Wednesday, November 30, 2011

confuse.... confuse.....confuse.....

aku sedang confuse sekarang. kenapa makin merepek-merepek nama-nama bebudak kat fb sekarang???

contoh je eh.... kalau tetiba tersama mintak mahap la... x bemaksud...


ieeyyfa telletubies

dieella ieellaa lalink


ayeen are-tine


aq budax naqhal


baby eshya


arggghhhh banyak lagi lah.. macam-macam perkataan pelik sampaikan kadang nak menyebutnya tepaksa berkerut-kerut dahi. macam baru belajar mengeja... hahaha

it really shows that how creative our generation now in preparing and adding new vocabulary. lagi satu aku rasa tujuan depa nak bagi kita terberfikir la kan... apakah maksud di sebalik gelaran-gelaran macam tu.

tapi bila difikir-fikir lebih mendalam, apakah rasional di sebalik letak nama-nama macam tu??? adakah mereka merasakan mereka cool dengan panggilan macam tu????

entah-entah di name tag sekolah nama real mereka adalah

khadijah

aminah

sakinah

markonah


well....well.....well..... adakah mereka merasakan nama-nama sebegitu adalah kekampungan??? tapi sekurang-kurangnya ada maksud yang mulia bebanding dengan nama entah apa-apa yang diorang letak dalam fb kan. aku cuma pelik... trend bebudak sekarang ni makin lain macam aku nampak..

itu belum lagi nak cerita bab profile picture dengan gambar-gambar dalam fb. bajet comel.. ehhhh ok2 memang anda comel... sori... hehehehe

cuma kekadang aku tergelak sesorang... yela semua bajet comel... hihihihhiihi

cuba pikirkan rasionalnya..... confuse kan?? hahahaha

"dia" dah stat busy dah..........

aku kembali menjadik seperti ayam yang berak kekapuran apabila encik chef dah kembali menjadik seperti sebelum diri beliau... ke"busy"an yang melampau............ sedih2.....

busy-busy aku, kekadang tekan keyboard siapkan report pun aku stil boleh text or call beliau... dalam kelas kalau aku menguap pjg pun jari aku still boleh lincah tekan punat handphone mengadu kat beliau mintak semangat kurangkan mengantuk....


tapi kalau beliau busy...................

texting mesej??? gila kau sebelah tangan hayun senduk, sebelah tangan nak jaga api, sebelah kaki nak kuis sayur jatuh, ehhh habis tu nak text aku pakai apa??? gigi??? hebat sangat la tu... terkebil-kebil la aku menunggu roger beliau......

calling??? karang besembur air liur masuk dalam masakan kan ke penambah perisa tak berkualiti... ewww.... hahahaha

so suah la nak communicate dengan dia kalau dia sibuk unleast dia take a break dan roger aku dulu. tu pun kadang rehat di betul-betul need break sebab penat kat dapur. ye la bila penat kadang nak text buah hati pengarang jantung pun dah takde mood.

soooooooo........... tugas saya sekarang adalah memahami, memahami dan jugak memahami. memandangkan aku pun sibuk dengan final year so sibok kan diri untuk menjadi penyibok je la... takda la rasa stress sangat kan...

tadi...... sebak encik chef bila aku cakap rindu. well.... kalau ahad hari tu we are enjoying hang out tetiba 2 3 hari ni terus dia busy dengan keja dia. meracau jugak aku. but now... pasrah...

ok saya memang seorang buah hati yang memahami. kau ada??? hahahaha ayat menyelamat

life with kids

aku rasa menyampah dengan entry aku 2 3 menjak ni... memula macam rancak tapi ending2 mesti jadik slow... idea kering nak mengolah lebih...

terpanggil pulak nak prepare entry ni... about my feeling yang membuak-buak over excited bila menengok sahabat-sahabat atau senior-senior aku yang upload gambar baby-baby mereka kan.... harus la aku rasa cemburu... hahahaha

serious can't imagine how proud to be mom, to born baby... tapi yang aku tau aku sangat-sangat excited to feel it by myself... aikkkkk...... dah masuk fasa gatal ke apa cik balkis sorang ni............ hehehehehe

aku normal la kan maknanya....kekadang kawan-kawan aku pun geleng kepala tengok kesabaran aku melayan bebudak. cheeewwaaaahhh!!! not to be proud tapi senakal-nakal, sejahat-jahat, sebuas-buas bebudak pun.... dah nama pun budak... akal tak cerdik lagi.... so kenapa kita yang boleh berpikir ni tak boleh beralah dan carik alternatif untuk mengajar mereka dari meluat atau membenci....

aku kekadang stress jugak tapi i dont know where i got strengh to be patient and layan jugak... hehehehe instinct mummy gamaknya....

hidup bersama anak-anak merupakan satu anugerah dan penghargaan paling bermakna dalam hidup.. so please appreciate them. life with kids is adorable. =)


p/s: maybe sekarang... bila dah anak sendiri baru tau, kenal erti susah kot.. hahah no idea on that

Monday, November 28, 2011

sekejap nak bangga diri...

semalam semasa keluar bercinta dengan encik chef aku tak berapa pasti apa yang aku makan... selalunya bila keluar dengan dia aku kurang sangat nak makan sebab teruja nak besembang dan buat aktiviti-aktiviti yang masih terkawal. so aku mengelak untuk makan nasik tapi lebih kepada makanan yang merepek2. macam semalam aku makan set ayam penyet denga kentang dengan... errrr... apa ntah lagi aku tak pasti. lepas makan nak masuk panggung aku seludup plak keledek stim. memang makan tak hengat la favourite tu...

nak dijadikan tragedi lagi plak esoknya presentation. aku memang dah prepare everything. aku group no2 present. sorang member aku kol bagitau dia still kat kampung sebab ada akad nikah akak dia. dia group pertama esok. aku just cadangkan dia mntak lecturer consider pastu aku sendiri volunter nak jadi 1st presenter.


itu cerita semalam.... cerita hari ni plak aku terjaga pukul 6 pagi mata aku rasa stranger gila... sekali hadap cermin mau terkejut tengok mata aku cemen sebelah... (bengkak sebelah). sebijik macam sakit mata tapi sungguh tak rasa sakit, tak rasa berair, xde taik mata ke apa... cuma redness n swallow....... ya ampun.... pagi ni jugak aku ada presentation tu. so terpaksa la pospone proceed dgn group lain dulu. housemate aku cadangkan aku mesej dulu bagitau lecturer. terus dptkan no fon dan msj mntak tangguh.


tapi sekali lagi malang menimpa bertubi2 bila time kelas mmber aku kol bagitau kami terpaksa proceed jugak.. sama hal la dengan group first tu. WHAT THE FISH!!!!!!! mata aku bengkak kot!!!! malu siot!!! tapi memang xde excuse. so tebalkan muka pakai sunglasses yang ala-ala Posh yang besar tu ke kelas. tengah drive pon aku rasa orang pandang aku lain. ni kan pulak time jalan ke kelas... dah memang macam mak datin dah... masuk kelas lagi la aku kena bahan....... arrgggghhhhhhhhhh!!!!!!! sungguh aku rasa terhina tapi apakan daya... effort aku untuk dapatkan jugak markah for presentation...... no matter what!! walaupun malu dgn sunglasses ni. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

and see what i'm done!!!! our group boleh dikatakan higher marks & aku antara best presenter among that group... so.... ALHAMDULILLAH..............


tadi ke unit kesihatan (UK). doktor cakap bukan sakit mata.. maybe allergic... ok...

Saturday, November 26, 2011

tahniah sahabat.... be a good wife

teringat kira-kira 16 tahun dulu masa mula-mula aku masuk mendaftar kelas 1 berlian... aku duduk kat kerusi ditemani arwah abah dekat sebelah then sorang budak pompuan kecik terus tanya nama aku sapa... aku jawab "siti balkis". that was my first conversation aku dengan member aku sorang ni dan jugak dia member pertama yang tegur aku dalam class. Syafinaz binti Ismail namanya... tu kisah masa memula kenal.....

di kantin, dia jugak la yang announce kat orang ramai bila aku bagitau dia aku pandai baca paper bila dia nampak aku belek pembalut nasik lemak. yang aku ni melopong taktau apa-apa. rupa-rupanya bebudak baya aku time tu boleh baca paper macam miracle la... heheh bijak tak aku??

dan..... beliau jugak la antara kawan terbaik aku time sekolah rendah.. dari darjah satu sampai darjah tiga aku dengan dia berlumba-lumba dapatken tempat pertama dalam clas time exam. kalau aku no 1, dia akan no 2, dan macam tu la sebaliknya. bila masuk darjah 4, kami kembangkan gang... syahirah, nor syamimi, syarifah nasuha, fareqah, zaidah, jannah, syafinaz dan balkis (ehhh itu aku... hahahaha)

benda paling nakal kami buat bila gang kami salah paham dengan statement ustaz aku, nama ustaz musa. sebab salah paham la gang-gang aku develop team bola sepak perempuan. time tu aku darjah 6 (2000).then kami collect duit beli hadiah tupperware, pinjam bola sekolah. buat liga lawan bola sepak antara team kelas aku 6 berlian dengan team kelas 6 nilam... lawan dekat padang sekolaj menengah. last-last teruk kena tazkirah balik oleh ustazah sekolah.. hehehehe

banyak kenangan aku dengan dia. masuk sekolah menengah kami still sekelas tapi time tu dah x berapa rapat sebab aku duduk asrama, dia duduk luar. tapi kami still rapat.. naik tingkatan 4 kami dah tak sekelas tapi kalau jmpak tu ada ja benda nak disembang n digosip... kenangan macam tu xkan aku lupa...


kenapa aku tetiba feeling-feeling nak bercerita pasal kawan aku ni... hahahaha sebabnya hari ni dia dah pun bergelar isteri orang.. aku ni je terkial-kial lagi taktau arah tuju...

so pinat... selamat berkahwin... selamat pengantin baru.. be a good wife.. syurga suami dibwah telapak kaki suami... tinggalkan perangai gila-gila anda dan belajar menjadi isteri dan bakal ibu.. hohohohoho friendship never ends!!!

Friday, November 25, 2011

amarah menghilang

lama-lama melayan bebudak kadang-kadang buat aku lemas jugak. kalau jenis x mengganggu xpe... now sofia dah makin meningkat kanak-kanak. kalau dulu x pandai bercakap tapi sekarang memang petah. macam-macam benda nak dikongsi, disoal sampai kadang aku naik rimas. letih nak melayan.....

hari ni niat murni aku nak siapkan apa-apa assignment so burden kurang sikit. lepas sidai kain 3 baldi tadi cik sofia dah bertandang ke rumah aku. makan xmau, apa xmau melainkan dekat rumah aku....

ini aku nak menghadap laptop nak siapkan keja dia pulak merengek-rengek nak tengok citer barbie kat youtube.. kecik besar kecik besar je aku pandang budak ni..... aku pujuk suruh balik rumah pon xmau-takmau jugak... dah tengok barbie mintak tengok upin ipin pulak... dekat mulut memang aku dah merungut macam-macam. tak reti letih ke budak ni????


tapi dalam menghadap marah + bengang tu... cik sofia boleh pulak tengok upin ipin dengan riak bahagia dan gelak.. mulut dia plak becok dok ikut cakap opah dalam citer tu... then tetiba...

her: "sayangggggggg.....kak balkis!!!"

me: hah apa???

her: sayanggggggg........ kak balkis!!!

terus dipeluk aku erat.... kau berani nak marah lagi ke balkis????? tidak..... terus amarah aku cair..

me: kau tengok la puas2 sofia oii....

aku ter"pasrah" di sudut dinding memerhati cik sofia kembali tumpukan perhatian pada skrin netbook aku. menonton cerita kegemaran beliau.

Thursday, November 24, 2011

this is life -dedicate to my shy boy-

aku rasa terpanggil untuk dedicate entry ni untuk seseorang yang penah aku sayang..... (errkkkk). malu dan segan dah nak mengaku sayang sebabnya of course la dah ada yang tersayang sekarang... dan kami jugak dah jadik orang asing dalam life masing-masing walaupun pernah berjanji untuk menjadi kawan sampai mati... so as a friends, i would like to dedicate this entry for him because deep inside my heart, he still my friends....

manusia merancang tapi sebaik-baik perancang tetap ALLAH yang satu. mungkin kali ni kita rasa kita dah hilang sesuatu yang paling bermakna, yang paling sesuai dan paling kita sayang dalam hidup... tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita... hari ini kita kalah dan diuji.... itu maknanya Allah sayangkan kita dan as a servant, find Him and seek for forgiveness.... ujian kadang-kadang mendekatkan kita padaNYA... tapi berapa kerat yang tenggelam dalam kesedihan dan asyik meratap tentang orang lain daripada pencipta sendiri.

aku tidak baik... tapi aku cuba menjadi terbaik.. walaupun masih banyak cacat celanya... dan aku sedar berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.... kita dah tak memahami satu sama lain...tapi kita tetap manusia, bernafas di bumi yang sama. mungkin juga pernah berlanggar bahu tanpa kita sedar... but encik shy boy... trust me... Allah bukan suka-suka uji kamu...

diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

I'm done... don't be sad ok =) Allah sentiasa ada untuk kamu 

heiiiiiii.... this is your penglipur lara rite??... hehehehe

Monday, November 14, 2011

saya menjadi hero =)

kebanyakan orang memang tau aku ni sangat penakut dengan perkataan "darah".... arrrggghhhh mendengar 5 huruf tu dah buat aku rasa lembik macam puding caramel..

ye... sejak kes tengkuk aku kena cucuk dengan tunggul masa aku main dlm semak kecik-kecik dulu menyebabkan aku trauma dgn menda alah ni... sehabis baik aku akan menjaga kesihatan dan juga tubuh badan dari sebarang luka atau infection. kena pisau pon aku dah meracau segala padahal xdek la terok.. and aku jugak takutkan jarum, benda2 yang tajam dan merbahaya... segala yang boleh mendatangkan mudarat la aku akan berhati2..

nak derma darah??? memang teringin.. tapi rasa macam tak kuat sehinggalah tadi bila madam jaja merangkap lecturer service management aku buat annoucement sesapa turun derma darah dapat extra marks... aku dah gaban... ikut nafsu mmg nak la extra marks tu tapi... takot dowhhh menderma..

akhirnya sampai jugak aku kat tempat menderma... carik kekuatan.. kawan aku pon naik pelik tetiba aku terlebih kepoh kat situ... yela nak cover gugup kot...

ambik borang... isi.... I'm shaking ok... tapi gasak la... demi extra marks tu...

aku orang ketiga ok.. hehehe semangat x? turn aku tu misi trainer.. aku smbg2 dgn dia then aku pesan suruh dia hati-hati dgn aku... harus la aku pesan cenggitu sebab kau nak mencederakan aku utk blood test kan... aku pejam mata... then


"pap!!!" arrgghh darah da kuar kat jari aku... tapi si misi tu menggigil plak time nak sedut aku nye darah... huh gapo ni!!! dah aku amik keputusan biar aku picit sendiri jari aku suruh dia sedut darah tu kuar.. aduh... lemah3x...

turn kedua time cek berat... masyaAllah.... cukup2 45KG. walhal aku time raya ke3 haji aku timbang ada la 48KG. aku rasa penimbang ni problem tapi Alhamdulillah doktor tu lepaskan aku.. doc tanya aku da breakfast belum.. aku ckp dah tapi sereal je la pagi tu.. aku bancuh cornflakes dgn susu coklat. tapi doc tu geleng kepala suruh aku minum milo untuk extra meals.. ok fine... cek BP sekali lagi dia geleng kepala... eh apahal doktor ni... berkali2 dia pesan suruh aku minum milo dulu sebelum donate blood. bila aku tanya any problem dgn heart beat aku dia ckp normal... so pe mslhnya???? masa tu la aku rasa heart beat aku dah begendang sakan....

so aku kuar carik minum... apanya milo!!! teh je kot.. panas plak tu. aku telan seteguk then ckp dia I'm ready. bila dia confrom bagi alat2 bagai then nurse chinese baringkan dan selimutkan aku. mulut aku jgn cakap la... even dia dah nurse veteran yg cukup experience tapi aku pesan berkali2...

me: nurse.. please carik urat saya betul2.. saya xmau kena cucuk byk2 kali...

me: nurse... carefull please, I first time donate ni...

me: nurse please... i'm shaking!!!!

dia mintak aku genggam kuat2 something alah tu supaya urat aku timbul tapi honestly aku mmg x daya langsung utk buat apa2... nasib baik la urat aku berkaler nampak dekat pelipat tu... dan Alhamdulillah sekali cucuk terus darah aku keluar. Alhamdulillah........

then dia bagi something utk aku roll... masa tu aku da sebak. aku derma darah ni.... air mata mmg da almost menitik2... ntah kenapa aku sedih gila... macam tak rela pon ada.. hahaha

2 3x misi mai cek darah aku smpai aku naik cuak.

me: napa ni nurse?? ada mslh ke? darah x keluar ke?? (aku mmg x tengok la... gerun punya pasal)

nurse: ehh xpe dik... dia kuar tapi lambat sikit... kena pegang ni...

me: aaaaaaa kena cucuk lain ka....

nurse: xpa dik... jgn angkat kepala.. diam k..

me: (sebik terus menangis.... aku gigit jari aku kuat2 tahan sebak)

nurse tu 4 5x gak ulang alik mai kat aku pegang jarum aku bagai...



last-last...

nurse: ok dik... siap... sakit x?

me: sikit... agaknya seriau je kot... tapi saya ok..

nurse: adik baring 10 minit. saya bagi adik rehat... baring dulu

me: ok....

after few minutes..

nurse: ok dah???

me: ok dah

nurse: ada pening x?

me: x... saya ok.. dah boleh bangun..



then lepas kemas-kemas aku keluar ambik energy balik... sumpah rasa sangat weak dan x bermaya... tapi cek-cek barang aku perasan yang handfon aku tertingggal... hah bala apa plak dah...

aku lari balik tinjau2 kat situ then sorang nurse perasan baru dia bagi balik hanfon.. dalam kelam-kabut nak keluar doktor yang cek berat aku tadi tahan aku....

doc: you dah setle ke??

me: dah doc.

doc: u ok x ni?

me: errr... ok. i ok xde apa masalah..

doc: u keluar nanti uambik makanan n minum milo ok.

me: oowwhhh ok2.. thanks doc.

masa conversation tu aku di celah2 orang ramai yang tengah beratur tunggu turn nak hantar borang. what a great service i had at there. doc tu boleh berenti cek n tanya condition aku.. huhuhu what a suprise!!!

also treatment service from all nurses except the trainer sangat2 memuaskan... berapa kali depa pesan aku suruh aku makan minum, jgn angkt benda berat... very nice

agaknya sebab aku bagi service kat depa kot... kalau aku mintak service maybe lain sikit treatment... hehehehe
apa apa pun aku sangat bangga ok..... sebab aku dah berjaya atasi ketakutan aku... nervous aku... Alhamdulillah syukur...

buktinya... jeng3x.....


bukti pertama yang aku adalah seorang hero... hohoho


darah saya A+........... =)






nampakkkk!!!! 45kg... haru2... kena tambah lagi berat ni...

Sunday, November 13, 2011

terasa hati...terkecik hati....

aku rasa sangat sedih sekarang... sekarang ni  memang tak menyempat2 spend time dgn en. chef... if aku ada masa aku lebih suka lepak dgn my family or friends rather than him. kenapa aku tak pasti.. jiwa goyah mungkin...

aku mengaku few days back aku banyak makan hati, terasa keciknya hati dengan dia... same goes to him. pakat sama2 terasa... ok aku tau aku selambe... maaf..

just hope everything will be fine... dan semuanya kembali normal.....

Wednesday, November 2, 2011

seakan kembali di zaman kanak-kanak

dalam mengadap asignment n repot yang mengstresskan kepala otak...

kawan aku dengar encik bhai pakistan dengan moto ex5 petik loceng... yessss aiskrim is coming!!!! kelam kabut housemate aku tahan emcik bhai tu... tukar uniform, dengan bedak sejuk bersalut di muka, selamba capai duit pesan aiskrim kon....

perrggghhhh dah mahal... zaman aku skolah dulu baru dua kupang... sekarang tau berapa harga??? seringgit hokey...... SERINGGIT!!!!!

tapi ada perbezaan aiskrim dulu dan sekarang...

DULU................  



 VS

SEKARANG


ihsan gambar2 tu dari encik google... tapi tu la pebezaan dia... tapi seringgit still macam x bebaloi kan... asal sejuk tekak dan kerongkong sudah la time panas-panas camni...


time dapat aiskrim.... aku sambil peluk lutut, besandar di kerusi malas, menikmati aiskrim kon... memang layan... same goes to member berdua aku... pakat senyap sandar di dinding habiskan aiskrim masing-masing... hahaha well.... mengingatkan zaman kecik-kecik kan... x sangka di usia 23 tahun ni x lekang lagi dengan kebudak-budakan... sweet.. that's all


jom sambung keja

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......