Showing posts with label copy. Show all posts
Showing posts with label copy. Show all posts

Monday, February 21, 2011

kenapa tak rogol saya??

"Kenapa Tak Rogol Saya?
 
(Thursday, July 15, 2010 at 12:47pm
Kisah benar ini berlaku di US.




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku…
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat…
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


p/s: terusik jugak hati aku baca kisah ni... bila nak berubah ntah la kan....

sumber: http://www.mindaaku.com. 
 

Tuesday, February 8, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan

aku pon tak tau pe motif tapi cam nak join.... hahahaha okey2...


 SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Friday, November 7, 2008

sudut insaf

Mukjizatnya Azan Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma . Hanya masa danwaktunya yang tidak kita ketahui . Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajaltidak dapat berkata apa-apa . . . . lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan'sakaratul maut'

. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklahkamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allahakan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya ."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agarmendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasaazan berk uma ndang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormatiazan . Banyak fadhilatnya .

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri .Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allahakan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajalhampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah . . " yang mana sesiapa yang dapatmengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka . Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan danmohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasanyawa kita sedang dicabut .

"Ya Allah! Anugerahkanlahkematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah . . " semasa sakaratul mautmenghampiri kami . Amin . . amin . . amin Yarobbala'lamin . . " WASIAT NABI MUHAMMAD S . A . W . kepada SAIDINA ALIR . A . ;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata .
2) Menjauhi segala yg haram
.3) Merendahkan diri .

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya .
2) Merahsiakan sedekahnya .
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya .

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji .
2) Menjauhi kejahatan .
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalamkeharaman .

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya .
2) Menghisab dirinya .
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s . w . t..


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotakderma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa kesupermarket . 45 minit terasa terlalu lama untukberzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak . Semua insan ingin memasukisyurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicaratentang bagaimana untuk memasukinya . Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati . . . Kitaboleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail mahupun edit/mengedit danlain-lain . . tetapi bila mengirimkan yang berkaitandengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali . . ... .

Friday, September 5, 2008

jom kita cari...

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......