Wednesday, April 27, 2011

update kosong

bercerita pasal gigi aku ni.... macam xde masalah sangat. if sebelum ni member aku bagitau nak tumbuh gigi geraham bongsu memang horror tahap humang. sakit sesakit-sakitnya tapi aku dah masuk 5 hari boleh rilek sembang kencang lagi... nasib baik aku boleh cakap sebab encik chef dah sumpah kalau aku x nak bercuti dari bercakap atas alasan sakit gigi memang hujan seminggu tak berenti...


sepupu aku merajuk sebab kena marah dengan bapak dia... dah seminggu lebih.. cuti hari tu kakak2 dia datang rumah saja jenguk2 sedara mara pesan aku suruh try kontek & pujuk dia... so semalam saja try miskol.. alih2 dia bagitau dia baru pas accident. nasib baik tak teruk mana... tapi alahai merajuk benar agaknya sampai mintak balik pun xmau....


I'm good toxic handler. hahah sebabnya aku tak nampak point kenapa ada orang rasa tak selesa bila bercakap dengan aku *patutnya amik psikologi dari dulu kan3x


dan semalam saja text encik politik yang misteri... rupanya tebongkar rahsia umor dia da 30!! OMG... punyala selama ni aku do text dia dengan merepek segala bagai kan... sekali kawan tu dah tua rupanya... harusla betempek2 segan aku ni... *kamu sepatutnya lebih matang balkis..

yeah.... rite...

Monday, April 25, 2011

apa terbaru..... 1

seminggu aku terperam dekat kampung tanpa online. cuti dari buku, cuti dari dating, cuti dari naive dengan ragam kawan2... yeah aku rasa sangat hebat sekarang.... so update terbaru...

FB aku... maaf selama seminggu buka aku adminnya... bukan jugak encik chef tetapi post comment2 yang agak mengharukan tu datangnya dari sepupu kesayangan aku yang dianggap seperti pakwe sendiri.. kwang3x... encik nazri .

manakala sekarang aku menanguung permulaan kesakitan angkara gigi geraham bongsu aku baru nak muncul... yeah... sangat tepat pada masanya... time final jugak la kamu nak muncul ye encik geraham... tapi mak aku dah bekalkan ubat yang secukupnya sebelum ke sini.. harap2 nya boleh la jadik bekal time demam nnti ye dak..

aku dapat praktikal kat alor setar.. KPDNKK... sangat dekat dengan menara tempat encik chef carik makan. but who cares?? orang semua cakap aku bahagia dapat dekat dengan yang tersayang... tapi still jauh dari mak... susah la... dapat dekat dengan beliau bukan 1 bonus pada aku... akan ada masalah lepas ni... trust me.

owhh sekarang aku rajin makan nasik. sehari 4x... badan da nak macam belon...

sebenarnya aku update post kali ni dengan hati yang agak bengang.. kerana apa... itu yang kita tak tahu... hahaha bengang dengan encik chef barangkali... beliau buat aku murka seketika... tapi takpa... dendam akan terbalas...

selamat ber"exam" sahabat2 seperjuangan sekalian... berdoalah... insyaAllah... Allah bersama2 kita. amin

Monday, April 18, 2011

dah ok

6.30 pagi alarm bunyi, aku mengeram kejap dalam selimut dalam 5 minit bangun, setlekan hal yang perlu disetlekan...

tekan suis lampu, buka buku arab, hafal dialog untuk speaking jab lagi, tetiba lapar... panaskan air, bancuh Nesvita 3 in 1.. and now here I am...menghadap lappy, cek fesbuk, emel, update blog..... hari ni hati agak senang sebab aura nak balik kampung tu da makin dekat....hurmmm.....


so petang ni aku akan bertolak balik kampung bersama 2 orang rakan sekelas, cik suliha dan cik izwati. mereka akan follow aku tapi balik rumah family angkat 1 jalan dengan aku.. so apa salahnya buat car pool kan...

kerja yang akan aku settlekan hari ni sebelum balik...

1) harusla proposal research kena setlekan
2) report ReCAMSS, dah siap.. nak print cantik2 bagi sama penasihat kelab..
3) skrip arab... ini aku xtau camna nak setlekan... kena discuss dgn cik zul. harapnya dia boleh tolong setlekan...


kemudian esok punya plan... aku bersama izwati, suliha dan family angkat mereka akan melepak di lata bayu, smbil makan durian.... hahahah sapa nak join hand's up!!!


p/s: rindu kenangan dgn JUR team makan durian kat junjung... journey yang sangat2 x ingin dilupakan....

Sunday, April 17, 2011

sambung la buat perangai.....

awak keluar lagi dengan balak awak.... awak tinggalkan kerja awak... awak bersenang lenang bergelak ketawa... kawan awak terhegeh-hegeh nak siapkan kerja....

hebat sangat perancangan awak kan.... awak mintak nak setlekan chapter 1 and chapter 2... awak nak saya setlekan chapter 3... supaya awak siap dulu dan biarkan saya terhegeh-hegeh lagi nak sambung ayat-ayat terakhir & pada masa yang sama edit semua kerja awak... bravo sahabat bravo!!!!!!

dalam masa saya sakit, saya kena siapkan report program kelab, saya kena habiskan sisa-sisa asignment yang tergendala sebab saya terpaksa balik atas hal kecemasan baru-baru ni... sekarang keadaan makin kelam kabut kerana saya terpaksa mengejar deadline..... awak tak pernah kisah kan....

esok nak hantar asignment, awak berfoya-foya di luar, chapter 1 awak baru setlekan introduction, chapter 2 haram apa tak sentuh lagi.... dan...... akibatnya... saya tak dapat proceed kerja saya... sekarang saya sedang goyang kaki tunggu kepulangan awak wahai tuan puteri....


best tak pinjam baju saya buat jalan-jalan?? tak apa la nak susahkan saya kat sini... saya tak kisah... sambung la buat perangai ye.... balik karang sambung bergayut pulak ye.... nak bergaduh manja ke, nak ber"tenet2" ke... ikut suka awak la ye....

awak off handphone awak ye..... ikshhh3x....... terharu saya... bertuah pakwe awak dapat awak ye.... sanggup tinggalkan semua tanggungjawab demi yang tersayang.... harus la jadikan contoh tauladan buat awek2 di luar sana yang lebih pentingkan tanggungjawab sampai tak sempat nak layan pakwe sendiri... bertuah2....


p/s:it's out of my control.... tolong ajar saya marah orang boleh?? saya naive...

ujian yang menguji kesabaran

dalam orang lain dah ber"heaven" menyambut study week dengan balik kampung bersama keluarga, study di rumah dengan tenang, merasa masakan mak.... (sedih gila!!)...

aku still kat sini, habiskan sisa2 assignment & report program yang masih ada. lepas tu ditambah plak dengan keadaan kesihatan yang...... kurang sihat....

sabor je la cik balkis ye....

Friday, April 15, 2011

dedicated to allahyarham Nurul Ilyani (3 months 12 days)

Nurul Ilyani,
It is the most beautiful moment that I had with,
when for the first time I saw your face,
I saw your smile while your sleeping
I hold your little tiny hand
you grab my fingers,
to hear your laugh
to kiss you, to hugs you, to feel you

Nurul Ilyani,
ibu adik menangis di pelukan akak,
betapa beratnya hati seorang ibu melepaskan anak sekecil ini,
3 bulan 12 hari tidak cukup untuk ibu mencurahkan segala kasih sayang pada adik..
tapi mendengar kata-kata abang chaq,
"macam mana kita sayang pun pada dia, Allah lebih sayangkan dia. sebab tu Allah ambil dia dari kita"
Its hurt me lot sis,
tapi akak pasti, adik pasti sedang bergembira sekarang bersama para bidadari dan bidadara syurga,
jauh dari hiruk pikuk dunia yang lebih memperdaya & menguji,
janji syurga untuk adik pasti,
bantulah ibu adik di masyar kelak,
dengan waktu yang sedikit ibu melempiaskan segala kasih sayang untuk adik,
bantulah ibu berikan khabar gembira untuk ibu adik ketika menghadapi saat2 keperitan di masyar kelak,


Nurul Ilyani,
kedatanganmu ke dunia disambut dengan penuh kesyukuran
kepergianmu akan dirindui semua
berbahagialah kamu di sana..
Al-fatihah...


Al-fatihah untuk arwah adik Nurul Ilyani, adik kepada sahabat aku yang meninggal akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan Allahyarham, ibu & ayahnya. ayah terselamat & tidak mengalami sebarang kecederaan manakala ibunya menerima beberapa jahitan di muka & lutut. kereta yang menjadi punca kemalangan telah melarikan diri. tiada saksi (harapnya dia berbahagia & gembira sekarang dengan melarikan diri). adik Nurul Ilyani mengalami gegaran di bahagian otak dan kecederaan dalaman yang menyebabkan kematian selepas koma selama beberapa hari.

aku sempat melawat adik Nurul sekali semasa hayat. bayi bertuah kerana dilahirkan didalam sebuah keluarga yang lengkap & penuh kasih sayang.

kalau diberi seluruh harta pun aku tak sanggup berada di tempat ibu sahabat aku. hanya Allah yang lebih mengetahui perasaan beliau. sebijak mana pun perancangan manusia, Allah tetap perancang takdir yang terbaik & teragung. i just hope keluarga zul tabah & redha atas kepergian si kecil mungil itu. setiap ujian ada beribu hikmah & rahmat yang mungkin tak mampu kita bayangkan... memori yang Allah berikan ini walaupun sekejap - itu adalah 1 penghargaan supaya kita lebih menghargai setiap apa di sekeliling kita pada masa hadapan.

semoga Allah melimpahkan rahmat buat keluarga Allahyarham Nurul Ilyani Amin... (jika anda membaca, anda turut mendoakan..terima kasih)


p/s: kali pertama melihat wajah si kecil tidur selama-lamanya... MasyaAllah suci & tenang tanpa dosa. nasib kita bagaimana???

p/s2: Al-fatihah jugak untuk arwah abah.. 9 tahun... rindu pada abah tetap sama macam dulu...

Tuesday, April 12, 2011

tahap syok sendiri

since aku realize ni baik aku becakap siap2... aku x pasti dengan tahap syok sendiri aku dalam deliver ayat2 dalam blog aku ni. kekadang aku terpikir adakah aku post entry melalut, syok sendiri yang buat orang menyampah & jengkel. tapi melihatkan follower aku yang liat nak bekembang nampak la jugak kan... heheheh tapi no hal la yang tu... xkan nak sentap jugak kot...


aku mudah... sebenarnya ikutkan hati memang nak je membebel panjang, everything, anything that happen aku nak share tapi bila ikut logik & akal.... I can't.

banyak kali terdetik dalam hati aku... dengan masalah asyik mendekat, dugaan, pendek kata macam2 tapi macam kurang manis nak disclose & melalak dekat sini. sebabnya rasa malu & terhina tu ada....

mungkin jugak sebab kadang2 ia melibatkan aib saudara sesama sendiri.. kalau kita menjaga aib saudara sendiri, Allah sendiri akan menjaga aib kita. aku sekarang ingin berpegang dengan kata2 tu... sedang berusaha, masih belum berjaya.

maksudnya sekarang kalau aku story hot2 dekat sini mesti blog aku menjadi hit kan... hahaha tapi sampai ke sudah aku tak berani nak disclose lebih2... so biar la main2 underground ja


sekali lagi entry syok sendiri... hahahaha

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......