Monday, January 24, 2011

mid term plan

dah termaktub semalam.... perjanjian pun dah dibuat.... aku akan start berkampung di ipoh mulai sabtu ini mungkin. selama seminggu....

makcik dengan new pregnancy. sangat2 memohon pada DIA agar dipermudahkan semua urusan. & paling penting makcik kuat & tabah. pakcik skang keja di kulim. so seminggu cuti ni i'll try my best untuk accompany makcik & Amal. buat baik dibalas baik ye dak....

so encik chef.... sangat sory... no dating, no lepak2, makcik is our priority now. (mana tau nnti majlis kita dia sponsor sikit kannn ) hahahahah

sekali lagi entry emosi

kadang2 orang yang patut kita hormat la orang paling annoying sekali.... grrrr geram semalam... tapi xpa as my statement there is nothing either good or bad but thinking made it soooooo kan..... I'll fight you with intelligence!!! (macam bagus sangat)

cumanya...... untuk kamu seorang..... jangan nampak begitu bahagia bila diampu (telinga aku berbulu okeyyyyy!!!!!) & jangan terlalu prejudis bila seseorang cuba menegakkan hak beliau (part paling bengang dalam dunia semalam)

seluruh semester ni aku terpaksa bertahan & bertahan & bertahan & bertahan & zzzzzz......

fight with intelligence...... combating people now!!!!

Saturday, January 22, 2011

tali silaturahim yang makin pudar kini dijernihkan....

bukan senang hidup bujang dalam kawasan perumahan yang sesak dengan persekitaran berkeluarga ni sebenarnya. hati budi, tingkah laku, adab, pembawaan, pendek kata kena sentiasa nampak sempurna baru orang berkenan. kalau tak confirm kena boikot & gosip free. hati jiran kena jaga beb. kalau kau buat benda tak senonoh malu jiran nengok...

aktiviti setiap petang sekarang memang aku dengan member2 aku santai otak sikit. main badminton smpai bunyik azan maghrib. memula dengan aku & kawan2 sekarang ahli persatuan bertambah. geng mak2 dan anak2 pun amik bahagian. serius ni kali pertama aku rasa keseronokan hidup berjiran kat sini. kaum mak2 ada yang goreng keropok, buat air asam boi, join the club kurangkan lemak badan main badminton. si anak2 kecik keliling taman dengan basikal roda tiga, main kejar2...... boleh tak feel bahagia tu??


gosip jangan cakap la.... gosip pasal student pun kaum mak2 tau. aku sendiri plak terlepas pandang... fuhhhh sumpah aku seronok & enjoy suasana macam tadi. masa ni jugak peluang knowing each other. kalau tak aku mengata kau, kau mengata aku ye dak...

sapa cakap kawasan taman, nilai2 persaudaraan makin berkurang???

diet yang hancur musnah

As student aku bukan jenis memikir sangat pasal diet makan ni.. tapi oleh kerana aku anak mak aku automatik aku rasa sangat perlu concern.... menu aku 2 3 menjak nie...

pagi aku hadap coffee, biskut oat + kismis + vitamin = bagus & sihat

tengahari mmg confirm hadap nasik koman2 dua kali tambah.

petang aku hadap nasik lagi sekali lagi.. selalunya nasik ayam corner kat taman rumah aku.

malam aku hadap burger... macam da benda wajib...

serius aku takut badan aku jadik macam apam, tak pun donut.... oh tidakkkk!!!!!!!

tapi macam mana... nafsu makan memang betambah2... aku penah tahan makan last perut memulas jangan cakap la....

aku rasa makan banyak gila.... ada pendamping menumpang gamaknya....

please straight to the point

come on la guys!!!! (cheewaah) aku just tak paham kenapa sesetengah orang terlalu sangat main kias2 ni.. (sila paham maksud terlalu aku) please be straight la.... x payah nak letak berkias segala bagai sebab itu akan menyusahkan diri balik. terutamanya if mendapat listener kurang cerdik nak interpret ayat bombastik kau2 semua.  rajin sangat nak mengulang bagi aku paham... aduii laaa...

contoh gini

pemangsa: beb tetiba lapar kepsi je...

mangsa: nak makan keppsi ka?

pemangsa: malam la beb, takut kuar lewat camni... jadik papa susah

mangsa: nak p ngan keta ka??

pemangsa: xdala... aku x kisah sebenanya.....

mangsa: x.... sebenanya ko nak p ke takmau??

pemangsa: susahkan orang plak...

mangsa: la ni nak ka takmau???

pemangsa: hampa nak kuar x??? aku x kisah



ehhh apa hal ni?????

cuba kau buat 1 statement ja... contoh terbaik

"beb, gua gian gila nak makan kentaki ni.... serius wa cakap lu. hujan panas gua snggup tempuh tapi malam ni better kita p dgn keta. yelah malam2 anak dara x elok kan jadik kacang hantu. so jom la siap. plz3x tak kesian ke kat kawan lu ni? gila gian bro... gua belanja lu pek jom jimat!!!!!"


statement ni aku suka. aku akan angguk laju2 dan drive dengan penuh semangat. walaupun jom jimat. bak kata kawan aku. cukupla sekadar persahabatan yang tulus & ikhlas...

yeahhh aku ikhlas ni... tolong straight ya.... dont kona2..

Thursday, January 20, 2011

ikut nawaitu atau ......

sekali tajuk macam tak boleh blah la kan.... sebab sekarang memang aku dilema bagai nak rak....

tiap2 minggu aku kena siapkan slide untuk presentation subjek public finance. tiap froup divide kepada tiga orang & aku dianugerahkan group bersama dua orang jejaka.....

masalah start last week. aku pun tak nampak space yang sesuai untuk waktu siang sebab everyone have their own work. aku pun sama. keadaan lebih free waktu malam so memang sesuai untuk progam discussion. (wait!!! discussion only). kalau kau ada experience dengan Dr Zauyah kau akan tahu attitude beliau dalam bekerja & belajar. kalau boleh 1 malam tepaksa spend untuk presentation tapi esoknya tengok la betapa hebat kau dikecam... memang sadis tapi itu cara dia mengajar anak melayu UiTM. time presentation kau takkan hidup senang lenang.... fuuuhhhh!!!!

tapi last week dalam kalut buat assignment kat rumah member, jiran tetangga tegr sebab tak elok duduk serumah buat kerja. dia cadangkan settle keja kat kedai makan. harusla x jadik keja...

1) buang duit sebab nak kena pesan makanan . nak duduk l keja lama2 buat keja harusla order even minum sikit2... kalau tak pun mesti terliur dengan makanan2 kat situ....

2) susahnya nak online.... member2 aku bukan jenis pkai berukben... semua unipax wi-fi yang dapat free netbook dr gomen tu..... gila ke hapa keja xleh online.. sekurang2 nak ushar FB smbil gugle2 carik bahan kan...

so aku nampak satu solution je skang iaitu kena arrange keja time siang tapi sumpah susah nak carik masa. aku sangat2 mengharapkan aku dapat banggakan dr zauyah sebab aku rasa geram!!! kenapa???? aku belum puaskan hati dia dengan presentation yang meletup gitu. alih2 dia yang meletup2 bagai nak rak sebab x berkenan dengan slide aku. hah!!!!!

macam hari ni.... da almost 1 am, slide belum settle, aku keseorangan di rumah sewa sebabnya x berani nak buat discussion sama2 lagi dengan groupmate aku. sorang jejaka dah tunjuk tanda2 x sihat sebab melahap seafod. beliau ada penyakit alergic. sorang lagi plak baru balik practice silat.. aku??? idea sorang2 susah nak generate. tadi penat main badminton satu hal.... arrgghhhhh!!!!!

nawaitu aku baik.... nak setle kan keja.... macam mana ni.....

Wednesday, January 19, 2011

mangsa panik

tensen dengan keja punya pasal, semalam ke Giant, followed by tesco extra cuci mata, cuci duit dari dalam poket. dengan riaknya aku jadik pemandu walaupun lesen baru meninggal semalam. dah nak balik mmber ajak pe PC Depot depan central square even masa tu da dekat pukul 11. xdek maknanya org kedai tu nak menunggu carik customer. dah sah2 tutup. ingat seronok sekejap rupa2nya berganda plak jadik nya.

depan CS tu malam2 memang polis sakan buat roadblock. da nak dekat masuk area "sila perlahankan kereta  anda, pemeriksaan polis sedang dijalankan" baru kawan aku remind. demm!!! terus aku parking tepi kedai gayanya nak suruh mmber aku ganti tmpat. tapi apa kesnya mmber aku tu panik semacam, merepek2 mintak masuk je depan kedai tu terus senang nak tukar position segala. aku kalau orang gelabah puyuh ni aku pun jadik tak reti nak pikir dengan waras. suruh diam kejap pon macam susah terus aku injak kereta ke depan. sekali da rasa senget.... sebelah tayar belakang masuk longkang. masa tu bukan takat panik da..... macam2 benda ngeri aku teringat.... esok (harini) ada presentation, slide belum prepare. mampus kena gelak kalau bagi alasan x siap sebab kereta lekat dalam longkang.... damn ashamed la bro!!! hamenda aku tak hingat da. sorang2 member aku suruh kuar slow2. keta aku time tu rasa macam sebelah senget ke gaung, sebelah ke darat. thuyung hayang kiri kanan...

kwn 1: serius kena panggil tonto tarik beb. mmg x boleh lepas ni..

me: (sigh) ada mmber tonto ka?? kontek sapa ni??

kwn 1: takdak la plak. taktau la camna.

me: hah pulak.... panggil je la polis tu. abis tu nak mntak tolong sapa lagi... aduhai...

kwn 2: weh jangan2... satgi kantoi...

kwn 3: weh ni bukan keja polis la... keja depa jaga sana ja...

damn!!! apekah!!!!!! aku lagi tak sanggup tunggu bantuan tambah2 dari orang luar. keta2 yang lalu semua pakat sengih lain macam. ini aku malas. takde sapa aku ingat kalau tak encik chef sebab bila aku blur idea2 beliau sgt membantu. (da idea aku macam kena condemn je kan.............)

kwn 2: alamak ada polis nampak la...

me: weiii panggil2!!!

lantak la asal aku selamat balik... terus aku gawang2 tgn bagi dia signal. kepala dalam otak pikir laju nak selamatkan segala bagai

me: encik... keta tebabas masuk longkang. nak carik paking sebab nak cucuk duit kat ATM sebelah.

him: mana?

sekali tengok terus gelak (even tak tebahak2) serius aku malu rasa nak tampal muka dengan koyok je. cehhhh!!!!

akhirnya dia suruh aku masuk dalam tekan minyak, diorang lonjak kan tayar ke atas. cehhh mudah plak tayarr tu keluar.. lesen ke apa langsung dia tak cek. ciap kuarkan parking lagi. ni yang aku rasa tetiba abang polis ni hensem2 ni... muahhahahahahahaha tapi syukur... ingat tepaksa stay situ smpai 2 3 pagi kan. balik lancar....

malas cakap lebih2 kan.... yang penting jangan buat aku panik je. sebab bila panik otak aku jem terus semua keja tebantut, masalah plak arise...

boleh aku gelak guling2 insiden semalam... lawak siot!! tapi selamat semua bagus la kan....

Sunday, January 16, 2011

kenangan dikongsi

dalam merajuk dengan mak aku still balik sebab mnggu lepas tak sempat jenguk rumah. huh harusla tahan telinga dengar beliau merepek tapi xpala merepek tanda sayang ye dak.... ( ayat stabilkan emosi)

ssebenarnya nak bercerita pasal adik aku sorang ni yang sekarang menginap di PLKN Rimba Taqwa Sik, Kedah. almost 2 weeks beliau kat sana so aku bawak mak & family yang ada kat rumah melawat.  kah kah kah!!!! tu ja mampu aku keluar masa first time tengok muka kesian dia. teringat kenangan aku kat lagenda resort dulu. kena ugut bunuh dengan wira samseng tu!!! (wira gampang tapi muka kacak) sampai ketua polis langkawi terpaksa turun padang. tak pasal2 aku trauma dengan lelaki botak sampai sekarang. if orang cakap lelaki botak seksi.... aku???? tidakkkk!!!


ok kembali ke sesi adik aku. hengatkan makin slim tapi sekali pandang adik aku da macam hulk hogan da besor nye..... x turun2 pun berat beliau. selepas di'investigate" rupanya kawan dia stay kat area2 sini ja. kadang2 lapar budak tu siap tapau makanan. mana tak besau gedabak.... adehhh!!!! harap2 da stat aktiviti nanti ada la sikit perubahan. kalau tak jugak aku hantar je join program bigest loser asia... heheh

serius bila tengok adik aku, teringat balik kenangan2 masa PLKN dulu. memang best kot. cuma tak best bila kena buli je la. adik aku banyak kali mesej aku bagitau x boleh adapt dgn environment sini. tapi bagi aku adik aku cukup2 bertuah, wekend ada kawan tolong tengok2kan. mak aku pun ada masa nak melawat.... sebelum mai sini pun barang2 aku tolong prepare, nak tangkap gmbar IC pon aku uruskan. senang cerita memang terjaga la....

aku dulu hampeh, semua sendiri la.... dari medical check up, penghulu endorsement, barang2, semua aku settle sendiri. dapat plak kat langkawi, langsung x kenal member2, jauh, mak aku pun takde masa nak datang melawat bawak segala bagai. pandai2 aku je nak hidup. bagi aku PLKN la tempat aku belaja kenal diri aku smpai aku jadik macam sekarang. aku menangis ke, meraung ke kat sini xde orang kat tanah besar nak menolong. cuma kes ugut bunuh tu je aku mengadu menangis bagai nak rak. sapa tak takut mamat gampang tunjuk samseng nak lebik pompuan macam aku. kes memang remeh... bodoh tak hengat time tu... nanti la fre2 aku citer ye.. sekarang hutang dulu.

aku just harap adik aku boleh adapt. tu ja.. the thing is this program will teach us how ti be independent. if adik2 aku boleh feel, last day nak check out nanti beliau akan tau betapa sedihnya nak tinggalkan kawan2... takkan dapat pengalaman macam ni kat tempat lain. hanya insan2 terpilih macam aku & adik aku ja... hehehehe

Friday, January 14, 2011

ini yang aku fedap!!!

kalau ada masalah sila settle sendiri. jangan mintak tolong aku settle dengan alasan aku ada power of NEGOTIATION!!!! because I HATE NEGOTIATION!!!.... ataupun sebab aku ada link dengan beliau .... owhhh plisss.... alasan paling muak aku nak dengar...................

blog jadi mangsa amarah aku sekarang ni... bila la keadaan akan tenang tanpa influence orang lain....

sebenarnya semua orang boleh build confidence masing2.... aku sangat low confidence kalau berdepan dengan negotiation.. so plisss... jangan bagi alasan aku baik dengan polan bt polan so aku orang sesuai untuk bercakap....now everyone can build networking... not only me.....

jom balik kampong!!!!!

satu kejadian

aku antara manusia yang ringan mulut & suka menegur orang tak tentu arah... (sifat terpuji tu). tambah2 dengan generasi2 yang berusia sebab bagi aku orang agak berusia & berfamili ni cakapnya lebih memberi pengalaman & pengetahuan dari budak bawah umur yang tahu complaint & bercakap benda macam hilang arah. 3 malam lepas jiran depan rumah buat sikit kenduri (mybe knduri kesyukuran). aku sempat menegur sepatah dua kata je la sebab hari tu mmg betul2 busy dengan keja presentation dr.zauyah & jugak arrange nota untuk mmber class. malamnya aku melepak kat rumah mmber siapkan presentation smpai dekat kul 12.

balik2 housemate aku tunjuk makanan... mak aiii banyaknya lauk dengan nasik segala bagai. ni la untungnya jadik orang bujang ye dak... hehehe tapi aku simpan dulu untuk esok. mau muntah aku makan time nak dekat2 tido ni.... huhuhu

esoknya pagi siap2 nk ke kelas jiran jemput lagi sarapan ramai2... serius best residential area kat sini. jenis masak ramai2 pastu ajak jiran2 join. bahagia x hengat lah dapat makan free ni... hahahaha so da semalam x sempat bedal hari ni makan besar balik la.

dalam tengah menyuap tu ada sorang akak ni berminat plak tanya macam2 pasal study kat unibersiti ni. macam2 la aku & kawan2 explain segala bagai... itu tak kisah la... cuma persoalannya bila time dah nak berangkat ke kelas tu, tengah bersalam2 tiba2 ada sorang kakak ni tengok aku....

she: oooo ini la yang nama balkis tu?????

me: aaaaa.... ya2 kak saya balkis... (sengih2)

she: (angguk2)

pastu terus diam makcik2 lain plak perkenalkan kawan2 aku sesama depa.... sekarang ni dalam kepala otak aku tepikir..... haiii xkan ada gosip pasal aku jugak kot??? ataupun..... jeng4x... aku mula dikenali kat kawasan ni????? hahahahaha harap2nya yang baik2 la ye akak2....

behind the scene....

serius cuak tadi... if baca entry aku yang lepas aku ada briefing pasal aku tukar handphone tu... sebenarnya banyak story behind that scene.... semuanya bermula dengan plan ke pangkorrrrrrrrrr


x sangka kawan2 class aku jadik jugak nak join mmber aku kat sini sorang tu. aku lega jugak sebenarnya even a little bit jelouss. huhuhu tapi jangan derhaka ok.... so semalam kami lepak pizza, then main game & shoping sama2 mula sesi suai kenal kan... mmber aku memang xdek msalah. semua otak otai. aku bangga la at first kenal tapi da boleh close betepok tampar semua kan... so around 11 encik chef pon da koling2 suruh balik awal. baru nak drive balik kendian housemate aku nampak booth banyak2 wat jualan langsung handphone. aku mmg penat takmau benti tapi beliau beria2 mntak nak turun tengok so just follow je la... smpai2 semua teruja sama dengan aku. latest2 handphone jual dengan haraga yang sangat reasonable kan... aku apa lagi angkut 1 handphone, handphone SE aku trade in situ jugak.... (kelakuan bodoh bermula) dalam kalut2 aku x sempat cek apa2 terus balik. housemate aku pon amik 1 handfon jugak...tapi nampak gojes sangattttt.......

massa tu pon si brader2 cina ni da prepare nak balik sebab mmg da lewat kan...so atas kereta cek2 balik housemate aku notice yang beliau x dapat bateri. semua da pakat cuak. aku terus bawak keta stop betul2 parking keta depa tuntut bateri. okey belum selesai... terus terdetik kat hati aku yang..... is this true... kenapa aku trade in hp 2????? did i made mistake?????


balik2 segalanya terserlah!!! kamera 5mp tapi jenama cap ayam, touch skrin yang bukan touch tapi kena ketok2 gila baru boleh enter. memang aku bengang. housemate aku lagi la dasyat. housing ntah hapa2, hang sentiasa. memang bengang. automatik aku jadi rindu pada yang lama... bodoh betol tndakan aku tapi benda dah terjadi pon!!!!!


esoknya kawan2 aku ttepaksa lewatkan perjalanan ke pangkor. around 11 pagi kami otw balik ke tempat semalam. kali ni bawak bouncer tapi x besor mana pon.. perut beliau pon da makin kecik.. hahahah (ok smbung cerita. plannya nak dapatkan hak balik la kan... aku nak balik handphone lama. housmate aku macam da susah nak dapat attention bila tuan kedai asyik lari sana sini. aku dengan cool aku setlle. tapi gila haprak punya bengang bila dia kata da jua handfon aku, tapi w/out resit.... mudah gila kencing aku tapi aku xde proof nk marah lebih2.. dalam2 tengah settle tiba2 tempat da macam kecoh... rupa2nya KPDNHEP, turun padang nak sita kedai2 ni sebab banyak dapat complaint dari customer. haaa bungkus la hampa kan...


sekarang aku dapat balik hanfon tapi not the same as i bought before. tapi much better da X6 nokia cikai tu... masih rindukan hanset lama... kalau ikit kepala otak aku memang aku teringin nak trade in balik yang ni & sanggup tambah duit dapatkan w20.... tapi tengok keadaan la dulu.....

nnti2 keputusan aku bagi semula...

I really miss what I had before....

betul la kata pepatah... orang tamak selalu rugi... orang tamak memang akan sangat..... rugi.... oleh kerana aku kurang cerdik untuk menghargai apa yang aku ada now aku kehilangan segala-galanya..... nak kata balasan sebab aku derhaka sangat jauh panggang dari api. yala berkobar2 sangat aku nak ke pangkor tapi aku cancel segala bila mak melarang tapi nasib still x berpihak...


oooooo wait3x i'm not talking about encik chef cause till now he is still with me. beliau sangat busy dengan function sekarang & aku sedang cuba memahami. tapi sekarang aku nyesal gila babas trade in handphone yang aku beli 3 4 hari lepas....


alkisahnya......

aku baru beli handphone ni....






aku trade in dengan handphone ni kemudiannya....






tapi oleh kerana function gila babi..... sebabnya pirate from china macau, so aku nak ambik balik handphone lama tapi dukacitanya handphne tu dapat owner baru yang lebih hargai beliau  x macam aku yang ala2 Mr.Bean ni.... so aku dapat handphone lain.....






tapi second jugak... cumanya functionnya lebih elok dari yang sebelum ni.... tapi hati aku still rindu w20i..... macam mana ni.....


boleh x macam ni????

w20i = x6 nokia =k850i = w20i pink??????

agak2 kena tambah duit x??? mesti la kan.... huhuhuhu i want my phone back!!!!!!!!

Thursday, January 13, 2011

sila jangan busukkan nama baik anda

benda yang tak sedap didengar di sekeliling aku ni tentunya komplen kawan2 class aku pasal tak puas hati dengan baju kelab yang memang nampak sangat haprak. aku pon first time dapat baju tua agak terkejut manusia la. bengang pon ada. nampak sangat macam baju baru lepas diselamatkan dari banjir. memang buat tak ikhlas & berwawasan punya orang!!! kain putih tapi da kusam2 macam kaler kuning... eeeiiiii susah la macam ni. banyak desas desus dengar orang yang handle menda alah ni macam lepas tangan. benda mudah setaon baru nak siap. bila da siap sikit pon customer tak puas hati.... apa macam sis??? dalam kalangan2 kami nama kau da di tempat yang tercorot. kalau setakat ni keja kau mampu buat terima kasssseeeeyyyyy!!!!!! (tiru gaya alleycats). kau pegang jawatan tinggi tapi akhirnya...... nasib badan la.....


p/s: aku xmau jadik cenggitu......

merajuk...

sakit kepala... bengkak mata... tapi apa boleh buat. seribu kali merayu pun belum tentu dapat keizinan bila decision dah ditetapkan.... ikut hati nak je merajuk segala bagai tapi apa daya?? hati seorang ibu sangat2 perlu dijaga...sekarang sedang berperang dengan perasaan... puas da menangis ni....  apa aku merepek ni....


ok la.. selalunya mak mudah je bagi permission, tapi kali ni da plan elok nak ke pangkor mak tak izinkan plak. memang sedih tahap gaban jatuh longkang la tapi nak buat macam mana, peraturan still kena follow...


cian kawan2 sebabnya da planning cantikk... tapi xpala maybe ada hikmah ye dak.... arrrgggghhhh!!!! try to be positive. so mnggu ni balik kampung bawak mak melawat anak kesayangan dia kat PLKN. baru dua minggu dah menceceh macam2.. memang x layak jadik hero malaya la.....


otak pon tension ni sebenanya....tapi da terubat sikit bila abang long & encik chef memujuk tadi. kah3x aku pun x pasti apa motif balong mesej amik hati aku. agaknya masa mak membebel aku dok sebelah. ayat dia memang menyakitkan hati tapi bila di'twist' balik nampak sangat dia cuba amik  hati aku. thanks la balong. percubaan yang bagus untuk menjadik abang yang mithali... & encik chef, dalam kalut2 handle function, pastu masalah dgn management sempat lagi spend time. haiiii semua orang cuba meneutralkan aura positive aku... so... syukur la kan...

mnggu ni nak balik ke x??? hmmmm... balik la kot... nak merajuk dgn mak lama2?? bukan jenis aku la tu...

Tuesday, January 11, 2011

sepatutnya happy kan.....

planning da lama nak berpunya handset baru yang well-function. cukup perfect. & semalam hasrat tu tercapai tapi memang aku bengang & sedih tahap gaban. silapnya aku terlupa survey harga. rugi jugak la dalam 70 ringgit. kedai yang aku beli harga dia letak ngan 450. takleh kurang takeh lebih. masa brader to ciapkan resit aku round2 booth kat situ tanya booth sebelah. 380 semua lengkap include kabel. siap ada kaler pink lagi. wahhh memang tak boleh blah. masa tu jugak brader tu panggil aku nak authorize resit. aku paham sangat. sekali aku authorize, maknanya sah la jual beli... sangat teragak2 tapi cam xde kudrat nak melawan. pasrah je kan aku sign... arrrrrgggghhhhh!!!!!

kesimpulan aku dapat kat sini, jangan gopoh2 buat keputusan.... 70 ringgit burn.... tapi xpa la burn beli handset je. mana tau kot2 kalau aku x pakai duit tu beli handphone aku buat benda lain ke contoh masuk disco ke kan3x????? (ayat amik hati) so... redhoooooooo je la..... huhuhuhu


handphone cikai je. jauh api dari panggang kalau nak samakan dengan BB apatah lagi brand lain kan.... inilah dia... owhhh function??? semua cukup, sound mmg gempak (kalau  x gempak bukan namanya SE ok...) ada one way 3G, tenet2 pon xdek hal, GPS pon provided. ok la tu..


 ni... ok la kan3x....





ni yang pink tu... tapi susah nak jaga la... kalau jenis cuai macam aku mesti calar2 punya... kan3x???
(sila ambik hati aku)

Monday, January 10, 2011

musim sakit pn nak tunjuk muka bila musim busy bermula.....

aku cuma berdoa sangat2 yang aku selalu sihat memandangkan semester killer ni bermula. kalau tak boleh survive alamatnya bungkus suda... dua orang housemate aku da stat tak sihat. sorang asyik muntah2 dari malam semalam, sorang lagi fever + flu. antibodi aku bukan kuat mana nak tepis menda2 alah ni. risau gak takut infect tapi......... harap2 tak la kan...


sakit itu sebenarnya ujian Tuhan. macam kau ambik test. kalau kau kuat study, rajin buat revision maka kau pas dengan cemerlang tapi kalau kau buat malas, lantak la ujian ke menda ke, so kau failed la kan...
cuma nya ujian sakit ni kau pas ke failed ke tak nampak. nanti2 da mati baru dihitung. so beringat. sakit jangan merungut... terima dengan redha.. aku doakan orang2 tersayang semuanya sihat2 belaka.

Sunday, January 9, 2011

OBE

outcome based evaluation = OBE...

aku antara bahan ujikaji UiTM yang cuba menerapkan nilai2 OBE dalam diri student. student2 diajar lebih berdikari, high confident dan bagi fully participation dalam class. 2 ways communication. keberkesanannya tengok la hujung sem kalo ko pandai, boleh inteprete balik semua kira effective la tu.

susahnya jadik student OBE. mai final nak dapat soalan straight t the point??? jgn harap... kau ikir la sendiri apa nak jawab....

apa aku merepek ni??? susah jadik student OBE. kena critical thinking, tapi bagusnya ye la jadik orang lebih practical bukan takat so-so je nnti bila kuar. boleh aplikasi balik apa yang diajar dgn lebih berkesan... ye dak???

skang??? ooooo sengsara......!!!!!

Saturday, January 8, 2011

perang yang sangat disaster

biasa la bila dekat 2 bulan bercuti, tinggal rumah sewa ni, at first bila smpai ja tengok mmg disaster gila rumah. nak cakap macam mana??? WTH!!!!! (terkejut tahap maksimum) memang x boleh blah.... agaknya selama 2 bulan ni parti tikus berleluasa gamaknya. dgn belakang rumah macam hutan khatulistiwa.

since dapat kawan2 yg memang anti-kotoran degil, so kami bertungkus lumus cuci sana, febreeze sini, mop semua & gotong royong pon da setle. buat secara berperingkat2 la... sekarang rumah dah jadik home sweet home balik, semua da wangi. toilet da flush tapi cik tikus still bermaharajalela.... betul la cakap tuan rumah ni. kalau kita jaga rumah elok2 pon tapi jiran2 lain tak, takda maknanya. rumah taman sambung2 gini memang la... they still visiting us every night. memang aku bengang!.

atas hasil usahasama sorang kawan aku. si kaki gosip ni... dia bawakan rat trap. nak racun kang mati atas syiling, jenuh plak nak panjat carik mayat2 mereka kan...so trap la senang. 1st nite dapat sekor. so after aku n aini ceramah sakan, kami lepas kat kebun kelapa sawit tanpa penduduk. biakan..... ingat da setle...


sekali aku tinggal semalam, balik2 stat parti balik. dasar x kenang budi. nampaknya ni yang lain plak ni... sekor da insap tapi yang ni belum insap.... sighhh~~ i'm exhausted!!!!! esok2 stat perang balik. malam ni kau enjoy dulu puas2 yee.....

vacation

yeah... dari sem lepas da plan canthek2 punya nak vaca sama2 dgn kawan2. encik chef x dapat join sebab handle function sultan kedah tapi xpa ada kapel jugak merangkap adik sendiri. hahahaha nama pon dengan kekawan kan... so next weekend kedah cuti 3 hari sempena hari keputeraan sultan kedah boleh la bercuti lebih sikit. so dalam mnggu ni jugak nak kena prepare barang2 semua..

serius lepas ni hebat punya busy. sementara dok lenggang kangkung ni better p rilek siap2 ye dak... hehehe
sapa nak join jom la...

dunia sebelah sana....

semalam outing dengan encik chef... macam biasa byk cerita tekeluar dari mulut dia tapi mmg bored topic. hahahaha dunia lelaki sorang ni memang aku x paham sikit. mmg ada calon jadik tok ketua kampung 1 hari nanti sebabnya asal orang kg ke, kawan2 bermasalah ke, mesti dia turun padang. kau gaduh ke, kau carik pasal ke, kau kena tahan lokap ke, balak aku jugak kau2 semua carik. I just dont understand. call received semua ada hal. nak dating pon jadik x best. huh


aku tak penah nak take serious what he story. cukup mendengar & nasihat ala kadar if ada yang x kena. sebab aku mmg jarang amik port masalah2 macam tu. x amik port x bemaksud x concern. cuma kalau aku nak tau lebih lagi aku susah hati. as long he can handle, I just let he do it.

cuma semalam nasib aku lebih baik meeting ngan kekawan dia masa kat Bangi dulu. 2 org lelaki, seorang perempuan, sepasang kanak2 x cukop umo. then I realize all that. apa yang aku tak take serious sangat jadik hot topic kat meja makan tu. smpai aku yang rasa macam "heiiii, rilex la... ada masalah kol je polis. yg nak settle sendiri apasal???" gerun aku tau!!!!!

dan aku merasakan dunia sebelah sana amat memeritkan, menipu, busuk, kotor & sewaktu dengannya.. encik chef dgn kawan2 semeja sangat rilek & tenang bergelak sakan di meja makan. aku pon!!! tapi dalam hati... mak aiiii susah sebenanya jadik dewasa ni. tapi macam mana, nak bantut pertumbuhan x boleh.. pasrah je...

dan aku dapat 1 pengajaran penting, aku x sepatutnya menyusahkan beliau mencarik track suit yg sesuai untuk aku ke pangkor nanti. sama la dgn ha2 lain seperti merajuk x tentu pasal. sebabnya beliau sendiri kadang2 da pening kepala dgn hal "orang dewasa"

P/S: bersedia menjadik dewasa & mula memikir duna sebelah sana...

Friday, January 7, 2011

baik yang dihargai dan baik yang dimanipulasi.....

kisah pertama: 3 tahun lepas
mangsa : aku
pemangsa: pakcik awal 60-an
lokasi: dalam bus kulim-SP


kerana mulut badan binasa. nasib aku memang suwei hari tu sebabnya aku terserempak dengan pakcik yang agak tua tapi miang keladi tahap gaban. niat aku baik benor petang tu nak menumpang tanya bas, daripada aku menanya mamat hensem yang dekat ngan bahu aku ni, aku pilih sorg pakcik tua nak menanya pasal bas. sebab dia tolong aku bagi jalan dia masuk bas dulu. if tanya mamat tu perasan plak.... kan3x... las2 ghupa2nya pakcik tu yang amik kesempatan. memang binawe. duduk sebelah tangan x diam asyik cari tangan aku. aku x pasti apa tindakan org lain tapi kebanyakan bila aku tanya org berpengalaman macam aku semuanya setuju ngan 1 tindakan. tergamam!!!! rasa benci tapi malu nak menjerit & melepaskan diri. same goes to me. xkan la aku nak menjerit bagitau pakcik sebelah aku ni miang padahal molek benar dressap dia????? siap tnjuk lagak lagi tnjuk briefcase dia banyak duit (mmg byk) dia nak sua seratus lebih gak kat aku. bila aku menolak lagi sakan tangan dia merayap2 pujuk aku amik duit last2 aku soh bagi 20 hinggit ja. alasan bagi aku duit sebab teringin tengok aku pakai baju kurung. gilakah atau nyanyuk kah pakcik ini???? yess tindakan aku mmg bodoh sebab amik duit dia cikit ja. tapi aku still ada belas kasihan.... mngkin betul dia nyanyuk 2 rindu cucu dia. tapi cara dia memang seram. sebab dia ambik no fon aku so lepas tu terus aku tukar no... kebaikan aku dimanipulasi.....



kisah dua: pagi tadi
mangsa & pemangsa: unknown
lokasi: stesen bas SP

sorang makcik yang berumur around 50 ngan cucu nya saja menyembang dengan aku. aku pon amik port memandangkan bas aku lagi setengah jam. tetiba sorang lagi makcik around 60 amik tmpat sebelah aku nak bertanya jugak. terus makcik yg 1st diam. ehhhh berkesan betul perfume aura yang aku pakai harini. hahaha so sad... nak pegi rumah anak tapi terpaksa naik bas. jam tgn xde, henset takde,.. patut kurang2 anak dtg la jemput nie buat org simpati ja. serius cakap sebab nampak dia macam kurang pandai membaca. telinga n badan pun da uzur. ak aku main role aku. jenguk2 cari bas beliau dan tunjukkan. she almost crying because of that. dan aku terharu kebaikan aku dihargai.


P/S: selagi mampu cubala berbakti terutama pada orang tua. aku cuma cuba tebus kesilapan dulu bila mana Arwah tok sangat perlukan cucu2, xde yang peduli sgt....

Wednesday, January 5, 2011

kali pertamanya untuk 2011

rasa lama betul x berkarya dalam ni. cuti semester bermakna cuti dari segala-galanya mungkin. tapi gila bosan bila lama x pegang naskhah ilmiah ni. ( permulaan untuk menipu).

sighh~~~!!! kenapa3x????? skang ni da masuk last year degree. bermakna hidup makin tough, study makin gila2, keja makin melambak2, oooohhhooo ini patut digelar disaster!!! tapi just follow the step.... ini baru betul namanya pengorbanan.


di usia hampir menginjak 23 ni, belumba2 plak kawan2 aku menikah ye... i'm still this level. still ada tebiat macam kanak2 ribena tapi gasak la kan.. matured2 ni buat orang dengki ja... hahahahaha

after this aku akan berlipurlara balik.... ermmmm dua kemungkinan..

1) hupdate secara normal
2)malas hupdate.... light-light ja...

Goshhh!!! start first day dah nampak the future yang amat busy meh..... macam mana nak upppp semangat kerajinan meng hupdate blog??? (mengeluh lagi)


dah la.... happy belated new year 2011... sapa pasang azam sila apply. aku x pun...

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......