Wednesday, October 10, 2012

Training at DBB lumut

Alhamdulillah.... yes!! kali pertama nk publish pakai bb. sblm ni aku malas nk try & error tmbah pulak line on off kn. so dah skang aku bosan so macam2 dah aku explore kat bb ni.

3 hari dah bekampung di lumut. training system. memang headache. dgn condition aku yang tak sihat memang 1 cabaran. & as my expectation, mmg aku sorang saja yang datang, stay sorang kat hotel, itu yang memang boring... nak keluar takde transport, nak jalan risau dah tak kenal area sini so last2 lepak bilik saja la...


Overall... training ni kira ok la.. tapi 3 hri actually memang x ckup kaki tangan. bahagia la staf2 lumut pasal job specification sgat2 clear. yang vaccine n ubat handle itu saja, feed dedak sorang incharge. aku?? feef, vaccine, petty cash, bank payment, stationary, demmmm... semalam pun aku tpksa ulang alik setle ubat & feed. sedih!!!


Bak kata orang, hujan batu di negeri sndiri, aku prefer tmpat sndiri berbanding lumut walaupun tmpat au terpencil tmpat jin betendang. mmg lack of accomodation tapi m not belong hre. nak stay lama2 bukan aku la tu.. so ggodbye lumut, esok balik kuala ketil. wink2 ;)



Saturday, October 6, 2012

mentality kaum peribumi melayu (sesetengah)

Bila kerja di kampung sendiri memang comfort sebabnya dekat dengan family sendiri so lebih banyak masa terluang untuk family....... tapi masalahnya bila terpaksa berhadapan dengan sesetengah mentaliti orang kampung (ok aku mention sesetengah so yang lain jangan terasa) yang memang ortodoks, negative thinking, kuat mengata anak orang walhal anak sendiri melingkup tak sedar, jadik mata-mata tak bergaji, seriously merimaskan aku. rimas, lemas dan lemau yang teramat. majlis bertunang aku pun jadik bahan mengata walhal majlis dah ikut adat, adab bagai. bukan nya aku buat parti bogel!!! apasal yang bising sangat?? hantaran aku murah ke mahal pon jadik issue... kalau murah dari pangkat anak kau yag blaja SPM apasal??? sori aku ter"EMOSI"

tapi kali ni aku malas bising pasal story aku. tapi story sorang colleagues aku kat opis ni. status beliau ibu tunggal atau istilah orang2 kita ialah janda bergetah. kenapa bergetah?? umur 27 anak baru sorang & aku akui memang cun. Nooooooo...... cun perkataan tak sesuai. ok lah!! cantik, berbudi bahasa, lemah lembut habis!!!! memang idaman mak mentua tak macam aku yang still hawau lagi ni kan...... seriously pada pandangan mata perempuan aku, she is perfect to be a good wife. soft spoken tapi nak buat macam mana angkara campur tangan family mertua so dia terpaksa divorce dengan ex-husband.

*lama tak menaip panjang lenguh plak jari & lengan ni... take 5 sat.........






ok proceed. dah family mertua macam tu, ingat family sendiri supportive la kan... tapi yillekkkkk!!!!! her family was really.... really.... really.... apa ya nak bagitau... tapi yang pentingnya adalah teruk la... sangat teruk.. yeah sorry i mean her parents. adik beradik taktau. tapi parents dia betul tak supportive langsung la... dahla asyik mengungkit, anak buat pilihan silap la, ada cucu menyusahkan la....

just imagine, anak nak keja, tapi bagitau cucu ni menyusahkan, tak larat keja. nak hantar anak p nursery depa plak tak bagi sebab nnti duit belanja tak cukup. nak p keja anak takda transport, nak hantar depa merungut menyusahkan depa, nak pakai kereta kat rumah tak bagi takut keta rosak, nak beli keta sendiri pun tak bagi dah nnti takdak duit nak bayar. so skang bos aku arrange runner hantar n amik dia tiap2 hari kat rumah okey... rumah!!!. pakai keta company, duit company bayar. she's only clerk tapi dapat layanan macam tu, tu pun mak bapak dia nak berkira lagi...

skang ni timbul isu si runner dah berperang dengan bini sebab hantar n jemput dia p keja. mak bapak dah start buat perangai balik sebab xdak transport. so aku volunteer untuk hantar n jemput sementara bos aku dekat korea balik bercuti then lepas tu pikir balik cara lain.. depa boleh ungkit plak kesanggupan aku.. ini memang bikin panas.... anak dah dapat company elok, keja elok kenapa nak berkira sangat... kalau anak duduk rumah hampa jugak bising anak  tak boleh bagi duit belanja... bayangkan tiap kali gaji, semua duit mak bapak ni amik. barang2 cucu semua depa provide, anak ni langsung tak diberi peluang untuk pilih. I just don't understand!!!

*aku menulis semasa emosi kurang stabil so kalau ada reader yang pending lantaklah!!!

please!!! support your daughter.... anak adalah anugerah, amanah. kenapa nak ungkit masalah-masalah yang lama... silap tu dah nama pun manusia... aku tak nampak sebarang penyelesaian untuk masalah ni. puncanya memang dari mak ayah.



wooooo lagi satu dan yang ni berkaitan dengan aku jugak....

aku n dia terpilih untuk p training d lumut next week, (lusa). then mak aku dah setuju sebab aku ada member kan nak join. so dia plak tak boleh sebab payah anak. hanya boleh p kalau bawak anak n mak dia untuk jadik pengasuh. then company aku arrange family room & boleh bawak family dia untuk stay together. ok setle dah satu masalah...

tapi timbul plak masalah lain. dah si runner tu tak dapat hantar dia keja starting next week depa jadikan tu satu alasan. hantar surat resign!!! tak payah keja, tak payah p training sbb nnti pun takda orang nak hantar ambik. nak harap balkis tu sampai bila dia sanggup?? nnti jadi macam si runner tu!!!

walaweeeee.......... orang dah arrange book hotel bagai dah ni. see how strick her parent. tak menyempat2. walhal kita dah explain benda ni akan setle since our boss pun dah nak balik. sementara tu aku boleh manage dulu tapi still tak boleh accept. kau nak hantar kau kata nyusahkan kau, nak pakai keta kau tak bagi takut rosak, anak nak beli keta lain kau kata membazir, nak berenti nnti kau bersungut anak tak bagi duit, so baik kau bunuh anak kau sendirik. kan senang so skang ni mak aku pun dah risau sbb kemungkinan besar aku akan alone p training.

tau niat utama dia nak protect anak takmau bagi kena fitanh dah janda muda. tapi nak bagi anak cucu mati kebulur ke kat rumah???

mak aku dulu tak pedulik orang kampung cakap atau fitnah kami anak beranak. masa abah meninggal ikut hukum memang kena edah dan berkabung 4bln 10 hari tapi untuk aku adik beradik, mak aku kena selalu keluar atas urusan kami. memang la orang kampung mengata. yang mengata tu ada bagi duit bagi kami adik beradik makan???? jangan harap!!!!! buncitkan perut sendiri ada la. last2 sekarang anak kau buncit dulu baru naik pelamin. pastu ada hati nak korek rahsia pasal majlis aku. damn busybody!!!


petang ni balik keja aku hantar colleagues balik rumah. aku nak berjumpak mak bapak dia. bincang elok. tu saja.

Saturday, September 22, 2012

kemunculan semula.....

salam... rindu kan nak menulis semula tapi apakan daya... rumah tak dapat connect internet. sekarang dekat ofis sedang mengular sebab staff semua bz...

Alhamdulillah... life sekarang dah definitely change. dah tukar company dan Alhamdulillah sangat-sangat sebab dekat dengan rumah. ikut sejarah hidup aku lah anak yang paling jarang sekali lekat dekat rumah. dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 duduk hostel. after SPM dapat plkn 3 bulan duduk Langkawi. dapat UiTM 5 tahun duduk kolej & rumah sewa. cuti sem banyaknya habiskan masa jadik nanny untuk akmal di kulim. praktikal duduk dengan my cousin & his wife di Alor setar. dah keja dapat di Juru, body aku tak fit enough duduk rumah sewa so aku bermastautin di rumah mak ngah aku with my lovely cousin, Nazri. and now here I am.... di tengah-tengah kemelut kerja, serious relationship with my future partner, Allah dekatkan aku semula dengan keluarga & I am very thankful for that... lepas ni tak tau lagi......


tapi ada hikmah semua tu... dalam aku hidup secara nomad ni la... aku sebenarnya mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan sesama saudara antara adik beradik aku.. I can say that I am hero between that. hahahahaha


InsyaAllah... aku nak kerap hmpunkan penulisan dalam journal ni... bukan apa, boleh jadi reference bila dah tua-tua nanti ye dak... hehehehe

dan kali ni... mungkin lebih matang... MUNGKIN ok....

Thursday, June 7, 2012

sesi luahan perasaan

3 minggu sebagai planner... baru nak rasa bahagia dengan keja... tetiba ditukar ke department lain. kena jaga shipment dengan logistic. bekas staff dah sebulan hantar surat resign, 2 jam sebelum dia resign baru panggil aku belajar shipment dengan dia. haru!!!!!!! last-last dalam seminggu ni bekas staff tu tepaksa mai jenguk aku hari2 ajar aku selok belok logistic officer.

kes tu dah aku meluat dah... tapi ada hikmahnya jugak... aku dapat masuk ofis lain yang lebih tenteram bersama 3 orang ofismate, dan semuanya ok =). ramai orang yang care dengan nasib aku.. hehehe jenis muka innocent ni memang senang hidup. ehehehehehe melawak saja...

planner kelam kabut, logistic terus menjadik disaster... baru aku terasa berharganya setiap detik time office hour tu. kerja xkan sudah.... tapi still enjoy dengan keja sebab ofismate really help.

today... gaji pertama masuk... ya... hari ini dalam sejarah buat kali pertama aku dapat pegang duit gaji hasil titik peluh sendiri........ berbaloi ke tak........... penat keja...........

dan................ sekali lagi aku dikecewakan oleh company ini...... bengkek betol dapat keja kat tempat sengkek + kedek ni..... mainpower kurang!!! keja menimbun... aku keja macam nak pecah kepala... last2 dapat gaji bertambah2 demotivate!!!!............

maybe i should say goodbye to this company very soon............

Friday, June 1, 2012

realitinya masih tetap berbeza....

dulu kali pertama jejak kaki ke UiTM. aku punya nervous taktau nak cakap. masa kereta jejak masuk gate, aku memang pegang dada takut jantung melompat jatuh sebab masa tu aku rasa adrenalina aku mengalir selaju-lajunya... pehhh... macam-macam yang aku pikir time tu. macam mana nak hidup dalam kolej, kawan macam mana yang aku dapat nanti.... tapi Alhamdulillah aku dah berjaya selama 5 tahun...........

then bila dah habis study, aku macam dah konfiden sikit dah sebab dah makin matang.. (heheheh sengal....) interview la sana-sini, dapat tak p dapat tak p, last-last terima untuk 1 company ni. so masa nak first day keja, malam tu aku dah imagine, p ofis kena sentiasa pakai baju sesuai which is nampak korporat,kena behave as a ladies. bukan girl lagi dah. kerja plak belek document dan duduk dengan lebih selesa dalam bilik air-cond. sekali keja baru tau betapa susahnya nak pegang duit gaji sendiri. 1st week pakai baju elok-elok. sampai 2nd week pakaian dah out... ikut hadap saja nak pakai. kadang-kadang t-shirt pun jadik la then sarung vest kat luar bagi nampak bekerjaya sikit. kena deal plak dengan mat-mat bangla,apa yang aku bayangkan tak sama dengan apa yang berlaku secara realiti. sebab dalam kepala aku, aku hanya boleh pikirkan perkara baik-baik saja. tapi hidup susah lebih banyak dari senang kan.... hehehehe sekarang aku just accept.. aku hanya berharap "all is well".. tu pun kalau pandai manage........



tapi yang satu ini aku tak pernah imagine dalam real world. belakon mungkin tapi untuk kali pertama aku nampak situasi ini



si bapak sedang sibuk besiap nak keja. si ibu yang memang sibuk dengan anak-anak mintak tolong si bapak bancuhkan susu anak


Ibu: abah tolong bancuh susu anak sat

bapak: huh!!!! takmau aku. tak nampak aku tengah siap nak p keja ni???


ya... aku memang tak banyak pengalaman sokes macam ni agak menggamamkan aku....

itu habuan dia... habuan aku??? "suami" aku pun perangai macam ni ke tak... wallahualam... cuma harapkan yang terbaik............

Monday, May 28, 2012

sesi menyedapkan hati sendiri

dalam hidup memang banyak dugaan. kita akan sering diuji dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang rasa tak termampu nak menanggung... tapi apa-apa pun kena pegang pada satu kenyataan.. Allah takkan uji di luar batas kemampuan hambaNya sendiri....

perggghhh introduction... boleh buat jawab soalan pendidikan islam kertas 2 SPM.. hehehehe well... kehidupan makin sukar sekarang...

aku perasan sejak aku keja skang ni. mak aku lebih banyak mengalah dengan aku. bukan mengalah apa tapi lebih banyak bagi aku chance untuk rest time weekend... tapi dari segi lain aku banyak bertolak ansur balik. macam weekend baru-baru ni asal mak suruh buat kerja rumah mesti dia akan point nama selain dari nama aku.. hehehehe sebelum ni asyik-asyik nama aku yang dia suka pick. tapi sebab dah terbiasa so kekadang aku ringankan tangan balik. sampai hati ke diri sendiri rehat walhal mak dari aku kecik sampai lah sekarang still xdan nak rest lebih-lebih. so penat aku sebenarnya tak de la seteruk penat mak jaga aku adik beradik. ( phewww rasa menitik air mata)

sedih la.... semua adik beradik berkumpul kat rumah sekarang tapi aku terpaksa menginap di rumah mak sedara aku sebab tempat keja jauh dari rumah... weekend ni la sempat nak melepak kat rumah pun... ditambah pulak dengan keadaan sekarang aku selalu buat perbandingan....

if dekat rumah kalau balik penat-penat keja dekat rumah dah siap makanan sedap-sedap. sampai rumah selalunya aku terus dapat makan dan rehat. dapat besembang dengan mak pasal macam-macam, pastu tido depan tv, makan jangan cakap la... everything is perfect.

tapi kat rumah orang lain aku tak dapat la nak goyang kaki macam di rumah kan.... nampak benor buruk perangai anak dara mak nanti. macam hari ni aku sangat-sangat terasa lain...

start pagi mak dah siapkan breakfast, barang-barang aku nak balik kulim mak dah letak tepi motor untuk mudahkan aku. sebabnya aku nak travel jauh so takut aku terlupa. aku breakfast siap kenyang-kenyang, then terus gerak ke kulim hantar barang sebelum aku bertolak ke juru pulak. time lunch aku tak keluar makan sebab kenyang. tapi petang belum cukup office hour aku dah kebuluran. rindu dekat masak kicap ayam my favourite. habis keja 6.15 petang before sampai rumah aku singgah tesco beli ayam dan sayur. plan nya nak masak la.........

alkisahnya sampai di rumah, cucu mak sedara aku dah dalam 5-6 orang. semua pakat belum makan. masak, semayang, sambung masak. rasa nak menangis pun ada. yeap aku penat kemudian mengadap karenah cik-cik cucu yang maha nakal.... time nak makan pun agak terganggu sebab ramai. I really need space for myself. so bila keadaan dah tenang sikit baru boleh makan. tu pun takde sepenuh hati sangat.... I really miss my home.

tapi.......................... apa-apa pun kena pandang dari sudut positif. anggap la aku tengah membina ketahanan fizikal dan mental... nanti bila aku pun dah berfamily, hari-hari aku kena mengadap macam ni jugak kan................

Friday, May 25, 2012

work life

disaster................. tu saja boleh cakap buat masa sekarang. hope boleh tukar keja dalam masa terdekat ni. seriously secara teori kita macam dah well prepared. aku ppun ada belajar subject on how to be effective leader. tapi practically memang aku macam failed. gagal menjadik ketua yang baik. masalah utamanya macam aku update hari tu. communication. serious aku tak boleh nak adapt even almost 3 minggu dah bedepan dengan si bangla-bangla ni... sapa penah tengok freaky friday linsday lohan belakon tu? kan ada 1 scene yang dia bertukar jadik mak dia, so dia kena buat keja mak dia. jadik kaunselor. pastu ada sorang pompuan yang mai session tu just mambling sepatah haram dia tak paham. aku selalu teringat scene tu sebabnya situasi aku sama. bangla-bangla ni kadang mai meluahkan perasaan bengang ka apa ka aku just kerutkan dahi. kemudian........ ooooo ok2x.. body language ja aku buat bagi nampak aku paham. contoh macam peluk tubuh, sebelah tangan letak di dagu, muka berkerut sambil angguk2.. kah3x!! walhal satu menda aku tak paham. at the end of the day aku akan tanya balik mentor aku, apa masalah bebudak production ni... hehehehehe senang keja.


last week aku demam agak teruk la... then ada sehari aku tepaksa half day sebab tak larat sangat2. time study dulu x p kelas pun takda masalah sangat setakat ponteng sekali dua. tempat keja kalau kau buat perangai macam tu memang nahas la.... macam aku jumaat aku half day tak bagitau. sabtu pagi tu boss aku tarik muka la........ sampai semak perut. tu belum cerita pasal kena berleter lagi. sampai ke sabit tanggungjawab bagai..

sumpah aku rindu zaman belajar... kawan-kawan...... huhuhuhu

Sunday, May 13, 2012

sesi melangkah ke dunia baru

setelah sekian lama menyepi... weeeeee i'm coming!!! Alhamdulillah aku dah stat keja... tapi heran la dah seminggu tapi offer ketter tak dapat lagi. ini pun makcik aku yang tegur. next week masuk keja kena tanya bersebab ni. macam pelik bin haru biru pun ada...

so dah keja, tanggungjawab bertambah... i worked as a planner di juru. kilang buat carton (kotak). kilang kecik tapi customer melambak. hari-hari turun production.. anak-anak buah aku adalah encik-encik bangla dan nepal. oleh kerana aku terbiasa belajar di uitm dengan member-member semua melayu so bila ada banyak bangsa ni aku jadi slow. bukan slow perfomance tapi miscommunicate.. memang problem gila nak paham. depa cakap lain aku interprete lain. so oleh kerana itu aku menjadi slow...

esok hari bersejarah.. my convocation day.. hari konvo dapat membuktikan betapa sensitifnya jiwa aku. sebab time diploma aku manusia paling terkilan dalam dunia sebab mak aku absent on that day. kali ni kalau mak aku xmau p memang aku pun sanggup tak p amik degree tu.. apatah lagi time tu belum keja. so duit takda so baik aku tak payah pegi, tapi bila mak beria2 aku semangat sikit. tapi sori mak kena sponsor semua dulu. huhuhuhu i pay u back later la....

mengantuk.. selamat malam....... =)

Sunday, April 15, 2012

kasut sekolah

aku bukan antara murid yang perasan melawa masa zaman skolah dulu. nak feeling ke arah tu pun kena pikir dua ploh pat kali. tak macam elfira loy yang sememangnya cun senantiasa. hahahaha ok out of topic..
time zaman-zaman aku skolah rasanya isu kapel, zina budak skolah tak sehebat sekarang. dulu paling hebat pun join gang-gang pelik. black metal, grunge, punk dan sewaktu dengannya. yang lelaki style selekeh, yang pompuan style melawa. baju n kain skolah jenis cotton dan nampak ketat sikit. tudung pulak jenis singkat kalau kau toleh je nampak tengkuk. kain pun singkat nampak stoking pendek kadang-kadang stoking bunga-bunga pink. awwww... seksa you.....

aku gadis stok budak asrama... so bila budak asrama ni mesti alim-alim kucing sikit *aku la... orang lain elok perangai *.

dan oleh kerana aku boyish sikit so aku tak care bukan fashionista sangat nak follow stylo mylo tu semua. yes... aku admit aku penah terikut... aku ingat lagi sebab aku nak jadik stylo tengok fesyen kasut skolah bertali yang tali panjang ikat kat betis. so aku spend almost RM50 beli kasut skolah bodyglove. time skolah harga tu kira dah cukup mahal la... aku beli kasut body glove tu bertali pastu memang shape ikut kaki aku. pakai memang molek je. comfort, nak berjalan pun rasa ringan kaki. tapi.................

sekali nak pakai kasut tu seksa ya amat. slalunya aku orang last skali nak siap pakai kasut. nak kena tarik tali pada setiap lubang. sebab nak regangkan dia sebelum sumbat kaki aku then tarik pulak satu-satu each hole nak ketatkan balik. sumpah aku stress tapi tepaksa tahan setaon sebelum aku tukar kasut. alasan takut mak aku merepek kalau beli kasut lain. memang la bangga kan pakai kasut cun tapi seksa jiwa raga.. cih!!!!!

at last naik tingkatan 4. terus aku tukar. sebab aku perlukan sesuatu yang ringkas, selesa, mudah, easy going dan paling penting menyenangkan keja aku. so tadaaaaaaaa.......




spako dalam kenangan =)


nah.... if orang lain nak nampak remaja dan stylo so beli kasut jenama warrior, tapak kaler hijau merah, then always nampak cool. aku beli spako kasut ala-ala bebudak. cuci 2 minggu sekali. mnggu ni cuci cantik-cantik kapur bagai, minggu depan aku just basahkan tisu then lap2 bahagian plastik kanvas yang nampak kotor dan sapu kapur balik. kapur kasut jimat, mudah dijaga dan paling penting aku x payah nak ikat-ikat tali kasut. bukak, masuk kaki, kelip, dan siap!!! hahahaha dan aku tersangat-sangat bahagia... murah pun murah. 

selain itu... time PJK, kasut ni memang comfort untuk aku, si boyish ni nak melompat sebab dia ala-ala sport. hahahaha


dan paling dibanggakan... pas aku habis form 5 kasut tu still sihat.. adik pompuan aku plak pakai sampai last-last kanvas plastik dia tu dah merekah-rekah terkoyak, dia letak plaster untuk cover sebab dah betul-betul nak habis form 5 time tu. hehhehehe sangat berjasa.

kenapa la aku boleh post entry kasut sekolah kan.. hahaha rindu zaman sekolah, rindu zaman boyish dulu-dulu. 

p/s: betul tanggapan orang. pompuan sanggupe menderita untuk kelihatan cantik.. dan maaf itu bukan cara aku.. huhuhu

Friday, April 13, 2012

takde yang lebih bahagia dari ini

betul... entry ni memang nak menceritakan saat-saat bahagia aku *cheeewahhh...* =)

rumah yang ada baby.. hehehe sapa ada baby kat rumah mesti boleh rasa perasaan ni.
bahagia, happy, seronok, suka hati, gembira..
setiap saat rasa macam nak belek je si bayi
pastu tak sabar nak tengok progress, how he/she develop their skills
dah boleh meniarap, tunggu merangkak, kemudian duduk, berdiri, bejalan, berlari...
it's really impresive..


berangan nak ada bayi sendiri nanti..
hehehehe =)

Monday, April 9, 2012

dalam kenangan

tanggal 1 April 2012, dapat panggilan dari my cousin, nazri yamng mengatakan ayahnya (pak ngah) aku meninggal... terkejut tergempar la jugak tapi aku tak nafikan yang aku jarang bertanya kabar sekarang ni dengan parents dan family dia. aku xdapat p on that day, esok baru sampai. ingatkan sempat jugak menatap jenazah tapi ye... xdek rezeki walaupun aku dah berusaha drive yang secepat boleh dari ipoh...

jenazah selamat disembahyangkan dan dikebumikan di masjid dan tanah perkuburan kulim.

al-fatihah untuk arwah pak ngah dan jugak arwah abah saya (19/09/2002). dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

to nazri and family.. be strong... doakan yang terbaik untuk arwah

buang tabiat cakap berkias

melayu memang kaya dengan adab sopan... memang tak dapat dinafikan lagi. tengok cerita zaman dulu pun jadik la nak jadikkan pedoman... antaranya cakap berkias-kias. tujuan utamanya nak menyenangkan hati pendengar...  cakap pastu kaitkan dengan segala bentuk elemen alam bagai so si pendengar kena la paham-paham sendiri.... kena pandai tafsir.... which is good la kan... berjalan sikit otak tu... tak pun kalau si pencakap tu nak tegur so xdek la si pendengar tu terasa sangat kan......

tapi dalam kes aku ni lain sikit.... sorang kenalan kampung aku ni..... (aku cakap kenalan je sebab kami ni tak rapat. aku admit aku jarang bergaul dengan orang kampung). she offer me a job. ye lah dah dia dan aku sama-sama jobless skang ni. dia bagitau mak aku. so my mom pun dah macam semangat la atas sebab trust. yela anak kawan dia kan.... so pujuk aku utk accept the offer. bukan main lagi suruh aku deal dengan gadis ni. ok...aku deal.... tukar no fon bagai. pastu dia cakap yang dia akan ke ipoh so apa-apa hal dia akan roger. aku pun on je la sebab aku memang skang menetap di ipoh.so anything just let me know la kan..

kelusaan harinya sampai di ipoh dah mungkin, aku text dia cakap dia nak stat keja dulu segala bagai.. apa-apa hal akan contact aku balik.. almost two weeks.....


this day aku tepaksa balik kampung nak melawat arwah pakngah aku yang baru meninggal semalam... dan plan aku memang nak balik kampung terus. malas dah stay ipoh. then i've got a message that si gadis nak offer me a job. dia cakap nak bagi stat lusa. masa tu aku dah on the way ke stesen bas. dah sampai dah pun..  siap offer allowances and gaji yang bagi aku agak sedap dipandang. so aku nekad, aku n makcik patah balik. cancel naik bas. aku balik drive from jelapang ke kulim, ziarah arwah and family, balik ke rumah packing baju nak keja bagai, rest sejam dua kemudian balik semula ke ipoh. time tu jangan cakap penat la. dengan hujan bagai aku redah jugak. jemput makcik aku kat tempat keja pun lewat. mak dia datang rumah aku kirim baju nampak aku terbongkang depan tv tido tak sedar. penat ya amat.

alkisahnya bila aku kembali ke ipoh, esoknya bagi alasan pulak dah..... suruh aku bukak akaun maybank, register KWSP. wajib ada. hantar resume, scan result SPM. ok2.... aku try my best la... sebabnya aku pun susah nak travel memandangkan makcik aku keja. nak p sendiri aku tak familiar dengan bandar ipoh ni... aku cakap kan dia yang KWSP n maybank boleh setle lambat. keja dulu pun xde masalah. depa nak gerak ke taiping, so aku cakap singgah amik aku kat jelapang. kot mana pun memang nak lalu sini jugak kan. ok katanya.........

ohhh scope keja macam ni... keja under KKM tapi kontrak la kira. pegi skolah2 cek bebudak punya heatlh and pass questionnaire sikit kat bebudak. malam review. simple. memang aku punya scope pun keja-keja macam ni. so everyday kena travel la sebab nak ke skolah2 yang lain.

ok then the weekend kata nak mai jemput tetiba bagitau aku diorang gerak dulu ke taiping then nnti mintak aku menyusul kemudian dan diorang akan jemput. pulak dah... dan dalam masa tu diorang nak aku siapkan KWSP dan jugak akaun mybank....

kebetulan baby nisa demam, makcik mintak MC dan dalam hari tu jugak aku dan makcik setlekan semua. nisa memang meragam gila la dalam kereta. tapi demi aku makcik susahkan diri. sapa tak rasa bersalah... makcik doing this all because of me. ingat senang tengok anak meragam dalam kereta takleh rehat dengan selesa???

pihak bank terpaksa hold aku punya kad sebab nak kan surat pengesahan yang mengatakan aku keja di sini sebab takde bukti yang aku orang atau menetap disini walaupun aku bagitau banyak kali yang aku stay dengan makcik aku kat sini. aku dah stat risau. macam mana pun aku kena dapatkan offer letter from "bakal bos yang entah jadi entah tak"

dan kali ni aku deal terus dengan akak yang akan handle aku. bukan lagi dengan si gadis sekampung aku tu. last-last dia boleh cakap yang akaun maybank takde pun takpa... aku dah rasa macam sial time tu. serius. hari tu tergedik-gedik sangat suruh bukak akaun kan...... skang takpa pulak.. yang penting KWSP dan emel resume hari tu jugak (khamis) sebab jumaat depa nak setle dan isnin aku dah boleh stat keja.

gagah jugak kami ke KWSP pulak lepas tu, nisa dah memang tetido dalam keta dah. dengan tengahari panas membahang (tambah daramtik) parking letak jauh aku menapak setle kwsp. dah setle balik2 aku mntak emel, send resume bagai. pastu dah prepare ahad aku nak ke medan kit.

dan............. petang sabtu bila ak confirm balik.......


dia boleh tanya balik aku dah hantar ke benda yang diorang mintak.... time tu aku dah cuak + bengang + hampa + stress + segala perasaan negatif lah!!!!!

aku explain semua document yang mintak aku dah hantar khamis lagi... si gadis mintak aku tunggu nak tanya kak tu pastu dia bagitau yang diornag belum proses.

if u're in my shoes, what u expect????? nak suruh aku kutuk ke bangsa aku ni bengap?? dah memang sah-sah bengap!! inilah dia manusia yang memalukan bangsa aku. memang tak boleh blah la. dalam hati ni dah memang aku maki macam-macam cuma tak terkeluar saja. sapa mampu sabar?? i'll do everything. dia kecewakan aku 1 hal. dia kecewakan mak aku itu memang haram!

mak aku hari-hari call nak update pasal aku, dengan harapan aku keja ngan gadis tu ada la orang tengok-tengokkan anak gadis dia...


memang muka ni, kalau jumpak tepi jalan baling batu lagi senang la....
banyak sangat alasan kan.... aku just text, kalau management tak interested nak amik aku cuba cakap aku boleh terima... ni macam-macam sangat alasan... aku pun tak kebulur sangat kalau dah orang takmau bagi... ni dok offer-offer bagai....

last-last just sorry... si gadis tak sangka jadik macam ni, dulu nak sangat pakai orang... ok that's it... kau jangan libatkan aku dah la weh!!!!

semalam mak aku kol, aku try control my voice and my tears.... tapi aku tetap sebak dang menangis. frustration... sebab mak dan aku doing everything. memang all out tapi orang sana berkias dengan alasan hangit.. that's it. jangan harap aku nak suka kau lepas ni.

manusia tau mintak maaf... tapi nak menanggung ni macam mana???

by slowly i have to accept la ini bukan rezeki aku. aku mohon yang terbaik lepas ni... but i'm really hurt with all the things that she done. enough.

Sunday, March 25, 2012

entry rindu

mungkin ni kali terakhir aku kat ipoh. lepas ni nak fokus untuk future sendiri. bila tengok muka bebudak ni especially si baby nisa memang sebak. rasa macam nak bungkus bawak balik biar aku yang jaga. hehehehe but of course la tak boleh kan... tunggu anak sendiri je la nanti.

meski pun bebudak ni menguji fizikal mental, emosi dan segala mak nenek... tak sabar nak tunggu diorang bangun dari tidur, senyum dan ketawa melihat kita, peluk macam takmau lepas, itu saat paling indah. serius... have a baby in a house is amazing. it makes our life worthwhile........ x dapat digambarkan dengan kata-kata...

usah peduli tentang penat, mengah, letih....
I really enjoy working here... kira keja la jugak sbb dpt upah. hehehehehe tapi paling penting aku dah dapat asah skill parenting aku. yeah.. hehehe =)

Wednesday, March 21, 2012

terasa tekanan yang maha hebat

rasanya first interview tak terasa pressure yang hebat macam ni.
masalahnya aku ada dua hari...
nak study company
nak carik final project yang nak tunjuk.. project management
nak deal dengan lecturer yang handle final project hari tu
dan sekarang aku di ipoh
semua agenda-agenda ada di kedah

p/s tekanan maha maksimum

Tuesday, March 20, 2012

hidup memang macam ni...........

adat bercinta memang macam iklan susu.
ada waktu drama
ada waktu saspen


bak kata wonderpets,
apa yang penting KERJASAMA..
tapi dalam kes macam ni
apa yang penting TOLERANSI

kadang-kadang rasa macam nak je stop. why being so unridiculous
benda merepek-merepek nak jadikan hot issue
tambah-tambah yang ada bad past experience
pastu stat nak compare yang dulu dan sekarang
then yang dulu dah macam tu, yang sekarang serba-serbi dikongkong dinasihat, ditegur

and the last statement to make the couple understand
"I did it with reason. and it is because I love u so much. I really do"


*sigh........

ya... statement yang paling boleh diterima akal.
so......pasrah

Monday, March 19, 2012

dapat jugak!!!!!

sejak dapat baucar 200 daripada gomen tu aku memang mengimpikan sebuah buku motivasi yang boleh bagi benefit. sebab kekadang aku rasa diri tak berapa bagus. pemarah dah satu hal, pemalas lagi la berhal-hal, tambah pulak dengan pelupa... memang perlukan sesi motivasi yang membina. dan aku jugak mengidam novel english sebab rasa nak pupuk minat membaca dalam english pulak. selalunya aku layan novel melayu saja. so rasa teringin nak ubah selera supaya nampak lebih hot. hehehehe muntah la kalau geli dengan statement aku. xdek nak larang pun.

unfortunately.... (ceeewaahh terus terbabas speaking london giteeeewwww) aku taktau nak pilinh yang mana. aku takut tersilap pilih, tak best terus aku menyesal tari rambut bagai. cari punya cari punya cari dan lagi cari cari... last-last masa aku kat kedai buku tu bertambah-tambah tapi habok pon tarak.

memang meletihkan emosi dan jasmani betoi la..........

tapi kemudiannya pakcik mencadangkan aku meminjam buku beliau....

sebabnya aku malas nak buat keja marketing tu. so dia suruh aku belajar from this book.




so............. alkisahnya aku ambik dengan berat hati. muka keruh bebenar.. tambah-tambah dapat tau buku ni fully english... so bored... semangat membaca aku entah hilang kemana. buku motivasi lagi!!! dalam bahasa inggeris pulak tu!!! grrrr... rasa nak tokak bagi hancus pun ada...


but now.... buku ni asyik di tangan aku saja... sumpah best gila. aku berangan nak buku motivasi dan novel bahasa inggeris so aku dpt 2 in 1 sekarang ni. memang tak rugi duit kalau beli. ayat simple mudah nak paham... pastu ayat-ayat dia menjurus kepada pergerakan minda kita. macam aku baca seperenggan dua kendian akan berenti sejenak dan berfikir... owwhhh macam tu... owwwwhhhh begitukah...

see!!! berkesan kan. so apa tunggu lagi?? dapatkan di kawasan berhampiran tempat anda sekarang okey!!! hohohoho

best regards to my uncle sebab suggest this kind of book. memang terbaik dari ladang.

memang parah

aku tak perasan macam mana charger sony aku boleh hilang dari dalam beg walhal aku nampak dengan mata aku sendiri makcik masukkan dalam beg. pelik kan??? gamaknya charger tu melompat keluar... huhuhu

dan yang sedihnya aku terlepas banyak incoming call yang penting. aku baru realize pun selepas magrib tadi. ada kilang electronic dari hitech kulim la call, pastu entah banyak la jugak no yang musykil x penah tengok. esok baru sempat nak return call dan harap-harapnya ada la rezeki ye dak...

jaga tepi kain sendiri

pagi tadi siapkan bayi 7 bulan. tukarkan lampin selepas dia siap ber"jamban". merengek pulak mintak didukung walhal aku sibuk nak tolong makcik. alkisahnya sambil berdukung sambil bukak pintu utama, angkut beg-beg. 6 bijik semuanya..

1. beg sekolah agama akmal
2. beg sekolah harian akmal
3. beg baju baby
4. beg makanan baby
5. beg kerja makcik
6. beg susu makcik

sambil melepak di luar aku sempat perati jiran ni... wanita hujung 20-an. melayu yang cantik. hitam manis, tinggi lampai ala-ala model. siap nak hantarkan anak-anak ke sekolah. sekali ku lihat merokok pulak. moden betul ibu zaman sekarang.


petang ni... sekali lagi mata aku dijamu dengan permandangan yang kureng... si ibu tadi memaki anaknya di luar rumah. agaknya bukan aku sorang yang terjenguk-jenguk dari tingkap rumah meninjau (ehhh nmpak sangat aku menyibok) tapi kalau kau dah bukak volume 10/10 sapa tak teruja nak tengok drama free. sekali lagi aku rasa tak berkenan

anak-anaknya baik. sungguh.. tapi mulut lancang, dan sedikit kurang hormat orang tua. tapi sekali dilayan, ada nampak bagusnya. kalau elok dilentur, insyaAllah... budak-budak ni akan jadi manusia yang berguna. tetapi sayangnya persekitaran pulak yang hampa.... kesian..

sumpah aku simpati bebudak ni..
hanya doakan ibu mereka berubah.


p/s: ohhh lupa. aku pakai seluar. bukan pakai kain. baik aku jaga seluar sendiri. seluar orang terpalit tahi, aku pun kena berhati-hati

lorong kanan

semalam di highway... menempuh perjalanan dari kulim ke jelapang.
saga baru bergear automatik. bosan.....
so banyak aksi kejar-mengejar di atras highway.
sekali...........

ada manusia bersiar-siar ambik angin di lorong kanan.
sungguh aku sentap.
manusia atau makhluk asing.
yang tak reti peraturan jalan raya.

ini yang membuatkan aku sakit jiwa kalau memandu.
tak paham dan takkan paham kenapa manusia jelik macam ni wujud.

serius!!!!

Tuesday, March 13, 2012

miss the old days

tau-tau aku dah berjaya tamatkan ijazah.... CGPA tak gempak langsung tapi Alhamdulillah.... berjaya tu dah cukup rahmat dah. dan sekarag masih lagi dalam proses mencari kerja. memang sengal la jugak duduk rumah mintak duit kat mak je kan...


sebenarnya teringatkan kawan-kawan lama time diploma dulu. kalau la boleh berkumpul ramai-ramai balik kan... aku antara manusia paling gembira di abad ini. hehehehehe


1.  rasanya sebab dulu aku tak busy bercinta sama kot. so aku boleh nikmati hidup sebebas-bebasnya dengan kawan-kawan. seminggu sekali tak sah kalau tak keluar karoeke. tak kisah la busy ke hujan panas ke, yang penting karoeke tak pernah miss.. 


2.  aku jugak dulu kaki balik kampung. dan yang bahagianya kalau minggu ni balik kampung sendiri, the other weeks mesti balik kulim pulak. melepak dengan member-member sana. kawan yang maybe takkan dapat beli kat kedai runcit hatta kedai emas sekalipun. first of all of course my dearest cousin, nazri... diikuti oleh zul, wan, arip, akhbar.... yes mereka semuanya lelaki sebab tu la aku tak kisah nak berkawan. tak berkira, negotiable, dan tak mengada-ngada macam gadis zaman sekarang. asyik tangkap gambar dalam bilik sambil muncung bibir. eeerrrrggghhhh 


3.  perbezaan diploma dan degree yang paling obvious... aku meraung-raung bila koordinator nak pecahkan bebudak kelas aku dengan kelas lain. masa tu aku rasa macam nak gila... langsung otak tak boleh terima. bengkak mata aku... and masa sampai sesi perbincangan ahli kelas, one of my friends nyanyikan lagu khadijah ibrahim dan ramli sarip, doa buat kekasih... nyanian encik ashraf sharom buat aku sebik. sampai sekarang rasa syahdu kalau dengar lagu tu. tapi time degree aku rasa better pun nak pecahkan kelas. bukan sebab benci tapi malu bila ramai classmate aku selalu lewat masuk kelas. lecturer dah stat mengajar, baru sampai kelas. tak best gila!!!


sekarang semua dah berubah, aku dah ada pakwe, pikiran pun dah matang sikit, tak boleh lagi nak bertindak sesuka hati........ ya... aku cuma tak paham... macam mana yang aku bertindak sesuka hati tu... zaman diploma aku belajar menghargai dan dihargai... aku belajar kenal kawan, yag pada aku supportive dan takdek istilah nak tikam belakang, menipu, selfish, kotor, busuk dan sama waktu.. it is lovely memories..
hati memberontak untuk kembali.. sekurang-kurangnya aku nak rapatkan kembali dengan ukhuwah lama... but i know it only in my dream. kena hormat perasaan seseorang... walaupun jiwa tak berapa nak rela...


I just want to say that I really miss all the moment =")..
aku manusia paling beruntung.... terima kasih ya Allah untuk semua kenangan..

kenali balkis

1.  family oriented. aku lebih gemar bersantai di rumah dengan family. dan bila di rumah selalunya aku akan lupa persekitaran luar, aktiviti sosial bersama kawan-kawan pun kekadang aku tak peduli.


2.  book maniac. hobi merenung rak buku aku yang hampir penuh dan tak sabar-sabar nak tambah koleksi. bawak la aku dating ke kedai buku. tolong!!

3.  sombong. ok it's quite annoying tapi memang datang mood malas nak melayan benda remeh. dan... seperti point no 1, aku kalau kat rumah aku akan automatik masuk zon sombong. sila paham. hahahah

cukup sikit dulu

alert la dengan budak-budak

intro nya aku nak ucapkan salam takziah kepada keluarga adik dirang yang diculik sebelum dibunuh dan dibakar mayatnya sehingga hangus... MasyaAllah.... manusia semakin hilang kasih sayang dan nilai keperimanusiaan... ni kira budak yang dibakar... buang bayi pun satu hal, aku kekadang tak paham.. x kesian gamaknya nengok budak kecik... aku tak boleh nak describe perasaan aku tetapi tengok budak akan timbul perasaan sayang yang membuak-buak sampaikan kadang tak dapat kontrol.

life with kids is simple. dengar cerita mak dirang tengah ralit main facebook masa suruh anak dia ke kedai belikan maggi dengan telur.. ok memang tak dapat nafikan influence terbesar manusia sekarang adalah facebook sampaikan semayang pun kadang-kadang jadik terbabas. tapi sedihnya angkara kecuaian sebegini sampaikan terpaksa gadaikan nyawa anak... Astaghfirullah hal azim... mintak-mintak dijauhkan... yang penting semoga keluar Allahyarham sabar dan redha. ada sebab Allah uji...


walaupun tak expert macam kaum ibu, tapi aku banyak jugak pengalaman uruskan budak. macam sekarang pun aku di ipoh menjadik bibik untuk sepupu aku, si akmal haris berumur 8 tahun. memang challenging. ikut hati yang tak sabar memang dah lama budak ni kena belasah. hehehehe but kenapa kita yang tua tak dapat bertindak matang depan kanak-kanak kecik ni?

cuma Alhamdulillah akal dia terbentuk betul. macam kes 2 hari lepas, anak-anak jiran lain pujuk tak mau-mau ajak dia ke taman tetapi nampak dia teragak-agak tapi beria nak pegi... aku sambil dukung baby nak tengok cara dia handle keadaan. dalam member-member pujuk tetiba dia boleh jawab " sekejap la... kita tak boleh pergi ke taman tanpa pengawasan orang dewasa. nanti kita akan diculik". gelak aku dengar ayat skema dia but at least aku besyukur dia tau had dia ke mana... cuma kalau perangai dia dalam rumah ni jangan cakap la... memang tension nak melayan...

kalau mak tau facebook maknanya mak tak buta IT. so give them lesson. pengajaran bukan hanya boleh diberikan melalui bebelan yang panjang dan menyakitkan telinga. anak-anak akan lebih memberontak dengan keadaan macam tu. 1 inisiatif melalui cara macam ni la.. maybe masa tengok berita tv, ada kes macam ni cuba explain dan ceritakan... so tell them betapa bahayanya kalau buat sesuatu tindakan tanpa pengawasan. jangan bersyarah terlalu panjang. cuba pendekkan duration tapi pengisian dia padat dan difahami... paling elok kalau buat anak-anak tertanya-tanya so depa akan curious dan bertanya lagi dan lagi.. so itu satu peluang pada mak bapak untuk bercerita lebih lanjut. kekadang tgh online ada news tentang ni, share dengan anak-anak. jangan dok geleng kepala kesian je walhal anak kamu pun hilang entah ke mana... jangan baru terhantuk baru terngadah.


anak-anak pada umur yang belum mumayiz ni patutnya tak boleh dibiarkan berdikari.. tambah-tambah zaman tak selamat macam sekarang.. serius bahaya.. cuma aku pelik pemikiran mak bapak zaman sekarang... terlampau biasa...."alah kedai dekat, anak dah selalu ulang alik" simple pun kadang-kadang boleh jadik worst sampai kau meroyan tau!!! so beware with kids!!!

Sunday, March 11, 2012

akan datang

i will be back soon... huhuhuhu sekarang tak lepas tangan buat keja. dah macam suri rumah sepenuh masa... serius... sekarang lenguh tangan dan kaki... dodoikan bayi dengan kudrat sendiri, bukan pakai buaian ye... berat dah almost 8kg. bayangkan tiap kali nak tidur aku kena dodoikan sambil berdiri dan menggunakan tangan untuk mendukung. memang dah naik muscle lengan aku... xpa... demi bayi... so... cerita terbaru lepas ni ok

Sunday, February 19, 2012

seram

jumaat baru-baru ni first time drive alone dari baling ke jelapang. selalunya mesti ada peneman tapi kali ni sorang. .... perjalanan macam biasa la lancar. pakai jalan gerik yang bengkang-bengkok bebukit tu pun Alhamdulillah xdek masalah... cumanya, dah mak aku pesan bawak botol air so sepanjang perjalanan tu aku tahan je la nak buang apa yang patut... tapi time sampai kat satu tahap tu au dah tak tertahan so aku singgah RnR dekat jambatan sultan Azlan.


Argghhh masak lah! aku baru notice RnR ni memang obviously sunyi sesepi........... tapi I cant hold on any longer!!! so aku park betul-betul depan toilet, ada jugak sebuah wira sebelah aku so lega la sikit hati...

keluar keta nak masuk toilet tetiba sorang pakcik bagi salam. teejut bebeno la aku tak perasan pun memula. then baru teringat maybe pakcik jaga toilet so aku patah balik nak ambik syiling

me: ohh pakcik.. maaf sat saya ambik syiling.

pakcik: xpa adi masu dulu pun takpa satgi bayar

me: xpe pakcik setle siap-siap...

pas kuar kereta aku ni serba salah juga sebenanya nak proceed niat ke tak.. tapi memikirkan dah alang-alang so aku proceed

me: sunyi ye sini pakcik

pakcik: yela.. dalam suratkhabar ada mengatakan kerajaan habiskan jutaan ringgit untuk projek rehat dan rawat tetapi akhirnya menjadi sarang maksiat dan dadah. dalam kurungan projek gajah putih.

amboi pakcik ni skema sungguh.... aku just mengiyakan dan terus masuk toilet... sekali toilet gelap pula... carik suis tak jumpak.

me: pakcik mana suis ni?

pakcik: ooo sini lampu pun problem dik. adik masuk dalam sikit ada la lampu...

me: ok pakcik.

tetiba pakcik tu berdiri depan pintu toilet. hah sudah........... apa nak jadik ni..... aku dah macam-macam ayat tekeluar dalam kepala otak ni

pakcik: adik na tau tempat ni merupakan sarang penagihan dadah dan jugak tempat pengedaran DADAH!!!!

me: haaa ok2...

pastu pakcik tu blah. aku terus cepat2 setle keja then masuk kereta, kunci, stat enjin, bukak air-cond, pakai seatbelt then................. fuhhhhhhhhh!!!!

alhamdulillah... time keluar pakcik tu dah takde. aku harap-harap dia manusia. tu saja.

Saturday, February 18, 2012

yela memang aku salah.....................

aku tak pandai create ayat-ayat jiwang... tapi sekarang aku tengah emosi. sebabnya aku bersalah. aku tak tau la hantu apa yang merasuk aku semalam, aku bantai tengking encik chef sebab ganggu aku tidur. selama kenal ni aku tak pernah ada masalah macam ni so aku tak reti nak handle macam mana. serius aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding tapi macam takdek agama plak ye dak........

secara jujurnya aku nak mengaku yang aku ni jenis kaki tidur tapi aku ada masalah sikit bila tidur aku selalu mimpi benda bukan-bukan pastu sikit-sikit terkejut jaga. then, mangsa untuk aku mengadu harusla encik chef. selalu jugak la dia tepaksa tadah telinga, ringankan jari dengar aku merepek dan layan karenah aku yang penakut ni. tak pernah lagi dia mengeluh or cakap bosan ( kat belakang aku x pasti)... tapi semalam aku rasa aku dah melampau... walaupun aku.... sebenarnya bukan tengking tapi au buat suara x puas hati... membentak sikit la kira... sememangnya aku letih semalam drive sorang sampai ipoh.. pastu dengan masalah-masalah lain.....



yeap... au dah memang melampau... maafkan saya...... memang sangat menyesal... dan aku buntu... he still silent until now...

Wednesday, February 15, 2012

hari yang tak disangka........

hari ni nak kata bertuah tak, nak kata malang pon tak jugak. well... macam mana nak start ya....

ok seperti biasa aku jadual aku kat rumah makcik ni bangun pagi tolong makcik siapkan ana-anak dia.. sorang ke kelas agama, si baby hntar ke rumah pengasuh. pagi-pagi memang macam-macam gelagat la kat rumah ni. bila depa semua dah gerak baru aku lega. boleh sambung keja aku... kemas rumah, masuk baju dalam washing machine, buat breafast ala kadar... dan ngadap lappy. hahaha tapi hari ni nak dijadikan cerita, aksi menjadi semakin kelam kabut. dalam pukul 10 lebih aku dapat call dari interviewer... alah jawatan kerani saja tapi memandangkan aku berobar-kobar nak keja tambahan pulak dekat gila dengan rumah so aku ambik keputusan drastik untuk balik ke kampung hari ini jugak. takdek la mengikut emosi sangat keputusan aku tu. aku dah roger tanya pendapat mak... (ketua segala keputusan) then roger makcik, encik ismail (interviewer), encik chef, dan............... sedihnya makcik aku sangat busy dengan keja dia kat carsem tu. so aku terpaksa carik alternatif lain untuk hantar aku ke stesen bas medan gopeng.



setelah diselidiki... nampaknya hanya sorang saja member aku yang betul2 free untuk spend time susahkan diri sendiri hantar.  encik mus, classmate merangkap sahabat susah senang di langkawi. ok lepas plan baik dah... terdetik... baca baik-baik.... tersetik sahaja didalam kepala aku ni supaya berdoa semoga encik mus sampai awal. so kalau tayar pancit boleh setle. bas 3.30 pm so sempat la nak buat apa patut dulu... dalam 2.15 dia kol bagitau dah depan carsem. aku send alamat... x sampai 5 minit encik mus kol bagitau tayar keta dia pancit. alamak!!!! kejong dah aku rasa time tu... panik terus!!!


aku dah mula risau.. bas nak naik tak risau tapi risau lagi member aku sorang ni. katanya dah ada depan kedai tayar betul-betul dpn kilang. makcik aku x dapat tolong jemput so dengan nekadnya aku panjat bukit sekolah jati and walking around the street. gila lah!! makcik merepek, tapi lagi aku stay rumah lagi rasa bersalah... so susah sekali sekala.. peluh jangan cakap lah!! hahahahaha but it's really cool. badan aku tak berapa sihat so time jalan berpeluh-peluh dan jugak semput sikit but i feel fresh!! hahaha ayat amik hati...


by the way.. terima kasih bebanya yang tak terhingga kepada sahabat aku encik mus yang kacak. asal au ada masalah je dia muncul... walaupun tak membantu tapi effort tinggi bagus la kan... hari tu pun time aku tetinggal kunci keta dalam bonet keta (bodoh siot kan) he was there... x dapat tolong jugak tapi setia menanti bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sampai ber"over nite" depan nasik kandar makbul. i'm appreciate that.

so sebagai kesimpulannya, interview aku dah ditangguh... aku tak jadi balik, au habiskan RM19 tadi beli tshirt dan selipar.. bila aku penat keja aku habiskan duit. sebab aku berpeluh-peluh tadi... mood aku hilang. so beli baju dan kasut dapat menaikkan mood aku semula.. hahaha apa kaitan aku tak kisah.


eso pulang ke rumah... insyaAllah....

Tuesday, February 14, 2012

bila harus memilih

hari ni masuk hari ke-5 aku menginap di taman jati, ipoh ni...aku sensorang... aktiviti dipenuhan dengan mengemas rumah dan ber"online"


makcik balik dalam 7.15 malam. kesian... dengan jemput anak sekolah, pengasuh... aku berharap yang aku boleh kurangkan beban dia sikit. Alhamdulillah dia puji rumah kemas.... pembetulan... aku bukan gilakan pujian tetapi kekemasan rumah adalah 1 terapi yang bagus utk hilangkan stress lepas penat bekerja...

tengah makan sempat jugak berborak... dari pagi makci x sempat nak makan sebab terkejar-kejar dengan training segala bagai di Carsem. ok aku kesian lagi... teringat mak pulak di kampung... hari tu masa tinggalkan kampung, mak tak berapa sihat... sekarang anak mak pulak sakit tekak, selsema, bengkak kerongkong...


lepas makan aku sembahyang, kemudian ambik giliran jaga baby sementara tunggu makcik tunaikan kewajipan dia...

makcik : kalau ti tak dapat keja kat sini... makcik memang terpaksa balik sana la nampaknya...

me: errr........

makcik : mmg tak sempat buat apa-apa.... kain baju ni nasib ti lipat kemas, kalau tak... 2 3 minggu baru sempat.

aku di dalam silent mode. terus blank kepala otak... memikirkan permintaan mak yang nak anaknya dekat dengan beliau... encik chef nak aku dekat dengan dia jugak... (tapi ini mmg tak boleh layan lagi).... dan sekarang makcik secara terang-terang mintak aku stay dengan dia... so..........????

ada sesiapa pikir kehendak aku?? ya... dah tak penting lagi... sekian

Friday, February 10, 2012

retak menanti belah

ada pro and cons bila jadik macam ni.... baiknya bila aku boleh fokus pada diri aku dan family aku saja tanpa pengaruh dari pihak lain...........

buruknya bila....... aku mungkin patah hati.......

Allah bersama-sama... InsyaAllah.........

betapa agungnya kuasaMU

ya Allah....... aku menangis sambil membisikkan ayat-ayatMU di telinga anak kecil ini.... sungguh aku teramat hiba mengenangkan kesusahan mak menjaga 7 orang anaknya... cekal dan tabah....















sekali lagi aku bermastautin di bumi taman jati Ipoh ni... membelek baby hanisa... sekarang dia dah makin demand, puting botol xmau, tepuk punggung nak tidurkan pun dah tak suka... kena berdiri, dukung dan dodoikan.... sumpah aku letih. nak nyanyi lagu cintan cintun x sesuai... i started with zikrullah.... dan akhirnya aku menangis.... sebak bila memikirkan macam ni la teruknya mak aku sementara aku nak besar boleh bepikir... aku berhenti zikir, dia start menangis balik, aku alunkan zikir, dia diam.... Allah itu maha besar...

and now, it's about 1hr since she started to sleep... very tight.. sempat la aku nak mengemas apa patut.. and i started to miss my mom. dua tiga menjak ni aku makin sensitif... aku cuma harap sangat yang aku dapat keja dekat dengan rumah so aku boleh luang banyak masa dengan mak aku... cuba untuk memahami beliau... sebab sebelum ni aku tak pernah berkesempatan... nanti dah nak kahwin... lagi tak sempat kan... aku sayangkan dia... tapi aku tau setiap perbuatan dan perkataan aku kadang-kadang tak mencerminkan kasih sayang aku pada dia... I truly love her.. damn serious!!

Sunday, January 22, 2012

tamatkan ijazah

alhamdulillah... aku dh berjaya menamatkan degree. so sekarang bergerak ke new stage of my life... stage menganggur.... huhuhuhu belum dpt apa2 tawaran keja lagi.

demmm lah... serius xdek mood lagi nak berblogging..

Tuesday, January 17, 2012

jangan buat saya benci... amaran keras!!!

aku tak suka mencari pasal dengan orang. carik gaduh lagi la... cari masalah pun bukan hobi aku. so bila ada orang cari bala dengan aku, automatik aku akan benci manusia tu.. cumanya berapa lama aku benci dan tahap kebencian aku tu bergantung jugak la pada emosi aku. 

apa yang aku paling benci??? bila ada orang yang mengatur hidup aku. serius aku benci golongan macam ni. kalau benda salah, kau nak nasihat ok takde hal.. tapi bila benda elok aku nak buat pun nak argue, then tahap kemeluatan aku akan memuncak dan akhirnya yesss saya bengang dengan anda. puas hati????


Saturday, January 7, 2012

benda tu tak mendatangkan masalah pun untuk aku

tamat 1 paper... tapi aku masih lagi bermastautin kat rumah sewa tanpa sebarang agenda... nak balik kampung malas drive... nak keluar berjimba kawan aku dua orang masih ada paper untuk hari ni.... so aku hanya meraban di merbok ni sehingga sorang member kelas aku mesej mintak tolong hantarkan ke stesen bas sebab nak beli tiket.... cuma ya aku paham kebanyakan orang akan berat hati kalau nak mintak tolong... sama jugak dengan aku.. selagi termampu, aku takkan susahkan orang.. melainkan dah nazak sesangat then time tu baru turun hidayah suruh mintak tolong..

sama dengan member ni... tapi bagi aku... no big deal sebab ini hari dia.. hari aku belum pasti.. dan mungkin jugak lebih sesak dari ni... so jangan berkira... selagi terdaya bantu kawan.. bantu lah!!!

member aku punya story agak sedih... mak nye meninggal tahun lepas akibat kemalangan. aku still ingat sebelum subuh tetiba sorang classmate aku call kabarkan... memang mengejut la... macam arwah abah aku dulu... kemalangan jugak... dalam sihat cerdas tu Allah jemput beliau.. memang kami adik beradik terkapai-kapai la sampai demam-demam sebab terkejut... dan untuk member aku yang hilang mak ni lagi la terasa sebab EMAK.. bila disebut emak ni rasanya lebih sedih kot...

dan lebih mengharukan bila dia post entry kat blog bagitau dia x pandai masak... untuk abahnye... terus aku plan dengan encik chef dan hadiahkan dia buku resipi...aku cuma harap dia kuat... tu saja.. dan bergumbira dengan orang tersayang.. hehehehe =)

Friday, January 6, 2012

terlewat 6 hari

malam tahun baru aku sambut di nasi kandar nashmir... orang lain seronok plus bahagia tengok bunga api dengan kapel masing-masing, aku dengan cik azimah, encik mustaqiem dan encik wan aimi betungkus lumus siapkan slide presentation yang dibantu oleh puan penasihat kami iaitu mrs. marhaphizah.. time tu encik chef dah memberontak gila sebab aku berembun kat luar tak balik rumah (jenis tak paham)... tapi aku dah tak kisah, kau nak memberontak ke, nak hentak-hentak kaki ke, buat la... nanti-nanti ada masa aku pujuk sebab apa yang aku buat sekarang ini adalah penentu masa depan aku dan InsyaAllah untuk dia jugak... awak x paham x perlu saya explain apa-apa.

tahun baru, 1/1/2012, aku ada viva.. presentation untuk research aku, yang selama ni gagah ke langkawai, habiskan duit, masa, jumpak YB sana sini kat langkawi tu... inilah hasilnya... untuk course aku, inilah subjek paling tough, perlukan kudrat tulang 4 kerat ni untuk siapkan projek research ni.... cumanya group kami lebih enjoy sebab at the same time sempat lagi ber"honeymoon" di langkawi walhal group lain suffer ya amat.... kami suffer pon tapi dalam mood bercuti time tu... hahahaha
overall.... kami punya presentation antara yang worst on that day. aku x pernah lagi kecundang time presentation, tapi time tu nasib bukan menyebelahi aku... dan aku morale down.. serious!!!! even supervisor aku still give thumbs up tapi di sudut hati kecilku ini (cheewahhh) aku rasa tertekan sebab tak dapat bagi yang terbaik!!!!!


next!! 2012 aku bakal melangkah ke fasa baru... sebelum ni fasa hidup aku statik. belajar, belajar, belajar,..... but now..... degree sah habis dan aku takdek plan nak sambung master (buat masa sekarang). selebihnya aku nak mula kumpul aset dunia... yess!!  aku nak start seeking for job.. faktornya aku dah letih tengok mak aku susah untuk aku.. so time ni biar dia merasa duit aku pulak sebab selama ni asyik aku je memintak dari dia.....

fasa kerja InsyaAllah... kalau tunggu aku nak melangkah ke tahap lebih jauh... kahwin??? tahun inikah??? mungkin.. ya... aku serius mungkin tahun 2012... ini bersandarkan plan dari encik chef yang beria-ia nak move forward to another step in our relationship... persediaan nak menjadik isteri??? encik chef dah pandai memasak.... malahan mengemas rumah pun aku rasa dia lebih berbakat dari aku...buktinya time dia bertandang di rumah aku baru-baru ni bilik aku rapi dikemas beliau.. so aku hanya perlukan aset dunia saja je kot untuk impress him.. hahaha inilah nasib aku..

tapi paling terpenting... bahagiakan keluarga... sebab keluarga... aku sampai ke tahap ni...

so... happy new year 2012... jom kita lakarkan kenangan termanis dan terindah untuk masa yang bakal muncul kali ni... dan balkis... selamat berumur 24 tahun... Alhamdulillah......

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......