Tuesday, November 25, 2014

suami yang memahami

pernah 1 hari aku & en. Chef singgah di stesen minyak. tetiba tekak kering mintak dia belikan soya drinks... & dia belikan aku soya ni...

aku pandang dia semacam.. hello encik... sya tak pernah minum soya botol la... minuman kotak sudah kot... tapi sekali aku minum... Mashaa Allah rasa dia.... sedap teramat!!! kawan-kawan serumah sewa aku saja boleh describe perangai aku macam mana bila dapat makanan yang gila aku suka & enjoy. sumpah ini soya tersedap pernah aku minum. lemak manis disukai ramai... husband aku bila nampak aku punya reaction gitu di relax je. tapi aku tau hati dia kembang semangkuk pasal aku suka pilihan dia... alkisahnya sekarang tiap kali singgah stesen minyak atau aku cakap dahaga, air ni la yang dia nak cari dulu.... this is totally him....



bila bercakap pasal makan lagi pulak... en. Chef antara yang terhebat la kalau bab nak amik hati aku bab makan. kekadang bila dia balik visit aku kat sini mak aku akan dapat rehat free tak payah masak. nak pulak kalau aku keja so dia sorang la masak kat dapur, time lunch dia akan roger ala2 simpati la pasal aku makan tak best kat opis nie. heh... tapi sampai rumah je... dish utama yang dia xkan tinggal adalah ini......


ayam kicap... sumber : google


jarang miss.. ini pun sebab aku cakap favorite food aku memang ayam kicap. walaupun ayam kicap dia x sebest ayam kicap aku buat... tapi of course la aku appreciate hasil tangan dia...

tengah merajuk dengan dia sebenarnya. so ini macam nak motivate balik myself supaya hilangkan rajuk. ingat benda yang baik2 ja pasal sang suami... hehehe

sedikit tentang kerja...teamwork

stress kerja harini. hari kedua bekerja selepas balik dari Lumut. nak catch up balik dengan kerja-kerja basic sebelum ni... hari ni saja ada tiga kerja yang aku perlu fokus.


  1. feed order + dewormer medication - kena forecast dedak untuk ayam bahagian laying. nak taruk ubat cacing. so ubat cacingnya cuma ada 95kg. nak kena tied kan dengan feed order. after order, notice yang ubat tak cukup kot so kena edit balik order. dahla aku punya sistem pengiraan ke laut... kalau branch yang dah 20 tahun operate, diorang dah ada own formula. tapi aku tak pandai pakai formula tu.. so hafal jela.. main handuk je nak order....
  2. mixed posting - sebelum ni make sure 3 hari sekali post. tapi pegi training seminggu lansung tak post balik sini nak check, nak post memang sengsara la... take time... sorry
  3. hatchery transfer problem. - well ini paling complicated sebenarnya... decision making kena bagus. first thing kena tackle masalah & kemudian create solution. by the way aku suka kerja yang macam ni. mencabar minda. ehh takde la mencabar minda sangat. but you really need team work & understanding. Alhamdulillah dah pun berjaya settle.

oleh kerana sistem baru implement di company aku ni. nak kata baru tak la sangat. dah almost more than a year go live dengan sistem baru ni. tapi aku rasa macam setiap hari kami akan facing new problem di mana we dont know the outcome. yang penting we have to give a try on it. macam aku jenis nak marah bila orang buat silap. especially bila aku busy dan masa tu jgak problem happened. but at the end of the day... team work yang akan membuatkan kami boleh hadapi apa sahaja risiko dari new system ni dan akhirnya problem solved...

well... aku takmau la menaip panjang. aku tau readers confirm takkan faham apa yang aku bebelkan ni. cuma aku nakbagitau semangat tem work memang awesome...

Friday, November 21, 2014

another training in Lumut Branch

masuk ni dah kali kelima kot aku datang ke sini sejak join company 2 tahun 2 bulan yang lepas. nak kata best of course la tak best pasal aku rasa office aku kat kuala ketil lebih open & lack of bureaucracy. kali ni sambung training untuk feed forecasting dan jugak GST implemenation in salaes & purchasing.

tapi ok la sekurang-nya boleh improve aku punya skills & also kenalkan aku dengan dunia luar. selalunya terkurung saja dalah hutan kepala sawit di kuala ketil tu.

life so far ok la. dah kurang bersosial. sekarang pun dalam mood merajuk dengan en. chef sebab haritu tayar keta aku panct dia xmau tolong. fine... tau la bini awak ni wonder women tapi jiwa fragile kot. tunjuk la sedikit concern bila isteri mintak tolong. ini dah bini cakap tayar pancit tengah jalan boleh plak sambung tidur. grrrrr geram.... biarkan dulu hati aku ni tenang.


sesungguhnya Allah ersama orang-orang yang sabar kan.... InshaaAllah... amin..

Thursday, October 9, 2014

Another one step to go.

hari tu aku meracau sakan dalam FB sebab time aku tak dapat nak jawab exam kastam W41 tu. so depa choose another tarikh aku kena jawab. atas bantuan mak & makcik tetiba aku lulus exam. Mashaa Allah kuasa orang tua memang miracle. otak depa lagi advance dari otak aku yang muda belia lagi ni....

oleh sebab aku lulus maka aku serabut perut balik menunggu tarikh interview. tup2 ahad depan pulak dah..... sumpah perut aku rasa tak selesa sekarang. goyah beb. dah lama aku tinggal zaman interview ni. sebab keja skang dah ok... tambah interview kerajaan aku tak pernah attend. nak buat apa lah? baju apa lah nak pakai?? kasut bertutup bukan taste aku... lagi2 interview kerja kastam yang amat berisiko sebab terdedah dengan rasuah...... inilah mentaliti budak bodoh macam aku...

now I just need positive aura.... Hmmmmpphhhhhhh (tarik nafas dalam-dalam & lepaskan pelan-pelan....)

you can do it Balkis. 19/10/2014 tarikh interview di Wisma Alor Setar. berkat doa insan-insan tersayang moga aku lulus dengan cemerlang. amin......

because of my stupid action

bengangnya rasa hati. tapi sebab aku yang bodoh.... yes I am stupid. malas nak cari manusia untuk meluahkan perasaan sebab tiap manusia ada banyak ideologi. nanti bila aku dengar dari pendapat manusia aku rasa diri lebih bengong. so pergantungan sepenuhnya hanya pada Allah. moga Allah ampunkan kesilapan bodoh yang aku buat. coretan kat sini pulak untuk pengajaran untuk aku dan readers supaya jaga setiap kata-kata jangan sampai termakan diri.

why I am stupid?? last two weeks aku dah ter"post" something di wechat yang mengguris hati kakak ipar dan abang aku sendiri. Allah saja tau betapa aku respect abang aku. of course kadang menyampah tapi sebenaqnya aku sayang abang aku beb. aku susah time study dia banyak sumbang kan pertolongan. now he get married...

apa la bengap. so skang depa dah terasa hati dengan aku. sedihnya Allah saja mengetahui. aku tau kak ipar aku memang makan hati gila la dengan sikap bodoh aku ni. apa la Balkis. awak tu lagi berusia patutnya tunjuk contoh yang baik tapi you acting like a small kid. phewwwww

i am stressed today. tak keja. taking E/L from my HR last night. sebab moody. because sebelum ni tak realize aku ada buat salah. semalam baru berjaya muhasabah diri. patutla kaka ipar aku unhappy masa balik rumah mak baru-baru ni. the mistakes happen because of me.

so sekarang apa yang penting adalah tolak ansur. sharing mom is the greatest thing that I should aware from beginning. kasih sayang mak untuk semua anak-anak. kedekot betol aku nie.. your are soooo annnoying Balkis. why la so sudden bertindak macam budak kecik. budus!!!!


p/s: akhirnya aku berjaya melepaskan perasaan. sekarang rasa ok sikit. tadi rasa nak termuntah.

Saturday, September 6, 2014

sedang menunggu exam online Pegawai Kastam W41

owhhh gediks entries. nak bagitau 1 dunia aku dapat attend exam online pegawai kastam. hahahahaha cuak kot. baru semalam kat Berita Harian yang akaun bank beberapa pegawai kastam dibekukan. 4 juta dalam bank tu kawan. keja admin officer sampai mati pun belum tentu boleh kumpul asset banyak tu kan...


aku tak tau la prosedur kali ni lancar tanpa kawalan dari kabel2 atas ke tak... sebab util now statemet yang keluar dari mulut ramaiiiii orang mesti cakap nak attend interview atau nak dapat keja kerajaan kena ada kabel kuat. paham-paham sendiri la kan. kau kena kenal orang atasan untuk masuk kerja kerajaan. so yang xdak kabel ni putih mata saja la.... itu yang aku tau sebelum ni...

so... sekarang mereka dah implement online exam ni mungkin masalah kabel2 ni dapat dihapuskan. Alhamdulillah. ada la peluang orang macam aku ni kan... let me say honestly la.... I am good actually. betul. aku mempunyai wawasan yang tinggi. bertanggungjawab, jujur, amanah,. ramai orang tua yang bila bercakap dengan aku, mesti at the end of statement mereka mintak aku join politik. wakakkakakakaka sila muntah hijau emerald skang. tapi betul eh....


ok never mind.... kepada semua penjawab exam sekejap lagi. wish u all the best. dalam 18K yang bakal menduduki exam hari ini, hanya 200++ kekosongan saja yang bakal diisi.... haru oiii haru!!!



Friday, September 5, 2014

lelaki... sebelum & selepas kawin.


http://shin-myself.blogspot.com/2011/12/mr-right-saya-memang-kena-berkelakuan.html

Gila kelakar baca balik entry lama aku ni... Mashaa Allah... dah tiga taon kau menyorok dalam ni. sekali keluar terbaca lawak gila. tak sangka penulisan aku masa zaman remaja hebat jugak eh. Hahahahaha... ok sudah...

nak di jadikan cita. inilah Mr Right dunia akhirat aku. Encik Chef. tapi skang dah tak jadi chef dah. jadi Astro Installer pulak...

well... masa aku bercerita sakan tu masa belum kawin. belum jadi laki lagi. belum kenal hati budi secara mendalam... perghh ayat deep ni. so memnga yang bunga-bunga cinta saja la yang keluar. sekarang ni dah setaon 3 bulan dah jadi suami.... dan... ternyata.... mimpi tinggal mimpi.


oleh kerana suami aku cucu sulung & anak sulung bermakna dia mempunyai personality yang suka dominan. maksudnya dia suka mengawal keadaan. tangan di bahu, mata juling ke atas. geram beb geram.... kalau dia buat salah, kita dilarang untuk marah. wahhhh kalau dah nama perempuan memang kau buat salah takdak hati la nak bersembang. tengok muka pun macam menyampah tapi suami aku akan buat-buat tak paham. nakkkkk jugak kita layan dia macam biasa. nak jugak diberi perhatian. kadang rasa macam nak je penyek dia kecik2 simpan dalam kotak seminggu. hati puas baru bukak cari dia balik. tapi oleh kerana perangai dia macam tu kadang-kadang aku tak sempat pun nak merajuk. nak tinggi suara tak berani beb.. sebabnya dia tak pernah tinggi suara kat aku. so takmau nak ajar kami punya marriage style ke arah macam tu. kalau dia tengah marah plak aku memang tak berani kacau. takkan bangkang apa dia nak, jalan menunduk macam perempuan melayu terakhir ataupun isteri solehah.... tapi suami aku jarang marah aku. sebab aku ada secret weapon yang sangat mustajab iaitu air mata. penah kena marah sekali saja. terus aku meraung dalam kereta... haaa tau pun takut... wakakakakaka


bab mengongkong?? dulu before kawin dia x berani kongkong aku sebab aku jenis ikut kepala sendiri saja. dia nak marah ke apa lantak la. aku tetap makan kenyang, tido lena. sekarang pun sebenarnya sama. kami kan stay asing dia takdak la kongkong melebih-lebih cuma kalau kau keluar lepak dengan kawan-kawan sampai tengah kawan macam zaman solo memang melampau kuang hajo la kan. so aku ingat diri status aku as bini orang. then, jarang sangat la nak keluar hang out.. selalunya bersama dia sajala.... so bab2 kongkong takdak masalah, Alhamdulillah....


bab shopping... mashaa Allah.... aku kalau bershopping dengan dia cukup tension bro!!! memang kena aku sendiri pilih semua untuk dia. even barang diri sendiri, barang dia, better aku lah yang pilih. tapi tak bermakna pilihan dia tak best. cuma... malas la nak cakap. bagi aku pilih saja la. kalau aku nak shopping barang aku, aku just letak dia kat mesin urut. kau berurut la diam2. biar aku pilih barang. hehehehe tapi kalau barang dapur. aku memang sukaaaaa gila bawak dia. dah nama pun En Chef kan... ikan, sayur auam semua dia pegang dan pilih. wangi tangan aku. hehehehehe


apa nak buat. ini pilihan hati aku. but at least i'm happy with him. ok la...hehehe sekian



Wednesday, September 3, 2014

kembali

Well, lama tak menaip bebas semacam sekarang. Nak kata sibuk… ada orang lain yang lebih sibuk. Mungkin perubahan mood selepas kahwin kot. Jadi malas nak menaip panjang. Alhamdulillah aku dah selamat menyambut 1st anniversary jatuh pada tarikh 1 May 2014 yang lalu. Dah setahun usia perkahwinan. Masih berdua… sabar la kalau ada yang menunggu kedatangan aanak saudara. Hehehehe it is not the matter of illness or what.. mungkin angkara berjauhan, maka Allah bagi kami lebih ruang untuk berdua dahulu.. sekarang pun rasa macam masih dalam fasa perkenalan. Rasa macam baru kahwin, rasa macam baru berkenalan dengan family sebelah suami. Segalanya terasa baru…. How time flies…. Tahu ini ayat cliché tapi yang rasanya adalah aku. Alhamdulillah suami ok. Tapi biasala dah nama lelaki zaman bercinta rasanya lebih romantic dibandingkan dengan zaman selepas kahwin but the best thing is aku mula mengenali dia dari sudut yang lain. Rajin mengemas, langsung tak berkira. Bagus sangat nak dibandingkan dengan aku yang tak semenggah mana ni..

Kerja… masih di ladang ayam Dinding cawangan kuala ketil kedah. already two years being here. Dari zaman susah office pun takde. Jalan Mashaa Allah…. Teruk amat. Tau kan jalan estet ladang kelapa sawit memang mencabar. Aku selalu membandingkan antara permukaan jalan tu macam cabaran yang aku perlu hadap di office ladang aku & it is so true. There is a lot of problem in here where we need lot of patient to be here. Tiap kerja memang ada masalah dah pun… sebab keja ni jugak la aku berjauhan dengan suami. Gaji sini serious ok so macam nak cari company lain pun susah. For a while jauh la dulu. My routine work now changes from accounting job to system monitoring & of course I need to do some admin work. Dah tukar status dari assistant supervisor to Admin officer. Tapi kalau dah nama keja kat ladang ayam tak adventure la kalau tak bergelumang dengan ayam kan… haha at the same time aku involve dengan birds selling. Hari jual ayam aku antara pekerja yang akan turun padang. Tugas aku timbang kilo & make sure all the birds sold. penat, busuk, kotor but i'm enjoy my work actually. sebab kalau kau tau nilai tanggungjawab dan amanah so takda la rasa nak berkira sangat kan....


biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......