dikongsi, disoal sampai kadang aku naik rimas. letih nak melayan.....

hari ni niat murni aku nak siapkan apa-apa assignment so burden kurang sikit. lepas sidai kain 3 baldi tadi cik sofia dah bertandang ke rumah aku. makan xmau, apa xmau melainkan dekat rumah aku....

ini aku nak menghadap laptop nak siapkan keja dia pulak merengek-rengek nak tengok citer barbie kat youtube.. kecik besar kecik besar je aku pandang budak ni..... aku pujuk suruh balik rumah pon xmau-takmau jugak... dah tengok barbie mintak tengok upin ipin pulak... dekat mulut memang aku dah merungut macam-macam. tak reti letih ke budak ni????


tapi dalam menghadap marah + bengang tu... cik sofia boleh pulak tengok upin ipin dengan riak bahagia dan gelak.. mulut dia plak becok dok ikut cakap opah dalam citer tu... then tetiba...

her: "sayangggggggg.....kak balkis!!!"

me: hah apa???

her: sayanggggggg........ kak balkis!!!

terus dipeluk aku erat.... kau berani nak marah lagi ke balkis????? tidak..... terus amarah aku cair..

me: kau tengok la puas2 sofia oii....

aku ter"pasrah" di sudut dinding memerhati cik sofia kembali tumpukan perhatian pada skrin netbook aku. menonton cerita kegemaran beliau.

Thursday, November 24, 2011

this is life -dedicate to my shy boy-

aku rasa terpanggil untuk dedicate entry ni untuk seseorang yang penah aku sayang..... (errkkkk). malu dan segan dah nak mengaku sayang sebabnya of course la dah ada yang tersayang sekarang... dan kami jugak dah jadik orang asing dalam life masing-masing walaupun pernah berjanji untuk menjadi kawan sampai mati... so as a friends, i would like to dedicate this entry for him because deep inside my heart, he still my friends....

manusia merancang tapi sebaik-baik perancang tetap ALLAH yang satu. mungkin kali ni kita rasa kita dah hilang sesuatu yang paling bermakna, yang paling sesuai dan paling kita sayang dalam hidup... tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita... hari ini kita kalah dan diuji.... itu maknanya Allah sayangkan kita dan as a servant, find Him and seek for forgiveness.... ujian kadang-kadang mendekatkan kita padaNYA... tapi berapa kerat yang tenggelam dalam kesedihan dan asyik meratap tentang orang lain daripada pencipta sendiri.

aku tidak baik... tapi aku cuba menjadi terbaik.. walaupun masih banyak cacat celanya... dan aku sedar berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.... kita dah tak memahami satu sama lain...tapi kita tetap manusia, bernafas di bumi yang sama. mungkin juga pernah berlanggar bahu tanpa kita sedar... but encik shy boy... trust me... Allah bukan suka-suka uji kamu...

diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

I'm done... don't be sad ok =) Allah sentiasa ada untuk kamu 

heiiiiiii.... this is your penglipur lara rite??... hehehehe

Monday, November 14, 2011

saya menjadi hero =)

kebanyakan orang memang tau aku ni sangat penakut dengan perkataan "darah".... arrrggghhhh mendengar 5 huruf tu dah buat aku rasa lembik macam puding caramel..

ye... sejak kes tengkuk aku kena cucuk dengan tunggul masa aku main dlm semak kecik-kecik dulu menyebabkan aku trauma dgn menda alah ni... sehabis baik aku akan menjaga kesihatan dan juga tubuh badan dari sebarang luka atau infection. kena pisau pon aku dah meracau segala padahal xdek la terok.. and aku jugak takutkan jarum, benda2 yang tajam dan merbahaya... segala yang boleh mendatangkan mudarat la aku akan berhati2..

nak derma darah??? memang teringin.. tapi rasa macam tak kuat sehinggalah tadi bila madam jaja merangkap lecturer service management aku buat annoucement sesapa turun derma darah dapat extra marks... aku dah gaban... ikut nafsu mmg nak la extra marks tu tapi... takot dowhhh menderma..

akhirnya sampai jugak aku kat tempat menderma... carik kekuatan.. kawan aku pon naik pelik tetiba aku terlebih kepoh kat situ... yela nak cover gugup kot...

ambik borang... isi.... I'm shaking ok... tapi gasak la... demi extra marks tu...

aku orang ketiga ok.. hehehe semangat x? turn aku tu misi trainer.. aku smbg2 dgn dia then aku pesan suruh dia hati-hati dgn aku... harus la aku pesan cenggitu sebab kau nak mencederakan aku utk blood test kan... aku pejam mata... then


"pap!!!" arrgghh darah da kuar kat jari aku... tapi si misi tu menggigil plak time nak sedut aku nye darah... huh gapo ni!!! dah aku amik keputusan biar aku picit sendiri jari aku suruh dia sedut darah tu kuar.. aduh... lemah3x...

turn kedua time cek berat... masyaAllah.... cukup2 45KG. walhal aku time raya ke3 haji aku timbang ada la 48KG. aku rasa penimbang ni problem tapi Alhamdulillah doktor tu lepaskan aku.. doc tanya aku da breakfast belum.. aku ckp dah tapi sereal je la pagi tu.. aku bancuh cornflakes dgn susu coklat. tapi doc tu geleng kepala suruh aku minum milo untuk extra meals.. ok fine... cek BP sekali lagi dia geleng kepala... eh apahal doktor ni... berkali2 dia pesan suruh aku minum milo dulu sebelum donate blood. bila aku tanya any problem dgn heart beat aku dia ckp normal... so pe mslhnya???? masa tu la aku rasa heart beat aku dah begendang sakan....

so aku kuar carik minum... apanya milo!!! teh je kot.. panas plak tu. aku telan seteguk then ckp dia I'm ready. bila dia confrom bagi alat2 bagai then nurse chinese baringkan dan selimutkan aku. mulut aku jgn cakap la... even dia dah nurse veteran yg cukup experience tapi aku pesan berkali2...

me: nurse.. please carik urat saya betul2.. saya xmau kena cucuk byk2 kali...

me: nurse... carefull please, I first time donate ni...

me: nurse please... i'm shaking!!!!

dia mintak aku genggam kuat2 something alah tu supaya urat aku timbul tapi honestly aku mmg x daya langsung utk buat apa2... nasib baik la urat aku berkaler nampak dekat pelipat tu... dan Alhamdulillah sekali cucuk terus darah aku keluar. Alhamdulillah........

then dia bagi something utk aku roll... masa tu aku da sebak. aku derma darah ni.... air mata mmg da almost menitik2... ntah kenapa aku sedih gila... macam tak rela pon ada.. hahaha

2 3x misi mai cek darah aku smpai aku naik cuak.

me: napa ni nurse?? ada mslh ke? darah x keluar ke?? (aku mmg x tengok la... gerun punya pasal)

nurse: ehh xpe dik... dia kuar tapi lambat sikit... kena pegang ni...

me: aaaaaaa kena cucuk lain ka....

nurse: xpa dik... jgn angkat kepala.. diam k..

me: (sebik terus menangis.... aku gigit jari aku kuat2 tahan sebak)

nurse tu 4 5x gak ulang alik mai kat aku pegang jarum aku bagai...



last-last...

nurse: ok dik... siap... sakit x?

me: sikit... agaknya seriau je kot... tapi saya ok..

nurse: adik baring 10 minit. saya bagi adik rehat... baring dulu

me: ok....

after few minutes..

nurse: ok dah???

me: ok dah

nurse: ada pening x?

me: x... saya ok.. dah boleh bangun..



then lepas kemas-kemas aku keluar ambik energy balik... sumpah rasa sangat weak dan x bermaya... tapi cek-cek barang aku perasan yang handfon aku tertingggal... hah bala apa plak dah...

aku lari balik tinjau2 kat situ then sorang nurse perasan baru dia bagi balik hanfon.. dalam kelam-kabut nak keluar doktor yang cek berat aku tadi tahan aku....

doc: you dah setle ke??

me: dah doc.

doc: u ok x ni?

me: errr... ok. i ok xde apa masalah..

doc: u keluar nanti uambik makanan n minum milo ok.

me: oowwhhh ok2.. thanks doc.

masa conversation tu aku di celah2 orang ramai yang tengah beratur tunggu turn nak hantar borang. what a great service i had at there. doc tu boleh berenti cek n tanya condition aku.. huhuhu what a suprise!!!

also treatment service from all nurses except the trainer sangat2 memuaskan... berapa kali depa pesan aku suruh aku makan minum, jgn angkt benda berat... very nice

agaknya sebab aku bagi service kat depa kot... kalau aku mintak service maybe lain sikit treatment... hehehehe
apa apa pun aku sangat bangga ok..... sebab aku dah berjaya atasi ketakutan aku... nervous aku... Alhamdulillah syukur...

buktinya... jeng3x.....


bukti pertama yang aku adalah seorang hero... hohoho


darah saya A+........... =)






nampakkkk!!!! 45kg... haru2... kena tambah lagi berat ni...

Sunday, November 13, 2011

terasa hati...terkecik hati....

aku rasa sangat sedih sekarang... sekarang ni  memang tak menyempat2 spend time dgn en. chef... if aku ada masa aku lebih suka lepak dgn my family or friends rather than him. kenapa aku tak pasti.. jiwa goyah mungkin...

aku mengaku few days back aku banyak makan hati, terasa keciknya hati dengan dia... same goes to him. pakat sama2 terasa... ok aku tau aku selambe... maaf..

just hope everything will be fine... dan semuanya kembali normal.....

Wednesday, November 2, 2011

seakan kembali di zaman kanak-kanak

dalam mengadap asignment n repot yang mengstresskan kepala otak...

kawan aku dengar encik bhai pakistan dengan moto ex5 petik loceng... yessss aiskrim is coming!!!! kelam kabut housemate aku tahan emcik bhai tu... tukar uniform, dengan bedak sejuk bersalut di muka, selamba capai duit pesan aiskrim kon....

perrggghhhh dah mahal... zaman aku skolah dulu baru dua kupang... sekarang tau berapa harga??? seringgit hokey...... SERINGGIT!!!!!

tapi ada perbezaan aiskrim dulu dan sekarang...

DULU................  



 VS

SEKARANG


ihsan gambar2 tu dari encik google... tapi tu la pebezaan dia... tapi seringgit still macam x bebaloi kan... asal sejuk tekak dan kerongkong sudah la time panas-panas camni...


time dapat aiskrim.... aku sambil peluk lutut, besandar di kerusi malas, menikmati aiskrim kon... memang layan... same goes to member berdua aku... pakat senyap sandar di dinding habiskan aiskrim masing-masing... hahaha well.... mengingatkan zaman kecik-kecik kan... x sangka di usia 23 tahun ni x lekang lagi dengan kebudak-budakan... sweet.. that's all


jom sambung keja

Monday, October 31, 2011

salam bloggers

lama tak update... if ada sesapa yang meroyan tunggu aku post new entry maaf la sebab lama menyepi. selain busy dengan hidup (ye la tu) aku jugak takdek idea + mood nak berblogging.. kang merapu ke laut readers menyampah pulak ye dak... anggap je la aku koma sebentar dari alam penulisan... now... here I am.

life sikit sebanyak makin challenge la... nak kena mengadap final semester. memang stress.. x penah2 aku teriak kat mak aku sebab banyak keja last2 sebak jugak baru-baru ni time call dia. sebab rasa stress yang teramat. aku still x boleh cope dengan life yang macam ini.

baru2 ni ke langkawi interview society kat sana tentang leadership style yang penduduk kuah idam2kan... memang menguji kesabaran, bayangkan kena masuk keluar kampung, ala2 orang buat bancian tu. berpanas hujan bagai untuk dapatkan responden. sapa yang penah handle research tahu la hazab nak dapatkan respondent macam mana kan.... tambah2 kalau melibatkan orang luar sebagai responden macam aku n kekawan aku ni. tapi ada jugak add value yang aku realize... sel2 otak aku dapat berkembang bila aku interview society especially issues regarding politic ni kan... ada yang cakap bagai nak rak tapi last2 pointless...

dapat jugak pengalaman bertemu dengan ketua pemuda umno bahagian sana... cakap berdegang2 la tapi at the end aku rasa macam "u better stop talking nonsense."

orang politik memang pandai bercakap n manipulate everything. kalau yang dapat digest niat sebenar politician ni memang manusia akan jelik & serius menyampah tahap gaban... masalahnya certain people x boleh digest intent sebenar politician n hanya yes bos yes bos. itulah kekadang ada orang yang tak sedar diri tu. becakap macam pakai kepala lutut.

apa aku merepek ni... hahaha sekian

Tuesday, October 11, 2011

x perlu exposure

aku sekarang rajin online, seronok berfesbuk tapi dah malas meroyan dalam ni... ahahahhahaha... dala berfesbuk harus2 la aku dah ter"expose" dengan segala trend2 kat sana seperti gigirl pose dgn mulut muncung or pipi kembung... hahaha motip2...
cuma nak share... kekadang aku tengok rancak sangat kawan-kawan kita berposing dengan pakwe pastu share dalam fesbuk. zaman bahagia la katakan... berbunga2 hati... pastu relationship  pon tukar dari single ke in a relationship with sekian....sekian...

asal sekali tornado melanda, gambar kat fesbuk kemana, status kemana... hilang dibawa pusaran tornado... pastu bilatukar status orang pakat komen... komen kesian ok jugak tapi ada yg like tu x paham... kah3x perli ke hape dowhhh!!!!

bila baik tukar lagi status... aikkkkkkk hamenda bro...

in case aku plak... personal life aku sangat privacy... sebab entah... aku x suka expose hal-hal status aku melainkan kalau hal family... sukeeeeeeeeeeee sangat!!!. kadang2 encik chef sangat tak puas hati ngan cara aku. kalau boleh dia nak je semorang tau we are ehem2... ahah kena explain kat beliau elok-elok...

aku just takmau jadik macam kat atas tu je sebenanya... hak3x... lagi 1 aku rasa aku patut hormat family-family aku. let it just happen in natural kan... dah kawin nnti buat walimatul urus besar-besar biar 1 kampung tau... hehehehe

sekarang zaman bercinta... x payah over-over...

cuma aku agak ralat hari tu one of my friend expose gambar aku n him kat public.. aku sgtttt..... stresss!!!!! bukan apa sangat tapi memandangkan hal sekecik tu jadik something big bila member class especially guys terperanjat n pakat komen... malu... rasa seperti artis pon ada... ramai x percaya it was me.. sabor la hati...


so kesimpulannya... kisah peribadi... simpan sendiri sudah

Thursday, September 29, 2011

I see what you can't see

sedih ni.... my friend ter"publish" gambar aku di facebook dia... agak mengaibkan... bagi pihak dia meman dia cakap gambar tu tak salah apa-apa... tapi aku rasa tetap salah dan dosa... well penilaian orang lain takkan sama... banyak hati yang perlu aku jaga.. so kadang-kadang terpaksa menjadi hipokrit.. hipokrit itu tidak salah kalau ianya bertempat... so aku maafkan dia... be professional... malas nak bising lebih-lebih... bagi aku xdak point aku nak marah kalau benda dah pon terjadik... mana yang boleh repair, repair la sikit-sikit walaupun reputasi aku tercalar sedikit...

bahagia ni.... kadang-kadang terharu... i love my family... belum apa-apa lagi dah ada volunteer yang confident nak tolong take care aku.. cheewahhh.... berbudi itu berbaloi... kita akan dapat lebih benefit kalau tidak berkira... nak kata ikhlas, Allah saja yang layak mengukur tahap itu..... well faktanya, my cousin volunteer untuk tolong jaga anak mak sorang ni.. beria-ia ajak aku keja dekat dengan dia... so dia boleh pantau... dari sisi negatif aku rasa macam "hello... i'm 23 years old ok!! I can take care of myself!! dari kecik sampai ke besar x penah rasa independent... ada saja family nak sebok hal aku!!!"... hahahaha buruk kan??

tapi dari sisi positif aku "yess!! ada kabel untuk carik keja, shelter,!! harusla aku peram saja duit gaji nanti... korang la bela aku nanti.. hahahaha" and I love to use my positive side. aku lebih senang ada orang ambil kisah pasal aku.. aku senang dimanjakan dengan perhatian. sebab itu bermakna ramai sedar aku wujud di sisi mereka... hahahaha gila statement!!!
It just me. mungkin bagi orang lain, mereka akan rimas, renyah kalau everyone wants to know detail about themself, tapi ntah aku rasa lebih tenteram dan bahagia ada orang guide me. that's my family... my mak, abang long, adik-adik, mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat, if they volunteer to take care of me, why should I refuse to accept?? x patut kan...

masuk kelas kawan-kawan tak pernah lupa & segan nak greeting, bertegur, bergurau & sharing knowledge.
balik rumah mak tak pernah letih melayan karenah kadang-kadang kering poket, nak kan masakan yang complicated, tolong kemaskan kain baju.... i really admit, even aku dah menjangkau 23 tapi mak masih melayan anak-anak dia seperti kanak-kanak perlukan perhatian.
even punya abang yang sangat tak best diajak bersembang (best lagi smbng dgn tunggul), but in other side, he's the best brother ever. x pernah berkira dgn adik tersayang...
adik-adik yang sangat sporting dan gila-gila... boleh dibuat kawan, lawan, dan tempat bermanja...


I don't know... malam ni terasa istimewa.. manusia di sekeliling aku semuanya Allah kirimkan yang terbaik... walaupun ada diantara tak sempurna, tapi semuanya membahagiakan aku. ketidaksempurnaan tu aku dikabur oleh good manners with me..

terima kasih anda semua...

Wednesday, September 21, 2011

semester terakhir

Alhamdulillah dah almost 2 weeks masuk semester baru yang terakhir ni (insyaAllah...) since cuti gila-gila selama 3 bulan lebih.... memang antara cuti palinggggggg panjang dalam time aku mengaji ni... dah cuti panjang so panjang jugak la aktiviti aku dekat rumah. dan honestly aku langsung tak keluar berfoya-foya bersama kawan-kawan lama, my life hanya tertumpu dengan family... heheheh terbaik!!!


since cuti lama ni jugak punyala teruk kan rumah ni djadikan pesta oleh sang tikus2 sekalian. so first day sampai memang penat nak mengemas bagai.. bebai pon ada sikit. hahahaha yala kita tinggal bersih-bersih tapi sampai-sampai macam rumah hantu tinggalan kolonial segala. mana dengan letih drive lagi.. huhuhu by the way sekarang dah kembali happy tambah-tambah aku dapat roomate yang prihatin terhadap kekemasan bilik so thats great!!!

harapan aku kali ni.... semoga semester yang terakhir ni aku dapat buat yang paling2 terbaik!!!! cipta rekod dapat 4flat pon dah cukup baik la kan... hohohohoho

subjek untuk semester kali ni....

1) service management
2) strategic management
3) knowledge management
4)practical report training
5)research


tengokkkkkk banyak berkaitan dengan management... ooooo by the way still ramai yang blur-blur lagi kos yang aku ambik ni boleh ke mana.. keja apa keluar nanti... ramai yang tak familiar dengan skop keja aku... nntila akan aku rogerdi entry lain... hehehehe out~

Sunday, August 21, 2011

bila ramai manusia semakin hilang rasa belas kasihan

bahagianya rumah bila ada bayi sorang ni... walaupun kuat melalak tapi it's really great to see her cute face. bayi ada atas riba sekarang... hahahaha sila jangan jeles.

sedang mengira detik-detik terakhir di ipoh sebelum balik berhari raya di rumah dan InsyaAllah akan kembali bersama fami;y nanti untuk melawat baby sekali lagi.

terkesan jugak melihat baby akma... dia bertuah sebab kedatangan dia ke dunia ni sangat-sangat dialu-alukan dan dinanti. tak macam sesetengah bayi yang lahir-lahir je dah tercampak dalam lubang toilet, dalam baldi, dalam tong sampah majlis bandaraya... yang ditanam hidup-hidup pun ada...

para-para ibu bapa inilah antara ibu bapa paling malang dan rugi sekali di dunia dan akhirat.. takde nilai kasih sayang dan takda anak-anak yang akan mendoakan mereka di akhirat nanti...

janganlah kau cabut rasa sayang dalam diri hambaMu ini yaAllah.....




tengok si comel ni.... berani kamu nak bunuh???
sumber: pakcik google




sapa rasa terjenguk column aku ni rasa xmau bayi tu meh pm aku kat fb. aku jaga anak korang sampai jadik orang. InsyaAllah... (serius ini entry serius)

Thursday, August 18, 2011

let's help them

kadang-kadang kita rasa dunia ni macam tak adil tambah-tambah bila diuji. ujian yang sedikit dah panjang lebar kita mengeluh... tapi bila melihat ujian yang ditimpakan pada orang lain, baru kita sedar yang masalah kita ni tak seberapa dan betapa beruntungnya kita di dunia ni berbanding orang lain....

ini mungkin habuan bagi mereka tapi trust me, rahmat ALLAH di sebalik semua dugaan yang Allah turunkan untuk mereka memang tak terhingga. Allah uji kerana Allah sayang.semakin kita diuji semakin hampir Allah pada kita.

mari kita bantu mereka

Wednesday, August 17, 2011

boyish dan pink

entry kali ni klise sikit... entry ni wujud sebab aku rasa masih ramai lagi yang belum kenal aku dan jiwa aku sebenanya... tambah-tambah pulak skang ni makin ramai yang mengorat aku di FB... kah3x gila aku mencarut... mungkin tersampuk dengan badi cousin aku si nazri tu... tapi sedihnya yang mengorat beliau adalah kaum sejenis. kaum berlawanan takut nak dekat memandangkan muka beliau ibarat kasanova... kwang3x

aku sebenanya malas la sangat nak pukul canang kat fb tu yang aku dah ada relationship memandangkan masa aku declare aritu ramai yang melopong-melopong x pecaya si boyish sorang nih ada balak.... pastu terus fb aku macam kawasan perkuburan.... sunyik je xdek entertainment..... apa orang kapel dah x boleh kawan ke hahhhhh  choosy sangat... huk3x

kali ni aku nak bercerita dulu mengenai perangai aku...oleh sebab aku anak kedua dan abang aku sulung, so aku banyak mengikut jejak langkah dia time kecik-kecik. main rakit, polis sentri, tuju kasut, masuk hutan bagai... tambah-tambah pulak sepupu aku time tu ramaii...... dan unluckily semua lelaki jugak so apa lagi... kau randuk air parit kotor carik ikan laga aku pun join la kan.... so mungkin itulah yang agak merencatkan pertumbuhan mental aku sebagai seorang perempuan. cumanya...... mak aku x ikut sangat kehendak aku. bila time raya disarungnya baju kurung, dress, baju kembang ala-ala princess, kau bayangkan aku pakai dress paras lutut dengan rambut pendek macam jantan... arggghhhhh tapi time tu aku adek la meraung tak suka... still boleh accept sebab alah sikit sebanyak mesti ada perasaan nak melawa ye dak... hahahaha

cuma baru-baru ni aku kat ipoh ni belek-belek album lama ternampak 1 gambar time raya aku dengan cousin-cousin lelaki aku (sebelah mak) begrambar ramai-ramai. depa ada dalam 6 orang, aku sorang girl... yang tak tahannya depa pakai seluar n tshirt segak-segak, aku pon apa kurangnya, t-shirt jugak n suar dengan rambut pendek. cuma beza ketara aku nampak perempuan suar aku sorang kaler pink, dengan seketul rantai emas kat leher.... cihhhh nnti aku uploadkan gambar tu... hhahahahah


banyak baju-baju aku dulu kaler pink.. ntah kenapa mak aku geram gamaknya nak jadikan anak pompuan dia ni ala-ala princess tapi lasak sangat so ada kenan sikit-sikit pon jadik la.....

so... aku rasa until now aku still suka pink, even aku susah nak mengaku. perangai aku tetap boyish, aku tetap selesa berkawan dengan lelaki-lelaki sebab bagi aku mereka ini berjiwa mantap, tak cepat terasa, sembang lawak kasar pon hati masih kental berbanding wanita yang hatinya sensitif. termasuk aku... hahahahaha aku sorang emosi-emosi sudah.. kalau orang lain join emosi sekali jadik x best pulak ye dak????

ok tersedak sebentar.... ehemmmm!!!! sambung.... I love challenge, I hate sports!! tapi I love aktivity yang need a lot of energy + back to nature... I love hiking, jungle tracking, apa lagi ya... alah something yang boleh dekatkan aku dengan alam. tapi please jgn cakap dengan aku pasal bola sepak ke, takraw ke... bosan dowh!!!!! dulu time skolah aku jarang participate dlm extra kokurikulum... melainkan kadet polis dan kelab pecinta alam. itu sahaja.. sebab masa terluang aku habiskan aktiviti nakal di asrama... sesiapa yang stay hostel tapi takde pengalaman panjat pagar sekolah, lari belakang asrama, panjat pagar 2 layer memang hilang setengah dari kenikmatan dunia hostel.. hahahahah aku one of them... xdek buat jahat kuar meronggeng ke bagai xdek... bebudak zaman aku time tu tau nak seronok bukan nak seronok menggatal..

aku larikan basikal budak2 sekolah petang denagn member aku, pegi pekan pekena cendol atau ABC, then aku letak balik basikal tu kat tempat biasa. rakan subahat aku safinah... dia pon jadik orang dah skang... lepasan degree kimia industri dah keja elok dah... hahahahah sapa cakap budak nakal sekolah xkan bejaya dalam hidup?? mau usaha ja lebih... ehem3x mengkover diri sebenanya........

there's lot of fun that i'd really miss it. sangat rindukan suasana dulu-dulu... tapi sekarang zaman boyish aku da bekurang sikit tambah-tambah sejak ada balaks ni kan... berubah ke arah lebih macam anak dara... hahahahahaha

but several thing yang aku rasa agak loya nak follow perangai gigirl ni ialah tangkap gambar, pose ala-ala manja dengan mulut muncung kat cermin... pastu pandangan sisi, pastu pandangan mata galak, buat pipi kembung then tag dalam FB cakap "alamak saye dah makin gemuk lewwww" owhhh serius macam shit (bagi pandangan aku la) dan lain-lain lagi yang menunjukkan kegedikan melampau.. gediks manja sikit2 itu normal sebab kromosom aku still XX okey.......

bercerita mengenai pink lagi... aku x sedar sangat aku minat pink cuma aku banyak barang kaler pink secara tak sengaja... termasukla stokin tido belang-belang pink & putih yg tengah aku pakai sekarang....

cumanya yang lebih buat aku realize bila 1 day aku di pekan rabu alor setar... time tu aku nak beli beg anyam nak letak kain semayang. encik chef yang belanja... okey time tengah-tengah pilih aku teringat yang orang laki ni kalau pompuan suruh pilih antara 2 barang mesti depa akan cakap dua2 padan dengan sayang... ambik la mana-mana pon... then aku saja nak test mamat ni....tgk apa dia nak cakap... aku pegang beg anyam tu 1 kaler pink, 1 kaler biru (fav dia). di pihak aku sendiri sebenanya aku bekenan biru tu dah...

me: abang.. pilih mana yang cantik???

him: ermmm... pink tu cantik.

me:hah???

him: pink tu cantik. beli yang tu la...

me: errrrr.... okey..... kenapa pink ni??

him: awk kan suka kaler pink....

me: owhhh hehehehehe


tanpa pengakuan dia pon sedar aku banyak terbekenan kaler pink... hahahaha so ikut je la pilihan dia tanpa banyak songeh.... biru yang canti tadi pon dilupakan... ahahahahaha

sekian boyish dan pink........

Tuesday, August 16, 2011

homesick

nak mengadu kat encik chef pun keja dia busy memanjang..... aisshhhh sedih2... nak mengadu mak??? hah suara x keluar, meraung jadiknya nanti....

rasanya sejak dduk hostel start form 1, aku jarang sangat menyambut puasa sama-sama dengan family aku. bila makin dewasa ni komitmen makin bertambah-tambah, masa berkualiti bersama keluarga pulak makin berkurang..  sebenarnya dah 13 hari jadik orang ipoh ni baru 3x aku call rumah. tu pun masa mula-mula sampai.. bukan xmau call tapi sedih lah!!!!

then semalam mak call time aku tengah tido petang. terpisat-pisat jugak la baru sedar. mak cakap belum prepare apa-apa lagi untuk raya sebab nak prepare dengan aku.... tu dah buat aku sebak...

yang menambahkan lagi lemas perut aku ni (statement orang utara bila rasa betul-betul tak selesa) bila makcik bagitau kemungkinan aku kena extent lagi masa kat sini.... sebab risau baby ada masalah kena deliver hospital lagi so aku kena stay untuk jaga akmal... so tiket bas tu burn je....... 

saya rindu mak saya... saya rindu rumah saya.....


dan.... semalam entah apa mimpi tiba2 aku macam terdengar suara orang berbisik "ramadhan dah hampir ke penghujung" serius tak tipu... dan tgh2 tetido pun boleh terjaga....

aku banyak berpikir sekarang....... macam-macam hal... kalau la aku ada kekuatan untuk merubah semua ni...cuma berdoa ini bukan ramadhan terakhir untuk aku....... 

Monday, August 15, 2011

makin pandai jaga diri sendiri........

minggu lepas.... aku masih di ipoh, hanya aku, makcik yang sarat & si cilik akmal haris berusia 7 tahun. lepas bebuka selalunya memang kami akan tinggal pinggan mangkuk belum dicuci di sinki selesaikan magrib dulu yang makin hujung-hujung... so lepas semayang bagai aku ke gerak ke dapur kalau tak makcik dulu gerak harusla aku bersalah biar dia tengah sarat buat keja.... sekali sampai dapur terserempak makluk yang paling aku takuti di dalam dunia... sang lipan tengah merayap-rayap kat tepi dinding dapur... size kecik je tapi asal namanya lipan memang aku tak boleh cool down... adrenaline da sesak dalam body aku, peluh dah mercik bagai... tapi otak aku pikir, xdek sapa dalam rumah ni yang boleh jadik hero melainkan si pentakut lipan ni sendirik aigooooooo.... kenapa kamu muncul saat ini, terus aku gegas ke bilik air, dapatkan ridsect... dari jauh 15 inci gitu aku sembur

psstttttttt.......... sekali kau makin laju plak merayap!! arrrggghhhh

PELEPAPPPPPP!!!!!! selipar dapur yg aku pakai terus aku pijak. maka salam takziah untuk beliau........ innalillah.........


p/s: harus encik chef bangga kalau aku story hal ni ke dia....... tiada lagi histeria2 bila nampak lipan... kalau bapak dia.......... errrrrrrr..... maybe aku panggil bomba time tu... hahahahaha


semua benda nak dipolitikkan

belek mingguan malaysia semalam... rancak pak-pak menteri mengomen pasal kes pihak majlis jabatan agama penang melarang masjid atau surau-surau menguatkan bacaan al-quran.... kalau nak komen tak setuju takpa jugak tapi ni mesti komen-komen sangkut dengan parti pembangkang, politik bagai.... ikut hati nak je buat direct call kat pak-pak menteri ni and says "can you please shout your mouth!!!!!!"

sudah-sudah la... kes JAIS attack gereja nak merepek, kes ni nak merepek, semua benda nak politik2... kenapa...... ini la penyebabnya orang melayu berpecah belah. apa-apa masalah sebelum bagi apa-apa statement tambah-tambah tentang agama, bagi je la pada mereka-mereka yang arif... orang alim, mufti... sebab diorang-diorang ni la yang dekat dengan al-quran dan as-sunnah.. tanya pandangan depa then... kau nak come out dgn statement ok la kan..... ni tak refer apa terus hentam, rakyat yang x paham menda ikut mengeji, haru biru jadiknya.....

rakyat seharusnya bijak memilih.......

p/s: pandai pulak aku keluarkan isu politik... apa-apa pun rindu pulak kepada encik azizi a.k.a encik politik aku. if he's here maka sampai tersedak-sedak aku mendengarnya.... now he's gone... harap-harap nnti dia muncul balik


Sunday, August 14, 2011

jangan kerana dendam hilang orang tersayang.....

maaf la kalau semenjak dua menjak asyik post entry merapu-merapu pasal perasaan saja... kadang-kadang aku sangat tak faham dengan perangai kaum kau sendiri iaitu perempuan ni sendiri.......

for me simple, kalau seseorang tu boleh beri peluang dan cuba bawak kita ke jalan yang lebih elok kenapa kita tak boleh bagi peluang pada dia untuk enter to your world... x semestinya untuk terus jatuh cinta... jangan terlalu specific kan minda bila lelaki & perempuan bersahabat sewajibnya jatuh pada hukum bercinta... tak semestinya... sebab tu kebanyakannya kawan lelaki kamu, kamu jadikan spare part... that's not fair for them... dan bila sekali kamu terkena terus melenting tak tentu pasal...

jangan kerana ego, dendam kamu buat keputusan yang salah... sebab kadang-kadang mulut menipu. mulut kata benci tapi hati rasa sayang lagi........ kan.....

Saturday, August 13, 2011

hargai apa yang ada dari takda langsung........

buan-bulan puasa ni boleh masuk kategori pesta makanan ye dak.... daripada semewah-mewah restoran atau hotel sampaikan sekecik-kecik gerai semuanya bersaing dan dapatkan untung dan mostly nak attrack customer walaupun jual tauhu sumbat basi... ehhhh!!!

aku terkena dua hari lepas, dah mengidam tauhu sumbat singgah la beli kat bazar, sekali nak ngappp time berbuka bau dah masam, berair plak.... kempunan la aku dengan makcik aku.... so kepada peniaga-peniaga sekalian, takpa hari tu mood aku baik so aku x menyumpah2 orang (hehehehe) kadang-kadang kita tak perasan ye dak.... mungkin bukan salah makcik tu... tapi sebagai peniaga berpengalaman lain kali cek la dulu makanan yang dijual tu kan3x.........

orait berbalik kepada tujuan asal aku nak post entry kali ni...... oleh kerana bulan Ramadhan ni bulan untuk kutip untung, maka tukang-tukang masak lah antara umat paling sibuk di bulan posa ni... tak menang tangan nak prepare ingredients, lempar-lempar masuk kuali (errrkkk bunyi cam kotor je) masuk pinggan, hias2 hidang. letih tu... sama jugak la dengan encik chef aku sorang nih sampaikan aku ni ibarat malukut di tepi gantang... jadik awek terbiar dan kurang perhatian (adakah????)

sangat bosan... itu la dulu lagi aku dah pesan jangan terlalu manjakan aku dengan perhatian sebabnya bila jadik cenggini aku cepat cengeng.. (cepat sebak) ni la kes lelaki susah nak paham kenapa pompuan slalu nangis tanpa sebab.. hahahahah

sebenarnya aku paham ke"busy"an beliau den kepenatan beliau... balik-balik terus get rest, tak sempat sembang apa-apa dah terus tido sampai pagi esok, bangun p keja balik.... bila keja memang silent milent lah!!! that's his routine now.. tapi susah sangat nak adapt..... sebab tu kadang-kadang aku protes, time dia x busy then sembang aku pulak buat-buat busy padahal apa yang kau busy balkis oiiii.... busy menyetap dengan berangan je la kalau xde keja......

cuma...... semalam.. bila aku tengah rancak bersembang dengan makcik aku ntah topik apa sampai terbabas ke topik masak memasak... then she mention

she: tukang masak pon bulan-bulan posa ni lagi busy.. kesian... dugaan tu....

zapppppp!!!!!!!! terus aku rasa waaaarrrrrrrr betul la makcik.... then tetiba macam "owwwhhh balkis, kamu sudah bangun ke??? sebelum ni apa??? mengigau???"

hah macam tu....... hahahaha now aku dah realize, he always try hard to be with me tapi encik chef tetap encik chef, tetap manusia yang tidak sempurna..... penat-penat dia keja bukan p meronggeng ye dak.. patutnya aku appreciate & support bukan dengan merungut-rungut bagai.........

dan semalam selepas hampir 13 jam dia keja, balik-balik rumah kami text dalam sejam, I feel soooo..... sad... sedih kenapa ceq??? sedih sebab terharu, he still spend his time for me, layan aku merepek macam-macam hal, merungut itu ini, beliau pun merungut sakit betis banyak buat keja.... kesian... saya ingin lebih menghargai dia lepas ini.... errrrr bukan janji ya... nak cuba sebabnya aku tetap aku.... tak sempurna... hahahaha

p/s: kalau dah xde keja sangat bulan-bulan posa ni apa kata kita dekatkan diri dengan ibadah ye dak... xdek la mengadu bosan.

Thursday, August 11, 2011

hari ini kesabaran teruji..

mungkin cuaca panas membahang sama yang buatkan aku sedikit hangin tak tentu pasal hari ni.
everyday hari sekolah selalunya aku siapkan sepupu aku yang baru darjah 1 ni pukul 12pm sebabnya 1230 aku dah prepare hantar dia ke sekolah. tapi hari ni nampak banyak pulak ragamnya... dengan nak makan gula-gula dulu la.... nak tengok katun dulu..... dah paksa masuk bilik air main tembak air paip satu biik basah.. aku dah intefere nak tolong mandikan sekali dengan den basah.... ohhhhh ini perangai macam ni memang masuk kategori nakal tak bertempat ni... 


me: Amal basah lah kak ti!!! sudah la mandi sendiri senang. lambat padan muka!!! ( dammm!! agak kuat pntu aku tutup)

after few minutes...........


him: hah tengok ingat amal tak boleh mandi cepat ke..... (keluar2 bilik air terus lap2 badan) kali ni aku nak test sikit budak ni....

me: (without looking at him) hmmm yala tu... haaa tu semua baju ada dekat sofa. pakai la sendiri kalau dah hebat....

panas lagi rasanya hati aku ni... I want to see how much he can depend on himself.... grrrrrr....... then dia start pakai seluar sekolah dulu.... hah aku dah ajar dah pakai baju dulu kang senang nak masukkan baju dalam seluar... tap aku biarkan ja....

him: kak ti cepat la tolong butangkan seluar ni... tak boleh masuk ni.... (perut ke depan biasala tu...)

me: haiii dah kata hebat kan tadi.. buat la sendiri..... kak ti tak tolong pon xpa....

him: alaaa..... cepatla satgi lambat ke sekolah ni....

me: amal besiap la sendiri kak ti busy

him: cepat lah!!!!

me: mintak maaf dulu....

him: alaa... dah lambat ni nak kena apa lagi... seluar x boleh pakai ni...

me: mintak maaf dulu........

then muka dia dah macam tahan marah nak nangis semua ada..... hah tau pun.....

me: yala mai sini... kan kak ti cakap pakai baju dulu nnti senang.... (sambil pandang muka orang yang dah macam ayam tertean cuka... hehehehe)

him: apa tengok2!!! hish3x...

me: owhhh... gula-gula ni kenapa??? x boleh bukak?? mai kak ti tolong... 

ambik terus masuk mulut, then nampak emosi dia dah makin stabil..... lepas siapkan semua, tnggu rancangan upin & ipin sebelum ke sekolah.... 

him: kak ti, amal nak habiskan semua gula-gula ni boleh???

me: boleh... habiskan la....


p/s: itu reward yang tersirat sebenanya... sebabnya aku dah hukum dia secara tersirat dengan tak pedulikan dia sekejab... dengan anak-anak ni mudah.... marah macam mana pun selalunya sat je... kalau marah terlampau lama, pukul yang tak munasabah (maksud tak munasabah ni maknanya sampai lembik kau belasah) tu dah bukan mengajar anak namanya... tu melepaskan geram....... & it's not good for the child...

ewahhhhh menjadik tak theory aku??? lepas hantar ke sekolah, dalam kereta semua takde masalah... Alhamdulillah..........


Saturday, August 6, 2011

mak cik karipap

sejak di meru ni almost everyday akan ke bazar ramadan taman jati belakang rumah ni... memandangkan makcik aku pon dok tunggu masa je nak deliver memang aku bejalan pon sambil kepung dia sambil tangan mengusung juadah sebab risau ramai-ramai kang ada telanggar... Nauzubillah jauhkanla.... ala-ala bodyguard kan.... merangkap driver lagi, mengasuh cik akmal lagi yang giler ah nakal!!!

ok sambung cerita pasal makcik karipap.... ini bukan kes hantu makcik karipap maharaja lawak ni... tapi kes yang benar-benar berlaku di bazar tadi.

makcik da bagitau nak beli kuih dekat gerai sorang pakcik ni sebab kuih dia antara ter"best" kat bazar tu. so masa sampai tengah pilih-pilih kuih ada la sorang makcik ni masuk gerai yang sama. dengan suara yang ala-ala speaker volume tahap no 5

she: pakcik tolong kasik karipap 2 ringgit.

pakcik tu xdek reaction apa-apa... aku pandang je semacam kat makcik tu... dasyat suara dia tapi pakcik tu boleh tak dengar... aku nampak a plastik karipap tu dah ready dah siap-siap. boleh la aku tolong ambikkan tapi kena panjangkan la tangan sikit

she: eh pakcik ni tak layan aku pulak dah.... ni adik tolong ambikkan karipap 2 ringgit  (dia tegur pulak anak pakcik tu, sama jugak takde respon)


pun suara dia kuat jugak..... aku pun tak teragak-agak tolong la ambikkan karipap dua bungkus kasik kat dia

she: hah terima kasih dik. makcik ni asyik mintak dari tadi xde sape nak layan makcik. entah meniaga apa macam ni....

aku just gelak-gelak je la nak cover, then baru la sorang abang tu perasan terus tanya

he: ye kak nak kuih apa?

she: baru nak menyahut. yela akak ni nakkan karipap tu tapi adik ni hah yang melayan kamu menengok aje... ni karipap ni bagi lagi 1 bungkus, aku nak 3 ringgit lah.

terkulat-kulat brader tu melayan. aku dengan makcik dah tergelak-gelak bagai.. lawak la jugak. boleh tahan outspoken makcik sorang ni...

p/s: latih diri untuk cuba bersabar di bulan puasa ni... cuba-cuba lah. lagi 1, pada perokok tegar, ambik semangat ramadhan untuk kurangkan pencemaran kesihatan & udara...

queen sized

baru ja lepas tgk cerita ni kat diva universal tadik. tak sempat tengok ending sebabnya cik akmal tukar channel ke astro ceria. tapi memang nampak sangat manusia-manusia golongan berkulit putih ni sangat obses dengan bentuk badan yang kurus menawan.... especially golongan remaja. kalau teen yang berbadan besar sumpah x famous, jadik bahan ejekan pastu susah nak carik soulmate. diskriminasi kan......

adil ke kalau golongan berbadan besar ni dianggap sebagai bahan pelawak???? aku pon notice yang kalau golongan berbadan besar ni cukup susah nak carik pakaian yang sesuai. also pandangan sinis masyarakat yang lebih gemar jadikan golongan si kacak tampan yang memiliki badan sasa dan jelita rupawan yang body nya ala-ala jessica alba. adakah golongan-golongan ini yang dianggap seksi oleh masyarakat????


nope.... sebab stigma masyarakat ni tak sama... ada yang mengatakan kurus itu seksi.... tapi ada jugak yang mengatakan gemuk itu menggodakan....


kalau gang-gang mat salleh setuju kesempurnaan seseorang wanita itu melalui tubuh badan yang berbentuk ala-ala kerengga, lain pulak persepsi masyarakat di mauritania sebuah negara yang dekat-dekat dengan india. kaum lelaki kat sana pulak anggap perempuan gemuk itu seksi. pelik bebeno.....
kanak-kanak perempuan sejak kecik lagi dah dilatih untuk makan banyak terutama makanan berlemak, kaum-kaum ibu akan memaksa anak perempuan mereka makan dalam kuantiti yang banyak sampai kejong anak dara depa pon tak kisah, kalau terlampau makan, muntah, pas muntah sambung makan lagi... sebabnya anak-anak perempuan kan satu bebanan, so kaum ni sumbat makanan so bila anak depa gemuk banyak la peminat ye dak.... hehehehe macam-macam hal... tapi masalah la pulak bila dah terlampau gemuk ni macam-macam penyakit attack

INI........








INI...........




ATAU..........







kalau yang ni pulak????????





p/s: pertama yang paling penting adalah kesihatan yang baik kan......
kedua pulak.......yang penting hati dan perasaan ye dak!!!!!! biar cantik di hati baru cantik pada pandangan mata....

ku perasan something

dua tiga menjak ni dahla aku makin jarang post new update... kalau ada pon macam dah tak se'best' dulu je rasa.. hahaha walhal xdek sapa peduli pon ye dak....

itu sahaja ya...

entah kenapa aku rasa yang ini istimewa.....

jarang dah aku update pasal encik chef kan.... kali ni gatal plak tangan aku nak tulis pasal si dia.... hahahaha

dah setaon lebih kenal ni... before kapel serius dugaan memang terlampau banyak, asal baik sikit ja gaduh sampaikan aku fedap... tapi lepas kapel ni macam ok la... nak gaduh pon benda remeh2 saja. malas nak betekak lama-lama sebab rasa x best kan bla gaduh. letak ego di sebelah dan cuba untuk bersabar...

sebenarnya aku nak share one story that make me feel comfortable with him..... orang yang kenal aku sapa tau la sehebat & sekencang mana pon aku merepek meraban, tau hati aku terlebih fragile dan kuat menangis... letih nangis, bengang nangis, sakit nangis, tgk cita hindustan pon nangis jugak.... it's out of control.... kadang rasa nak sepak diri sendiri 4 5 das kan tapi x baik seksa diri sendiri...

kes ni berlaku dah lama masa aku baru kapel dengan encik chef. aku x pasti aku dah update kisah ni tapi memamng buat aku nak gelak & tesengih sorang-sorang bila pikir balik.

i've got fight with my friends, kawan aku ni jenis kaki serkap jarang. ikut hadap je nak attack tapi prosedur nak bertanya tu xda. bangang kan... so lepas buat perangai dengan aku memang aku pon hangin, moody bagai... da jadik habit (time dulu saja) buat apa kena report sama bos besar yakni encik chef. aku baru otw ke paking amik kereta tapi aku da mesej beliau aku kat rumah dah sebab da lewat malas nak berjawab segala... tapi x kusangka dia akan kol, aku ignore pon dok kol2x lagi... harus la da kantoi. last2 bila aku jawab still kat parking, suara dia da bunyik x puas hati, dia just cakap, xpa........ balik dulu elok2...


sampai kat rumah sewa aku kol balik nak escape ourself from any trouble n misunderstanding..

me: baru sampai rumah... sori tipu sebab ada masalah dgn ________ tadi

him: ooo yaka... so bila ada problem stat menipu la??

me: bukan macam tu...

him: habis tu...

me: apa masalahnya dari class nak balik x sampai 5 minit. yg bekira ni kenapa...

him: yes memang dekat tapi kalau jadik apa2 macam mana??? kalau lambat cakap lambat, buat apa nak menipu

me: dahla orang ada masalah kenapa nak tambah lagi......
then terus aku melalak tak hengat, xdek la sampai meraung bagai tapi memang aku rasa teraniaya gila. x boleh dah nak bercakap dan hanya menangis.

him: eh3x awat ni..... dah2 jangan macam ni... kenapa ni...

hah tau pon mengelabah... kah3x but honestly memang spontan berlaku. aku dah x dapat control emosi aku bila sorang kawan aku dah pedajalkan aku.... but yang sweetnya bila beliau mengelabah x hengat pastu panik segala bila dengar aku menangis.

betul la orang cakap senjata wanita paling tajam ialah air mata. hati yang keras pon boleh dilembutkan.. tapi hati keras yang deil tu aku x pasti la plak... tapi kenangan ni macam istimewa bila diingat.... then bila aku sembang kencang balik dengan encik chef, katanya kenangan  tu biasa ja... dia ada kenangan lain yang lebih dia rasa istimewa... apa dia???? lawak2x.... hahahahaha ini rahsia

Friday, August 5, 2011

tentang usaha dan semangat

bengkek jugak rasanya sebab nak menonton nanny 911 diganggu oleh si cilik akmal yang nak tengok channel nickelodeon.... grrrrr rasa nak geget saja budak tu...

sebenarnya besar harapan aku datang sini selain nak mengasuh, ingat nak siapkan sikit2 report praktikal tapi dah 3 hari kat sini still tak jalan2 lagi padahal bahan dah ada...

tu la masalah aku... kalau bab nak aim letak matlamat memang terbaik lah!! tapi nak implement...... harem....

tringat kata-kata seorang sahabat aku, nak buat sesuatu, dua benda yang wajib ada adalah usaha & semangat. itu sahaja... cuba bayangkan kalau usaha ada tapi xda semangat x jalan jugak dan begitu la sebaliknya.... semangat ja lebih tapi no effort memang propa la....

sekejap ja aku merepek pasal ni...

Thursday, August 4, 2011

nanny 911

pernah tgk rancangan TV ni??? best.. skang ni tayang kat NTV7 hari jumaat pukul 8.30 malam.. Seriously aku ni pemerhati tegar terhadap anak-anak (aku dah jarang panggil kanak-kanak memandangkan usia aku dah boleh jadik mak) dan aku rasa rancangan ni antara terbaik la boleh didik aku yang pencinta budak-budak untuk lebih memahami makhluk2 comel ni....

kekadang tertanya jugak dalam kepala otak ni macam mana ALLAH boleh siramkan dalam hati aku ni tahap kesabaran yang tinggi nak mengadap karenah anak-anak. perangai kamu buruk tahap gaban pun saya akan cuba sabar sebab kamu anak-anak... kuasa DIA... harapnya kesabaran ni akan wujud sampai nafas terakhir.... kah3x apa aku merepek ni...


dan3x on-going planning, ada dalam kepala otak aku ni nak bukak nursery sebenarnya... tapi bukan jual pokok bunga, haruslah nursery kanak-kanak. rangka2 dah ada dalam ni (kepala otak) cuma nak implement ja masih jauh lagi....


anak-anak anugerah & harta paling bernilai.... so jangan sia-siakan...

diam itu bagus sebenarnya

maksud aku diam disini bukan bermakna diam bengap ataupun diam pemalu.... diam disini membawa maksud jangan ambik kesah sangat dengan hal sekeliling tambah-tambah sampai turn nak bergosip mengumpat mengutuk bagai...

perasan tak kalau kau jenis kaki mengata, sah-sah hidup kau tak senang sebabnya kau tak senang kalau sehari tak mengata, pastu boleh pulak melenting bagai nak rak kalau dengar orang mengata kau. bagus la tu... sifat yang terpuji.

cuba jangan mengata, xde la orang lain pon sibuk nak membalas balik. kalau dia balas pon cuba diam.. dah lenguh mulut karang, otak pon da bengap xdek idea nak generate, senyap la kawan tu ye dak???

diam itu bagu kadang-kadang. diam bukan bermakna kalah, tapi saja sebab rasa malas nak take part perangai orang x berjenis macam tu... kan...

sila jangan emosi...

Friday, July 1, 2011

fenomena

walaupun dah agak terlewat tapi teringin jugak aku nak buat statement sikit pasal fenomena rancangan2 kat tv baru2 ni yang buat warga2 malaysia gundah gulana, tertawa gembira & tersenyum bahagia (cehhh ayat).


1. NORA ELENA
hebat2.... makcik2 tahap veteran pun sanggup berenti kemas rumah bagai nak nak menonton cita ni punya pasal. tak tahu la pulak ada ke tak pak2 bilal ke pak imam ke yang sanggup cuti ke masjid sebab drama ni pun tayang time kemuncak maghrib ye dak. tapi memang fenomena nora elena hebat la sampai kaum2 perempuan pun dah siap compare2 lagi laki or balak depa dengan watak seth tan dalam drama tu kan............. readers perempuan sila jangan tipu... hahahaha sebab aku pun buat menda tu.. persoalannya... wujud lagi tak lelaki sehebat seth tan tu??? jeng3x...

*encik chef sila jangan murka... heheheheh

p/s: aku x follow sangat cerita ni sebab aku prefer baca novel lagi... sebabnya expression watak2 dalam cerita tu tak menonjol sangat berbanding dalam novel dimana setiap inci perasaan boleh kita faham dan rasa....


apa-apa pun cerita ni memang sweet lah!!!









2. MAHARAJA LAWAK

abang aku sanggup tempah astro warna semata2 untuk musim maharaja lawak ni. dan kami sangat2 lah enjoy tiap minggu hari jumaat malam, selalunya petang aku atau adik aku keluar kedai beli kacang atau snek sebagai kudapan masa menonton. paling hebat kekadang dah enjoy gelak sampai berterabur kulit kuaci tapi bak kata nabil AAK... ada aku kesah???? hahahaha tapi rancangan ni memang 1 family aku enjoy. sebelum ni aku macam menyampah tengok sepah tambah2 lalatamplom tu tapi skang ni macam jatuh cinta dekat si jep sepah tu... heheh lawak depa memang terbaik lah!!! salute!!!




rancangan-rancangan lain seperti AF9 jugak antara fenomena tapi kureng la bebanding dengan dua rancangan di atas. tapi macam mana pun rancangan nie sebenarnya mendekatkan lagi hubungan sesama family. seronok kan berkumpul bersama 1 family dan boleh santai bergelak bersama2... so sweet!!!

respect itu harus ada

dari pemerhatian, pengalaman, pembacaan aku dan jugak sumber-sumber yang boleh dipercayai,

oh by the way kali ni aku nak discuss topik mengenai perhubungan antara lelaki & perempuan ni yang sememangnya unik & subjektif.

sorang kenalan aku, perempuan... she's very nice, mmg boleh buat stok BFF la tapi sayangnya in term of relationship dia x dapat manage well. pakwe dia memang stok baran kacau bilau. asal gaduh je maki2 is normal thing. pompuan gila, bodoh, bangang da biasa.... panggilan manje sayang ayang pon habis melayang2.. kaki tangan je aku rasa x hinggap lagi kat badan kawan aku. but my friend boleh silent & menerima.... atas alasan cinta & sayang. tapi apa makna sayang kat sini kalau si lelaki itu takde perasaan hormat kalau bukan untuk yang tersayang pon tapi respect la pompuan tu as a human.

kekadang tak boleh jugak bagi muka kat lelaki cenggini betol x? sesuka hati nak maki bagai macam kau yang beranakkan pompuan ni.. tapi betol jugak kalau kau yang beranak tau sakit nak keluar sorang budak dari rahim, x sanggup nak maki sampai camtu..

kekadang lelaki terlalu mementingkan ego.... one thing... susah sangat ke nak bertolak ansur? if you love her, so accept la baik buruk. kalau ada yang x kenan cer tegur elok2... bagi orang respect sikit. apa salahnya???

bagi aku perempuan ni mudah je nak handle kalau kena gaya.. cer datang pelan2 nasihat, xpun perli bagi berhemah...barula orang cakap lelaki melayu ni romantik & bermutu ye dak?? hehehehe

Monday, May 9, 2011

seius ini memang keji

kadang-kadang manusia kena sedar supaya jangan bertindak melampaui batas.sebab kesabaran manusia lain ada hadnya..... macam mana nak tahu yang kau terkena penyakit keji ni???

1) bila kau hilang rasa rendah diri, hilang rasa hormat perasaan orang,
2) bila kau rasa diri terlampau perfectionist
3) bila kau rasa spontan je nak mengata nak mengutuk orang x de hadap kesopanan
4) bila kau asyik rasa nak memerintah, asyik rasa nak menyuruh orang senangkan keja kau yang simple mimple
5) sama keadaan dengan yang di atas2...


jangan nak perasan diri tu terlampau sempurna & mampu.... kau x layak apa2... belajar untuk berubah sebab aku rasa perangai kau makin keji.

Thursday, May 5, 2011

sapa gang aku lajak mai........

KENALI ANAK KEDUA......



1) ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

2) ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

3) TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

4) BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

6) HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

7) BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

8) ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

9) PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

10) PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....





1) nak kata manja... agak la sebab if lama melepet kat rumah sewa ni mesti rasa mengelupur sakit jiwa semua ada nak balik. masa tu aku sanggup cancel dating, sanggup drive memalam... sampai rumah makan terus makan nasik then dengar mak aku membebel gosip2 terbaru.... dimanjakan??? mungkin jugak... sebab aku pandai amik hati mak aku so nak ilmu nak kecek duit, nak beli baju baru, nak ajak shoping semua dalam poket... hehehehe

2) aku ketegaq??? biang betik!!!! kah3x... sikit tu ada la... tapi kalau mak aku yang cakap jarang la aku ketegaq.... kalau yang lain tu ada aku kesah????

3) yang ni sungguh serius.... memang sakit kepala kalau buat encik chef kecik hati sebab langsung xdek idea nak pujuk.... yang ni memang kasihan kepada si dia... selalunya aku akan buat lawak bodoh dan gelak sensorang time pujuk dia sampai la dia rasa kesian bagi la feedback balik. cis... kesian kan aku...


4) no komen... tanya orang yang bercinta dengan aku.


5) x pasti la... kadang2 goyah kadang2 tetap.. depend on situation kot...

6) haaa aku kurang suka orang tegur aku... so ada cara dia... macam mana??? adalaaaa....

7) berdikari mungkin... dulu masuk U, aku sensorang ke hospital buat med check up, jmpak penghulu, masuk PLKN kena buli, mak x datang melawat... sekarang adik aku nak medical check up, aku follow, aku smbang ngan doktor, aku jmpak penghulu tolong mntak cop bla3x..... yeap aku take care all my siblings.. aku create group "anak2 mak" dalam FB untuk siblings and aku sebagai admin.. hua3x


8) kat dapur mak aku suruh aku masak no hal tapi biar aku sensorang... kalau mak aku tegur satgi automatik aku masuk rumah tengok tv... da bagi keja bagi la aku yang setle kan.... hehehehe


9) xtau... aku x suka marah orang sebab kalau aku marah aku benci, kalau aku benci kang aku tak reti nak stat conversation balik...

10) aku sarung apa yang ada tapi pastikan pakaian aku berbau wangi, sudah berbasuh....

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......