cliche je kan tajuk di atas... hahaha sekali sekala...
sebelum-sebelum ni kerap sangat aku dimomokkan dengan cerita yang menakutkan mengenai perangai anak lelaki sulung... perongos, perengus, ego tinggi, xmau mengaku kalah dan sama waktu dengannya... manakala untuk seorang lelaki sejati pulak dia haruslah seorang yang berkebolehan untuk mengongkong teman wanitanya, jarang membebel, kurang teliti, kurang fokus pada kehendak teman wanita, benci ikut wanita bershopping, gila bola dan sebagainya........ternyata tahyul sungguh kepercayaan yang macam tu....
encik chef anak sulung dan jugak cucu sulung dalam family. patutnya memang ego dia akan double triple mengalahkan peserta sulung lain la kan... tapi aku belek-belek perangai takde la semenggah sangat. bab perongos ke perengus ke ataupun panas baran memang out of list. marah macam mana pun dia akan sedaya upaya kontrol tone suara dia tak dan jugak elakkan dari memaki hamun... selalunya dia akan mintak penjelasan tapi kalau aku tergagap2 gagap atau pun diam dia akan hukum aku. he will silent.. time tu tergagau-gagau la aku nak susun frasa balik nak explain... tapi malam dia akan cool down balik... so at the end kami akan bergelak ketawa balik sambil bercerita pasal kes gaduh siang tadi... boleh macam tu??? hahahaha it's really nice, aku dan dia x boleh gaduh teruk-teruk sebab satgi hidup rasa tak tenang. boleh kira dengan jari la kami bergaduh... maybe 2 3 bulan sekali. paling lama bergaduh baru-baru ni almost 10 jam pakat memendam perasaan geram.. ahahaha
selain tu.... aku dapat tau yang teman lelaki selalunya kuat mengongkong... kadang-kadang nak berak kat jamban pun kena roger takut balak kol x angkat so dituduhnya kita curang padahal tengah berak..... itu memang melampau la kan.... bagi encik chef mudah. keluar ke mana bagitau. kalau dekat rumah kadang aku malas bagitau tapi malamnya bila sembang dengan dia aku akan cerita aktiviti aku. kalau aku buat jahat tak bagitau dia automatik aku rasa serba tak kena. so aku akan berterus terang. dia membebel sat, aku buat innocent kemudian dia akan cool balik.
lagi...lelaki kurang suka follow teman wanita dia bershopping sebab dah sedia almaklum yang perempuan ni kalau bab bershopping memang kadang tak hengat donia... wassalam la kan... so aku pun tanamkan dalam mind yang aku lebih prefer shopping sorang dari ajak dia. tapi sebenarnya dia suka ke arah macam tu.. dia boleh jadik pengkritik yang hebat kalau bab pilih barang. sangat teliti, dan futurelistik... contohnya aku mntak pilih beg mana paling cantik, dia akan terdiam, jari automatik di bawah dagu, mata tajam je renung mana yang terasa elok pada pandangan dia kemudian komen.. hebat??? bagi aku benda tu hebatla bagi lelaki yang macam dia.. kalau metrosexual tak kisah la sangat kan...so kadang kalau aku plan nak beli barang dengan dia, masuk 4 5 kedai tak jmpak yang berkenan terus blah tak jadik beli, terbeli barang lain, he will never complaint. dia akan reply "xpa... tak kisah..."
aku nak mengaku yang kadang-kadang aku streotype jugak dengan gelagat lelaki-lelaki sekarang. sebabnya kekadang belum nikah tapi isytihar diri macam orang besar nak bolot kebebasan teman wanita tak boleh la macam tu...everyone need freedom...dan kemungkinan besar yang menyebabkan aku percaya pada tahyul macam tu sebab aku tengok kawan-kawan sendiri yang banyak masalah dengan balak masing-masing.
ada jugak orang cakap lelaki ni awal-awal memang tunjuk baik... tapi aku dah dua tahun lebih perangai masih berada pada tahap yang sama. maybe lepas kawin la kot kan.... tu x pasti.. tapi harap-harapnya kekalkan la perangai macam sekarang
kalau ini mr right aku selama ni... kabulkan lah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
biggest mistake as a mother
balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......
-
Actually aku dah jadi pengedar Amway around 2 tahun lebih. every month pegi stokis dia di Alor Setar tapi beli barang sikit2 je la. alki...
-
sabtu kemarin kerja keluar rumah 7am balik kerja 7pm. sempat la melayan anak main bunga api, peluk cium dia segala..... ahad semalam, keluar...
-
memula jiran recommend multivitamin nieh. untuk stamina nak face ngan dunia "U" katanya... rich with vitamins as well as minerals....
No comments:
Post a Comment