Saturday, January 16, 2021

horror story

salam.... berat sebenarnya nak bercerita kes aku ni... tapi aku sure ramai yang berdepan dengan krisis yang sama tapi tak sanggup nak cakap open sebab aib, malu, segan etc... cerita ni pun aku simpan kat draft dulu pikir banyak kali nak post...


well.... last month, aku tak ingat tarikh tapi since aku stay dengan en. chef nie, dia kerap syif malam so aku sentiasa sorang la kat rumah sewa. malam pun sesorang je la tapi so far takde masalah aku dah immune. Maksud aku takdek la tepikir ke perkara yang negative sangat. pasal aku kaki tido so ade ape hal?? tido je la.. dalam pukul 4.30am laki aku balik la...

but there is one night yang mula jadik titik permulaan untuk aku mencari jawapan pada permasalahan aku ni...


malam tu aku tido awal. lepas maghrib, aku recite Al-Quran then aku tido depan hall. motifnya sebab kalau aku tido dalam bilik kang terlajak isyak plak. so dalam 8 lebih aku tido sampai la 11lebih baru aku terjaga. for sure la bila terjaga tu pening2 mamun gitu kan... then aku termenung depan hall tu. I feel weird. soooo weird... aku rasa insecure tetiba... tak sedap hati, rasa diperhatikan & rasa something is going to happen....

aku ambil wudhuk. tapi before tutup lampu dapur dengan bilik air tue aku betul2 perhati kat dapur tue.. betul2 rasa lain macam... then aku off terus masuk bilik dan lock pintu bilik. lepas solat isyak aku baring semula nak sambung tido but failed. pusing p pusing mai dalam pukul 12 lebih kira dah almost half sleep aku terkejut jaga for no reason.

masa terjaga tu mata aku betul-betul fokus dekat alang bilik aku tido tu.... I am really surprised when I saw like kain putih berkibar kat atas tu. masa tu bulu roma aku memang mencanak naik dah. my whole body like shrinking & I can't even moved my body as well.

aku pejam mata semula & I say to myself "jangan bukak mata balkis. stay close!!!" lepas tu bermula la aktiviti paranormal kat dalam bilik. aku rasa ada orang yang berjalan dalam bilik. walking trough my bed... aku boleh rasa seseorang sedang baring sebelah aku. Mashaa Allah masa tu aku langsung tak boleh bergerak & aku start confused. is it my husband??? bila dia balik?? soo active that idiot moved in my room....

aku cuba untuk recite something but can't. try & try some more until perkataan "Allah hu Akhbar" came out from my mouth then suddenly everything gone. 1 bunyik pun takdak melainkan bunyi kipas dan cengkerik kat luar rumah. & aku start boleh moving my weak body. aku bukak mata tapi sumpah dah tak berani tengok alang dah. tapi aku perhati sebelah aku takde sapa melainkan hanya bantal sahaja.... I called my husband several times but he never pick up. of course la kawan tu busy dengan keja kan....


then sambil baring aku pun zikir la sampai terlena. jaga bila husband aku call minta bukakan pintu pagar pukul 4.30 am....


*this story was kept in my draft since 2015 and I just revealed it now*

Wednesday, January 13, 2021

permulaan 2021

 Assalammualaikum wbt....


wow. just wow... lama sangat aku tinggalkan zaman blogging ni. 😂😂 sampai tak tau nak start from where.  what a pathetic life. banyak sangat hal2 yang berlaku dalam hidup aku tak sempat nak share dalam ni. who knows 1 fine day aku ada amnessia ke hape ke cemana nak recall balik... kan payah... this is the best medium untuk share what happened in my life... 


btw, new year, new workplace. sama company tapi Alhamdulillah cheq dah jadi orang kedah semula. no more Johorians.. 3 years penat lelah jadi musafir. Akhirnya balik ke kampung halaman. syukur alhamdulillah.... now tengah me"adapt"kan diri dengan new environment. new challenge of course. apa pun keep strong and I hope that I can get trough this.


crisis now. sama ada nak kekalkan blog ni atau nak buat yang baru.... I hope this is not the last update for me untuk tahu ni. hahahaha... besa la hangat2 taik ayam. update sat pastu stop 2 3 taon. I love writings. I love sharing my life. doakan aku kekal istiqomah. amin...


that's for now. adios amigos. 

lot of love.


Monday, January 1, 2018

Perbezaan kerja dahulu dan kerja sekarang

Sekali bila melangkah ke company baru, aku agak canggung dengan new environment dan jugak culture yang company baru guna pakai. Dan aku terbawak2 budaya kerja lama ke tempat baru yang mnyebabkan kekadang colleague aku macam pandang sinis atau macam buat mimik mukanyang menggambarkan penyataan seperti “minah ni pehal buat macam ni”. And of course aku plak cuak... eh apahal aku buat gitu... hahahahaha

5 years spending my time and effort in previous company. Aku diajar untuk berdikari dan jugak berfikiran spontan. Aku jugak diajar untuk cepat mengawal setiap tindakan, makna kata cakap dulu, kendian baru fikir mcm mana settle. In fact, aku jugak sentiasa mengingatkan diri aku untuk merakam setiap percakapan, get important point, keep it in mind. Make it black and white if necessary. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, Ya Allah.. rasa diri mcm predator..


Kalau dulu, I’m really young and innocent. And aku ada colleagues yang very supportive di mana from day one, sesi introduction adalah explaination mengenai background company, management etc. So msa 1st coming and msa dpt keja aku dah mcm ada idea why I’m doing this. In case any problem, who should i refer to. I have clear instruction. Thanks to my HR yang guide bagi aku betul2 paham... so ilmu gitulah aku peeturunkan ke anak murid baru... staff baru masuk I’ll make sure they understand things before they commit with their job. Aku menjadi manusia yang kerap bertanya. Even practically nya aku xtau sangat life dalam farm for example, but I’ll make sure i understand everything. Pasal sometimes ada je pihak yang menyoal dan aku akan memberikan jawapan as if aku keja bersama.. walhal aku dengar diorang bercerita sahaja...

Now... Mashaa Allah.... aku betul2 lost. Kadang mcm terpikir apasal la depa soh aku buat benda gini? Apa fungsi ni buat ni... especially masa join arrange DOC. Even aku suka department tu, banyak benda aku macam tak paham kenapa perlu ada... pastu once melompat bidan terjun purchasing lagi la... bila document aku melayang ke farm, sekejap sana sign, sekejap sini sign... aduh... sakit jiwa mak compiles document together. So once dpt attached dan submit ke HQ aku rasa satu pencapaian yang sangat membanggakan. And I admit its really motivate my day kalau aku berjaya hantar sebundle besar document ke HQ.

In term of multitasking... serahkan pada pakar... previous company, aku sapu semua department kecuali HR. Sikit je aku amik tau. Dari purchasing, sales, acct, production (sayangnya separu je blajo... repot tak tau produce), warehouse inventory, system, IT, mostly aku sapu habis. Cek komputer , server pun mostly aku dengan bantuan IT experts via call/whatssapp. All department sapu sbb aku head system so multitasking of course and independent. Usaha buat dulu tak boleh baru cri expert.

Sini.... restart server pun expert datang restart. Wow.... well... harini dapat pc cpu baru so expert datang install everything for me.. kalau dulu... sendiri buat sendiri pasang.. restart, cabut wayar sana boh sini video call expert ja.. sangat dimanjakan eh sini.. dulu memula masuk aku dok godek pc sendiri semua pakat kata x payah terus direct call expert aku mcm WHAT???serious ka?  Check la sendiri dulu tengok apa masalah... smpai aku rasa bersalah plak everytime experts datang check pc aku padahal mmg tanggungjawab dia. Hahaha naya betol la


Sometimes I’m asking myself.. why on earth my previous company seems not hapy with our job. We really try hard to make things okay and easy for them. Dari system tak tentu hala, record caca marba until we manage to simplified everything... at the end of the day... sedih...

Actually dah move on. Tapi kekadang bila pikir balik... rugi kan. Ok lah. Bye.

Sunday, December 31, 2017

Pengakhiran 2017

Assalammualaikum.....

Mashaa Allah.... niat hati nak selalu update sini tapi malangnya tak pun... so all memories remains in mind. Yang ingat ingatla... yang x hengat tu berkubur je la....

So... di hujung2 year end nie aku summarizekan je la apa yang berlaku sepanjang tahun ni yang aku sempat catch up.....

1st adalah pasal worklife aku. So far lepas resign dari DPDC Kuala Ketil aku rasa agak bahagia. Well, no more work torture. Tak perlu sentiasa sakit hati kerja. I admit myself pun ada kekurangan but the way management treat me, is totally unfair. I don’t mean overall, but they are some toxic people inside that create unhealthy environment in the company. Kesian... company sangat well known and successful. Tak dinafikan...

So after 5 months unemployed, my ex-boss was called me to join his new company. Purchasing vs system. So 1st November I was start new life.. jauh tercampak di selatan tanah air. Negeri jajahan JDT. Hahahaha I don’t know what element that drive me to be here but thankfully dapat approval dari en.Chef dan family.. same industry which is ayam. But mostly broiler type. Alhamdulillah 2 bulan dah jadi geng johor. 70% dah boleh cope up unless aku sentiasa homesick and rindu air tangan orang utara. The rest just fine la... dapat rumah which is very nice. Tapi kosong berisi katil tilam dan meja makan sahaja... ok la kan... gaji a bit higher compare to previous company. Maka nikmat mana yang kamu dustakan..

Marriage life up down macam roller coaster. That’s nature. Conflict always occured. Normal. But one thing I want to remember happened in 2017. It was when one couple would like to gave their son for us. Memang rasa bertuah sangat dah time tu. but because of some issues, benda tu tak dapat jadi kenyataan and it hurts me a lot... just doakan yang baik2 jela moga lepas ni ada rezeki lain yang mendatang...

There you go... Alhamdulillah 2017 ada sedikit accomplishment diri dimana aku berjaya step out from my comfort zone. Tak mudah bagi manusia seperti aku ni nak keluaq dari zone selesa which is bawah ketiak suami dan mak dan jauh merantau ke batu pahat ni. It takes a lot of courage, efforts, tears of course, and strong physically emotionally. 2 bulan jauh dari family bukan sesuatu yang mudah and I can manage it until now... Alhamdulillah....

Aku doakan semoga di tahun baru aku dapat lakarkan lebih banyak memori manis berbanding yang tak best. Nak lebih berjaya, independent, dan lebih positive. Inshaa Allah





Thursday, June 15, 2017

Bermula life sebagai full housewife

Start 25.5.2017 aku meninggalkan company ayam yang berpengkalan di kedah tu... main reason adalah aku merajuk. Selain tu sebab backbone aku pun dah tak wujud di situ so I feel like buat apa lagi nak stay sana... selain tu??? Banyak monster tua tak sedar diri menyakitkan hati. Fullstop... dari menyakitkan hati so better chaloo dulu..

Well, actually bahagia jugak jadi suri rumah ni rupanya... we have a lot of time to spent. Ohhhh by the way since masih hidup berdua ni memang banyak masa sangat la... most of house chores pulak encik Chef bantu settlekan..

Nak kembali berblogging la... hehehe rindu.

Wednesday, September 23, 2015

Testimoni All Plant Protein Powder Amway

Actually aku dah jadi pengedar Amway around 2 tahun lebih. every month pegi stokis dia di Alor Setar tapi beli barang sikit2 je la. 

alkisahnya last month one of my staff punya husband admitted sebab over diet sampai ulcer perut. huhuhu dengar pun sakit. so dia mintak aku belikan dia All plant protein ni la untuk cure. 

sumber:Google



so far, Alhamdulillah berkesan, luka ulcer cepat baik, since that guy kena sentiasa alas perut dia, so minum ni rasa kenyang sentiasa. kulit pun chantekkk.... honestly aku tak pernah try tapi aku plan nak beli next gaji ni tapi perisa cekelat ....


second customer aku pun ada same symptom tapi dia takut nak cek spital. dia mintak aku belikan jugak protein powder ni... hasilnya pun powerful. even belum fully recover tapi dia cakap selalunya bangun pagi pukul 5 dah berkeriut bunyik perut mintak makan. tapi after dia consumed malam before tido, pukul 6 siap2 nak keja still steady je perut.. hehehehe 
yummmmm lazat kan?? hehehehe
ada jugak perisa berries. tapi nak rasa cekelat dulu. minum sedap, kulit chantek, perut cepat kenyang. boleh la diet ioolllssss...






Monday, August 3, 2015

we all dah together-together...

Alhamdulillah... start bulan 3 we all dah tak main PJJ... dapat stay sesama... he got Cook position somewhere in Kulim Hi-Tech.

stay rumah sewa. Puh betul orang cakap hidup sendiri baru terasa mencabarnya hidup.... sabar & redha... dulu zaman PJJ boleh selalu rindu2an tapi sekarang hari2 jumpak ada kekadang nak terkeluar jugak silat kuntau aku nie bila gaduh..

menangis hentak stereng biasa. bertekak dalam kereta routine now. but at the end otak waras aku selalu pikir. "balkis, do not ever start to shout. DON'T!!!' Alhamdulillah belum terkeluar jeritan. so suami aku pun marah tune dia slow. kih3x....

permudahkan lah Ya Allah....

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......