Saturday, August 6, 2011

mak cik karipap

sejak di meru ni almost everyday akan ke bazar ramadan taman jati belakang rumah ni... memandangkan makcik aku pon dok tunggu masa je nak deliver memang aku bejalan pon sambil kepung dia sambil tangan mengusung juadah sebab risau ramai-ramai kang ada telanggar... Nauzubillah jauhkanla.... ala-ala bodyguard kan.... merangkap driver lagi, mengasuh cik akmal lagi yang giler ah nakal!!!

ok sambung cerita pasal makcik karipap.... ini bukan kes hantu makcik karipap maharaja lawak ni... tapi kes yang benar-benar berlaku di bazar tadi.

makcik da bagitau nak beli kuih dekat gerai sorang pakcik ni sebab kuih dia antara ter"best" kat bazar tu. so masa sampai tengah pilih-pilih kuih ada la sorang makcik ni masuk gerai yang sama. dengan suara yang ala-ala speaker volume tahap no 5

she: pakcik tolong kasik karipap 2 ringgit.

pakcik tu xdek reaction apa-apa... aku pandang je semacam kat makcik tu... dasyat suara dia tapi pakcik tu boleh tak dengar... aku nampak a plastik karipap tu dah ready dah siap-siap. boleh la aku tolong ambikkan tapi kena panjangkan la tangan sikit

she: eh pakcik ni tak layan aku pulak dah.... ni adik tolong ambikkan karipap 2 ringgit  (dia tegur pulak anak pakcik tu, sama jugak takde respon)


pun suara dia kuat jugak..... aku pun tak teragak-agak tolong la ambikkan karipap dua bungkus kasik kat dia

she: hah terima kasih dik. makcik ni asyik mintak dari tadi xde sape nak layan makcik. entah meniaga apa macam ni....

aku just gelak-gelak je la nak cover, then baru la sorang abang tu perasan terus tanya

he: ye kak nak kuih apa?

she: baru nak menyahut. yela akak ni nakkan karipap tu tapi adik ni hah yang melayan kamu menengok aje... ni karipap ni bagi lagi 1 bungkus, aku nak 3 ringgit lah.

terkulat-kulat brader tu melayan. aku dengan makcik dah tergelak-gelak bagai.. lawak la jugak. boleh tahan outspoken makcik sorang ni...

p/s: latih diri untuk cuba bersabar di bulan puasa ni... cuba-cuba lah. lagi 1, pada perokok tegar, ambik semangat ramadhan untuk kurangkan pencemaran kesihatan & udara...

queen sized

baru ja lepas tgk cerita ni kat diva universal tadik. tak sempat tengok ending sebabnya cik akmal tukar channel ke astro ceria. tapi memang nampak sangat manusia-manusia golongan berkulit putih ni sangat obses dengan bentuk badan yang kurus menawan.... especially golongan remaja. kalau teen yang berbadan besar sumpah x famous, jadik bahan ejekan pastu susah nak carik soulmate. diskriminasi kan......

adil ke kalau golongan berbadan besar ni dianggap sebagai bahan pelawak???? aku pon notice yang kalau golongan berbadan besar ni cukup susah nak carik pakaian yang sesuai. also pandangan sinis masyarakat yang lebih gemar jadikan golongan si kacak tampan yang memiliki badan sasa dan jelita rupawan yang body nya ala-ala jessica alba. adakah golongan-golongan ini yang dianggap seksi oleh masyarakat????


nope.... sebab stigma masyarakat ni tak sama... ada yang mengatakan kurus itu seksi.... tapi ada jugak yang mengatakan gemuk itu menggodakan....


kalau gang-gang mat salleh setuju kesempurnaan seseorang wanita itu melalui tubuh badan yang berbentuk ala-ala kerengga, lain pulak persepsi masyarakat di mauritania sebuah negara yang dekat-dekat dengan india. kaum lelaki kat sana pulak anggap perempuan gemuk itu seksi. pelik bebeno.....
kanak-kanak perempuan sejak kecik lagi dah dilatih untuk makan banyak terutama makanan berlemak, kaum-kaum ibu akan memaksa anak perempuan mereka makan dalam kuantiti yang banyak sampai kejong anak dara depa pon tak kisah, kalau terlampau makan, muntah, pas muntah sambung makan lagi... sebabnya anak-anak perempuan kan satu bebanan, so kaum ni sumbat makanan so bila anak depa gemuk banyak la peminat ye dak.... hehehehe macam-macam hal... tapi masalah la pulak bila dah terlampau gemuk ni macam-macam penyakit attack

INI........








INI...........




ATAU..........







kalau yang ni pulak????????





p/s: pertama yang paling penting adalah kesihatan yang baik kan......
kedua pulak.......yang penting hati dan perasaan ye dak!!!!!! biar cantik di hati baru cantik pada pandangan mata....

ku perasan something

dua tiga menjak ni dahla aku makin jarang post new update... kalau ada pon macam dah tak se'best' dulu je rasa.. hahaha walhal xdek sapa peduli pon ye dak....

itu sahaja ya...

entah kenapa aku rasa yang ini istimewa.....

jarang dah aku update pasal encik chef kan.... kali ni gatal plak tangan aku nak tulis pasal si dia.... hahahaha

dah setaon lebih kenal ni... before kapel serius dugaan memang terlampau banyak, asal baik sikit ja gaduh sampaikan aku fedap... tapi lepas kapel ni macam ok la... nak gaduh pon benda remeh2 saja. malas nak betekak lama-lama sebab rasa x best kan bla gaduh. letak ego di sebelah dan cuba untuk bersabar...

sebenarnya aku nak share one story that make me feel comfortable with him..... orang yang kenal aku sapa tau la sehebat & sekencang mana pon aku merepek meraban, tau hati aku terlebih fragile dan kuat menangis... letih nangis, bengang nangis, sakit nangis, tgk cita hindustan pon nangis jugak.... it's out of control.... kadang rasa nak sepak diri sendiri 4 5 das kan tapi x baik seksa diri sendiri...

kes ni berlaku dah lama masa aku baru kapel dengan encik chef. aku x pasti aku dah update kisah ni tapi memamng buat aku nak gelak & tesengih sorang-sorang bila pikir balik.

i've got fight with my friends, kawan aku ni jenis kaki serkap jarang. ikut hadap je nak attack tapi prosedur nak bertanya tu xda. bangang kan... so lepas buat perangai dengan aku memang aku pon hangin, moody bagai... da jadik habit (time dulu saja) buat apa kena report sama bos besar yakni encik chef. aku baru otw ke paking amik kereta tapi aku da mesej beliau aku kat rumah dah sebab da lewat malas nak berjawab segala... tapi x kusangka dia akan kol, aku ignore pon dok kol2x lagi... harus la da kantoi. last2 bila aku jawab still kat parking, suara dia da bunyik x puas hati, dia just cakap, xpa........ balik dulu elok2...


sampai kat rumah sewa aku kol balik nak escape ourself from any trouble n misunderstanding..

me: baru sampai rumah... sori tipu sebab ada masalah dgn ________ tadi

him: ooo yaka... so bila ada problem stat menipu la??

me: bukan macam tu...

him: habis tu...

me: apa masalahnya dari class nak balik x sampai 5 minit. yg bekira ni kenapa...

him: yes memang dekat tapi kalau jadik apa2 macam mana??? kalau lambat cakap lambat, buat apa nak menipu

me: dahla orang ada masalah kenapa nak tambah lagi......
then terus aku melalak tak hengat, xdek la sampai meraung bagai tapi memang aku rasa teraniaya gila. x boleh dah nak bercakap dan hanya menangis.

him: eh3x awat ni..... dah2 jangan macam ni... kenapa ni...

hah tau pon mengelabah... kah3x but honestly memang spontan berlaku. aku dah x dapat control emosi aku bila sorang kawan aku dah pedajalkan aku.... but yang sweetnya bila beliau mengelabah x hengat pastu panik segala bila dengar aku menangis.

betul la orang cakap senjata wanita paling tajam ialah air mata. hati yang keras pon boleh dilembutkan.. tapi hati keras yang deil tu aku x pasti la plak... tapi kenangan ni macam istimewa bila diingat.... then bila aku sembang kencang balik dengan encik chef, katanya kenangan  tu biasa ja... dia ada kenangan lain yang lebih dia rasa istimewa... apa dia???? lawak2x.... hahahahaha ini rahsia

Friday, August 5, 2011

tentang usaha dan semangat

bengkek jugak rasanya sebab nak menonton nanny 911 diganggu oleh si cilik akmal yang nak tengok channel nickelodeon.... grrrrr rasa nak geget saja budak tu...

sebenarnya besar harapan aku datang sini selain nak mengasuh, ingat nak siapkan sikit2 report praktikal tapi dah 3 hari kat sini still tak jalan2 lagi padahal bahan dah ada...

tu la masalah aku... kalau bab nak aim letak matlamat memang terbaik lah!! tapi nak implement...... harem....

tringat kata-kata seorang sahabat aku, nak buat sesuatu, dua benda yang wajib ada adalah usaha & semangat. itu sahaja... cuba bayangkan kalau usaha ada tapi xda semangat x jalan jugak dan begitu la sebaliknya.... semangat ja lebih tapi no effort memang propa la....

sekejap ja aku merepek pasal ni...

Thursday, August 4, 2011

nanny 911

pernah tgk rancangan TV ni??? best.. skang ni tayang kat NTV7 hari jumaat pukul 8.30 malam.. Seriously aku ni pemerhati tegar terhadap anak-anak (aku dah jarang panggil kanak-kanak memandangkan usia aku dah boleh jadik mak) dan aku rasa rancangan ni antara terbaik la boleh didik aku yang pencinta budak-budak untuk lebih memahami makhluk2 comel ni....

kekadang tertanya jugak dalam kepala otak ni macam mana ALLAH boleh siramkan dalam hati aku ni tahap kesabaran yang tinggi nak mengadap karenah anak-anak. perangai kamu buruk tahap gaban pun saya akan cuba sabar sebab kamu anak-anak... kuasa DIA... harapnya kesabaran ni akan wujud sampai nafas terakhir.... kah3x apa aku merepek ni...


dan3x on-going planning, ada dalam kepala otak aku ni nak bukak nursery sebenarnya... tapi bukan jual pokok bunga, haruslah nursery kanak-kanak. rangka2 dah ada dalam ni (kepala otak) cuma nak implement ja masih jauh lagi....


anak-anak anugerah & harta paling bernilai.... so jangan sia-siakan...

diam itu bagus sebenarnya

maksud aku diam disini bukan bermakna diam bengap ataupun diam pemalu.... diam disini membawa maksud jangan ambik kesah sangat dengan hal sekeliling tambah-tambah sampai turn nak bergosip mengumpat mengutuk bagai...

perasan tak kalau kau jenis kaki mengata, sah-sah hidup kau tak senang sebabnya kau tak senang kalau sehari tak mengata, pastu boleh pulak melenting bagai nak rak kalau dengar orang mengata kau. bagus la tu... sifat yang terpuji.

cuba jangan mengata, xde la orang lain pon sibuk nak membalas balik. kalau dia balas pon cuba diam.. dah lenguh mulut karang, otak pon da bengap xdek idea nak generate, senyap la kawan tu ye dak???

diam itu bagu kadang-kadang. diam bukan bermakna kalah, tapi saja sebab rasa malas nak take part perangai orang x berjenis macam tu... kan...

sila jangan emosi...

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......