Tuesday, December 6, 2022

kalau pasal anak, cubalah jangan berkira...

 aku taktaulah kenapa lately mulut aku macam berat nak menegur... uukk aakk uukk aakkk gitu hah bunyinya.... tengok la besok2 kalau tetiba topik ni keluar balik aku maybe akan sembang kot...


kisahnya camni, ada kawan aku dia merungut yang pengasuh dia tanya kenapa bulan ni bayar sikit...aku pendekkan cerita jelah pengasuh tu dah buat new deal which is bayar ikut hari hantar.... so maybe bulan sebelum tu hantar kurang so dia bayar based on that day hantar & plus ada lebih sikit lagi dia bayar... bila pengasuh tanya kenapa bayar kurang then dia jawab camtu lah... tapi pengasuh tanya pulak yang dia ambik baby lambat macam mana pulak nak bayar....yada2 gitulah kisah dia.... 


aku.... ada pendirian aku kalau tentang hal macam ni.... ada yang aku setuju dan ada yang aku tak setuju... pengasuh tu patutnya tak payah la setuju untuk bayar ikut hari.... patutnya fix terus by month. lebih mudah... so parents nak hantar takmau hantar, payment fix terus kecuali... kalau pengasuh sendiri yang ada hal takleh jaga then kat situ mungkin boleh deduct. based on ehsan lah orang kata....


aku dulu masa stay Johor, dapat anak mengejut... seminggu sebelum raya dapat baby.. deal 2-3 hari before. pastu 27/5/2019 isnin pagi 1st time jumpa baby dengan parents. settle2 semua, pastu selasa gerak balik batu pahat... rabu tu aku masuk kerja aku tumpangkan anak dekat mak sedara kawan office aku, Leha sebab mak sedara dia pun memang pengasuh.... pastu since mak sedara dia pun dah ada anak asuhan lain, aku mintak tolong dia recommend pengasuh lain.. Alhamdulillah dapat lah Noli. muda lagi dia ni time tu, baru kawin and memang dok plan nak cari baby nak mengasuh. zass terus aku setuju.

balik kampung beraya, aku balik naik bas. aku tak berani nak bawak naik flight sebab tak register dia masa beli tiket flight. then balik johor aku p kaunter aa sendiri tanya Alhamdulillah dorg bagi kebenaran bawak dia. naik flight sampai senai, pastu drive sorang dari senai sampai batu pahat... sampai pukul 3am kat rumah. pengasuh tanya tak datang rumah ke tengok2 dulu... Ya Allah memang tak sempat dah tapi aku percaya recommendation dari mak sedara leha memang Inshaa Allah the best. the next morning terus aku hantar ke rumah pengasuh dan straight aku masuk kerja... nervous jangan cakaplah... kejap2 aku tanya ok ke tak ke apa....

Alhamdulillah pengasuh sangatlah baik melayan anak aku.... base on deal aku bayar monthly RM300 (rate batu pahat 2019) tapi every month aku akan bayar extra RM350. Noli selalu bising asal aku bayar lebih tapi aku takde hal. as long as dia jaga anak aku takde masalah.. dan kadang2 aku ambik lewat ke apa ke aku takdela rasa bersalah sebab dah bayar extra every month kan.. hahahaha


start 6bulan dah boleh makan aku make sure masak everyday bekalkan untuk anak... segala mcm resepi baby dalam fb semua aku cedok try. bagi dia makan segala.. strictly no sugar no salt. tapi biasa la kadang dengan pengasuh dia bagi jugak makan something sugary atau salty, aku tak penah tegur... kadang ada yang aku rasa tak puas hati sikit semua aku pejam mata je.. hahahaha asalkan anak aku makan, tido cukup takde dera2 apa aku dah syukur sangat....Alhamdulillah and Noli betul2 jaga...

lama dia jaga sampai lah hujung tahun 2020 aku balik sini baru aku hantar anak aku ke nursery... 1st nursery dekat kuala ketil rate RM300... mashaa Allah lagi murah dari yang before... cukup setaon aku bagi duduk playschool pulak boleh lah dia belajar sikit2... this year RM320, next year RM360... takpe2 aku dah cukup puas hati Mashaa Allah...


makan sekarang dah tak risau semua aku serah dekat playschool. sebelum g skolah dah siap mandi wangi, balik rumah pun dah siap wangi rambut tocang semua dah elok... tapi 1 habit aku dari dulu, balik dari rumah pengasuh ke, nursery ke, sekolah ke mcm mana wangi bersih aku tetap akan mandikan dia semula... of course la bonding time dan jugak at the same time aku nak make sure hygiene.... aku tetap percayakan diri aku sendiri yang mampu make sure anak kekal hygiene dan healthy... gituh.... dan mcm mana kenyang pun dia aku make sure tanya makan minum, suap, bagi makan lain. 

tadi pagi masa hantar rina ke playschool, aku nampak kawan2 dia jerit happy panggil dan jemput dia masuk dalam kelas, moment yang bagi aku sangat happy lah as mak2 ni kan... Alhamdulillah anak aku ada perangai dia sendiri tapi still kawan2 dia appreciate dia. lega banyak tau....

dari kecik aku dah biasakan diri belikan toys dia macam2. untung jugak aku sejenis kerap membaca baik tips dalam fb ke blog ke asalkan berguna untuk anak aku meti aku try. Montessori ke apa Alhamdulillah aku ada try kat anak aku. bawak p playground, jalan togel atas rumput... semua dah practise. cumanya ada jugakla yang aku tak sempat practise. 

dan since now akulah bapak akulah mak ni lagilah double triple penat... kalau family lain mak lembut bapak tegas, mak strict bapak boleh bawak bermain, aku kena galas tugas dua2 tu... kejap lembut kejap tegas kejap garang kejap jadi kawan... anak aku panjat badan buat slide ke apa aku redha je. as long as dia happy gitu.

jauh kan bersembang... just nak bagitau, try your best. jangan la berkira sangat and kalau nak berkira pun pikir panjang dulu.... ada yang perlu berkira yes kena lah, yang the rest pejam mata jap dulu..


Wednesday, September 28, 2022

my liberation notes - introvert story

 Last few weeks tengah panas citer korea My Liberation Notes lakonan Son Sukku dengan Kim Ji Won. Well, aku adalah antara peminat tegar citer korea so since depa kata best aku pun join la tengok sekali. Kim Ji Won ni aku dah kenal lama (cheewaahh) sebab dah banyak drama dia aku tengok tapi ni la first time baru nak kenal dengan Son Sukku ni. sinopsis dia malas la aku nak citer boleh search sendiri tapi mai sini aku nak comment...


1st 1-3 episode macam tah hape tak paham sapa hero nya... rupanya yang keja makan tak bercakap tu rupanya hero. kahkahkah.... citer ni slow tau. slow dan penuh metafora. citer asyik makan, naik bas, penat p keja, muka actor semua heartless. 


banyak review yang aku baca depa cakap sapa yang life introvert saja akan enjoy this type of drama. dan surprisingly aku sangat2 lah enjoy kot cerita ni... tunggu jap 2-3 bulan lagi aku akan repeat balik citer ni from beginning. so aku start to question myself adakah aku seorang yang introvert???


paling belakang semula life aku dulu2 especially time study college. I made quite a lot of friends. And I'm quite wonderful too.. kahkahkah. Well, banyak program course yang aku join dan dapat jawatan. pastu baru teringat aku almost every sem kena pegang title class rep takpun assistant. pastu ada kawan college, outside friends, kawan chat, kawan2 cousin aku pun jadik kawan baik aku.... lovely betul life aku dulu2. yesss dulu aku memang betul2 extra extrovert. I can make friends to anybody. 

but now very different. aku kalau boleh malassssss nak bercakap dengan sapa2. nak mai keja just duduk tempat aku buat keja ja malas nak communicate dengan sesapa. It doesn't feel good any longer. and I don't know why. maybe faktor usia... hahahaha... 


my daughter now superrrr talkative. menurun perangai aku ke sikit hah? penat dengar dia membebel hari2... ambik dari sekolah ja dah dengaq dia menjerit makkkkkkkk pastu start la cerita itu ini, her friends, her cikgu, what she likes and doesn't like. My Gosh that kid. I love it. layan dia jelah... orang lain tayah... hahahahaha

Tuesday, September 27, 2022

what is your definition of "happiness"?

 kebahagian, happiness different words with same meaning. different people different perception about happiness. cliche. harini aku nak share some thought about my different kind of happiness. sebelum tu, of course la ada benda yang trigger aku nak citer pasal benda ni.


It happened a few weeks ago. after working hour. me alone in the office. aku belum plan nak balik sebab ada sikit je lagi benda nak siapkan. one of my co-worker from outside approach me and asked a few personal question. rupanya dia ada dengar dari someone bahawasanya aku kembali single. ok btw aku nak cerita jugak pasal "someone" tu. hahahaha someone itu adalah orang yang aku tak tau langsung kewujudan dia kat dunia ni... tapi Ex aku boleh pulak p share dekat dia tentang past relationship kami. GROSS. meluat betholl tapi yelah sukati dia lah kan mulut dia.  

I've never tell anyone unless ada yang bertanya. and I respected that co-worker mai bertanya aku face to face. and few  words came out from his running mouth

"saya ingatkan balkis happy selama ni...yada yada" kahkahkah but please don't interpret this words in different way okay. kami sembang very straight forward tapi bila ayat tu keluar aku macam wowowowowo.... hold on a second. whyyyyyy...... like that......

aku happy weii.... bukan la extremely happy tapi life aku ok saja... ups down biasa la tu. cuma yang paling aku bersyukur adalah aku tak perlu pening kepala nak pikir what kind of nonsense is this. ini related to apa yang aku lalui during my marriage life dulu. now my life back to straight forward. urus anak, my big family relationship, few close friends, life work, dah tayah pening kepala sangat. Alhamdulillah dah sangat2. so that is my defenition of happiness.


Tuesday, June 21, 2022

nak anak? jangan memilih ok






Since dah ada foster kids ni aku pun ada join whatssapp group yang sangat active. bincang pasal anak2, their rights, etc... dan aku salah sorang member yang langsung tak active dalam group tu. But, sangat enjoy their sharing dan info. admin pun sangat lah active so seronok dalam tu boleh belajar banyak benda.

By the way, ini tadi admin ada share pasal conversation ni... malang sangatlah sesiapa yang ada thinking yang macam ni..dan2 aku rasa nak throwback masa mula2 aku issued out yang aku macam plan nak ambik anak angkat. adalah someone yang nak bagi anak dekat aku camtu.... one of our family member (sekarang dah tak) tanya "mak dia putih tak??". aku speechless. 

Speechless sebab masa tu aku tak dapat digest what is the meaning behind that questioned. aku macam hah?? rupanya maksudnya barulah anak tu lawa la kot... aku tak ingat apa aku reply time tu. I was so naive back then (now pun sama) for me cantiklah maknya tu sebab penah je couple tu mai rumah aku. dan akhirnya tak jadi pun couple tu serah anak dekat aku....

tapi the way dia tanya tu dah berjaya membuatkan aku menanam 1 thought.... owhhh memang kena cari good looking family la kan pasni... but look at myself... aku ni dengan sememeh tak lawanya... kahkahkah.....

Bullshit betol lah.....  you see, betapa besar rahmat dah Allah nak kurniakan anak tu, nak lembutkan hati si parents untuk give their baby to us untuk kita jaga dan didik pastu kita macam nak memilih2 pulak nak parents comey hensem, nak anak yang gitu gini, nak yang mix ke apa... Mashaa Allah....

back to the conversation kat atas tu, niat pun dah macam tak betul tau.. nak yang mata biru.... what did you expect lah? kenapa perlu ada thinking yang macam tu eh?? tolonglah.... semua baby comey okey.... no sins. putih suci murni wangi bersih dari dosa. tak payahlah sampai ada thought macam tu. syukur lah seadanya ok.

think. kalau nak anak yang macam tu? awak boleh ke bela, didik dia macam other Palestinian? maksud aku as we know kan Palestinian ni dia ada very strong jati diri, strong hearted, very religious hasil didikan dari kecik. Well, boleh ke awak build their identity yang macam tu?? boleh keeee boleh keee??? kalau awak sendiri terkibai2 so baik tak payah lah. simpan jelah angan2 tu ke dalam hati yang palinggggg dalam ok...

I have my own kid now. aku risau betul risau boleh ke aku didik dan bela dia bebaik. ada good attitude, belief, agama semua cukup. aku ni perangai buruk tau.... Mashaa Allah.... wish for the best lah untuk anak aku.       

 

Monday, May 17, 2021

WORKING ON WEEKEND

sabtu kemarin kerja keluar rumah 7am balik kerja 7pm. sempat la melayan anak main bunga api, peluk cium dia segala.....
ahad semalam, keluar rumah 7am balik kerja 7.30pm. sampai rumah dah dekat 8.30. sampai tu anak dah mintak peluk dukung tapi aku tak boleh sebab belum mandi. dah mandi bersih2 tengah makan lah anak nak berdukung, berpeluk, panjat belakang tapi aku biar je lah.... lepas makan aku dah terkelepet atas sofa. dia mntak susu, buatkan susu untuk dia pastu dia mintak pulak layan storybook... wahhhh letih gila.... layan 2 page pastu aku mintak adik2 aku jelah yang layankan kejap. 

9.15pm terus aku masuk bilik baring. aku pesan adik2 tengokkan anak jap.... pintu bilik tak tutup so aku dengar la kejap2 dia berlari masuk ambik storybook, toys, kejap2 kejut suruh aku bangun tapi aku dah lembik tak larat nak layan.

1030 aku terjaga tengok anak aku dah tertidur kat sebelah. aku syak dia tertidur sendiri sebab dengan baju tak bersalin (baju lubang2 dengan seluar pendek), tangan berlengas bau cekelat, pintu bilik tak tutup.... ALlahu... sedih sungguh situasi tu... terus check pampers dia, salinkan baju tidur. 

good night sayang. I'm sorry for this sad weekend. sibuk betul kali ni.nanti cuti mak spend whole time dengan adik ok. love u nak.

Saturday, May 8, 2021

all about my foster kid

 salam....

for those yang cakap, perghhh mudahnya parent tu serah anak gitu jek bagi dekat orang, tak sayang ke anak, apa jenis mak bapak la yang buat macam tu... serah suka2 je anak kat ntah sapa2 tak check dulu menda... kau bayar berapa nak dapat anak tu??

Excuse me moron, janganlah suka2 judge orang. put yourself in their shoes. every parents (yang berakal) nak yang terbaik untuk anaknya... memang lah jawapan aku clichΓ© sebab tu jelah jawapan dia. nak aku jawab cemana lagi kan. jangan lah penatkan fikiran dengan statement2 tak membantu macam tu. of course they want the best for their child. kalau one of the way serahkan dekat orang so, that's it. 

you know, even aku dah dapat, dah bela sampai sekarang umur 2 tahun. aku still nervous what will happen to her in future. berat tanggungjawab yang mak ayah dia lepas kat aku. aku kena bela, didik, ajar dia sampai dia mampu independent dan akal dia mampu pikir baik buruk semua. yes samala macam anak kandung. Amanah dari Allah dan amanah dari parents dia. aku kena make sure she gains everything worth for her. love and lessons both kena equal. kalau orang cakap mudah la sebab dapat anak express. thanks but no thanks. 

I just remember couple months ago when she was admitted to  hospital because of diarrhea. masa nak discharge, aku tengah nak bayar bill. pegawai yang issued bill dekat aku tu ada cakap

"puan tau ka kalau anak macam ni, kita bela macam mana pun, takkan menjadi. depa mesti akan jadi liar jugak bila besaq nanti" aku macam wow, as simple as that they judge my daughter.....

Nauzubillahi min zalik. aku taktau ke depan macam mana. tapi aku tau life will be not easier for her in future. so I must prepared her with everything I have now. I pray to Allah  to have more years to live and see my child growth healthier and have strong mind and faith. lepas tu aku boleh pejam mata peacefully. tu lah harapan dan doa aku. 


ramadhan 1440 dalam kenangan.

 salam.... pejam celik pejam celik sekejap ja ramadhan dah nak habis. tunggu nak raya pulak... Alhamdulillah ni raya ke3 aku bersama anak. we meet up at 22 Ramadhan 1440 bersamaan 27 May 2019.


This is for the first time aku write up bende ni untuk future references. mana tau someday umur aku tak panjang so anak aku ada legasi untk dia tengok dan baca...


Basically the process sangat spontaneous. Aku memang dah ada plan nak amik anak angkat. kawan aku, Milah pun encourage siap ajak aku join group anak angkat lah. tapi tu takyah panjang2... aku nak story of how aku boleh meet up dengan anak aku sekarang je.


It was started with Milah. kebetulan that time dia tengah buat umrah dekat Makkah. then dia contact aku inform ada someone (guy) tanyakan dia nak anak angkat tak. because Milah pernah macam buat random status dalam fb group cakap dia tengah cari anak angkat. and luckily dia pun dah dapat baby. So dia pass kan dekat aku. 


mengikut cerita Milah, parents tak mampu jaga. baby dah 2months lebih time tu. ayah (mohammad) ada share 1-2 keping gambaq. milah share dengan aku. alaaaaaa comeinya baby pompuan. aku dah macam ehh... ntah scammer. sebab ang dah jaga baby tu 2 bulan takkan nak serah buta2 kat orang. mesti lah dah sayang kan... so aku cakap nantila free aku whatsapp Mohammad tu. For now aku memang tak interested lagi. tak mudah la orang nak bagi baby...


2-3 hari milah mesti update aku tanya aku ad contact tak mohammad tu... tapi aku asyik bertangguh.

Milah : Ang p dulu jumpak depa Balkis. Aku kat Makkah ni... aku dok doakan untuk ang sama ni" 


bekalkan ayat tu, aku pujuk En Chef gerak ke Nilai. En Chef pun tak percaya. Dan of course la because of paksaan so dia malas nak struggle. tambah2 bulan posa plak kan. aku g collect dia dekat sedenak dan shot ke Bandar salak tinggi rumah sepupu aku Ein. 

Sebelum tu aku inform dulu. I have no trust on Mohammad. sikit pun tak. Niat aku just p tengok je cemana keadaan nya. Tawakkal tahap berapa petala langit aku tak tahu lah. aku tak inform sesapa hatta mak aku sendirik.because I wouldnt believe until they come in front of my eyes. yang tau cuma adik aku Som, Ron & Nizam. Nizam of course la dah dengan aku mesti semua hal akan cakap dia dulu. Som sebab alang2 dia keja Imi under JPN, so dia tolong siasat mohammad dan Nur (ibu kandung anak aku). Ron pulak as banker sebab time tu hujung bulan belum gaji so dia bagi loan dekat aku untuk sekadar p tengok. aku inform boss ada personal matter so nak apply cuti. and yes housemate aku ,Eza pun tau. dia suruh aku prepare rumah sesiap untuk sambut baby but aku just nahhhh, it will turn out to be a scammer. trust me... cehhh gitulah kekdah tawakkal aku tu...


the next morning, kami keluar rumah dan tunggu tempat yang dipersetujui. seperti biasa super agressive nya adalah aku. En Chef kat sebelah driver ja membuta. Of course malas nak layan karenah aku kan. tunggu dalam 5 minit, nampak la bayang Mohammad & Nur. Nur tengah kelek baby. Allahu Akhbar nervous aku tetiba mencanak naik. lepas salam Mohammad cakap bagi aku pegang baby (yin yin). and pas baton driver. laki aku plak drive. kami punya 1st destinantion adalah JPN Nilai. aku lupa inform yang baby tie tu dah 2 bulan lebih (D.O.B 4/3/2019), meet up (28/05/2019) so dah umur 86day old tapi tak register lagi. mujurlah ada document lengkap time tu.

ni first gambar berdua. aku send dekat nizam masa dekat JPN Nilai. Nizam cakap sungguh rupanya ada baby. hahahaha aku pun tak sangka. Alhamdulillah


JPN Nilai mcm tolak nak daftar sebab dah lambat sangat. so depa suggest ke Putrajaya whis is few miles away saja dari situ. kalau dekat putrajaya kan HQ so mudah sikit berurusan. so we all head up lah ke JPN putrajaya...

sekali lagi aku punya innocent thought adalah depa just nak aku tolong registerkan anak je. Which aku tak kesah pun menolong.... kedebuk kedebak kedebuk kedebak settle JPN. baby langsung tak meragam... tido je.. kalau bangun pun terkebil2 tengok kita settle hal dia... sampai aku plak suspect ehh baby ni mute ke apa... 

ada 1 ocassion tu aku sengaja letak dia atas kaunter tempat isi borang... lama... sampai dia tercemik2... aku biar je. Nur time tu ke toilet tak silap. pastu bila terbit suara dia menangis baru aku angkat dan tepuk2 pujuk. owhhh ok ada suara... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


JPN putrajaya pun tak dapat nak proceed register. kena amik masa dalam sebulan sebab kalau lebih 60hari memang gitu procedure dia. So lepas submit borang, kena tangkap gambar anak, serah dekat JPN. ada la certain process kena settle then aku confront the family. Niat aku time tu dah settle tolong register dahla... pakat nak ikut haluan memasing la kan sebelum jumpak balik next month baru pikir nak buat serahan ke cemana... 

Me: so lepas raya lah kita jumpa balik untuk settle yang lain.

Mohammad : ermm kak, kalau boleh kami nak bagi harini jugak anak ni.

Me: hah ehh tak boleh la. document semua takdak lagi. surat beranak dia pun tak dapat lagi dengan mykid. macam mana boleh bagi kat kak.

Mohammad :betul kak, memang kitorang tak mampu dah jaga sekarang ni.

Me: ehh akak dah beli tiket flight nak balik kampung raya. macam mana nak balik nanti...


masa tu aku memang dah gelabah berak. habis tu budak ni nak letak mana.. semua berkecamuk dalam kepala. memang jammed kejap otak. aku memang takde pape document nak mengesahkan baby ni bawah jagaan aku. NO. Nothing. kalau aku bawak balik dia tetiba depa charged aku atas tuduhan menculik cemana. perghhh masa tu... tapi muka diorang pun macam dah desperate perlukan bantuan.


End up, aku teringat otw datang tadi ada nampak police station. so pas bincang semua setuju ke balai police lodge report yang katakan parents bagi secara sukarela. so aku terus google maps balai polis, lodge report dan Alhamdulillah everything went well.


jam 5pm siap semua so aku turunkan Nur dengan Mohammad dekat tempat first time jumpa tu balik. Nur sempat susukan Yinyin dekat dalam keta for the last. masa ni aku dengan Nur masing2 mata dah berkaca. She loves the baby so much but she knows what is the best for the baby. aku of masa ni peluk Nur lama betul... pesan macam2 jangan lost contact. jumpa lagi next month untuk selesaikan surat beranak Yin Yin segala. Sebak Allah maha mengetahui. and pikir jugak that is the last mother's milk she can enjoy. masa ni anak pun dah tido dalam dakapan aku. Allah... lasa menaip ni pun aku rasa sebak gila...


we have her now. together with police report and pink (vaccine) book anak ja. and towel. tu jek. so now next move adalah beli perkakas dia. otw balik rumah Ein, singgah kedai runcit depan rumah dia. beli susu dugro, pampers, botol susu, pek mandian travel anakku tu yang ada sekali bedak, losyen, sikat rambut, minyak yuyi cap limau. tu jek yang dalam kepala otak dapat pikir masa tu.... My Goodness... can you imagine how I felt that time? Allahu syukur Alhamdulillah, nervous, panic, unbelievable, semua serba serbi dalam kepala otak. mimpi ke hape bawak balik anak nih.


btw, Ein pun macam confident bende ni scammer so dia dah kawtim bukak puasa dekat hotel time tu. aku pun onzz sebab masa tu ingatkan tak dapat baby. sekali sampai tengok2 seketul nah bawak balik. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 


masa ni memang pakat clueless lah... anak masa tu still aku pegang. tido jek.... pastu ein cakap takpelah jom lah dah lewat. kita bukak posa gak kat hotel pastu terus cari kain baju dia. aku pun ok lah... mandikan dia for the first time (alaaaa lembutnya baby....) and yes malam tu beriba lah aku sambil bukak puasa kat hotel. En Chef macam biasalah makan isi perut macam xdek pape... aku ni dorg tanya nak makan apa pun macam takde selera dah. minum air je banyak, pastu cubit buah sikit2, makan beriani kambing pun ada la 2 3 suap. sumpah aku tak lalu makan weh walaupun hotel tu serve segala mak nenek. kepala otak aku tengah restructure balik plan segalanyaaaaaaaaaa...........

- ok pasni beli barang2 baby baju sikit apa2...

- ok esok patutnya kena masuk keja. skang dah maghrib, mana aku nak taok budak ni. xkan nak sumbat dalam bag bawak p keja sekali....

- harini isnin, sabtu aku punya flight macam mana nak declare ada bawak baby? lepas ka dak....

- lagi seminggu kena keja sapa nak jaga baby for a while. dan sapa sanggup tengokkan anak sat.

- En Chef kena balik farm dia semula. macam mana aku nak hantaq dia balik farm and aku patah balik rumah dengan baby saja.....

- macam mana nak habaq dekat mem besaq kat kampung tetiba aku ada anak. macam mana nak buat annoucement kat 1 dunia ni? macam mana nak inform in laws, family, boss tempat keja, member2, orang kampung, ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn


tapi.... kena lawan semua demi...........

muka ni!!! alah anak mak.... 😘😘


so lepas makan terus g buiding sebelah carik baju. sambar 2-3 helai. ein suruh belikan bakul, botol air panas, towel segala untuk bawak ke rumah pengasuh. aku macam ha ah la... betul jugak... ok settle. balik cuci baju baru. baby still pakai baju yang sama sebab takde salin lagi... and fyi, baby dari jam 5 sampai jam 10 dia tak minum susu tau. tido je. aku kejutkan dia bangun minum pun dia taknak.

akhirnya jam 10pm tetiba melalak2 mintak minum tapi bila sumbat susu dugro dia bluwek2 ja.... aku dah panik, ahhh sudah cemana ni.... mintak En Chef jagakan baby, aku keluar dengan ein cari susu lactogen 1. sebab maknya penah cakap dia BF sulam dengan susu tu.... banyak kedai kot singgah last2 jumpak susu tu kat kedai Acheh terus balik. balik2 tengok En Chef tengah tidokan dia. aku tanya cemana dia boleh tido. En Chef perah buah anggur bagi dia makan sikit2. makan sebijik pastu tido. aku macam πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“. aku try susukan lactogen tapi dia dah tido so xpelah biar lah dulu... tengah malam baru dia nagis second time and Alhamdulillah dia minum betul2 habis sebotol. lega aku time tu. 


nantilah sambungan episod seterusnya aku explain how aku settlekan prblem yang berserabut kat atas tu.

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......