Wednesday, April 27, 2011

update kosong

bercerita pasal gigi aku ni.... macam xde masalah sangat. if sebelum ni member aku bagitau nak tumbuh gigi geraham bongsu memang horror tahap humang. sakit sesakit-sakitnya tapi aku dah masuk 5 hari boleh rilek sembang kencang lagi... nasib baik aku boleh cakap sebab encik chef dah sumpah kalau aku x nak bercuti dari bercakap atas alasan sakit gigi memang hujan seminggu tak berenti...


sepupu aku merajuk sebab kena marah dengan bapak dia... dah seminggu lebih.. cuti hari tu kakak2 dia datang rumah saja jenguk2 sedara mara pesan aku suruh try kontek & pujuk dia... so semalam saja try miskol.. alih2 dia bagitau dia baru pas accident. nasib baik tak teruk mana... tapi alahai merajuk benar agaknya sampai mintak balik pun xmau....


I'm good toxic handler. hahah sebabnya aku tak nampak point kenapa ada orang rasa tak selesa bila bercakap dengan aku *patutnya amik psikologi dari dulu kan3x


dan semalam saja text encik politik yang misteri... rupanya tebongkar rahsia umor dia da 30!! OMG... punyala selama ni aku do text dia dengan merepek segala bagai kan... sekali kawan tu dah tua rupanya... harusla betempek2 segan aku ni... *kamu sepatutnya lebih matang balkis..

yeah.... rite...

Monday, April 25, 2011

apa terbaru..... 1

seminggu aku terperam dekat kampung tanpa online. cuti dari buku, cuti dari dating, cuti dari naive dengan ragam kawan2... yeah aku rasa sangat hebat sekarang.... so update terbaru...

FB aku... maaf selama seminggu buka aku adminnya... bukan jugak encik chef tetapi post comment2 yang agak mengharukan tu datangnya dari sepupu kesayangan aku yang dianggap seperti pakwe sendiri.. kwang3x... encik nazri .

manakala sekarang aku menanguung permulaan kesakitan angkara gigi geraham bongsu aku baru nak muncul... yeah... sangat tepat pada masanya... time final jugak la kamu nak muncul ye encik geraham... tapi mak aku dah bekalkan ubat yang secukupnya sebelum ke sini.. harap2 nya boleh la jadik bekal time demam nnti ye dak..

aku dapat praktikal kat alor setar.. KPDNKK... sangat dekat dengan menara tempat encik chef carik makan. but who cares?? orang semua cakap aku bahagia dapat dekat dengan yang tersayang... tapi still jauh dari mak... susah la... dapat dekat dengan beliau bukan 1 bonus pada aku... akan ada masalah lepas ni... trust me.

owhh sekarang aku rajin makan nasik. sehari 4x... badan da nak macam belon...

sebenarnya aku update post kali ni dengan hati yang agak bengang.. kerana apa... itu yang kita tak tahu... hahaha bengang dengan encik chef barangkali... beliau buat aku murka seketika... tapi takpa... dendam akan terbalas...

selamat ber"exam" sahabat2 seperjuangan sekalian... berdoalah... insyaAllah... Allah bersama2 kita. amin

Monday, April 18, 2011

dah ok

6.30 pagi alarm bunyi, aku mengeram kejap dalam selimut dalam 5 minit bangun, setlekan hal yang perlu disetlekan...

tekan suis lampu, buka buku arab, hafal dialog untuk speaking jab lagi, tetiba lapar... panaskan air, bancuh Nesvita 3 in 1.. and now here I am...menghadap lappy, cek fesbuk, emel, update blog..... hari ni hati agak senang sebab aura nak balik kampung tu da makin dekat....hurmmm.....


so petang ni aku akan bertolak balik kampung bersama 2 orang rakan sekelas, cik suliha dan cik izwati. mereka akan follow aku tapi balik rumah family angkat 1 jalan dengan aku.. so apa salahnya buat car pool kan...

kerja yang akan aku settlekan hari ni sebelum balik...

1) harusla proposal research kena setlekan
2) report ReCAMSS, dah siap.. nak print cantik2 bagi sama penasihat kelab..
3) skrip arab... ini aku xtau camna nak setlekan... kena discuss dgn cik zul. harapnya dia boleh tolong setlekan...


kemudian esok punya plan... aku bersama izwati, suliha dan family angkat mereka akan melepak di lata bayu, smbil makan durian.... hahahah sapa nak join hand's up!!!


p/s: rindu kenangan dgn JUR team makan durian kat junjung... journey yang sangat2 x ingin dilupakan....

Sunday, April 17, 2011

sambung la buat perangai.....

awak keluar lagi dengan balak awak.... awak tinggalkan kerja awak... awak bersenang lenang bergelak ketawa... kawan awak terhegeh-hegeh nak siapkan kerja....

hebat sangat perancangan awak kan.... awak mintak nak setlekan chapter 1 and chapter 2... awak nak saya setlekan chapter 3... supaya awak siap dulu dan biarkan saya terhegeh-hegeh lagi nak sambung ayat-ayat terakhir & pada masa yang sama edit semua kerja awak... bravo sahabat bravo!!!!!!

dalam masa saya sakit, saya kena siapkan report program kelab, saya kena habiskan sisa-sisa asignment yang tergendala sebab saya terpaksa balik atas hal kecemasan baru-baru ni... sekarang keadaan makin kelam kabut kerana saya terpaksa mengejar deadline..... awak tak pernah kisah kan....

esok nak hantar asignment, awak berfoya-foya di luar, chapter 1 awak baru setlekan introduction, chapter 2 haram apa tak sentuh lagi.... dan...... akibatnya... saya tak dapat proceed kerja saya... sekarang saya sedang goyang kaki tunggu kepulangan awak wahai tuan puteri....


best tak pinjam baju saya buat jalan-jalan?? tak apa la nak susahkan saya kat sini... saya tak kisah... sambung la buat perangai ye.... balik karang sambung bergayut pulak ye.... nak bergaduh manja ke, nak ber"tenet2" ke... ikut suka awak la ye....

awak off handphone awak ye..... ikshhh3x....... terharu saya... bertuah pakwe awak dapat awak ye.... sanggup tinggalkan semua tanggungjawab demi yang tersayang.... harus la jadikan contoh tauladan buat awek2 di luar sana yang lebih pentingkan tanggungjawab sampai tak sempat nak layan pakwe sendiri... bertuah2....


p/s:it's out of my control.... tolong ajar saya marah orang boleh?? saya naive...

ujian yang menguji kesabaran

dalam orang lain dah ber"heaven" menyambut study week dengan balik kampung bersama keluarga, study di rumah dengan tenang, merasa masakan mak.... (sedih gila!!)...

aku still kat sini, habiskan sisa2 assignment & report program yang masih ada. lepas tu ditambah plak dengan keadaan kesihatan yang...... kurang sihat....

sabor je la cik balkis ye....

Friday, April 15, 2011

dedicated to allahyarham Nurul Ilyani (3 months 12 days)

Nurul Ilyani,
It is the most beautiful moment that I had with,
when for the first time I saw your face,
I saw your smile while your sleeping
I hold your little tiny hand
you grab my fingers,
to hear your laugh
to kiss you, to hugs you, to feel you

Nurul Ilyani,
ibu adik menangis di pelukan akak,
betapa beratnya hati seorang ibu melepaskan anak sekecil ini,
3 bulan 12 hari tidak cukup untuk ibu mencurahkan segala kasih sayang pada adik..
tapi mendengar kata-kata abang chaq,
"macam mana kita sayang pun pada dia, Allah lebih sayangkan dia. sebab tu Allah ambil dia dari kita"
Its hurt me lot sis,
tapi akak pasti, adik pasti sedang bergembira sekarang bersama para bidadari dan bidadara syurga,
jauh dari hiruk pikuk dunia yang lebih memperdaya & menguji,
janji syurga untuk adik pasti,
bantulah ibu adik di masyar kelak,
dengan waktu yang sedikit ibu melempiaskan segala kasih sayang untuk adik,
bantulah ibu berikan khabar gembira untuk ibu adik ketika menghadapi saat2 keperitan di masyar kelak,


Nurul Ilyani,
kedatanganmu ke dunia disambut dengan penuh kesyukuran
kepergianmu akan dirindui semua
berbahagialah kamu di sana..
Al-fatihah...


Al-fatihah untuk arwah adik Nurul Ilyani, adik kepada sahabat aku yang meninggal akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan Allahyarham, ibu & ayahnya. ayah terselamat & tidak mengalami sebarang kecederaan manakala ibunya menerima beberapa jahitan di muka & lutut. kereta yang menjadi punca kemalangan telah melarikan diri. tiada saksi (harapnya dia berbahagia & gembira sekarang dengan melarikan diri). adik Nurul Ilyani mengalami gegaran di bahagian otak dan kecederaan dalaman yang menyebabkan kematian selepas koma selama beberapa hari.

aku sempat melawat adik Nurul sekali semasa hayat. bayi bertuah kerana dilahirkan didalam sebuah keluarga yang lengkap & penuh kasih sayang.

kalau diberi seluruh harta pun aku tak sanggup berada di tempat ibu sahabat aku. hanya Allah yang lebih mengetahui perasaan beliau. sebijak mana pun perancangan manusia, Allah tetap perancang takdir yang terbaik & teragung. i just hope keluarga zul tabah & redha atas kepergian si kecil mungil itu. setiap ujian ada beribu hikmah & rahmat yang mungkin tak mampu kita bayangkan... memori yang Allah berikan ini walaupun sekejap - itu adalah 1 penghargaan supaya kita lebih menghargai setiap apa di sekeliling kita pada masa hadapan.

semoga Allah melimpahkan rahmat buat keluarga Allahyarham Nurul Ilyani Amin... (jika anda membaca, anda turut mendoakan..terima kasih)


p/s: kali pertama melihat wajah si kecil tidur selama-lamanya... MasyaAllah suci & tenang tanpa dosa. nasib kita bagaimana???

p/s2: Al-fatihah jugak untuk arwah abah.. 9 tahun... rindu pada abah tetap sama macam dulu...

Tuesday, April 12, 2011

tahap syok sendiri

since aku realize ni baik aku becakap siap2... aku x pasti dengan tahap syok sendiri aku dalam deliver ayat2 dalam blog aku ni. kekadang aku terpikir adakah aku post entry melalut, syok sendiri yang buat orang menyampah & jengkel. tapi melihatkan follower aku yang liat nak bekembang nampak la jugak kan... heheheh tapi no hal la yang tu... xkan nak sentap jugak kot...


aku mudah... sebenarnya ikutkan hati memang nak je membebel panjang, everything, anything that happen aku nak share tapi bila ikut logik & akal.... I can't.

banyak kali terdetik dalam hati aku... dengan masalah asyik mendekat, dugaan, pendek kata macam2 tapi macam kurang manis nak disclose & melalak dekat sini. sebabnya rasa malu & terhina tu ada....

mungkin jugak sebab kadang2 ia melibatkan aib saudara sesama sendiri.. kalau kita menjaga aib saudara sendiri, Allah sendiri akan menjaga aib kita. aku sekarang ingin berpegang dengan kata2 tu... sedang berusaha, masih belum berjaya.

maksudnya sekarang kalau aku story hot2 dekat sini mesti blog aku menjadi hit kan... hahaha tapi sampai ke sudah aku tak berani nak disclose lebih2... so biar la main2 underground ja


sekali lagi entry syok sendiri... hahahaha

Saturday, April 9, 2011

RECAMSS settle

antara program terbesar kelab BASiC (Bachelor of Administrative Science Club. bebudak kelas aku jugak yang menghandle selepas aktiviti dinner. serius penat tapi agak membanggakan sebab even sebelum ni banyak sangat dugaan & cabaran yang kami2 kena hadapi tapi benda tu tak mematahkan semangat. RECAMSS dianggap sebagai satu benchmark untuk kami learn from our mistake...

actually aku meng update dalam keadaan penat. rajin nnti aku update semula. tapi sangat terharu dengan sokongan kawan2 dan pesyarah. RECAMSS bejalan dengan lancar. kelemahan2 tu biasa la... x dapat nak elakkan. mungakin program ni x sehebat conference2 sebelum ni tapi kerjasama, value yang aku dapat berharga la jugak...

ok smpai sini dulu.. dar~

Wednesday, April 6, 2011

pengajaran pada hari ini........

kalau orang selalu buat first judgment, sekarang mungkin mereka2 ini perlu mengubah tanggapan serong macam ni. aku salah seorang daripada golongan2 ini.....

teringat kisah awal2 semester dulu. betapa morale down & de-motivate aku rasa berada dalam class. sebabnya aku tidak dilahirkan untukmenjadi seorang yang nice, berlidah lembut & pandai mengambil hati orang. aku x mampu untuk berkata "sir!!! I like ur style!!!", "sir!!! u look gorgeous today!!!" nada bergurau mungkin.. oleh kerana mereka2 ini lebih memahami hati lecturer itu, maka aku & kawan2 memilih untuk duduk di kerusi paling hujung dan terkebalakang. kami lebih suka memencilkan diri, kadang2 melakukan kerja sendiri tanpa memperdulikan keakraban lecturer dan mereka2 ini..

aku sangat rasa teraniaya, tak adil & bias, semua yang berkaitan. no one was care about us. kalau kelas lain aku antara student yang sukakan barisan hadapan walaupun tak sepandai mana. minggu ketiga kelas aku nekad... if they declared war with provocation & sweet words, so i will declared war with my intelligent.

aku ingat lagi bila salah sorang dari member aku buat muka bosan. aku senyum & mesej dia melalui kertas. beb, kita lawan dia pakai intelligent. starting that day aku cuba untuk mendengar & menyampuk the conversation tapi menggunakan akal agar aku x nampak macam keldai di dalam kelas seperti apa yang dia selalu perli.


aku started realize attitude sebenar dia bila aku ter'argue" apa yang dia ajar. aku x paham then aku cuba argue, masa tu kelas alangkah bosannya, smpai ada yang tertidor, bunyi suara dia je, bila argument da setle aku terperasan statement dia

"bagus eh kau tanya. itu maknanya kau berfikir, otak kau berjalan. tak macam orang2 lain ye... dengar je apa pun tak paham" lebih kurang camtu statement dia...

then banyak incident2 yang buatkan aku makin sedar, pensyarah ini tidak perlukan ayat2 bunga atau ayat2 persuasion untuk mengambil hati. cukuplah sekadar penghargaan, manfaatkan profession dia sebagai seorang pendidik. banyakkan bertanya dan argue, sebenarnya itulah penghargaan terbaik untuk pendidik seperti dia.

starting that day jugak, aku & kawan2 mula utilize him as our lecturer. banyak bertanya, construct with him if any misunderstanding sedangkan ketika2 itu kawan2 yang lain lebih banyak buat kerja sendiri. assignment case study banyak aku refer kepakaran dia & nampaknya usaha itu membuahkan hasil. kami cuba untuk tidak ponteng, siapkan keja dia dgn kesungguhan & sebagainya...


pada hari ini aku berbangga.. untuk kali pertamanya... aku terasa diri aku dan kawan2 dihargai dengan sepenuh hati... ya sekarang aku sebak.... mungkin orang di luar tidak merasa apa yang aku rasa. there's lot of things that we sacrifice but at the end, we got nothing. jangan diukur tahap keikhlasan aku & kawan2 senasib aku, biarlah ALLAH yang maha mengetahui tapi cuba lahirkan sikap empathy. try put yourself in our shoes, than u will understand our standpoint.

extra kurikulum, bukan tak penting, memang penting, tapi sebelum nak kejar yan extra, polish dulu internal ni, polish dulu study to be good student.

pintu bilik aku sentiasa terbukak, datanglah bila2 masa pun tapi xde sapa yang nak datang construct soalan. so aku assume semua memang da jenis pandai!!!

tu antara2 statement yang keluar dari mulut dia. aku cuma terfikir, adakah kata2 yang diucapkan oleh dia dapat difahami oleh golongan2 ini....

hargailah apa yang ada di hadapan mata, he is helping us actually, hadir dia untuk membantu untuk score... hargailah dan layanlah dia ibarat seorang guru yang mendidik anak murid, bukan layanan seperti kawan. boleh treat, tapi biar bertempat orang cakap.


for the last class, he mention my name correctly.. kalau tak, minah la, kemot la... just now he called me balkis..

tq sir for giving us so many lessons that maybe i cant get from other people. i really appreciate & lucky to hear that.

Dunia akhir zaman

ter"panik" aku seketika tadi malam dalam class ganti bahasa Arab waktu ustaz terangkan serba sedikit mengenai Dajjal Al-Masih. malas sebenarnya nak menempek artikel pasal si dajjal ni... pakcik gugle melambak.... so clik je k.

kadang2 kita mudah terlupa & terleka dengan cerita keduniaan yang tak pernah habis. gosip, fitnah, ketawa tak tentu arah... aku pun golongan macam tu. so sesekali bila diingatkan tentang kebenaran kiamat, dajjal, pintu taubat... memang buat manusia gelisah. tak banyak, sikit pun jadik la... at least rasa keinsafan tu timbul jugak kan....

dajjal, Allah kurniakan dia pelbagai magic, kuasa, untuk memesongkan manusia...

contohnya: mungkin bila sorang manusia ni tenggelam timbul imannya, mintak bukti, if betul dajjal ni tuhan, so hidupkan balik mak aku yang meninggal... dengan kuasa Allah mak dia boleh hidup balik macam normal & berllari2 peluk anak ni... x ke merunrun jiwa sanubari tu... if aku kat tmpat tu mungkin aku jugak terpedaya...

batu, pokok2 berkata2 in that time. memang magic kan.. Kuasa Allah memang x dapat dinafikan lagi. harapnya aku bukan generasi yang kena mengadap benda2 macam tu. sebab takuttttttt.......


p/s: aku x sure readers paham ke idak tiap2 entry aku ni.. hahahaha syok sendiri gamaknya...

Tuesday, April 5, 2011

fenomena

sekarang ni makin menular2 fenomena hantu kak limah balik rumah. rasanya kat kelas aku pun hari2 at least twice aku akan dengar perkataan "usop wilcha", "Musalman" cer cite...cer cite".. heheh penangan mamat khalid memang terbaik lah!!!

tapi tak banyak orang terperasan watak2 dan skrip2 mamat khalid banyak menjurus kepada kritikan halus ala2 sarkastik kepada kehidupan masyarakat sosial sendiri. terutamanya masyarakat kampung...

contohnya gelaran yang diberikan kepada watak2 tu sendiri... macam usop wilcha tu sendiri... orang2 kampung kan kerap bagi gelaran, tak terkecuali di kampung aku... macam "ya kicap" sebab adaa kilang kicap. "ya Keling" sebab memang hitam manis.. hehehehe



selain tu, kalau cuba dengar perbualan especially bila kat part melepak kat kedai kopi pak munawer tu... becakap pasal pucuk pimpinan yang selalunya diketuai orang2 tua... patutnya diberi kepada orang muda.. heheh aku x ingat dialog tu tapi cam lawak pon ada...

yang lagi satu time meeting kat dewan orang ramai camna nak setlekan masalah hantu kak limah ni. si pengerusi majlis sibuk je nak mencelah cakap benda2 lain... hahah nampak cam lawak gampang tapi pengisiannya ada...

apa2pun x rugi jugak masa aku habiskan tenngok citer tu... cuma yang x bestnya aku sangat busy, x sempat panjat panggung tengok sana... tengok kat laptop je...


p/s: dengar2 nya sambungan zombi kg pisang n hantu mak limah ni ada 7 episod semuanya... good luck to mamat khalid n crew.

harapnya belum terlambat membetulkan keadaan

sangat sangat sangat busy.......orang lain nak dekat final da boleh goyang2 kaki pegang notes untuk sesi hafal tapi aku dgn member2 still tekejar2 deadline assignment, test dan juga aktiviti. petang tadi baru je setle project management punya asignment. keja da pas kat student dua bulan tapi hari khamis lepas baru start buat. nak kata buat last minit betul jugak la... tapi macam mana nak setle if ada deadline lain nak kena kejar dulu. mau tak mau yang lambat lagi pakat hold dulu. sekali nak start mau sakit kepala2.... memang susah... 3 4 pagi baru tido, pas subuh bangun sambuuuuunggg balik. makan minum semua haru biru.


masa ni jugak aku homesick. harusla... tambah dengan keadaan member aku sorang kena demam campak. risau jugak kalau2 terkenan dekat aku sekali. menangis x berlagu la... cakap pasal rumah....kol kampung pun dah skip2 lama2 sekali baru tanya kabar. wuuuuu salah satu sebabnya bila aku kol mak selalu tanya bila nak balik... kang lagi la aku home sick. alangkah bahagianya & selesanya berada di kampung... ehhh!!! nasib sekarang ni fenomena buku muka... rajin bertegur sapa dengan adik beradik di sana. every 2 days at least gurau2... ok la kan...


with encik chef pun.... makin lama communication makin lost.. that's not what i'm expected but it's happen now. sigghh~~~ tapi dia selalu mention yang dia faham ke"busy"an aku & bagi ruang sebebas2nya untuk aku fokus pada study. cuma malam ni baru aku perasan yang I was so selfish. not even once I spent a little bit time for him. call @ msj just sekadar atas tuntutan sebuah hubungan. If dulu aku rasa relation nie akan lebih membebankan aku, thus, he become more flexible. tapi sekarang relation ni lebih membebankan dia....


aisey... harap2nya masih boleh diperbetulkan... betul cakap lecturer aku... ego buang ke tepi sekejap.. buka mata, buka hati untuk menerima sesuatu.


aishhhhh rindu rumah la.......

p/s: relation dgn member class sgt awesome!!!

Saturday, April 2, 2011

bila datang dua pilihan...

bila didalam situasi yang serba salah macam mana menggunakan logic akal pun still rasa ada yang bakal tak kena. nilai dari segi kekurangan dan kelebihan pun still tak nampak jalan selamat.

kalaupun segala bentuk diperhalusi untuk menilai, aku cuma nampak keseimbangan cuma value nya berbeza.


hanya ada satu pilihan yang harus dipilih.. 






kalau buah-buahan mungkin senang. tapi kalau melibatkan masa depan??? pilihan hari ini penentu kebahagian untuk masa hadapan... duniawi ukhrawi...
patutnya buat istikharah la kan....

citer hindustan real!!!!!

petang tadi ke rumah housemate aku di pekan darat, akma. lama tak menjenguk mak nya yang aku dah anggap mak sendiri. yela mak dia sampai tejenguk2 ke tingkap tunggu aku n kawan2 sampai. terharu tauuu!!! dah tu masak best2 jamu kami... asam pedas melaka, kari ikan, ikan kerapu goreng belah belakang, air asam, perghhh memang kebabomm la... tambah plak dengan laksa, kuah gila punya kaw!! heheheheh

sorang housemate aku kena chicken pox ni. masa nak siap2 balik dalam kul 845 mlm aku tgk mmber aku da macam x sihat sangat so aku plan nak terus ke klinik. so kami choose klinik bersatu dekat bagan ajam, kpala batas.

sampai2 sebelum aku paking, aku mintak mmber aku turun dulu ke kaunter sebab nak cepat. katanya kul 9 dah nak tutup. baru je aku nak masuk paking tetiba aku nmpk 7 8 buah moto mat rempit menyelit depan keta aku. ingat biasa ja kan... member aku just statementkan "alamak.... gang india..."

dgn sekelip mata, keadaan jadik tak terkawal. aku nmpak 2 org laki indian lari masuk klinik. then aku nmpak yg lain pakat serbu, sorang dengan helmet terus hayun helmet ke pintu kaca klinik bersatu tu

"praaaaannnngggggg!!!!!!!!"

masa tu gila muka aku cuak. aku ingat nak merompak dah. terus aku teringat member aku dalam klinik tu. setle2 gaduh terus pakat amik moto & blah. cepat sangat keadaan tu belaku. x sempat nak rakam.. huhuhu

lepas pada tu keadaan da macam disaster. klinik kelam kabut. gang2 cina kat situ plak aku nmpak x puas hati. polis datang nak investigate apa patut.. then terus kami blah ke klinik lain... last2 90 ringgit jugak melayang tadi...

motif gaduh taktau la... tapi pukul2 ni buat aku seram.. macam cita2 gaduh hindustan plak tadi...


Alhamdulillah... semua still selamat. tu paling penting.

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......