Monday, February 28, 2011

politik....

honestly dulu aku agak radical. politic pon rajin. berkat pendedahan arwah abah. ingat lagi dulu famous buku karya shahnon ahmad tajuk "shit" masa tu aku baru around standard 5-6 tapi aku berjaya baca dan habiskan buku tu even tak paham menda. yang aku ingat cita pasal shit la... hahah

sekarang taring tu da makin hilang bila diganti dengan kebizian segala bagai. passion nak berpolitik pon da takde.. tapi kawan aku sorang ni rajin pulak menggiat. tambah2 sekarang macam2 kes tekeluar kan... tapi maaf encik A. aku dah tak berminat mengambik tahu.... hahah

apa terbaru......

seminggu ni dapat aku dapat kol free memandangkan birthday encik chef da sampai. kepada si dia... selamat hari tua yang ke 25. da menginjak ke dewasa ni harap2nya pemikiran pun menuju ke arah yang sama la ye....

yang bestnya lagi bila aku enjoy sakan dengan kol free dari celcom. segala kerabat2 aku kol lepaskan rindu. lama x begurau senda ye dak. time2 free ni la rajin hupdate cita darri adik2 aku....

lama x hupdate ni bukan apa... line problem (33bln bil tunggakan) sabor je la....

weekend lepas balik kampung. terima kasih kepada abang long yang sudi menjadik driver menjemput & mengantar aku balik rumah sewa. juga pada mak yang bagi peluang untuk aku rehat puas2 kat rumah. time masak je xbagi rilek ye... hehehehe untuk setiap pengorbanan mak, ti sangat hargai.....

tengahari tadi terdetik rasa sayu rindukan arwah abah.... (AL-FATIHAH) pasti kehidupan akan lebih sempurna dengan kehadiran arwah...

cuti sekolah makcik akan balik kampung.. xdak maknanya sebab aku busy kat sini... waaaaaa


p/s: menjak dua menjak ni banyak dapat mimpi pelik tapi menginsafkan.....

Monday, February 21, 2011

kenapa tak rogol saya??

"Kenapa Tak Rogol Saya?
 
(Thursday, July 15, 2010 at 12:47pm
Kisah benar ini berlaku di US.




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku…
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat…
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


p/s: terusik jugak hati aku baca kisah ni... bila nak berubah ntah la kan....

sumber: http://www.mindaaku.com. 
 

Sunday, February 20, 2011

yess...pujian patut dibangga

petang memang aku dah habis energy. lapar tapi mengantuk sangat. so pentingkan tido dari makan. sebab kalau makan then tidor sangat tak bagus. member aku nak pelawa belikan makanan pon aku geleng kepala sebab dalam kepala takda makanan yang berkenan kat hati. serius benci keadaan macam ni. benci selalu bergantung makan dekat gerai2 makan luar. alangkah bagusnya kalau dekat rumah kann...

bangun maghrib dengar hujan renyai2... aduhhhh teringat petang tadi balong datang rumah sewa ambik kereta bawak balik. nak repair katanya. so macam mana nak keluar makan dengan keadaan cenggini....

kuatkan semangat, tabahkan hati... lepas mandi segala aku letak nasik bukak fridge, nampak ayam + ikan... sambar ikan, goreng separa masak, sambung buat masak kicap. itu aja yang aku mampu sekarang...

member aku dah beli mi kuah untuk diri dia. aku tak sempat pandang sebab rasakan ikan masak kicap aku lebih seksi dari biasa. demm!!! x cukup garam ni rasanya......tapi lantak la kan... hahah tengah makan tetiba member aku mencelah.

she: suap sikit. aku takut nak makan mi terus sebab lapar sangat. takut muntah lagi...

me: eheh ok.. tapi.... macam tak best sangat la weh....

lepas masuk mulut, mata kawan aku jegil semacam.... aku da cuak gila!!!

she: sedappp.... (sila baca dalam nada lembut tapi memikat)

me: hah????

terus dia ambik pinggan kosong, ambik nasik bersila sebelah aku. mi kuah letak tepi dulu... hahah bangga tak bangga tak?????

p/s: memasak dah macam passion aku sekarang. nak kata kenan dari encik chef... mungkin la.... tapi bahagia bila tengok orang makan masakan kita sampai bertambah2....

Saturday, February 19, 2011

karya pertama

"macam mana saya nak buktikan pada awak yang saya tersangat sayangkan awak.... tapi pada masa yang sama saya tak dapat tinggalkan orang-orang yang pernah bahagiakan saya sebelum awak hadir dalam hidup saya???"

Lisa termenung di jendela.. melihat kanak-kanak bermain girang di halaman jiran sebelah rumahnya dengan pandangan kosong. ya kosong!!! jika boleh mahu sahaja fikirannya sekosong-kosongnya sampai jadi biol kata budak-budak muda sekarang... tapi masalahnya bagaimana???

nada dering lagu korea sekali lagi menggangu konsentrasi Lisa yang masih ralit melihat kanak2 di luar ramai2 menyani lagu nenek2 si bongkok 3. lisa menghelakan nafasnya...

"ya awk..." lisa memulakan bicara

"Assalammualaikum.... dah lupa ya..." suara di sebelah sana mengusik. Lisa tersenyum sumbing.." baik budi pekerti.. layak ke aku untuk dia...."

"waalaikumussalam wbt.. awk dkt mana ni??"

"baru sampai tempat keja. awk dah makan?"

"errr... dah tadi"

"k la nnti saya kol lagi. keja da menunggu ni. take care ya.. love u syg"

"love u too"


ya... lelaki ini teralu baik untuk dikhianati. Lisa tak sangka perasaan yang lebih kepada saja suka2 menjurus kepada perasaan yang lebih mendalam sekarang. beliau tidak sangka sekebal2 kereta kebal, boleh jugak rakyat2 mesir melepak tanpa perasaan takut. ahhh apa aku merepek ni...

Helmi, lelaki yang kini berjaya menakluki hatinya kini. Lisa bahagia tetapi masa yang sama Lisa takut dengan bayang2 sendiri.... biasala lelaki.. mula2 memang la sayang, memahami, tapi sampai bila helmi dapat bertahan dengan sikapnya?

Lisa, gadis ceria, sesiapa boleh jatuh sayang dan menjadi mesra alam ketika bersamanya. perwatakannya menyenangkan hati sesiapa sahaja. kaum2 ibu mudah menjadikan beliau calon menantu terbaik, kanak2 juga menyukai sifat kecomelannya, apatah lagi kaum2 jejaka yang ke"boring"an asyik dibebel oleh makwe masing2. boleh hilang masalah bila bersama cik lisa sorang ni...

Lisa faham helmi banyak mengalah dengan sikapnya.. ini kerana lisa banyak memahami dan pandai mengambil hati dengan tawa manja & gurau senda di saat helmi dilanda masalah... tapi helmi juga ada egonya. helmi tidak suka lisa terlalu bergaul mesra dengan mereka2 lain. tapi pada masa yang sama helmi takut meluahkan kerana risau lisa akan menjauhkan diri....

"lisa baik dengan semua orang. lisa tak boleh tinggalkan kawan2 lisa demi awk... lisa selesa bersama mereka..."

"mie faham syg. tapi jangan la terlalu rapat sangat. mie tak suka awek mie mesra sangat dengan lelaki lain"

"tapi lisa sayangkan mie"

"hmmm..."





cinta itu ibarat nyamuk menggigit.dibiar sakit, digaru sodap!!!!





p/s: perlu ke helmi bersabar dengan perangai lisa???

pre-basic day

sabtu 19 february 2011, kelab BASiC mengadakan pre-basic day dengan tiga objektif utama

  1. mengeratkan lagi hubungan antara pensyarah dan pelajar
  2. mengalu-alukan kedatangan ahli2 BASiC yang baru
  3. meraikan part 6 sempena semester terakhir mereka di UiTM
dan kesimpulannya tak ramai pon member2 yang turun padang. aku pun memang bercadang malas nak berpanas tapi oleh sebab BASiC tekong sendiri yang mesej jemput harusla aku tunjukkan muka.. hehehehe dengan tema serba merah bagi part 5, pagi dalam pukul 8 lebih aku da bersiap. kalau semalam macam x banyak semangat tapi pagi ni gediks pulak rasanya nak ber"exercise". lagipun dah lama x keluarkan peluh ye dak....

9 lebih aku dah mencanak dekat padang dengan panas2 pagi. pedih la jugak belakang den ni tapi kuatkan semangat. naik ke pavilion sorang pensyarah bisik dekat member aku bagitau anak2 dia nak turun padang dengan pelajar2. ke mana pun keja nursery tak lepas2 dari hidup aku ye dak. hahahaha dengan rileknya aku mengheret 3 orang kanak2 around 8-2 tahun ke tengah padang tengok pelajar2 main hentah apa kemenda game. lalu sebelah tekong BASiC....

he: balkis, good morning!!

me: hahah morning.... pagi lagi ke ni....(cuaca panas buat aku lupa pagi ke petang)

ok tamat... anak pensyarah aku ni stil nampak malu2 tambah2 si kecil sorang ni. terkedek2 kakak dia umur 6tahun nak dukung endahkan aku si mesra kanak2 ni. cehhh!!!!

sampai tengah padang tak sampai 2 3 minit tetiba sorang classmate aku terus grab budak kecik tu letak atas dukung beliau... ini bikin gua panas... budak tu terus buat muka sebik2 segaa mintak turun... kamu kena belajar banyak2 ye sedari if nak tackle hati kanak2 . jangan main grab je. mau melalak budak tu tak ke jadi huru - hara suasana.... owhhhh baru perasan ada pensyarah di sebelah so kamu cuba menunjukkan sifat mesra alam kamu... okey2.... saya faham sekarang.

menunggu ketibaan member aku berdua datang dengan anak jiran. haa datang pun cik sofia ni. selalu sangat meragam nak follow so aku bawak kan sekali tengok dunia kakak2 dia ni.

apa la aku merepek kan... okey pasal BASiC day.. banyak la jugak aktivity antaranya isi air dalam botol, (yang aku nampak). apa lagi ntah la... lain2 aku begambar & makan

lepas makan pagi, aku melayan karenah anak2 main belon segala tetiba sorang mmber senior aku dari part 6 ajak join main treasure hunt. puas nolak tapi x dapek nak nolak lama2. last2 besetuju. tnggalkan anak2 dekat pakar yang lain.. hahah

pengalaman main???? sangatttttttttttt tak best!!! check point ntah hapa2... paling tak tahan 1 chek point tu suruh makan telur mentah2 hokey!!!!! at least kau bagi la separuh masak.... aku ni group semua pompuan. pastu kena carik 6 bijik belon. group aku dahla last group yang dilepaskan. nak carik menda lagi kalau belon semua da takkdek... last2 lari dengan dapat sebijik belon ja... ada aku kesah....

matlamat masuk of course la nak menang..... best tu best la jugak kan... lepas main terus balik rumah mandi... dan sekarang mengadap lappy dengan asignment melambak tak siap pagi... ohhh noooo!!!!!

gambar nnti rajin aku upload. kawan aku nak tapis2 dulu

mesej mengarut + mencarut

mesej pertama

sender +6017*****57

"ni abang guna telpon orng, tlong send credit mexis 30RM k nmbor baru abng 0128640261 abng lgi masalh kat balai police ta payah call, sekejap bru abng call."

mesej kedua

sender +60174****41

"hi member, ina asyik main rakam sendiri utk kawan. bosan? nak berkawan rapat sila tulis ON GA dan sms ke 33**1 & dapat rakaman ina. hebohkan! kawanfun: 01745****5


rasa menyampah & meluat je kan dapat mesej cenggini... kadang nak sound pun ada.. tapi rugi abiskan kredit if layan orang2 tak bertamadun cenggini...
keja nak senang manipulate orang. busuk gila perangai!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

busy...busy...

assignment untuk esok
  1. BEL assginment
  2. malaysian economy presentation
  3. managing change journal article
  4. 3rd article review on project management
  5. practical resume
lusa
  1. presentation public finance
  2. test Malaysian economy
ahad depan
  1. project management evaluation on RFP
  2. assignment malaysian economy, evaluation on RMK10

apa kejadah tak setle lagi noqqqqq...... terkehel jari aku cenggini!!!!!

bukan nak condemn

aku pun penah buat keja cenggini. nyesal pon ade gak.. tapi blogers, macam x kena je if letak lagu dalam blog memasing.
1st reason: aku (& aku rasa kebanyakan readers lain) yg jadik blogwalking jenis suka buka blog byk dlm 1 window. sekali ada 4 5 blog yg ada lagu memasing tak ke pening. nak kena mute, mmg rase cam hilang mood nak jenguk entry terbaru korang. lainla dah mmg jenis produce entry cekang2 (ini memang gigih). bergaung bunyik lagu rockers pon aku sanggup tahan telinga. ni takat entry emosi2 pastu lagu plak macam meroyan... adehh!!!!!!!

satu lagi jenis suka letak widget banyak2.. nak masuk pon nak kena tunggu sebab blog berat. ala.... x payah la macam tu. simple is sweet right???? hehehehe

lagi....lagi..... owhhhh pasal bahasa2 pelik ni aku nak tegur pon serba salah gak sebabnya aku pon kadang pakai bahasa kampung + urban + speaking kan. tapi kurangkan "w" dalam penggunaan basa sangat2 la dianjurkan.... eeewww bkn apeww akak niew krg fhm lewww.... tak tergeliat leher ke baca menda2 alah ni?? hehehehe

jangan pasni pakat condemn blog aku plak ye... salute lah!!!

pengalaman dibuli

ada la dalam 2 3 kali aku ada bagitau aku dibuli masa zaman PLKN dulu tapi aku x story secara panjang lebar kan.... memang sangat x best pengalaman tu. sampai sekarang aku seram sikit kalau tengok lelaki bergaya ala2 botak macam mawi. kalau pompuan lain boleh cakap gaya seksi tapi bagi aku ada la cam horror sikit. & hasil pembulian tu jugak menyebabkan aku tersangat sensitif kalau ada lelaki yang meninggikan suara gegarau depan aku. tak kira la bukan depan aku ke, dalam filem ke, marah orang lain ke, jantung aku automatic akan bedenyut 3 4x ganda dari biasa dan akhirnya aku akan start semput & sebak.. that's all


alkisahnya..... memang cecita aku nak join PLKN & alhamdulillah rezeki aku ada. dapat plak kat langkawi. tak silap awal tahun 2006. dapat second intake. ok... character aku dalam kem tu?? nak kata aku sosial, famous2, xdek la pun.... nak kata golongan nerdy... lagi la bukan... i'm just act the way I am. always chill and ignore others. aku ramah dengan sesapa yang nak beramah dengan aku. that's all. that time  jugak aku ada gang sendiri tapi aku lebih suka gerak dengan 2 org besties ni.

mamat ni plak namanya sangat sedap. nama ala2 alim ulamak je... S**I. x payah mention lebih2. tapi perangai x macam orang biasa la. muka da boleh tahan kacak. dalam PLKN dia la jaguh kampung no 1. selalu tayang body macam salman khan. aku pun x paham tapi yala dia memang kategori tough. ada badan ketul2. tapi lantak kau la kan... ada aku kisah????

orang cam dia of course la ramai minah2 poyo yang nak kan dia sebab dia glamer kan. lawan cikgu tak tentu pasal. buat2 berani & samseng. bebudak pompuan kompeni aku ada 2 3 orang kena panggil dengan cikgu pasa bergaduh rebutkan mamat ni. eeeewwwwww!!!!! masa tu memang aku bengang sebab 1 team kena mara & beleter. aku yang x join activity rebut beliau pon kena maki sekali. bengang kan?????

kisahnya bermula bila aku & besties aku perasan bila kami jenjalan contoh nak ke surau ke, dining, tepi pantai lepak2 mesti si mamat poyo ni dengan gang2 dia akan carik pasal. even ada pompuan2 lain dok gedik2 sebelah pon asal lalu je mesti ada suara2 sumbang ejek2 aku n besties aku ni.. memula x amik port la plak tapi lelama jadik bengang. ada gak member2 laki yang rapat ngan aku tanya aku ada carik pasal ke ngan gang mamat ni sebab rancak bebeno ejek kami. HELLLLLOOOO!!!!!! xdek masa okey aku nak carik pasal. nak kata perasan tak jugak sebab memang panggilan tu untuk aku & besties2 aku

tiap2 kami bertiga siap ada panggilan "manja" yang bebudak ni gelar. memang menyampah la... tapi kami lebih suka diam..... but sampai 1 stage aku da rasa bebudak ni melampau so kami ngadu dekat cikgu kompeni. cikgu ni terkenal dengan ke"tomboy" an  dia sikit. so aku tak tahu menahu apa jenis nasihat yang cikgu ni bagi kat gang2 ni buat diorang stat tak puas hati giler babas kat group aku.. aku start dapat ancaman...

one weekend day, sabtu tak silap. cikgu2 kompeni ramai dapat jemputan kenduri so kem masa tu lengang tanpa pengawasan. aku n 2 besties baru gaya nak melahap dekat dining bila tetiba si mamat poyo ni attack kami. dining dah kurang orang masa tu sebab kami makan lewat. datang2 terus terajang kerusi & meja depan aku & besties. memang kurang ajar gila la masa tu. aku dah start kecut perut. kami tepaksa pegang tray memasing. nasik yang x sempat kunyah dalam mulut pon telan terus. antara ayat2 yang aku ingat...

he: AKU TAK PUAS HATI SKANG NI DENGAN HAMPA. BERANI CARIK MASALAH DENGAN AKU!!!!!!

me: apahal ni!!! (suara goyah ok....)

he: JANGAN MELAWAN BILA AKU CAKAP!!! LA NI AKU NAK TANYA HAMPA MENGADU APA DEKAT CIKGU!!!!!

besties: dak la ni kita setle elok2... hampa tak puas hati apa sebenarnya???

he: AKU X PUAS HATI LA HAMPA MENGADU APA DEKAT CIKGU

besties: la ni hampa yang dok cari pasal dulu....

he: AKU KATA JANGAN MELAWAN BILA AKU CAKAP!!!

me: apa masall...... (ayat x smpat hbis)

he: AKU KATA JANGAN MELAWAN!!!

masa tu kerusi meja depan kami memang habis beguling2 kena terajang ngan mamat poyo ni. muka dia jgn cakap la... da macam singa nak mampos aku tengok. kawan2 dia xdek plak cakap merepek2 tapi semua pakat pegang suruh dia sabar. sorang member dia bgi signal kat aku suruh kami blah, so kami cepat2 cuci p belakang simpan tray & balik bilik. otw balik bilik aku perasan dia & kwn2 tunggu sebelah koperasi. aku dah macam nak meraung segala bagai dah sebab kecut perut. gila kau if dia betul2 terajang kang sakit aku. dapat insuran pon tapi sakit tu tetap ada. dia terus tahan aku n besties.

he: hampa berenti sat. aku x puas hati lagi ni.

besties: apa??

he: lagi sekali hampa mengadu dekat cikgu pasal kami siap!!!!

me: hampa cari pasal dulu pasaipa???

he: budak ni memang nak kena!!!!

masa tu aku nampa dia meluru arah aku smbil pegang penumbuk tapi member2 dia cepat tarik badan dia. mamat tu siap meronta2 lagi nak atack jugak. aku memang da nak menangis time tu. besties aku pon sama. air mata da bejurai2.

he: apa teriak2!!! hampa jangan ingat hampa pompuan aku x berani nak BUNUH hampa tau tak!!!! ingat pesan aku!!!!!

member2 dia apa tak kata. aku rasa dia sorang je yang menyalak. member2 dia siap bagi jalan untuk kami blah cepat2. lepas tu aku terus lari masuk bilik. meraung segala bagai. aku terus pegi public phone meraung kat mak aku nak balik kampung. serius cuak nak stay longer kat sini. parent2 kami kol plak pihak cikgu2 tanya apa masalah. lepas pada tu kes tu terus kecoh. dok esok tengahari aku n besties dibawa ke 1 bilik. dalam bilik tu yg aku ingat ada 3 orang polis yang kawal kami. sorang polis tu cakap dia ketua polis langkawi. diorang mintak kami buat repot apa jadik semalam. masa tu kawan aku sorg ni memang jenis sensitif terus meraung2 nak balik. aku dah gelabah. gila tak!!! ketua polis turun padang tu. lagi la bertambah cuak. aku teringatt ugutan mamat tu. memula memang takda sorang antara kami bercakap apa2. tapi ntah apa polis tu pujuk last2 aku buka mulut sikit then kawan aku smbung.


polis tu cakap jangan risau, sebab ni da masuk jenayah ugutan so memang mamat ni boleh ditahan. dia cakap dia nak jumpak mamat poyo ni. tetiba member aku sorang da macam histeria. dia cakap tolong la jangan carik mamat ni sebab kalau tak kami kena bunuh. masa tu jugak akku rasa nak pitam!!! pasrah weh!! benda ni nyawa kot!!! even dia cam ugut bodoh2 tapi aku still takut. teringat time dia nak tumbuk aku. mmg takut.tapi polis tu cakap jangan risau. macam2 la benda dia nasihat bagi kami okey hilang trauma segala.


petang tu aku tido.... tetiba mmber aku kejut panggil kata cikgu nak jmpak dengan mamat tu sekali. tobat aku takmau. then sorang member aku ja yang atend meting tu. balik2 dia bagitau mamat tu gila menangis mintak maaf dekat member aku pasal kes ugutan tu. dia cakap saja nak main2.. SAJA NAK MAIN2???????? kau gila ke hapa?????dah buat hidup aku tak tenang tau tak!!!!!!!


las2 kali benda tu setle elok2. mamat tu kena warning kalau dia tak mintak maaf kat kami bertiga polis tepaksa bawak dia ke balai. pastu dia menagis segala bagai mintak maaf so kawan aku maafkan. lepas tu dia siap janji akan act as our brother. meaning dia akan protect kami bertiga if something happen kat kami dalam kem ni. poyos tak?????? polis tanya reason dia ugut n ejek kami bertiga... alasan yang dia bagi lagi poyos. statement beliau macam ni..

"saya sebenarnya saja nak tarik perhatian depa. saya sebenarnya nak depa sokong saya kalau saya buat apa2 aktiviti"

WTH!!!!! masa member aku cakap tu memang aku terbeliak bijik mata hokey!!!!!!! but now i will laugh!!! hahahahahahaha serius tak boleh blah statement tu. sayang plak aku x join kan...

after that case aku & 2 orang kawan aku dapat keistimewaan sikit. tau kan bila masuk PLKN segala handfon akan disimpan. weekend ja boleh pakai. tapi in case of us, handfon kami kena sentiasa di tangan dan bila aku n besties nak kuar makan ke surau or dining, kami akan di escort oleh cikgu2... hebat kan??? hahahaha dalam 2 minggu jugka dapat layanan kelas pertama. relation ngan mamat tu terus ok. ok bukan maksudnya kami okey 100%. kenangan kena buli & ugut tetap aku ingat. tapi bila dalam group activity kami akan participate & give full support for him... hah kau nak sangat kan...... sampai tercabut anak tekak aku sokong kau ni tau tak!!!!!



ada 1 moment kami bertiga besembang personally dengan dia, dia bagitau yang bapak dia pon jenis baran. dia tunjuk 1 parut dekat dahi dia. nampak jelas jugak la. katanya masa bergaduh dengan gang2 cina. ntah betul ntah tak tapi kami dengar je la setakat nak amik hati....

lepas kes tu jugak 2 3 orang pompuan datang jmpak aku & besties tanya kenapa carik masalah dengan mamat poyo tu... ikshhhh tolong la pompuan oiiiii!!! ikut hati akux hingin aku berbaik2... nak kenal pon malas tapi ni kes tepaksa okey!!!

sehari sebelum tamat PLKN pon aku n besties lepak2 sekejap dengan dia. sembang bodoh2 je la sebabnya nak lepaskan apa yang terasa kat hati. lepas PLKN terus lost contact. aku x penah jmpak dia tapi muka dia memang melekat terus dalam kepala otak aku. kadang2 ada rasa teringin nak jmpak tapi ewwwwww memang dia bikin gua trauma!!!


bila aku da boleh befikiran matang sikit, sekarang baru aku tepikir... aku n besties aku sangat ramah x kira orang tapi kami langsung x peduli pasal kewujudan mamat ni sebab dah paham beliau poyos & perasan best. agaknya sebab tu kot dia rasa tecabar ye dak!!! pompuan lain adore, kami buat endah tak endah... kah3x jahat tak pemikiran aku???

p/s: setahun 4 bulan dengan encik chef, leteran manja je yang selalu tekeluar dari mulut dia. dalam keadaan marah pon, suara still control sedap didengar. trimas ye encik chef. kekalkan attitude sebegitu.

Monday, February 14, 2011

Jauhkan aku dari manusia sebegitu

hari yang separuh memenatkan. lepas kelas follow member isi minyak di Caltex lembah bujang. dalam tengah makcik mengisi minyak nampak la dua orang mamat dengan moto kapcai. gaya ala2 mat rempit. muka pun x berapa boleh tahan la..... antara skrip yang sempat terakam dalam ingatan aku

mamat poyo: apa ingat orang menipu ka?? betoi la nak bayar. bukan nak menipu. semua orang kenal la.. nah ambik ni.... ( hulur 2 ringgit)

pakcik stesen: ...................... (diam apa x cakap. just sambut duit & simpan dalam laci)

mamat poyo: tau x *****  tu aku kenal la.. dia keja kat ******. pakat kenal la aku. xkan menipu la.....

pakcik stesen: .................  (muka rilex)

mamat poyo: ni nak bagitau.... jangan belagak sangat la.... nnti buat orang bengang mai bakar kedai ni.. x susah mana la........

lepas tu mamat tu ters blah. pakcik tu paling ke arah aku & senyum kelat...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


boleh tangkap tak situasi kat atas??? dalam kepala aku terbayang kejadian sebelum ni. mungkin mamat poyo tadi lupa nak bawak duit isi minyak. mungkin dia kena sound dengan orang stesen minyak ni. mungkin jugak dia orang2 sini tapi orang kenal ke"poyo"an dia so malas nak bagi muka even dia isi minyak 2 ringgit. xpun duit tak cukup. selalu dah buat hal sebelum ni kan....

pendek kata apa2 lah masalah kau sebelum ni tapi aku rasa memang puncanya dari kau kannnnnn????????

pendapat aku adalah kalau betul situasi memang macam tu. nampak sangat biadap x biadap mamat poyo ni. setakat nak tunjuk jaguh kampung tak payah la kot.

aku carikan tok mudim sunatkan kau lagi sekali nak???? berani sangat kan.........cakap mengalahkan apa lagi nak bakar kedai segala... aku mencikkkk sungguh manusia macam tu. sama jugak mamat poyo yang ugut nak bunuh aku time PLKN. hebat sangat ke manusia2 ni??? hebat dekat dunia je la... asal ada tenaga lebih sikit riak!!!!!! annoying gila!!!

aku x pasti macam mana golongan2 tak sedar diri ni nanti nak menjadik ketua keluarga & nak membimbing anak isteri memasing. doa aku, harap mereka sedar diri. dan paling aku harapkan, golongan2 ini dijauhkan dari hidup aku. I want someone that can guide me in right way. Amin..


p/s: salam maulidur rasul.. hayati perjuangan baginda... selawat & salam untuk baginda..

Sunday, February 13, 2011

apa terjadi malam ini dan esoknya ye.....

keluar ke central square bersama member tadi. perasan banyak plak orang jual bunga & bear. aku da stat confuse. rupa2nya betul la valentine. aku ingatkan valentine da lepas 3 4 hari yang lalu. tarikh pun da x amik port skang.

terus terpikir...

mungkin ada kisah bahagia yang akan berlaku pada malam ini...

* sang gadis si pencinta setia menyerahkan seluruh jiwa & raga pada sang jejaka tanda sumpah setia...

* si gadis & si jejaka mungkin juga berdebar2 menanti esok. jalan2 bersama, bertukar2 ucapan, ciuman & hadiah, meraikan kasih sayang bersama. dengan harapan kasih sayang akan bertambah2 subur...

* tunggu je la 9 buln lagi. dengar x kes buang bayi @ bayi dibunuh... keja2 time gini la gamaknya ye dak....

Ya Allah, jauhkan aku dari perkara yang menjerumuskan aku ke lembah kehinaan.... amin

menuju kehidupan berkeluarga

melangkau tahun 2011 ni bermakna jugak umur aku dah menginjak ke angka 23. bagi orang dulu2 angka 23 ni kalu x kawin lagi boleh dianggap anak dara lanjut usia dah tu (andalusia). kalau ada diantara yang da mendirikan rumah tangga mungkin sedang berdebar2 menunggu anak kedua atau ketiga..

zaman modenisasi sedikit sebanyak mengikis sedikit persepsi masyarakat sekarang. angka 30 masih dianggap relevan sebagai masih muda.. sebab??? berperang cabaran era globalisasi...

kah3x bagus tak intro aku?? kembali kepada kenyataan okeyyy...... selalu aku terpikir tentang keadaan aku sekarang. umur 23 aku macam tak seberapa kena dengan perangai. umur dah 23 tapi perangai ntah hapa2 lagi. x menuju ke arah matang pun.... aissyyyyhhhh susah kan... nak ubah perangai ingat senang??

baru2 nie dapat pengalaman baru. temujanji dengan encik chef dihabiskan bersama keluarga makteh beliau.It's the best moment actually. sama2 gurau dengan anak2 makteh, makan bersama dalam suasana family. lepas makan borak2 dengan makteh dekat pangkin bawah pokok pelam. it's feel something inside actually. ooowwhhhooo...

terkenang2 balik, indah jugak suasana macam tu. so sedang menuju ke arah berfikiran lebih rasional dan matang sekarang... hahah sembang kencang sungguh!!!

tak tercapai akal

in term of fashion maniac, aku memang antara manusia yang sangat terkeluar dalam senarai. sila dapatkan fakta dari encik nazri.... aku lebih suka amik apa yang berkenan kat hati. apa aku rasa macam bagus & sesuai untuk aku, aku grab terus. oppppsss harga pon aku agak concern sebab aku agak kedekut untuk waste duit ke arah baju. lain la makanan nie..

tapi tadi dapat feedback dari sorang member bila aku pakai sehelai dress ni.


she: suka pegang. cantik baju balkis

me: hehehe thanks

she: balkis suka pakai baju2 yang errr..... tak tercapai akal....

me: hahahahahaha yaka??

harapnya itu adalah sejenis pujian untuk aku. hahahhaha

Thursday, February 10, 2011

padahnya.....

seminggu yang lepas heaven gila cuti raya cini. planning ke ipoh pon can cel atas sebab makcik dapat guardian dah so memamg keja aku melepak je kat rumah....

dan padahnya dapat disaksikan minggu ini. woopppsss berkepuk2 homework kena settle tapi balik sini baru gigih nak buat memang masalah besar la. itu la pasal nak post entry pon pikir 3 4 5x. dah memag dasar penyegan jenis tak reti settle keja awal2...

kesimpulannya.... jangan jadik kan aku sebagai idola... hahah

selamat berbloging kawan2.... aku bercuti ke changlun sehari.

Tuesday, February 8, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan

aku pon tak tau pe motif tapi cam nak join.... hahahaha okey2...


 SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Monday, February 7, 2011

apa cerita?

latest update.... penat dowh... banyak gila homework kena siapkan in this week. dengan article review, borg2 praktikal, presentation.... grrrr.... ni la padah cuti seminggu. buku pon x jalan....

skang busy, xdek mood nak hupdate panjang2... sabar la ye....

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......