Sunday, March 21, 2021

kerap panggil mak.

anak aku sekarang ni kejap2 panggil mak, kejap2 panggil mak. kiranya words "mak" maybe ada la 100 kali sehari kalau kira2 balik. selagi tak menyahut selagi tu lah mak, mak, mak,. kadang tengah solat pun berdiri betul2 depan kita dan mak, mak, mak,.... Ya Allah tabahkan lah hati hambamu ni... 

But inner side aku selalu rasa syukur dan happy. Alhamdulillah finally I have someone that call me a mother and because of her, I can become who I am now.
18/06/2020 - hostel batu pahat - buat makan2 sempena raya puasa


how I get her? nantilah aku senang aku story sini. buat tatapan diri sendiri dan dia di masa depan. Inshaa Allah..

Saturday, March 6, 2021

raikan perbezaan... tapi masih confused.

 Salam...


Aku sampai pening nak letak tajuk apa... kalau perasan now conspiracy theory makin2 bertambah since vaccine covid-19 muncul. sebelum ni pun dah bermacam2 now lagi la..... aku pulak seram dan confused. dorang suruh membaca tambah ilmu pengetahuan, yes aku baca both parts tapi lagi bertambah confused. baca sebelah pihak nanti berat sebelah. antivaccs, flat earth, some of common issues yang jadikan perbalahan. cuma tak bestnya pakat condemn masing2 sapa betul sapa salah. I don't know. 

Tapi theory ni aku dah start alert dari zaman Mirc lagi. masa layan chat kampung dulu aku ada kenal dengan sorang mamat dari Acheh but live in Malaysia. dia punya la banyak info2 and selalu forward dekat aku by emails. since 2002 onwards macam tu lah tak seingat aku. sebab sejak aku dok hostel yang aku pandai berjinak dengan chatting channel. pastu kat rumah pulak pasang internet pakai sistem dial up tu... so tahun 2004 yang kes tsunami tu memang banyakkkkk pic dia send dekat aku. so time tu theory nak kiamat bila, freemason, semua aku dah macam di"exposed"kan. penat weiii kalau kaji lebih dalam, lebih dalam dan lebih dalam. memang buat ang rasa serabut (bagi aku lah). So aku amik pedekatan untuk let it go dan just follow the flow.

Cuma bab condemn orang lain salah, dia sorang betul tu yang aku tak berkenan. vaccine agenda dajjal, anti-vaccs tu bodoh, entahla aku betul2 tak berkenan. cuma aku sometimes wonders, how they claimed that? macam mana kalau salah? macam mana kalau kepercayaan yang ang betul2 percaya tu salah? orang refer Al-Quran dah hadith sahih. ang pun refer benda yang sama tapi pemahaman tak sama... macam mana? 

Aku perasan status FB sorang nih... aku tak ingat menda tapi dia cakap dia craving something yang manis2 sebab musim bulan penuh so parasite berleluasa ke apa macam tu lah kot. Bila baca aku macam hmm... ada dak aku craving? dak. life aku masa tu hari2 masuk keja bawak ayaq masak botoi besaq. balik pun malam aku minum ayaq masak jugak. makan pun yang mak aku bekalkan balik pun makan yang mak masak. aku tak craving sweet2 pun time tu. so persoalan kat mind aku masa tu adalah "adakah sebab daily routine aku minum ayaq masak so aku jadi x craving manis2?" atau "adakah badan dia ada parasite & badan aku xdak so aku x craving?" dan jugak " adakah simptom ni x berlaku dekat aku? berlaku dekat manusia macam dia saja?" ehhh aku pun manusia biasa gak... (tak... ni aku tak pasti la masuk kategori mengondem atau tak. It just appeared in my mind). aku mintak maaf. no offense please.


lagi 1 baru tadi aku terbaca yang someone ni dia macam condemnkan parents yang anak2 tak sihat sebab minum FM (formula milk). so dia cakap 2yo takyah dah susu yang penting makan makanan berkhasiat. aku baca lagi posting2 dia. pastu ramai yang reply status dia pakat menggelabah sebab anak still FM dah besar. pastu ada mak2 ketawakan anak2 cakap apelah bagi FM kat anak2.. 

so persoalan aku adalah "adakah anak dia ada bad experience dengan FM so dia pukul rata and salahkan FM pastu create awareness kat public (walhal betul ke tak?)" lagi "adakah mak2 yang menggelabah tu tak pikir dulu ehh anak aku kerap sakit tak minum FM? jadi bebal tak sebab minum susu lembu bukan susu ibu yang sebenar?" 


1 lagi kes homeschool. sorang artis nak homeschool kan anak pastu terus viral ada sorang makcik ni homeschool kan anak sampai boleh tour around the world. pastu pakat la menggelabah tag partner memasing dengan harapan nak jadikkan idola. 


you see... ada certain manusia yang bila orang share something dia cakna, perlu dak aku follow atau follow your own decision, your own rules. jangan la mengondem orang weh.... kalau itu pendirian ampa just go for it.


aku tak percayakan parasite full moon. aku bagi FM dekat anak aku dan Alhamdulillah her progress just like other kids, I vaccinate my kids and she just healthy as she is. I put my kid into nursery. I want her to be independent, and socialize with other kids. Nauzubillahi min zalik (jauhkan aku dari sifat membangga diri). tiap mak nakkan yang terbaik untuk anak2 dia... 


dan... aku product dumex. aku tak ingat since when tapi aku memang minum dumex kecik2 dulu. Alhamdulillah I become who I am now. 


gambaq ada la sikit kena mengena.


biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......