Showing posts with label luah hati nie. Show all posts
Showing posts with label luah hati nie. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

homesick

nak mengadu kat encik chef pun keja dia busy memanjang..... aisshhhh sedih2... nak mengadu mak??? hah suara x keluar, meraung jadiknya nanti....

rasanya sejak dduk hostel start form 1, aku jarang sangat menyambut puasa sama-sama dengan family aku. bila makin dewasa ni komitmen makin bertambah-tambah, masa berkualiti bersama keluarga pulak makin berkurang..  sebenarnya dah 13 hari jadik orang ipoh ni baru 3x aku call rumah. tu pun masa mula-mula sampai.. bukan xmau call tapi sedih lah!!!!

then semalam mak call time aku tengah tido petang. terpisat-pisat jugak la baru sedar. mak cakap belum prepare apa-apa lagi untuk raya sebab nak prepare dengan aku.... tu dah buat aku sebak...

yang menambahkan lagi lemas perut aku ni (statement orang utara bila rasa betul-betul tak selesa) bila makcik bagitau kemungkinan aku kena extent lagi masa kat sini.... sebab risau baby ada masalah kena deliver hospital lagi so aku kena stay untuk jaga akmal... so tiket bas tu burn je....... 

saya rindu mak saya... saya rindu rumah saya.....


dan.... semalam entah apa mimpi tiba2 aku macam terdengar suara orang berbisik "ramadhan dah hampir ke penghujung" serius tak tipu... dan tgh2 tetido pun boleh terjaga....

aku banyak berpikir sekarang....... macam-macam hal... kalau la aku ada kekuatan untuk merubah semua ni...cuma berdoa ini bukan ramadhan terakhir untuk aku....... 

Saturday, August 6, 2011

ku perasan something

dua tiga menjak ni dahla aku makin jarang post new update... kalau ada pon macam dah tak se'best' dulu je rasa.. hahaha walhal xdek sapa peduli pon ye dak....

itu sahaja ya...

Friday, August 5, 2011

tentang usaha dan semangat

bengkek jugak rasanya sebab nak menonton nanny 911 diganggu oleh si cilik akmal yang nak tengok channel nickelodeon.... grrrrr rasa nak geget saja budak tu...

sebenarnya besar harapan aku datang sini selain nak mengasuh, ingat nak siapkan sikit2 report praktikal tapi dah 3 hari kat sini still tak jalan2 lagi padahal bahan dah ada...

tu la masalah aku... kalau bab nak aim letak matlamat memang terbaik lah!! tapi nak implement...... harem....

tringat kata-kata seorang sahabat aku, nak buat sesuatu, dua benda yang wajib ada adalah usaha & semangat. itu sahaja... cuba bayangkan kalau usaha ada tapi xda semangat x jalan jugak dan begitu la sebaliknya.... semangat ja lebih tapi no effort memang propa la....

sekejap ja aku merepek pasal ni...

Monday, April 25, 2011

apa terbaru..... 1

seminggu aku terperam dekat kampung tanpa online. cuti dari buku, cuti dari dating, cuti dari naive dengan ragam kawan2... yeah aku rasa sangat hebat sekarang.... so update terbaru...

FB aku... maaf selama seminggu buka aku adminnya... bukan jugak encik chef tetapi post comment2 yang agak mengharukan tu datangnya dari sepupu kesayangan aku yang dianggap seperti pakwe sendiri.. kwang3x... encik nazri .

manakala sekarang aku menanguung permulaan kesakitan angkara gigi geraham bongsu aku baru nak muncul... yeah... sangat tepat pada masanya... time final jugak la kamu nak muncul ye encik geraham... tapi mak aku dah bekalkan ubat yang secukupnya sebelum ke sini.. harap2 nya boleh la jadik bekal time demam nnti ye dak..

aku dapat praktikal kat alor setar.. KPDNKK... sangat dekat dengan menara tempat encik chef carik makan. but who cares?? orang semua cakap aku bahagia dapat dekat dengan yang tersayang... tapi still jauh dari mak... susah la... dapat dekat dengan beliau bukan 1 bonus pada aku... akan ada masalah lepas ni... trust me.

owhh sekarang aku rajin makan nasik. sehari 4x... badan da nak macam belon...

sebenarnya aku update post kali ni dengan hati yang agak bengang.. kerana apa... itu yang kita tak tahu... hahaha bengang dengan encik chef barangkali... beliau buat aku murka seketika... tapi takpa... dendam akan terbalas...

selamat ber"exam" sahabat2 seperjuangan sekalian... berdoalah... insyaAllah... Allah bersama2 kita. amin

Sunday, April 17, 2011

ujian yang menguji kesabaran

dalam orang lain dah ber"heaven" menyambut study week dengan balik kampung bersama keluarga, study di rumah dengan tenang, merasa masakan mak.... (sedih gila!!)...

aku still kat sini, habiskan sisa2 assignment & report program yang masih ada. lepas tu ditambah plak dengan keadaan kesihatan yang...... kurang sihat....

sabor je la cik balkis ye....

Friday, April 15, 2011

dedicated to allahyarham Nurul Ilyani (3 months 12 days)

Nurul Ilyani,
It is the most beautiful moment that I had with,
when for the first time I saw your face,
I saw your smile while your sleeping
I hold your little tiny hand
you grab my fingers,
to hear your laugh
to kiss you, to hugs you, to feel you

Nurul Ilyani,
ibu adik menangis di pelukan akak,
betapa beratnya hati seorang ibu melepaskan anak sekecil ini,
3 bulan 12 hari tidak cukup untuk ibu mencurahkan segala kasih sayang pada adik..
tapi mendengar kata-kata abang chaq,
"macam mana kita sayang pun pada dia, Allah lebih sayangkan dia. sebab tu Allah ambil dia dari kita"
Its hurt me lot sis,
tapi akak pasti, adik pasti sedang bergembira sekarang bersama para bidadari dan bidadara syurga,
jauh dari hiruk pikuk dunia yang lebih memperdaya & menguji,
janji syurga untuk adik pasti,
bantulah ibu adik di masyar kelak,
dengan waktu yang sedikit ibu melempiaskan segala kasih sayang untuk adik,
bantulah ibu berikan khabar gembira untuk ibu adik ketika menghadapi saat2 keperitan di masyar kelak,


Nurul Ilyani,
kedatanganmu ke dunia disambut dengan penuh kesyukuran
kepergianmu akan dirindui semua
berbahagialah kamu di sana..
Al-fatihah...


Al-fatihah untuk arwah adik Nurul Ilyani, adik kepada sahabat aku yang meninggal akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan Allahyarham, ibu & ayahnya. ayah terselamat & tidak mengalami sebarang kecederaan manakala ibunya menerima beberapa jahitan di muka & lutut. kereta yang menjadi punca kemalangan telah melarikan diri. tiada saksi (harapnya dia berbahagia & gembira sekarang dengan melarikan diri). adik Nurul Ilyani mengalami gegaran di bahagian otak dan kecederaan dalaman yang menyebabkan kematian selepas koma selama beberapa hari.

aku sempat melawat adik Nurul sekali semasa hayat. bayi bertuah kerana dilahirkan didalam sebuah keluarga yang lengkap & penuh kasih sayang.

kalau diberi seluruh harta pun aku tak sanggup berada di tempat ibu sahabat aku. hanya Allah yang lebih mengetahui perasaan beliau. sebijak mana pun perancangan manusia, Allah tetap perancang takdir yang terbaik & teragung. i just hope keluarga zul tabah & redha atas kepergian si kecil mungil itu. setiap ujian ada beribu hikmah & rahmat yang mungkin tak mampu kita bayangkan... memori yang Allah berikan ini walaupun sekejap - itu adalah 1 penghargaan supaya kita lebih menghargai setiap apa di sekeliling kita pada masa hadapan.

semoga Allah melimpahkan rahmat buat keluarga Allahyarham Nurul Ilyani Amin... (jika anda membaca, anda turut mendoakan..terima kasih)


p/s: kali pertama melihat wajah si kecil tidur selama-lamanya... MasyaAllah suci & tenang tanpa dosa. nasib kita bagaimana???

p/s2: Al-fatihah jugak untuk arwah abah.. 9 tahun... rindu pada abah tetap sama macam dulu...

Tuesday, April 12, 2011

tahap syok sendiri

since aku realize ni baik aku becakap siap2... aku x pasti dengan tahap syok sendiri aku dalam deliver ayat2 dalam blog aku ni. kekadang aku terpikir adakah aku post entry melalut, syok sendiri yang buat orang menyampah & jengkel. tapi melihatkan follower aku yang liat nak bekembang nampak la jugak kan... heheheh tapi no hal la yang tu... xkan nak sentap jugak kot...


aku mudah... sebenarnya ikutkan hati memang nak je membebel panjang, everything, anything that happen aku nak share tapi bila ikut logik & akal.... I can't.

banyak kali terdetik dalam hati aku... dengan masalah asyik mendekat, dugaan, pendek kata macam2 tapi macam kurang manis nak disclose & melalak dekat sini. sebabnya rasa malu & terhina tu ada....

mungkin jugak sebab kadang2 ia melibatkan aib saudara sesama sendiri.. kalau kita menjaga aib saudara sendiri, Allah sendiri akan menjaga aib kita. aku sekarang ingin berpegang dengan kata2 tu... sedang berusaha, masih belum berjaya.

maksudnya sekarang kalau aku story hot2 dekat sini mesti blog aku menjadi hit kan... hahaha tapi sampai ke sudah aku tak berani nak disclose lebih2... so biar la main2 underground ja


sekali lagi entry syok sendiri... hahahaha

Wednesday, April 6, 2011

pengajaran pada hari ini........

kalau orang selalu buat first judgment, sekarang mungkin mereka2 ini perlu mengubah tanggapan serong macam ni. aku salah seorang daripada golongan2 ini.....

teringat kisah awal2 semester dulu. betapa morale down & de-motivate aku rasa berada dalam class. sebabnya aku tidak dilahirkan untukmenjadi seorang yang nice, berlidah lembut & pandai mengambil hati orang. aku x mampu untuk berkata "sir!!! I like ur style!!!", "sir!!! u look gorgeous today!!!" nada bergurau mungkin.. oleh kerana mereka2 ini lebih memahami hati lecturer itu, maka aku & kawan2 memilih untuk duduk di kerusi paling hujung dan terkebalakang. kami lebih suka memencilkan diri, kadang2 melakukan kerja sendiri tanpa memperdulikan keakraban lecturer dan mereka2 ini..

aku sangat rasa teraniaya, tak adil & bias, semua yang berkaitan. no one was care about us. kalau kelas lain aku antara student yang sukakan barisan hadapan walaupun tak sepandai mana. minggu ketiga kelas aku nekad... if they declared war with provocation & sweet words, so i will declared war with my intelligent.

aku ingat lagi bila salah sorang dari member aku buat muka bosan. aku senyum & mesej dia melalui kertas. beb, kita lawan dia pakai intelligent. starting that day aku cuba untuk mendengar & menyampuk the conversation tapi menggunakan akal agar aku x nampak macam keldai di dalam kelas seperti apa yang dia selalu perli.


aku started realize attitude sebenar dia bila aku ter'argue" apa yang dia ajar. aku x paham then aku cuba argue, masa tu kelas alangkah bosannya, smpai ada yang tertidor, bunyi suara dia je, bila argument da setle aku terperasan statement dia

"bagus eh kau tanya. itu maknanya kau berfikir, otak kau berjalan. tak macam orang2 lain ye... dengar je apa pun tak paham" lebih kurang camtu statement dia...

then banyak incident2 yang buatkan aku makin sedar, pensyarah ini tidak perlukan ayat2 bunga atau ayat2 persuasion untuk mengambil hati. cukuplah sekadar penghargaan, manfaatkan profession dia sebagai seorang pendidik. banyakkan bertanya dan argue, sebenarnya itulah penghargaan terbaik untuk pendidik seperti dia.

starting that day jugak, aku & kawan2 mula utilize him as our lecturer. banyak bertanya, construct with him if any misunderstanding sedangkan ketika2 itu kawan2 yang lain lebih banyak buat kerja sendiri. assignment case study banyak aku refer kepakaran dia & nampaknya usaha itu membuahkan hasil. kami cuba untuk tidak ponteng, siapkan keja dia dgn kesungguhan & sebagainya...


pada hari ini aku berbangga.. untuk kali pertamanya... aku terasa diri aku dan kawan2 dihargai dengan sepenuh hati... ya sekarang aku sebak.... mungkin orang di luar tidak merasa apa yang aku rasa. there's lot of things that we sacrifice but at the end, we got nothing. jangan diukur tahap keikhlasan aku & kawan2 senasib aku, biarlah ALLAH yang maha mengetahui tapi cuba lahirkan sikap empathy. try put yourself in our shoes, than u will understand our standpoint.

extra kurikulum, bukan tak penting, memang penting, tapi sebelum nak kejar yan extra, polish dulu internal ni, polish dulu study to be good student.

pintu bilik aku sentiasa terbukak, datanglah bila2 masa pun tapi xde sapa yang nak datang construct soalan. so aku assume semua memang da jenis pandai!!!

tu antara2 statement yang keluar dari mulut dia. aku cuma terfikir, adakah kata2 yang diucapkan oleh dia dapat difahami oleh golongan2 ini....

hargailah apa yang ada di hadapan mata, he is helping us actually, hadir dia untuk membantu untuk score... hargailah dan layanlah dia ibarat seorang guru yang mendidik anak murid, bukan layanan seperti kawan. boleh treat, tapi biar bertempat orang cakap.


for the last class, he mention my name correctly.. kalau tak, minah la, kemot la... just now he called me balkis..

tq sir for giving us so many lessons that maybe i cant get from other people. i really appreciate & lucky to hear that.

Tuesday, April 5, 2011

harapnya belum terlambat membetulkan keadaan

sangat sangat sangat busy.......orang lain nak dekat final da boleh goyang2 kaki pegang notes untuk sesi hafal tapi aku dgn member2 still tekejar2 deadline assignment, test dan juga aktiviti. petang tadi baru je setle project management punya asignment. keja da pas kat student dua bulan tapi hari khamis lepas baru start buat. nak kata buat last minit betul jugak la... tapi macam mana nak setle if ada deadline lain nak kena kejar dulu. mau tak mau yang lambat lagi pakat hold dulu. sekali nak start mau sakit kepala2.... memang susah... 3 4 pagi baru tido, pas subuh bangun sambuuuuunggg balik. makan minum semua haru biru.


masa ni jugak aku homesick. harusla... tambah dengan keadaan member aku sorang kena demam campak. risau jugak kalau2 terkenan dekat aku sekali. menangis x berlagu la... cakap pasal rumah....kol kampung pun dah skip2 lama2 sekali baru tanya kabar. wuuuuu salah satu sebabnya bila aku kol mak selalu tanya bila nak balik... kang lagi la aku home sick. alangkah bahagianya & selesanya berada di kampung... ehhh!!! nasib sekarang ni fenomena buku muka... rajin bertegur sapa dengan adik beradik di sana. every 2 days at least gurau2... ok la kan...


with encik chef pun.... makin lama communication makin lost.. that's not what i'm expected but it's happen now. sigghh~~~ tapi dia selalu mention yang dia faham ke"busy"an aku & bagi ruang sebebas2nya untuk aku fokus pada study. cuma malam ni baru aku perasan yang I was so selfish. not even once I spent a little bit time for him. call @ msj just sekadar atas tuntutan sebuah hubungan. If dulu aku rasa relation nie akan lebih membebankan aku, thus, he become more flexible. tapi sekarang relation ni lebih membebankan dia....


aisey... harap2nya masih boleh diperbetulkan... betul cakap lecturer aku... ego buang ke tepi sekejap.. buka mata, buka hati untuk menerima sesuatu.


aishhhhh rindu rumah la.......

p/s: relation dgn member class sgt awesome!!!

Saturday, April 2, 2011

bila datang dua pilihan...

bila didalam situasi yang serba salah macam mana menggunakan logic akal pun still rasa ada yang bakal tak kena. nilai dari segi kekurangan dan kelebihan pun still tak nampak jalan selamat.

kalaupun segala bentuk diperhalusi untuk menilai, aku cuma nampak keseimbangan cuma value nya berbeza.


hanya ada satu pilihan yang harus dipilih.. 






kalau buah-buahan mungkin senang. tapi kalau melibatkan masa depan??? pilihan hari ini penentu kebahagian untuk masa hadapan... duniawi ukhrawi...
patutnya buat istikharah la kan....

Monday, March 28, 2011

eye bag

no no no no no...... kerja kuat sekarang. eye bag pun makin terang bawah mata ni...

bukan pesen pompuan yang sangat2 teliti dalam menjaga diri ni... asal bersih tanpa bau tak sepatutnya, sihat walafiat then it's ok... tapi tensen jugak bila tengok eye bag ni....

kurang tido ke banyak tido aku x pasti... tapi if aku penat lagi la dia nak tunjuk belang...

sabar2.... lagi 2 3 minggu penderitaan part 5 bakal berakhir....

Monday, February 28, 2011

apa terbaru......

seminggu ni dapat aku dapat kol free memandangkan birthday encik chef da sampai. kepada si dia... selamat hari tua yang ke 25. da menginjak ke dewasa ni harap2nya pemikiran pun menuju ke arah yang sama la ye....

yang bestnya lagi bila aku enjoy sakan dengan kol free dari celcom. segala kerabat2 aku kol lepaskan rindu. lama x begurau senda ye dak. time2 free ni la rajin hupdate cita darri adik2 aku....

lama x hupdate ni bukan apa... line problem (33bln bil tunggakan) sabor je la....

weekend lepas balik kampung. terima kasih kepada abang long yang sudi menjadik driver menjemput & mengantar aku balik rumah sewa. juga pada mak yang bagi peluang untuk aku rehat puas2 kat rumah. time masak je xbagi rilek ye... hehehehe untuk setiap pengorbanan mak, ti sangat hargai.....

tengahari tadi terdetik rasa sayu rindukan arwah abah.... (AL-FATIHAH) pasti kehidupan akan lebih sempurna dengan kehadiran arwah...

cuti sekolah makcik akan balik kampung.. xdak maknanya sebab aku busy kat sini... waaaaaa


p/s: menjak dua menjak ni banyak dapat mimpi pelik tapi menginsafkan.....

Sunday, February 13, 2011

tak tercapai akal

in term of fashion maniac, aku memang antara manusia yang sangat terkeluar dalam senarai. sila dapatkan fakta dari encik nazri.... aku lebih suka amik apa yang berkenan kat hati. apa aku rasa macam bagus & sesuai untuk aku, aku grab terus. oppppsss harga pon aku agak concern sebab aku agak kedekut untuk waste duit ke arah baju. lain la makanan nie..

tapi tadi dapat feedback dari sorang member bila aku pakai sehelai dress ni.


she: suka pegang. cantik baju balkis

me: hehehe thanks

she: balkis suka pakai baju2 yang errr..... tak tercapai akal....

me: hahahahahaha yaka??

harapnya itu adalah sejenis pujian untuk aku. hahahhaha

Thursday, February 10, 2011

padahnya.....

seminggu yang lepas heaven gila cuti raya cini. planning ke ipoh pon can cel atas sebab makcik dapat guardian dah so memamg keja aku melepak je kat rumah....

dan padahnya dapat disaksikan minggu ini. woopppsss berkepuk2 homework kena settle tapi balik sini baru gigih nak buat memang masalah besar la. itu la pasal nak post entry pon pikir 3 4 5x. dah memag dasar penyegan jenis tak reti settle keja awal2...

kesimpulannya.... jangan jadik kan aku sebagai idola... hahah

selamat berbloging kawan2.... aku bercuti ke changlun sehari.

Monday, February 7, 2011

apa cerita?

latest update.... penat dowh... banyak gila homework kena siapkan in this week. dengan article review, borg2 praktikal, presentation.... grrrr.... ni la padah cuti seminggu. buku pon x jalan....

skang busy, xdek mood nak hupdate panjang2... sabar la ye....

Friday, January 14, 2011

I really miss what I had before....

betul la kata pepatah... orang tamak selalu rugi... orang tamak memang akan sangat..... rugi.... oleh kerana aku kurang cerdik untuk menghargai apa yang aku ada now aku kehilangan segala-galanya..... nak kata balasan sebab aku derhaka sangat jauh panggang dari api. yala berkobar2 sangat aku nak ke pangkor tapi aku cancel segala bila mak melarang tapi nasib still x berpihak...


oooooo wait3x i'm not talking about encik chef cause till now he is still with me. beliau sangat busy dengan function sekarang & aku sedang cuba memahami. tapi sekarang aku nyesal gila babas trade in handphone yang aku beli 3 4 hari lepas....


alkisahnya......

aku baru beli handphone ni....






aku trade in dengan handphone ni kemudiannya....






tapi oleh kerana function gila babi..... sebabnya pirate from china macau, so aku nak ambik balik handphone lama tapi dukacitanya handphne tu dapat owner baru yang lebih hargai beliau  x macam aku yang ala2 Mr.Bean ni.... so aku dapat handphone lain.....






tapi second jugak... cumanya functionnya lebih elok dari yang sebelum ni.... tapi hati aku still rindu w20i..... macam mana ni.....


boleh x macam ni????

w20i = x6 nokia =k850i = w20i pink??????

agak2 kena tambah duit x??? mesti la kan.... huhuhuhu i want my phone back!!!!!!!!

Thursday, January 13, 2011

merajuk...

sakit kepala... bengkak mata... tapi apa boleh buat. seribu kali merayu pun belum tentu dapat keizinan bila decision dah ditetapkan.... ikut hati nak je merajuk segala bagai tapi apa daya?? hati seorang ibu sangat2 perlu dijaga...sekarang sedang berperang dengan perasaan... puas da menangis ni....  apa aku merepek ni....


ok la.. selalunya mak mudah je bagi permission, tapi kali ni da plan elok nak ke pangkor mak tak izinkan plak. memang sedih tahap gaban jatuh longkang la tapi nak buat macam mana, peraturan still kena follow...


cian kawan2 sebabnya da planning cantikk... tapi xpala maybe ada hikmah ye dak.... arrrgggghhhh!!!! try to be positive. so mnggu ni balik kampung bawak mak melawat anak kesayangan dia kat PLKN. baru dua minggu dah menceceh macam2.. memang x layak jadik hero malaya la.....


otak pon tension ni sebenanya....tapi da terubat sikit bila abang long & encik chef memujuk tadi. kah3x aku pun x pasti apa motif balong mesej amik hati aku. agaknya masa mak membebel aku dok sebelah. ayat dia memang menyakitkan hati tapi bila di'twist' balik nampak sangat dia cuba amik  hati aku. thanks la balong. percubaan yang bagus untuk menjadik abang yang mithali... & encik chef, dalam kalut2 handle function, pastu masalah dgn management sempat lagi spend time. haiiii semua orang cuba meneutralkan aura positive aku... so... syukur la kan...

mnggu ni nak balik ke x??? hmmmm... balik la kot... nak merajuk dgn mak lama2?? bukan jenis aku la tu...

Tuesday, January 11, 2011

sepatutnya happy kan.....

planning da lama nak berpunya handset baru yang well-function. cukup perfect. & semalam hasrat tu tercapai tapi memang aku bengang & sedih tahap gaban. silapnya aku terlupa survey harga. rugi jugak la dalam 70 ringgit. kedai yang aku beli harga dia letak ngan 450. takleh kurang takeh lebih. masa brader to ciapkan resit aku round2 booth kat situ tanya booth sebelah. 380 semua lengkap include kabel. siap ada kaler pink lagi. wahhh memang tak boleh blah. masa tu jugak brader tu panggil aku nak authorize resit. aku paham sangat. sekali aku authorize, maknanya sah la jual beli... sangat teragak2 tapi cam xde kudrat nak melawan. pasrah je kan aku sign... arrrrrgggghhhhh!!!!!

kesimpulan aku dapat kat sini, jangan gopoh2 buat keputusan.... 70 ringgit burn.... tapi xpa la burn beli handset je. mana tau kot2 kalau aku x pakai duit tu beli handphone aku buat benda lain ke contoh masuk disco ke kan3x????? (ayat amik hati) so... redhoooooooo je la..... huhuhuhu


handphone cikai je. jauh api dari panggang kalau nak samakan dengan BB apatah lagi brand lain kan.... inilah dia... owhhh function??? semua cukup, sound mmg gempak (kalau  x gempak bukan namanya SE ok...) ada one way 3G, tenet2 pon xdek hal, GPS pon provided. ok la tu..


 ni... ok la kan3x....





ni yang pink tu... tapi susah nak jaga la... kalau jenis cuai macam aku mesti calar2 punya... kan3x???
(sila ambik hati aku)

Monday, January 10, 2011

musim sakit pn nak tunjuk muka bila musim busy bermula.....

aku cuma berdoa sangat2 yang aku selalu sihat memandangkan semester killer ni bermula. kalau tak boleh survive alamatnya bungkus suda... dua orang housemate aku da stat tak sihat. sorang asyik muntah2 dari malam semalam, sorang lagi fever + flu. antibodi aku bukan kuat mana nak tepis menda2 alah ni. risau gak takut infect tapi......... harap2 tak la kan...


sakit itu sebenarnya ujian Tuhan. macam kau ambik test. kalau kau kuat study, rajin buat revision maka kau pas dengan cemerlang tapi kalau kau buat malas, lantak la ujian ke menda ke, so kau failed la kan...
cuma nya ujian sakit ni kau pas ke failed ke tak nampak. nanti2 da mati baru dihitung. so beringat. sakit jangan merungut... terima dengan redha.. aku doakan orang2 tersayang semuanya sihat2 belaka.

Sunday, January 9, 2011

OBE

outcome based evaluation = OBE...

aku antara bahan ujikaji UiTM yang cuba menerapkan nilai2 OBE dalam diri student. student2 diajar lebih berdikari, high confident dan bagi fully participation dalam class. 2 ways communication. keberkesanannya tengok la hujung sem kalo ko pandai, boleh inteprete balik semua kira effective la tu.

susahnya jadik student OBE. mai final nak dapat soalan straight t the point??? jgn harap... kau ikir la sendiri apa nak jawab....

apa aku merepek ni??? susah jadik student OBE. kena critical thinking, tapi bagusnya ye la jadik orang lebih practical bukan takat so-so je nnti bila kuar. boleh aplikasi balik apa yang diajar dgn lebih berkesan... ye dak???

skang??? ooooo sengsara......!!!!!

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......