Monday, August 15, 2011

makin pandai jaga diri sendiri........

minggu lepas.... aku masih di ipoh, hanya aku, makcik yang sarat & si cilik akmal haris berusia 7 tahun. lepas bebuka selalunya memang kami akan tinggal pinggan mangkuk belum dicuci di sinki selesaikan magrib dulu yang makin hujung-hujung... so lepas semayang bagai aku ke gerak ke dapur kalau tak makcik dulu gerak harusla aku bersalah biar dia tengah sarat buat keja.... sekali sampai dapur terserempak makluk yang paling aku takuti di dalam dunia... sang lipan tengah merayap-rayap kat tepi dinding dapur... size kecik je tapi asal namanya lipan memang aku tak boleh cool down... adrenaline da sesak dalam body aku, peluh dah mercik bagai... tapi otak aku pikir, xdek sapa dalam rumah ni yang boleh jadik hero melainkan si pentakut lipan ni sendirik aigooooooo.... kenapa kamu muncul saat ini, terus aku gegas ke bilik air, dapatkan ridsect... dari jauh 15 inci gitu aku sembur

psstttttttt.......... sekali kau makin laju plak merayap!! arrrggghhhh

PELEPAPPPPPP!!!!!! selipar dapur yg aku pakai terus aku pijak. maka salam takziah untuk beliau........ innalillah.........


p/s: harus encik chef bangga kalau aku story hal ni ke dia....... tiada lagi histeria2 bila nampak lipan... kalau bapak dia.......... errrrrrrr..... maybe aku panggil bomba time tu... hahahahaha


semua benda nak dipolitikkan

belek mingguan malaysia semalam... rancak pak-pak menteri mengomen pasal kes pihak majlis jabatan agama penang melarang masjid atau surau-surau menguatkan bacaan al-quran.... kalau nak komen tak setuju takpa jugak tapi ni mesti komen-komen sangkut dengan parti pembangkang, politik bagai.... ikut hati nak je buat direct call kat pak-pak menteri ni and says "can you please shout your mouth!!!!!!"

sudah-sudah la... kes JAIS attack gereja nak merepek, kes ni nak merepek, semua benda nak politik2... kenapa...... ini la penyebabnya orang melayu berpecah belah. apa-apa masalah sebelum bagi apa-apa statement tambah-tambah tentang agama, bagi je la pada mereka-mereka yang arif... orang alim, mufti... sebab diorang-diorang ni la yang dekat dengan al-quran dan as-sunnah.. tanya pandangan depa then... kau nak come out dgn statement ok la kan..... ni tak refer apa terus hentam, rakyat yang x paham menda ikut mengeji, haru biru jadiknya.....

rakyat seharusnya bijak memilih.......

p/s: pandai pulak aku keluarkan isu politik... apa-apa pun rindu pulak kepada encik azizi a.k.a encik politik aku. if he's here maka sampai tersedak-sedak aku mendengarnya.... now he's gone... harap-harap nnti dia muncul balik


Sunday, August 14, 2011

jangan kerana dendam hilang orang tersayang.....

maaf la kalau semenjak dua menjak asyik post entry merapu-merapu pasal perasaan saja... kadang-kadang aku sangat tak faham dengan perangai kaum kau sendiri iaitu perempuan ni sendiri.......

for me simple, kalau seseorang tu boleh beri peluang dan cuba bawak kita ke jalan yang lebih elok kenapa kita tak boleh bagi peluang pada dia untuk enter to your world... x semestinya untuk terus jatuh cinta... jangan terlalu specific kan minda bila lelaki & perempuan bersahabat sewajibnya jatuh pada hukum bercinta... tak semestinya... sebab tu kebanyakannya kawan lelaki kamu, kamu jadikan spare part... that's not fair for them... dan bila sekali kamu terkena terus melenting tak tentu pasal...

jangan kerana ego, dendam kamu buat keputusan yang salah... sebab kadang-kadang mulut menipu. mulut kata benci tapi hati rasa sayang lagi........ kan.....

Saturday, August 13, 2011

hargai apa yang ada dari takda langsung........

buan-bulan puasa ni boleh masuk kategori pesta makanan ye dak.... daripada semewah-mewah restoran atau hotel sampaikan sekecik-kecik gerai semuanya bersaing dan dapatkan untung dan mostly nak attrack customer walaupun jual tauhu sumbat basi... ehhhh!!!

aku terkena dua hari lepas, dah mengidam tauhu sumbat singgah la beli kat bazar, sekali nak ngappp time berbuka bau dah masam, berair plak.... kempunan la aku dengan makcik aku.... so kepada peniaga-peniaga sekalian, takpa hari tu mood aku baik so aku x menyumpah2 orang (hehehehe) kadang-kadang kita tak perasan ye dak.... mungkin bukan salah makcik tu... tapi sebagai peniaga berpengalaman lain kali cek la dulu makanan yang dijual tu kan3x.........

orait berbalik kepada tujuan asal aku nak post entry kali ni...... oleh kerana bulan Ramadhan ni bulan untuk kutip untung, maka tukang-tukang masak lah antara umat paling sibuk di bulan posa ni... tak menang tangan nak prepare ingredients, lempar-lempar masuk kuali (errrkkk bunyi cam kotor je) masuk pinggan, hias2 hidang. letih tu... sama jugak la dengan encik chef aku sorang nih sampaikan aku ni ibarat malukut di tepi gantang... jadik awek terbiar dan kurang perhatian (adakah????)

sangat bosan... itu la dulu lagi aku dah pesan jangan terlalu manjakan aku dengan perhatian sebabnya bila jadik cenggini aku cepat cengeng.. (cepat sebak) ni la kes lelaki susah nak paham kenapa pompuan slalu nangis tanpa sebab.. hahahahah

sebenarnya aku paham ke"busy"an beliau den kepenatan beliau... balik-balik terus get rest, tak sempat sembang apa-apa dah terus tido sampai pagi esok, bangun p keja balik.... bila keja memang silent milent lah!!! that's his routine now.. tapi susah sangat nak adapt..... sebab tu kadang-kadang aku protes, time dia x busy then sembang aku pulak buat-buat busy padahal apa yang kau busy balkis oiiii.... busy menyetap dengan berangan je la kalau xde keja......

cuma...... semalam.. bila aku tengah rancak bersembang dengan makcik aku ntah topik apa sampai terbabas ke topik masak memasak... then she mention

she: tukang masak pon bulan-bulan posa ni lagi busy.. kesian... dugaan tu....

zapppppp!!!!!!!! terus aku rasa waaaarrrrrrrr betul la makcik.... then tetiba macam "owwwhhh balkis, kamu sudah bangun ke??? sebelum ni apa??? mengigau???"

hah macam tu....... hahahaha now aku dah realize, he always try hard to be with me tapi encik chef tetap encik chef, tetap manusia yang tidak sempurna..... penat-penat dia keja bukan p meronggeng ye dak.. patutnya aku appreciate & support bukan dengan merungut-rungut bagai.........

dan semalam selepas hampir 13 jam dia keja, balik-balik rumah kami text dalam sejam, I feel soooo..... sad... sedih kenapa ceq??? sedih sebab terharu, he still spend his time for me, layan aku merepek macam-macam hal, merungut itu ini, beliau pun merungut sakit betis banyak buat keja.... kesian... saya ingin lebih menghargai dia lepas ini.... errrrr bukan janji ya... nak cuba sebabnya aku tetap aku.... tak sempurna... hahahaha

p/s: kalau dah xde keja sangat bulan-bulan posa ni apa kata kita dekatkan diri dengan ibadah ye dak... xdek la mengadu bosan.

Thursday, August 11, 2011

hari ini kesabaran teruji..

mungkin cuaca panas membahang sama yang buatkan aku sedikit hangin tak tentu pasal hari ni.
everyday hari sekolah selalunya aku siapkan sepupu aku yang baru darjah 1 ni pukul 12pm sebabnya 1230 aku dah prepare hantar dia ke sekolah. tapi hari ni nampak banyak pulak ragamnya... dengan nak makan gula-gula dulu la.... nak tengok katun dulu..... dah paksa masuk bilik air main tembak air paip satu biik basah.. aku dah intefere nak tolong mandikan sekali dengan den basah.... ohhhhh ini perangai macam ni memang masuk kategori nakal tak bertempat ni... 


me: Amal basah lah kak ti!!! sudah la mandi sendiri senang. lambat padan muka!!! ( dammm!! agak kuat pntu aku tutup)

after few minutes...........


him: hah tengok ingat amal tak boleh mandi cepat ke..... (keluar2 bilik air terus lap2 badan) kali ni aku nak test sikit budak ni....

me: (without looking at him) hmmm yala tu... haaa tu semua baju ada dekat sofa. pakai la sendiri kalau dah hebat....

panas lagi rasanya hati aku ni... I want to see how much he can depend on himself.... grrrrrr....... then dia start pakai seluar sekolah dulu.... hah aku dah ajar dah pakai baju dulu kang senang nak masukkan baju dalam seluar... tap aku biarkan ja....

him: kak ti cepat la tolong butangkan seluar ni... tak boleh masuk ni.... (perut ke depan biasala tu...)

me: haiii dah kata hebat kan tadi.. buat la sendiri..... kak ti tak tolong pon xpa....

him: alaaa..... cepatla satgi lambat ke sekolah ni....

me: amal besiap la sendiri kak ti busy

him: cepat lah!!!!

me: mintak maaf dulu....

him: alaa... dah lambat ni nak kena apa lagi... seluar x boleh pakai ni...

me: mintak maaf dulu........

then muka dia dah macam tahan marah nak nangis semua ada..... hah tau pun.....

me: yala mai sini... kan kak ti cakap pakai baju dulu nnti senang.... (sambil pandang muka orang yang dah macam ayam tertean cuka... hehehehe)

him: apa tengok2!!! hish3x...

me: owhhh... gula-gula ni kenapa??? x boleh bukak?? mai kak ti tolong... 

ambik terus masuk mulut, then nampak emosi dia dah makin stabil..... lepas siapkan semua, tnggu rancangan upin & ipin sebelum ke sekolah.... 

him: kak ti, amal nak habiskan semua gula-gula ni boleh???

me: boleh... habiskan la....


p/s: itu reward yang tersirat sebenanya... sebabnya aku dah hukum dia secara tersirat dengan tak pedulikan dia sekejab... dengan anak-anak ni mudah.... marah macam mana pun selalunya sat je... kalau marah terlampau lama, pukul yang tak munasabah (maksud tak munasabah ni maknanya sampai lembik kau belasah) tu dah bukan mengajar anak namanya... tu melepaskan geram....... & it's not good for the child...

ewahhhhh menjadik tak theory aku??? lepas hantar ke sekolah, dalam kereta semua takde masalah... Alhamdulillah..........


Saturday, August 6, 2011

mak cik karipap

sejak di meru ni almost everyday akan ke bazar ramadan taman jati belakang rumah ni... memandangkan makcik aku pon dok tunggu masa je nak deliver memang aku bejalan pon sambil kepung dia sambil tangan mengusung juadah sebab risau ramai-ramai kang ada telanggar... Nauzubillah jauhkanla.... ala-ala bodyguard kan.... merangkap driver lagi, mengasuh cik akmal lagi yang giler ah nakal!!!

ok sambung cerita pasal makcik karipap.... ini bukan kes hantu makcik karipap maharaja lawak ni... tapi kes yang benar-benar berlaku di bazar tadi.

makcik da bagitau nak beli kuih dekat gerai sorang pakcik ni sebab kuih dia antara ter"best" kat bazar tu. so masa sampai tengah pilih-pilih kuih ada la sorang makcik ni masuk gerai yang sama. dengan suara yang ala-ala speaker volume tahap no 5

she: pakcik tolong kasik karipap 2 ringgit.

pakcik tu xdek reaction apa-apa... aku pandang je semacam kat makcik tu... dasyat suara dia tapi pakcik tu boleh tak dengar... aku nampak a plastik karipap tu dah ready dah siap-siap. boleh la aku tolong ambikkan tapi kena panjangkan la tangan sikit

she: eh pakcik ni tak layan aku pulak dah.... ni adik tolong ambikkan karipap 2 ringgit  (dia tegur pulak anak pakcik tu, sama jugak takde respon)


pun suara dia kuat jugak..... aku pun tak teragak-agak tolong la ambikkan karipap dua bungkus kasik kat dia

she: hah terima kasih dik. makcik ni asyik mintak dari tadi xde sape nak layan makcik. entah meniaga apa macam ni....

aku just gelak-gelak je la nak cover, then baru la sorang abang tu perasan terus tanya

he: ye kak nak kuih apa?

she: baru nak menyahut. yela akak ni nakkan karipap tu tapi adik ni hah yang melayan kamu menengok aje... ni karipap ni bagi lagi 1 bungkus, aku nak 3 ringgit lah.

terkulat-kulat brader tu melayan. aku dengan makcik dah tergelak-gelak bagai.. lawak la jugak. boleh tahan outspoken makcik sorang ni...

p/s: latih diri untuk cuba bersabar di bulan puasa ni... cuba-cuba lah. lagi 1, pada perokok tegar, ambik semangat ramadhan untuk kurangkan pencemaran kesihatan & udara...

queen sized

baru ja lepas tgk cerita ni kat diva universal tadik. tak sempat tengok ending sebabnya cik akmal tukar channel ke astro ceria. tapi memang nampak sangat manusia-manusia golongan berkulit putih ni sangat obses dengan bentuk badan yang kurus menawan.... especially golongan remaja. kalau teen yang berbadan besar sumpah x famous, jadik bahan ejekan pastu susah nak carik soulmate. diskriminasi kan......

adil ke kalau golongan berbadan besar ni dianggap sebagai bahan pelawak???? aku pon notice yang kalau golongan berbadan besar ni cukup susah nak carik pakaian yang sesuai. also pandangan sinis masyarakat yang lebih gemar jadikan golongan si kacak tampan yang memiliki badan sasa dan jelita rupawan yang body nya ala-ala jessica alba. adakah golongan-golongan ini yang dianggap seksi oleh masyarakat????


nope.... sebab stigma masyarakat ni tak sama... ada yang mengatakan kurus itu seksi.... tapi ada jugak yang mengatakan gemuk itu menggodakan....


kalau gang-gang mat salleh setuju kesempurnaan seseorang wanita itu melalui tubuh badan yang berbentuk ala-ala kerengga, lain pulak persepsi masyarakat di mauritania sebuah negara yang dekat-dekat dengan india. kaum lelaki kat sana pulak anggap perempuan gemuk itu seksi. pelik bebeno.....
kanak-kanak perempuan sejak kecik lagi dah dilatih untuk makan banyak terutama makanan berlemak, kaum-kaum ibu akan memaksa anak perempuan mereka makan dalam kuantiti yang banyak sampai kejong anak dara depa pon tak kisah, kalau terlampau makan, muntah, pas muntah sambung makan lagi... sebabnya anak-anak perempuan kan satu bebanan, so kaum ni sumbat makanan so bila anak depa gemuk banyak la peminat ye dak.... hehehehe macam-macam hal... tapi masalah la pulak bila dah terlampau gemuk ni macam-macam penyakit attack

INI........








INI...........




ATAU..........







kalau yang ni pulak????????





p/s: pertama yang paling penting adalah kesihatan yang baik kan......
kedua pulak.......yang penting hati dan perasaan ye dak!!!!!! biar cantik di hati baru cantik pada pandangan mata....

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......