Sunday, August 21, 2011

bila ramai manusia semakin hilang rasa belas kasihan

bahagianya rumah bila ada bayi sorang ni... walaupun kuat melalak tapi it's really great to see her cute face. bayi ada atas riba sekarang... hahahaha sila jangan jeles.

sedang mengira detik-detik terakhir di ipoh sebelum balik berhari raya di rumah dan InsyaAllah akan kembali bersama fami;y nanti untuk melawat baby sekali lagi.

terkesan jugak melihat baby akma... dia bertuah sebab kedatangan dia ke dunia ni sangat-sangat dialu-alukan dan dinanti. tak macam sesetengah bayi yang lahir-lahir je dah tercampak dalam lubang toilet, dalam baldi, dalam tong sampah majlis bandaraya... yang ditanam hidup-hidup pun ada...

para-para ibu bapa inilah antara ibu bapa paling malang dan rugi sekali di dunia dan akhirat.. takde nilai kasih sayang dan takda anak-anak yang akan mendoakan mereka di akhirat nanti...

janganlah kau cabut rasa sayang dalam diri hambaMu ini yaAllah.....




tengok si comel ni.... berani kamu nak bunuh???
sumber: pakcik google




sapa rasa terjenguk column aku ni rasa xmau bayi tu meh pm aku kat fb. aku jaga anak korang sampai jadik orang. InsyaAllah... (serius ini entry serius)

Thursday, August 18, 2011

let's help them

kadang-kadang kita rasa dunia ni macam tak adil tambah-tambah bila diuji. ujian yang sedikit dah panjang lebar kita mengeluh... tapi bila melihat ujian yang ditimpakan pada orang lain, baru kita sedar yang masalah kita ni tak seberapa dan betapa beruntungnya kita di dunia ni berbanding orang lain....

ini mungkin habuan bagi mereka tapi trust me, rahmat ALLAH di sebalik semua dugaan yang Allah turunkan untuk mereka memang tak terhingga. Allah uji kerana Allah sayang.semakin kita diuji semakin hampir Allah pada kita.

mari kita bantu mereka

Wednesday, August 17, 2011

boyish dan pink

entry kali ni klise sikit... entry ni wujud sebab aku rasa masih ramai lagi yang belum kenal aku dan jiwa aku sebenanya... tambah-tambah pulak skang ni makin ramai yang mengorat aku di FB... kah3x gila aku mencarut... mungkin tersampuk dengan badi cousin aku si nazri tu... tapi sedihnya yang mengorat beliau adalah kaum sejenis. kaum berlawanan takut nak dekat memandangkan muka beliau ibarat kasanova... kwang3x

aku sebenanya malas la sangat nak pukul canang kat fb tu yang aku dah ada relationship memandangkan masa aku declare aritu ramai yang melopong-melopong x pecaya si boyish sorang nih ada balak.... pastu terus fb aku macam kawasan perkuburan.... sunyik je xdek entertainment..... apa orang kapel dah x boleh kawan ke hahhhhh  choosy sangat... huk3x

kali ni aku nak bercerita dulu mengenai perangai aku...oleh sebab aku anak kedua dan abang aku sulung, so aku banyak mengikut jejak langkah dia time kecik-kecik. main rakit, polis sentri, tuju kasut, masuk hutan bagai... tambah-tambah pulak sepupu aku time tu ramaii...... dan unluckily semua lelaki jugak so apa lagi... kau randuk air parit kotor carik ikan laga aku pun join la kan.... so mungkin itulah yang agak merencatkan pertumbuhan mental aku sebagai seorang perempuan. cumanya...... mak aku x ikut sangat kehendak aku. bila time raya disarungnya baju kurung, dress, baju kembang ala-ala princess, kau bayangkan aku pakai dress paras lutut dengan rambut pendek macam jantan... arggghhhhh tapi time tu aku adek la meraung tak suka... still boleh accept sebab alah sikit sebanyak mesti ada perasaan nak melawa ye dak... hahahaha

cuma baru-baru ni aku kat ipoh ni belek-belek album lama ternampak 1 gambar time raya aku dengan cousin-cousin lelaki aku (sebelah mak) begrambar ramai-ramai. depa ada dalam 6 orang, aku sorang girl... yang tak tahannya depa pakai seluar n tshirt segak-segak, aku pon apa kurangnya, t-shirt jugak n suar dengan rambut pendek. cuma beza ketara aku nampak perempuan suar aku sorang kaler pink, dengan seketul rantai emas kat leher.... cihhhh nnti aku uploadkan gambar tu... hhahahahah


banyak baju-baju aku dulu kaler pink.. ntah kenapa mak aku geram gamaknya nak jadikan anak pompuan dia ni ala-ala princess tapi lasak sangat so ada kenan sikit-sikit pon jadik la.....

so... aku rasa until now aku still suka pink, even aku susah nak mengaku. perangai aku tetap boyish, aku tetap selesa berkawan dengan lelaki-lelaki sebab bagi aku mereka ini berjiwa mantap, tak cepat terasa, sembang lawak kasar pon hati masih kental berbanding wanita yang hatinya sensitif. termasuk aku... hahahahaha aku sorang emosi-emosi sudah.. kalau orang lain join emosi sekali jadik x best pulak ye dak????

ok tersedak sebentar.... ehemmmm!!!! sambung.... I love challenge, I hate sports!! tapi I love aktivity yang need a lot of energy + back to nature... I love hiking, jungle tracking, apa lagi ya... alah something yang boleh dekatkan aku dengan alam. tapi please jgn cakap dengan aku pasal bola sepak ke, takraw ke... bosan dowh!!!!! dulu time skolah aku jarang participate dlm extra kokurikulum... melainkan kadet polis dan kelab pecinta alam. itu sahaja.. sebab masa terluang aku habiskan aktiviti nakal di asrama... sesiapa yang stay hostel tapi takde pengalaman panjat pagar sekolah, lari belakang asrama, panjat pagar 2 layer memang hilang setengah dari kenikmatan dunia hostel.. hahahahah aku one of them... xdek buat jahat kuar meronggeng ke bagai xdek... bebudak zaman aku time tu tau nak seronok bukan nak seronok menggatal..

aku larikan basikal budak2 sekolah petang denagn member aku, pegi pekan pekena cendol atau ABC, then aku letak balik basikal tu kat tempat biasa. rakan subahat aku safinah... dia pon jadik orang dah skang... lepasan degree kimia industri dah keja elok dah... hahahahah sapa cakap budak nakal sekolah xkan bejaya dalam hidup?? mau usaha ja lebih... ehem3x mengkover diri sebenanya........

there's lot of fun that i'd really miss it. sangat rindukan suasana dulu-dulu... tapi sekarang zaman boyish aku da bekurang sikit tambah-tambah sejak ada balaks ni kan... berubah ke arah lebih macam anak dara... hahahahahaha

but several thing yang aku rasa agak loya nak follow perangai gigirl ni ialah tangkap gambar, pose ala-ala manja dengan mulut muncung kat cermin... pastu pandangan sisi, pastu pandangan mata galak, buat pipi kembung then tag dalam FB cakap "alamak saye dah makin gemuk lewwww" owhhh serius macam shit (bagi pandangan aku la) dan lain-lain lagi yang menunjukkan kegedikan melampau.. gediks manja sikit2 itu normal sebab kromosom aku still XX okey.......

bercerita mengenai pink lagi... aku x sedar sangat aku minat pink cuma aku banyak barang kaler pink secara tak sengaja... termasukla stokin tido belang-belang pink & putih yg tengah aku pakai sekarang....

cumanya yang lebih buat aku realize bila 1 day aku di pekan rabu alor setar... time tu aku nak beli beg anyam nak letak kain semayang. encik chef yang belanja... okey time tengah-tengah pilih aku teringat yang orang laki ni kalau pompuan suruh pilih antara 2 barang mesti depa akan cakap dua2 padan dengan sayang... ambik la mana-mana pon... then aku saja nak test mamat ni....tgk apa dia nak cakap... aku pegang beg anyam tu 1 kaler pink, 1 kaler biru (fav dia). di pihak aku sendiri sebenanya aku bekenan biru tu dah...

me: abang.. pilih mana yang cantik???

him: ermmm... pink tu cantik.

me:hah???

him: pink tu cantik. beli yang tu la...

me: errrrr.... okey..... kenapa pink ni??

him: awk kan suka kaler pink....

me: owhhh hehehehehe


tanpa pengakuan dia pon sedar aku banyak terbekenan kaler pink... hahahaha so ikut je la pilihan dia tanpa banyak songeh.... biru yang canti tadi pon dilupakan... ahahahahaha

sekian boyish dan pink........

Tuesday, August 16, 2011

homesick

nak mengadu kat encik chef pun keja dia busy memanjang..... aisshhhh sedih2... nak mengadu mak??? hah suara x keluar, meraung jadiknya nanti....

rasanya sejak dduk hostel start form 1, aku jarang sangat menyambut puasa sama-sama dengan family aku. bila makin dewasa ni komitmen makin bertambah-tambah, masa berkualiti bersama keluarga pulak makin berkurang..  sebenarnya dah 13 hari jadik orang ipoh ni baru 3x aku call rumah. tu pun masa mula-mula sampai.. bukan xmau call tapi sedih lah!!!!

then semalam mak call time aku tengah tido petang. terpisat-pisat jugak la baru sedar. mak cakap belum prepare apa-apa lagi untuk raya sebab nak prepare dengan aku.... tu dah buat aku sebak...

yang menambahkan lagi lemas perut aku ni (statement orang utara bila rasa betul-betul tak selesa) bila makcik bagitau kemungkinan aku kena extent lagi masa kat sini.... sebab risau baby ada masalah kena deliver hospital lagi so aku kena stay untuk jaga akmal... so tiket bas tu burn je....... 

saya rindu mak saya... saya rindu rumah saya.....


dan.... semalam entah apa mimpi tiba2 aku macam terdengar suara orang berbisik "ramadhan dah hampir ke penghujung" serius tak tipu... dan tgh2 tetido pun boleh terjaga....

aku banyak berpikir sekarang....... macam-macam hal... kalau la aku ada kekuatan untuk merubah semua ni...cuma berdoa ini bukan ramadhan terakhir untuk aku....... 

Monday, August 15, 2011

makin pandai jaga diri sendiri........

minggu lepas.... aku masih di ipoh, hanya aku, makcik yang sarat & si cilik akmal haris berusia 7 tahun. lepas bebuka selalunya memang kami akan tinggal pinggan mangkuk belum dicuci di sinki selesaikan magrib dulu yang makin hujung-hujung... so lepas semayang bagai aku ke gerak ke dapur kalau tak makcik dulu gerak harusla aku bersalah biar dia tengah sarat buat keja.... sekali sampai dapur terserempak makluk yang paling aku takuti di dalam dunia... sang lipan tengah merayap-rayap kat tepi dinding dapur... size kecik je tapi asal namanya lipan memang aku tak boleh cool down... adrenaline da sesak dalam body aku, peluh dah mercik bagai... tapi otak aku pikir, xdek sapa dalam rumah ni yang boleh jadik hero melainkan si pentakut lipan ni sendirik aigooooooo.... kenapa kamu muncul saat ini, terus aku gegas ke bilik air, dapatkan ridsect... dari jauh 15 inci gitu aku sembur

psstttttttt.......... sekali kau makin laju plak merayap!! arrrggghhhh

PELEPAPPPPPP!!!!!! selipar dapur yg aku pakai terus aku pijak. maka salam takziah untuk beliau........ innalillah.........


p/s: harus encik chef bangga kalau aku story hal ni ke dia....... tiada lagi histeria2 bila nampak lipan... kalau bapak dia.......... errrrrrrr..... maybe aku panggil bomba time tu... hahahahaha


semua benda nak dipolitikkan

belek mingguan malaysia semalam... rancak pak-pak menteri mengomen pasal kes pihak majlis jabatan agama penang melarang masjid atau surau-surau menguatkan bacaan al-quran.... kalau nak komen tak setuju takpa jugak tapi ni mesti komen-komen sangkut dengan parti pembangkang, politik bagai.... ikut hati nak je buat direct call kat pak-pak menteri ni and says "can you please shout your mouth!!!!!!"

sudah-sudah la... kes JAIS attack gereja nak merepek, kes ni nak merepek, semua benda nak politik2... kenapa...... ini la penyebabnya orang melayu berpecah belah. apa-apa masalah sebelum bagi apa-apa statement tambah-tambah tentang agama, bagi je la pada mereka-mereka yang arif... orang alim, mufti... sebab diorang-diorang ni la yang dekat dengan al-quran dan as-sunnah.. tanya pandangan depa then... kau nak come out dgn statement ok la kan..... ni tak refer apa terus hentam, rakyat yang x paham menda ikut mengeji, haru biru jadiknya.....

rakyat seharusnya bijak memilih.......

p/s: pandai pulak aku keluarkan isu politik... apa-apa pun rindu pulak kepada encik azizi a.k.a encik politik aku. if he's here maka sampai tersedak-sedak aku mendengarnya.... now he's gone... harap-harap nnti dia muncul balik


Sunday, August 14, 2011

jangan kerana dendam hilang orang tersayang.....

maaf la kalau semenjak dua menjak asyik post entry merapu-merapu pasal perasaan saja... kadang-kadang aku sangat tak faham dengan perangai kaum kau sendiri iaitu perempuan ni sendiri.......

for me simple, kalau seseorang tu boleh beri peluang dan cuba bawak kita ke jalan yang lebih elok kenapa kita tak boleh bagi peluang pada dia untuk enter to your world... x semestinya untuk terus jatuh cinta... jangan terlalu specific kan minda bila lelaki & perempuan bersahabat sewajibnya jatuh pada hukum bercinta... tak semestinya... sebab tu kebanyakannya kawan lelaki kamu, kamu jadikan spare part... that's not fair for them... dan bila sekali kamu terkena terus melenting tak tentu pasal...

jangan kerana ego, dendam kamu buat keputusan yang salah... sebab kadang-kadang mulut menipu. mulut kata benci tapi hati rasa sayang lagi........ kan.....

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......