Saturday, September 6, 2014

sedang menunggu exam online Pegawai Kastam W41

owhhh gediks entries. nak bagitau 1 dunia aku dapat attend exam online pegawai kastam. hahahahaha cuak kot. baru semalam kat Berita Harian yang akaun bank beberapa pegawai kastam dibekukan. 4 juta dalam bank tu kawan. keja admin officer sampai mati pun belum tentu boleh kumpul asset banyak tu kan...


aku tak tau la prosedur kali ni lancar tanpa kawalan dari kabel2 atas ke tak... sebab util now statemet yang keluar dari mulut ramaiiiii orang mesti cakap nak attend interview atau nak dapat keja kerajaan kena ada kabel kuat. paham-paham sendiri la kan. kau kena kenal orang atasan untuk masuk kerja kerajaan. so yang xdak kabel ni putih mata saja la.... itu yang aku tau sebelum ni...

so... sekarang mereka dah implement online exam ni mungkin masalah kabel2 ni dapat dihapuskan. Alhamdulillah. ada la peluang orang macam aku ni kan... let me say honestly la.... I am good actually. betul. aku mempunyai wawasan yang tinggi. bertanggungjawab, jujur, amanah,. ramai orang tua yang bila bercakap dengan aku, mesti at the end of statement mereka mintak aku join politik. wakakkakakakaka sila muntah hijau emerald skang. tapi betul eh....


ok never mind.... kepada semua penjawab exam sekejap lagi. wish u all the best. dalam 18K yang bakal menduduki exam hari ini, hanya 200++ kekosongan saja yang bakal diisi.... haru oiii haru!!!



Friday, September 5, 2014

lelaki... sebelum & selepas kawin.


http://shin-myself.blogspot.com/2011/12/mr-right-saya-memang-kena-berkelakuan.html

Gila kelakar baca balik entry lama aku ni... Mashaa Allah... dah tiga taon kau menyorok dalam ni. sekali keluar terbaca lawak gila. tak sangka penulisan aku masa zaman remaja hebat jugak eh. Hahahahaha... ok sudah...

nak di jadikan cita. inilah Mr Right dunia akhirat aku. Encik Chef. tapi skang dah tak jadi chef dah. jadi Astro Installer pulak...

well... masa aku bercerita sakan tu masa belum kawin. belum jadi laki lagi. belum kenal hati budi secara mendalam... perghh ayat deep ni. so memnga yang bunga-bunga cinta saja la yang keluar. sekarang ni dah setaon 3 bulan dah jadi suami.... dan... ternyata.... mimpi tinggal mimpi.


oleh kerana suami aku cucu sulung & anak sulung bermakna dia mempunyai personality yang suka dominan. maksudnya dia suka mengawal keadaan. tangan di bahu, mata juling ke atas. geram beb geram.... kalau dia buat salah, kita dilarang untuk marah. wahhhh kalau dah nama perempuan memang kau buat salah takdak hati la nak bersembang. tengok muka pun macam menyampah tapi suami aku akan buat-buat tak paham. nakkkkk jugak kita layan dia macam biasa. nak jugak diberi perhatian. kadang rasa macam nak je penyek dia kecik2 simpan dalam kotak seminggu. hati puas baru bukak cari dia balik. tapi oleh kerana perangai dia macam tu kadang-kadang aku tak sempat pun nak merajuk. nak tinggi suara tak berani beb.. sebabnya dia tak pernah tinggi suara kat aku. so takmau nak ajar kami punya marriage style ke arah macam tu. kalau dia tengah marah plak aku memang tak berani kacau. takkan bangkang apa dia nak, jalan menunduk macam perempuan melayu terakhir ataupun isteri solehah.... tapi suami aku jarang marah aku. sebab aku ada secret weapon yang sangat mustajab iaitu air mata. penah kena marah sekali saja. terus aku meraung dalam kereta... haaa tau pun takut... wakakakakaka


bab mengongkong?? dulu before kawin dia x berani kongkong aku sebab aku jenis ikut kepala sendiri saja. dia nak marah ke apa lantak la. aku tetap makan kenyang, tido lena. sekarang pun sebenarnya sama. kami kan stay asing dia takdak la kongkong melebih-lebih cuma kalau kau keluar lepak dengan kawan-kawan sampai tengah kawan macam zaman solo memang melampau kuang hajo la kan. so aku ingat diri status aku as bini orang. then, jarang sangat la nak keluar hang out.. selalunya bersama dia sajala.... so bab2 kongkong takdak masalah, Alhamdulillah....


bab shopping... mashaa Allah.... aku kalau bershopping dengan dia cukup tension bro!!! memang kena aku sendiri pilih semua untuk dia. even barang diri sendiri, barang dia, better aku lah yang pilih. tapi tak bermakna pilihan dia tak best. cuma... malas la nak cakap. bagi aku pilih saja la. kalau aku nak shopping barang aku, aku just letak dia kat mesin urut. kau berurut la diam2. biar aku pilih barang. hehehehe tapi kalau barang dapur. aku memang sukaaaaa gila bawak dia. dah nama pun En Chef kan... ikan, sayur auam semua dia pegang dan pilih. wangi tangan aku. hehehehehe


apa nak buat. ini pilihan hati aku. but at least i'm happy with him. ok la...hehehe sekian



Wednesday, September 3, 2014

kembali

Well, lama tak menaip bebas semacam sekarang. Nak kata sibuk… ada orang lain yang lebih sibuk. Mungkin perubahan mood selepas kahwin kot. Jadi malas nak menaip panjang. Alhamdulillah aku dah selamat menyambut 1st anniversary jatuh pada tarikh 1 May 2014 yang lalu. Dah setahun usia perkahwinan. Masih berdua… sabar la kalau ada yang menunggu kedatangan aanak saudara. Hehehehe it is not the matter of illness or what.. mungkin angkara berjauhan, maka Allah bagi kami lebih ruang untuk berdua dahulu.. sekarang pun rasa macam masih dalam fasa perkenalan. Rasa macam baru kahwin, rasa macam baru berkenalan dengan family sebelah suami. Segalanya terasa baru…. How time flies…. Tahu ini ayat cliché tapi yang rasanya adalah aku. Alhamdulillah suami ok. Tapi biasala dah nama lelaki zaman bercinta rasanya lebih romantic dibandingkan dengan zaman selepas kahwin but the best thing is aku mula mengenali dia dari sudut yang lain. Rajin mengemas, langsung tak berkira. Bagus sangat nak dibandingkan dengan aku yang tak semenggah mana ni..

Kerja… masih di ladang ayam Dinding cawangan kuala ketil kedah. already two years being here. Dari zaman susah office pun takde. Jalan Mashaa Allah…. Teruk amat. Tau kan jalan estet ladang kelapa sawit memang mencabar. Aku selalu membandingkan antara permukaan jalan tu macam cabaran yang aku perlu hadap di office ladang aku & it is so true. There is a lot of problem in here where we need lot of patient to be here. Tiap kerja memang ada masalah dah pun… sebab keja ni jugak la aku berjauhan dengan suami. Gaji sini serious ok so macam nak cari company lain pun susah. For a while jauh la dulu. My routine work now changes from accounting job to system monitoring & of course I need to do some admin work. Dah tukar status dari assistant supervisor to Admin officer. Tapi kalau dah nama keja kat ladang ayam tak adventure la kalau tak bergelumang dengan ayam kan… haha at the same time aku involve dengan birds selling. Hari jual ayam aku antara pekerja yang akan turun padang. Tugas aku timbang kilo & make sure all the birds sold. penat, busuk, kotor but i'm enjoy my work actually. sebab kalau kau tau nilai tanggungjawab dan amanah so takda la rasa nak berkira sangat kan....


biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......