Saturday, March 23, 2013

I really don't know how to protect myself

baru sekejap tadi kena tegur lagi... 1.2.3.4..... ok dah tak cukup jari tangan... jari kaki pun dah nak habis. makin membusuk saja nama ni agaknya... tapi aku positifkan diri lagi. maybe ada hikmah. i just hope someone realize what actually happened here.... 

sedar tak sedar dah lebih 6 bulan aku berkhidmat kat ladang ayam ni. Alhamdulillah dah absorb company.. then ada increment dah sikit. ok la kan.... dan kalau dulu aku terbeban dengan banyak keja... skang lebih specific sikit. i'm handling inflow dengan outflow account dalam company. hebat??? tak..... dulu time study account la paling aku bosan sekali. result pun atas pagar cukup2 saja... & now aku jaga account 1 farm besau gedabak ni... lain-lain... aku monitor saja keja-keja yang sebelum ni aku handle macam feed, drugs, vaccines.. & sekarang dalam proses belajar purchasing. on going... target, aku nk belajar semua.. i want to know every single things so boleh jadi good asset untuk company ye dak.. hehehe


masalah aku disini sebenanya adalah my pals sorang ni yang take over keja feed & drugs. sangat pasif.... & aku banyak kali dah receive complaint dari HQ pasal dia. kekadang memang bengang la sebabnya aku kena clear messed yang dia dah buat. & kekadang top management still cari aku untuk setiap messed & i have to answer all the things. bukan nya aku tak bagi peluang tapi bila ditanya diam dan pandang muka aku. suruh aku pulak menjawab. nahai.... memang sakit hati... sebab dia tahu aku selalu ada untuk backup so dia sangat selesa dengan apa yang dia buat sekarang. comfort zone. yeahhh.... sebab dia tau aku akan berusaha untuk cari jalan setlekan mess yang dia create. aku protect dia dari diri aku.. dan of course i'm burden my self...

yess... sakit hati... ini memang ujian. she did something wrong, then she will seek my help to make it clear rather than think by herself. Allah masih bagi aku jalan untuk betulkan keadaan. so selagi tu aku bertahan. tak tau sampai bila. 


Wednesday, October 10, 2012

Training at DBB lumut

Alhamdulillah.... yes!! kali pertama nk publish pakai bb. sblm ni aku malas nk try & error tmbah pulak line on off kn. so dah skang aku bosan so macam2 dah aku explore kat bb ni.

3 hari dah bekampung di lumut. training system. memang headache. dgn condition aku yang tak sihat memang 1 cabaran. & as my expectation, mmg aku sorang saja yang datang, stay sorang kat hotel, itu yang memang boring... nak keluar takde transport, nak jalan risau dah tak kenal area sini so last2 lepak bilik saja la...


Overall... training ni kira ok la.. tapi 3 hri actually memang x ckup kaki tangan. bahagia la staf2 lumut pasal job specification sgat2 clear. yang vaccine n ubat handle itu saja, feed dedak sorang incharge. aku?? feef, vaccine, petty cash, bank payment, stationary, demmmm... semalam pun aku tpksa ulang alik setle ubat & feed. sedih!!!


Bak kata orang, hujan batu di negeri sndiri, aku prefer tmpat sndiri berbanding lumut walaupun tmpat au terpencil tmpat jin betendang. mmg lack of accomodation tapi m not belong hre. nak stay lama2 bukan aku la tu.. so ggodbye lumut, esok balik kuala ketil. wink2 ;)



Saturday, October 6, 2012

mentality kaum peribumi melayu (sesetengah)

Bila kerja di kampung sendiri memang comfort sebabnya dekat dengan family sendiri so lebih banyak masa terluang untuk family....... tapi masalahnya bila terpaksa berhadapan dengan sesetengah mentaliti orang kampung (ok aku mention sesetengah so yang lain jangan terasa) yang memang ortodoks, negative thinking, kuat mengata anak orang walhal anak sendiri melingkup tak sedar, jadik mata-mata tak bergaji, seriously merimaskan aku. rimas, lemas dan lemau yang teramat. majlis bertunang aku pun jadik bahan mengata walhal majlis dah ikut adat, adab bagai. bukan nya aku buat parti bogel!!! apasal yang bising sangat?? hantaran aku murah ke mahal pon jadik issue... kalau murah dari pangkat anak kau yag blaja SPM apasal??? sori aku ter"EMOSI"

tapi kali ni aku malas bising pasal story aku. tapi story sorang colleagues aku kat opis ni. status beliau ibu tunggal atau istilah orang2 kita ialah janda bergetah. kenapa bergetah?? umur 27 anak baru sorang & aku akui memang cun. Nooooooo...... cun perkataan tak sesuai. ok lah!! cantik, berbudi bahasa, lemah lembut habis!!!! memang idaman mak mentua tak macam aku yang still hawau lagi ni kan...... seriously pada pandangan mata perempuan aku, she is perfect to be a good wife. soft spoken tapi nak buat macam mana angkara campur tangan family mertua so dia terpaksa divorce dengan ex-husband.

*lama tak menaip panjang lenguh plak jari & lengan ni... take 5 sat.........






ok proceed. dah family mertua macam tu, ingat family sendiri supportive la kan... tapi yillekkkkk!!!!! her family was really.... really.... really.... apa ya nak bagitau... tapi yang pentingnya adalah teruk la... sangat teruk.. yeah sorry i mean her parents. adik beradik taktau. tapi parents dia betul tak supportive langsung la... dahla asyik mengungkit, anak buat pilihan silap la, ada cucu menyusahkan la....

just imagine, anak nak keja, tapi bagitau cucu ni menyusahkan, tak larat keja. nak hantar anak p nursery depa plak tak bagi sebab nnti duit belanja tak cukup. nak p keja anak takda transport, nak hantar depa merungut menyusahkan depa, nak pakai kereta kat rumah tak bagi takut keta rosak, nak beli keta sendiri pun tak bagi dah nnti takdak duit nak bayar. so skang bos aku arrange runner hantar n amik dia tiap2 hari kat rumah okey... rumah!!!. pakai keta company, duit company bayar. she's only clerk tapi dapat layanan macam tu, tu pun mak bapak dia nak berkira lagi...

skang ni timbul isu si runner dah berperang dengan bini sebab hantar n jemput dia p keja. mak bapak dah start buat perangai balik sebab xdak transport. so aku volunteer untuk hantar n jemput sementara bos aku dekat korea balik bercuti then lepas tu pikir balik cara lain.. depa boleh ungkit plak kesanggupan aku.. ini memang bikin panas.... anak dah dapat company elok, keja elok kenapa nak berkira sangat... kalau anak duduk rumah hampa jugak bising anak  tak boleh bagi duit belanja... bayangkan tiap kali gaji, semua duit mak bapak ni amik. barang2 cucu semua depa provide, anak ni langsung tak diberi peluang untuk pilih. I just don't understand!!!

*aku menulis semasa emosi kurang stabil so kalau ada reader yang pending lantaklah!!!

please!!! support your daughter.... anak adalah anugerah, amanah. kenapa nak ungkit masalah-masalah yang lama... silap tu dah nama pun manusia... aku tak nampak sebarang penyelesaian untuk masalah ni. puncanya memang dari mak ayah.



wooooo lagi satu dan yang ni berkaitan dengan aku jugak....

aku n dia terpilih untuk p training d lumut next week, (lusa). then mak aku dah setuju sebab aku ada member kan nak join. so dia plak tak boleh sebab payah anak. hanya boleh p kalau bawak anak n mak dia untuk jadik pengasuh. then company aku arrange family room & boleh bawak family dia untuk stay together. ok setle dah satu masalah...

tapi timbul plak masalah lain. dah si runner tu tak dapat hantar dia keja starting next week depa jadikan tu satu alasan. hantar surat resign!!! tak payah keja, tak payah p training sbb nnti pun takda orang nak hantar ambik. nak harap balkis tu sampai bila dia sanggup?? nnti jadi macam si runner tu!!!

walaweeeee.......... orang dah arrange book hotel bagai dah ni. see how strick her parent. tak menyempat2. walhal kita dah explain benda ni akan setle since our boss pun dah nak balik. sementara tu aku boleh manage dulu tapi still tak boleh accept. kau nak hantar kau kata nyusahkan kau, nak pakai keta kau tak bagi takut rosak, anak nak beli keta lain kau kata membazir, nak berenti nnti kau bersungut anak tak bagi duit, so baik kau bunuh anak kau sendirik. kan senang so skang ni mak aku pun dah risau sbb kemungkinan besar aku akan alone p training.

tau niat utama dia nak protect anak takmau bagi kena fitanh dah janda muda. tapi nak bagi anak cucu mati kebulur ke kat rumah???

mak aku dulu tak pedulik orang kampung cakap atau fitnah kami anak beranak. masa abah meninggal ikut hukum memang kena edah dan berkabung 4bln 10 hari tapi untuk aku adik beradik, mak aku kena selalu keluar atas urusan kami. memang la orang kampung mengata. yang mengata tu ada bagi duit bagi kami adik beradik makan???? jangan harap!!!!! buncitkan perut sendiri ada la. last2 sekarang anak kau buncit dulu baru naik pelamin. pastu ada hati nak korek rahsia pasal majlis aku. damn busybody!!!


petang ni balik keja aku hantar colleagues balik rumah. aku nak berjumpak mak bapak dia. bincang elok. tu saja.

Saturday, September 22, 2012

kemunculan semula.....

salam... rindu kan nak menulis semula tapi apakan daya... rumah tak dapat connect internet. sekarang dekat ofis sedang mengular sebab staff semua bz...

Alhamdulillah... life sekarang dah definitely change. dah tukar company dan Alhamdulillah sangat-sangat sebab dekat dengan rumah. ikut sejarah hidup aku lah anak yang paling jarang sekali lekat dekat rumah. dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 duduk hostel. after SPM dapat plkn 3 bulan duduk Langkawi. dapat UiTM 5 tahun duduk kolej & rumah sewa. cuti sem banyaknya habiskan masa jadik nanny untuk akmal di kulim. praktikal duduk dengan my cousin & his wife di Alor setar. dah keja dapat di Juru, body aku tak fit enough duduk rumah sewa so aku bermastautin di rumah mak ngah aku with my lovely cousin, Nazri. and now here I am.... di tengah-tengah kemelut kerja, serious relationship with my future partner, Allah dekatkan aku semula dengan keluarga & I am very thankful for that... lepas ni tak tau lagi......


tapi ada hikmah semua tu... dalam aku hidup secara nomad ni la... aku sebenarnya mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan sesama saudara antara adik beradik aku.. I can say that I am hero between that. hahahahaha


InsyaAllah... aku nak kerap hmpunkan penulisan dalam journal ni... bukan apa, boleh jadi reference bila dah tua-tua nanti ye dak... hehehehe

dan kali ni... mungkin lebih matang... MUNGKIN ok....

Thursday, June 7, 2012

sesi luahan perasaan

3 minggu sebagai planner... baru nak rasa bahagia dengan keja... tetiba ditukar ke department lain. kena jaga shipment dengan logistic. bekas staff dah sebulan hantar surat resign, 2 jam sebelum dia resign baru panggil aku belajar shipment dengan dia. haru!!!!!!! last-last dalam seminggu ni bekas staff tu tepaksa mai jenguk aku hari2 ajar aku selok belok logistic officer.

kes tu dah aku meluat dah... tapi ada hikmahnya jugak... aku dapat masuk ofis lain yang lebih tenteram bersama 3 orang ofismate, dan semuanya ok =). ramai orang yang care dengan nasib aku.. hehehe jenis muka innocent ni memang senang hidup. ehehehehehe melawak saja...

planner kelam kabut, logistic terus menjadik disaster... baru aku terasa berharganya setiap detik time office hour tu. kerja xkan sudah.... tapi still enjoy dengan keja sebab ofismate really help.

today... gaji pertama masuk... ya... hari ini dalam sejarah buat kali pertama aku dapat pegang duit gaji hasil titik peluh sendiri........ berbaloi ke tak........... penat keja...........

dan................ sekali lagi aku dikecewakan oleh company ini...... bengkek betol dapat keja kat tempat sengkek + kedek ni..... mainpower kurang!!! keja menimbun... aku keja macam nak pecah kepala... last2 dapat gaji bertambah2 demotivate!!!!............

maybe i should say goodbye to this company very soon............

Friday, June 1, 2012

realitinya masih tetap berbeza....

dulu kali pertama jejak kaki ke UiTM. aku punya nervous taktau nak cakap. masa kereta jejak masuk gate, aku memang pegang dada takut jantung melompat jatuh sebab masa tu aku rasa adrenalina aku mengalir selaju-lajunya... pehhh... macam-macam yang aku pikir time tu. macam mana nak hidup dalam kolej, kawan macam mana yang aku dapat nanti.... tapi Alhamdulillah aku dah berjaya selama 5 tahun...........

then bila dah habis study, aku macam dah konfiden sikit dah sebab dah makin matang.. (heheheh sengal....) interview la sana-sini, dapat tak p dapat tak p, last-last terima untuk 1 company ni. so masa nak first day keja, malam tu aku dah imagine, p ofis kena sentiasa pakai baju sesuai which is nampak korporat,kena behave as a ladies. bukan girl lagi dah. kerja plak belek document dan duduk dengan lebih selesa dalam bilik air-cond. sekali keja baru tau betapa susahnya nak pegang duit gaji sendiri. 1st week pakai baju elok-elok. sampai 2nd week pakaian dah out... ikut hadap saja nak pakai. kadang-kadang t-shirt pun jadik la then sarung vest kat luar bagi nampak bekerjaya sikit. kena deal plak dengan mat-mat bangla,apa yang aku bayangkan tak sama dengan apa yang berlaku secara realiti. sebab dalam kepala aku, aku hanya boleh pikirkan perkara baik-baik saja. tapi hidup susah lebih banyak dari senang kan.... hehehehe sekarang aku just accept.. aku hanya berharap "all is well".. tu pun kalau pandai manage........



tapi yang satu ini aku tak pernah imagine dalam real world. belakon mungkin tapi untuk kali pertama aku nampak situasi ini



si bapak sedang sibuk besiap nak keja. si ibu yang memang sibuk dengan anak-anak mintak tolong si bapak bancuhkan susu anak


Ibu: abah tolong bancuh susu anak sat

bapak: huh!!!! takmau aku. tak nampak aku tengah siap nak p keja ni???


ya... aku memang tak banyak pengalaman sokes macam ni agak menggamamkan aku....

itu habuan dia... habuan aku??? "suami" aku pun perangai macam ni ke tak... wallahualam... cuma harapkan yang terbaik............

Monday, May 28, 2012

sesi menyedapkan hati sendiri

dalam hidup memang banyak dugaan. kita akan sering diuji dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang rasa tak termampu nak menanggung... tapi apa-apa pun kena pegang pada satu kenyataan.. Allah takkan uji di luar batas kemampuan hambaNya sendiri....

perggghhh introduction... boleh buat jawab soalan pendidikan islam kertas 2 SPM.. hehehehe well... kehidupan makin sukar sekarang...

aku perasan sejak aku keja skang ni. mak aku lebih banyak mengalah dengan aku. bukan mengalah apa tapi lebih banyak bagi aku chance untuk rest time weekend... tapi dari segi lain aku banyak bertolak ansur balik. macam weekend baru-baru ni asal mak suruh buat kerja rumah mesti dia akan point nama selain dari nama aku.. hehehehe sebelum ni asyik-asyik nama aku yang dia suka pick. tapi sebab dah terbiasa so kekadang aku ringankan tangan balik. sampai hati ke diri sendiri rehat walhal mak dari aku kecik sampai lah sekarang still xdan nak rest lebih-lebih. so penat aku sebenarnya tak de la seteruk penat mak jaga aku adik beradik. ( phewww rasa menitik air mata)

sedih la.... semua adik beradik berkumpul kat rumah sekarang tapi aku terpaksa menginap di rumah mak sedara aku sebab tempat keja jauh dari rumah... weekend ni la sempat nak melepak kat rumah pun... ditambah pulak dengan keadaan sekarang aku selalu buat perbandingan....

if dekat rumah kalau balik penat-penat keja dekat rumah dah siap makanan sedap-sedap. sampai rumah selalunya aku terus dapat makan dan rehat. dapat besembang dengan mak pasal macam-macam, pastu tido depan tv, makan jangan cakap la... everything is perfect.

tapi kat rumah orang lain aku tak dapat la nak goyang kaki macam di rumah kan.... nampak benor buruk perangai anak dara mak nanti. macam hari ni aku sangat-sangat terasa lain...

start pagi mak dah siapkan breakfast, barang-barang aku nak balik kulim mak dah letak tepi motor untuk mudahkan aku. sebabnya aku nak travel jauh so takut aku terlupa. aku breakfast siap kenyang-kenyang, then terus gerak ke kulim hantar barang sebelum aku bertolak ke juru pulak. time lunch aku tak keluar makan sebab kenyang. tapi petang belum cukup office hour aku dah kebuluran. rindu dekat masak kicap ayam my favourite. habis keja 6.15 petang before sampai rumah aku singgah tesco beli ayam dan sayur. plan nya nak masak la.........

alkisahnya sampai di rumah, cucu mak sedara aku dah dalam 5-6 orang. semua pakat belum makan. masak, semayang, sambung masak. rasa nak menangis pun ada. yeap aku penat kemudian mengadap karenah cik-cik cucu yang maha nakal.... time nak makan pun agak terganggu sebab ramai. I really need space for myself. so bila keadaan dah tenang sikit baru boleh makan. tu pun takde sepenuh hati sangat.... I really miss my home.

tapi.......................... apa-apa pun kena pandang dari sudut positif. anggap la aku tengah membina ketahanan fizikal dan mental... nanti bila aku pun dah berfamily, hari-hari aku kena mengadap macam ni jugak kan................

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......