Saturday, February 20, 2021

Siri anak masuk taska

 Salam....

ceritanya start 1/2/21 aku hantar anak aku masuk taska. untuk pengetahuan anak aku baru umur 23 bulan. muda takla muda sangat sebab ada budak lepas pantang pun dah dihantar ke situ. dan ini adalah 1st time anak aku di-exposed-kan dengan this kind of environment. 

sebelum ni masa aku keja dekat Batu Pahat,  dia duduk dengan pengasuh. and pengasuh tu jaga dia sorang... so dibelai2 dimanja2 sorang dia je lah. dari umur 2bulan lebih. so bila balik sini aku noticed dia agak greedy taknak share barang dia. tapi main ok. kat rumah ni kan ada si adib dengan zara anak2 abang aku. 

Plus maksu dia pun dah kena register masuk kolej, tinggal la si emi dengan mak. penat lah nak menjaga 3 cucu2 yang lasak ni. so aku amik initiative hantar ke taska. boleh mingle around other kids, sambil belajar, sambil main, andddd most important dia dapat independent.... tu penting.

so kebetulan cousin aku ada cerita 1 taska ni, anak dia pun sempat stay situ 3 bulan sebelum PKP start. so aku pun ushar2 dan sembang dengan pengetua taska tu....

Weekend aku sempat la try hantar sekejap nak tengok respond dia. dan Alhamdulillah aku berjaya tinggalkan dia 3 jam dekat situ without dia menangis atau buat perangai. elok je main dengan cikgu. so aku dah macam confident. 



bantal busuk memang takleh lepas..


baru 3 minggu. aku tak nampak lagi la perkembangan positive dia. cumanya seronok la nampak dia ada aktiviti dan ada kawan2... dari komen kakak pengasuh situ, dia makan ok bersungguh. dan boleh la follow situ. cumanya xde sapa boleh usik bantal ke, beg dia ke confirm dia meraung. hahah yang tu susah sikit la nak ubah...

cuma 2 3 hari lepas dia macam buat perangai sikit taknak masuk taska. takde la meraung menangis. aku assume dia taknak berenggang dengan aku je lah. sebab bangun awal pagi angkat beg semangat nak masuk school tapi bila sampai macam merengek taknak. tapi dengan kakak pengasuh ok pulak. entahla... aku doa yang baik2 saja untuk anak aku.


dan... aku ada survey macam perasan 1 taska yang lagi banyak activity dan nampak lebih gahhhh gittewww... tapi sabar jap lah bagi masa anak aku mixed around dulu dekat sini. mcm nak buat experiment pulak nak tukar sana sini kan...

WIsh u all the best adik. I love u so much



Wednesday, February 17, 2021

tak bawak fon dan jugak........

 rasa lost gila harini.... sebab datang keja lupa amik fon atas almari TV. semalam fon tu tengah charge. aku still boleh hidup without fon dekat tangan. cuma kadang rasa incomplete la gitu sebab aku sejenis suka check in FB. bukan up status pun tapi latest2 info memang aku alert lah... btw, ada certain jenis manusia fon pun takleh tak bawak kan. kalau tak bawak tu dia punya tahap menggelabah dan tak boleh stand alone tu cam hapa... hahaha seb baik aku masih di tahap yang boleh dikawal.


lagi 1 yang aku lupa harini nak kirimkan puting (pacifier) dekat taska pengasuh. sampai2 office aku bukak whatsapp web nampak cikgunya inform. perghhh yang ni memang aku tak boleh tolerate lah. terus inform boss and chaloooo patah balik ke taska dia. otw ke sana aku perasan farmasi yang jual pacifier dia dah bukak so aku singgah beli yang sejibik sebijik terus hantar yang baru beserta nota cakap simpan sana jek lah. sebab yes... mak dia sejenis pelupa... so beli dua dah mudahkan keje aku. next time lupa pun ada back up....


dan...... kadang2 aku tertanya kemana menghilangnya duit aku.... hahahaha camni lah. because of my carelessness, benda apa yang aku rasa penting aku akan beli double just to make sure tak kelam kelibut sebegini rupa..... 


ok sudahlah update harini. next time lah pulak yer...

adioss amigoss


Saturday, February 13, 2021

skin tags on eyelids

 Few months back aku noticed dekat eyelids aku macam ada something. mula ingatkan jerawat tapi mendelah yang nak tumbuh dekat kelopak mata tu kan... lama2 nampak macam skin tags pulak dah. And of course aku rasa sedikit down and low self esteem. nak pandang muka mata orang time conversation pun rasa nak taknak. history, aku kalau bercakap mata aku memang fully eye contact & focus. this time aku banyak ngelat...

so after 3 - 4 bulan gitu aku amik keputusan untuk let go skin tags tu. panjang kan masa aku simpan bendalah tu... 1. takdek masa sesuai... sebabnya takleh g klinik biasa. kena g dermatologist and queue panjanggggg.... dekat sini the nearest place pun klinik Khoo dekat sungai petani tu lah... 

kebetulan selasa memang aku off haritu so pagi tu hantar anak ke taska, aku ke UTC dulu renew IC aku yang dah sampai lekang plastic dan muka aku pun dah hilang dari IC. lepas siap dalam pukul 11 aku terus ke dermatologist Dr Ko kat bakar arang, SP. time tu dalam 11.30. turn aku dalam pukul 2-3 macam tu. tapi tak tau ke mana, aku lepak kat situ je lah. order mcdelivery makan dalam keta, pastu layan netflix sampai my turn.



there.. nampak tak skin tags kat mata kanan aku tu. kecik jek tapi sangat annoyed.




ni after laser. nampak bengkak sebab inject ubat kebas before laser.





dalam bilik consultation aku tanya lah mende factor yang jadikkan ada skin tags ni. Dr Khoo check aku nye skin tags and declare bende tu sebagai ketuat... tapi sangat rare ye tumbuh dekat eye lids. ewwwwwww puncanya sebab virus. I dont know what kind of viruses tapi I just want to let it go...

dia inject ubat kebas dekat bawah eye lids. seriauuuu weii tebayang aku sapa buat botox dekat muka neh. lepas inject dia start laser. of course aku pejam mata kan. tapi terbau hangit macam rambut... aku tanya Dr kene eye lashes aku ke tuh... dah la eye lash pun hidup segan mati takmau... kene laser lagi terencat pertumbuhan dorg kang... Dr cakap "I try my best to avoid your eyelashes now. dan aku pasrah je lah...

now? lega seleganya... balik tu memang rasa burning dekat tempat kejadian dalam 3-4 jam tapi dia ada bagi cream tube untuk heal kan bende tu... Alhamdulillah skang dah beransur sembuh... skang tinggal kuping je la bagi dia cure sendiri and no more skin tags lepas ni... 

btw, ada orang tanya apasal tak beli skin tags peeling tu jek. boh chemical tu pastu tunggu dia luruh sendiri. tapi aku sangat seram sebab kejadian dekat mata... kang masuk dalam bijik mata chemical tu dah 1 mende lain aku nak kena settle... and Dr pun tak suggest boh tang tu... kalau skin tags tu kat tempat lain boleh pakai chemical peeling...

so itu jek lah kisah aku dengan skin tags ni....

Sunday, February 7, 2021

another side story

 there's one night.

aku terjaga malam.. around 1am. teringat phone aku tengah cas di hall. so as me, seorang manusia yang tak susah ada feeling terus nak g amik... once step aku jejak dekat situ... *f_uck*!

I can't see things. gelap segelapnya. but my instinct feel something at the sofa. watching me like hell. 

tap! buka suis lampu. staring back at the side. nothing. grab my phone terus jalan masuk bilik. lampu pun aku tak switch off balik. then sambung tido.... apa yang aku ingat 1 voice suruh aku baca something. tapi aku pekik kuat2 laila ha ilallah.... dan terjaga terus kejung badan aku kena tindih.... stress rasa tapi aku teringat anak kat sebelah terus aku lawan sampai aku terkeluaq pekataan Allah and badan aku back to normal. 

the next morning adik ipar aku story yang dia kena kunci dekat luar time g toilet. citer dia kul 11 dia sakit perut terus g toilet. adik aku temankan memula tapi dia masuk bilik dulu and just tutup sikit je pintu.... in law aku tolak2 terkunci. seb baik adik aku sorang tu tengah layan bola. sempat la in law aku call dia tolong bukakkan... and pintu dapur tu bukan sejenis yang mudah nak kunci ok. ang kena tolak dulu and baru boleh kunci. wallah hualam...



last night.... 


tengah tido dengan mak and anak. mak aku bangun g toilet pastu aku tersedar. anak aku pun mcm merengek so aku tepuk2 dia, mak aku sambung tido and tengah layan nak sambung tido dengar something kat luar bilik tempat iron baju tu. bukan tapak kaki but just something undescribed. damn! I felt uneasy. terus sambung tido badakkan diri.


a few moments anak aku meraung. maybe dia mimpi something kot. aku nak angkat pun dia meraung taknak.... mak aku sekali terjaga... ahh sudah.... pastu diam jap... pastu sambung lagi. aku terus angkat dia bwak ke dapur tunjuk dia everything ok, buatkan susu, lepas tu masuk bilik dia tunjuk2 kat atas. mak aku geleng2 kepala... "nampak apa pulak dah?" terus aku teringat bunyi tadi. Allahu... mende plak dah ni....


2 3x menangis sampai aku bukak lampu bilik biar dia tido dalam terang pastu baru dia sambung tido balik. 


both story happened when I can't pray. coincidence or what... entah la...


Allah maha pelindung. 

Wednesday, February 3, 2021

my kid warded story

salam... Last friday 22/01/2021 aku baru balik keje bila family aku report yang anak aku 6x berak haritu. takdek la fully cair. ada texture tapi kerap berak. aku belum panic lagi la. sebab anak aku nampak active and petang tu siap mandi hujan lagi. xde muntah xde demam. just berak banyak dari biasa... 

malamnya time tido aku perasan jam 2.00am dia gelisah & asyik tendang2 aku. aku ni dah mamai2 apehal la budak ni. tepuk2 lena balik. jam 4am dia bangun lagi menggelisah. aku just pikir pampers penuh kot. so sekali bukak pampers nak tukar.... NAHHHHH dah penuh taik tu pun almost kering. Ya Allah memang aku menjerit la sampai mak kat sebelah pun terjaga. cepat2 aku bangunkan dia dan cuci bontot dia bersih2... menyengihhh je kena air. I must agree that my daughter so far sakit demam dia jarang merengek mandom. mesti aktif dan ceria until aku pun confused budak ni sakit ke tak sebenanya.... 

so back to my story lepas cuci semua wangi2 aku tepuk dia nak bagi tido balik. dalam dia mamai2 tetiba dia show signs macam meneran lagi... then 4.30am berak lagi... aku masa ni dah.... ok fine aku panic now. terus whatssapp team yang aku tak dapat datang keje harini. mende budak ni asyik berakkkk je.... and continuosly 5.30, 8.00, 8.30, ikshhh kira every half an hour dia berak. mak aku suruh minum teh kelat je.. aku dah nak bawak klinik dia suruh tunggu sampai ahad bawak spital. aku dah memang tak senang duduk. badan dia time tu dah dedar... tapi berlari2 lagi dengan kakak zara & abang Adib. tetiba kul 9lebih dia berak tu aku nampak macam ada blood stain. berak time tu dah cair dah... sikit je kejadiannya and ada merah2... aku time tu sudah la... this is it!!! memang kena bawak klinik dah minah ni. siap cepat2 terus bawak ke poliklinik halimah. aku malas nak refer kecemasan sebab kes kobid do mencanak dekat baling ni hah....
time ni happy je sebab boleh outing keluar rumah even ke klinik. awak tak tau jap lagi nak jumpak dokter. hahha


so lepas consult dengan Dr memang dia suggest terus direct ke ED sebabnya takut jangkitan kuman yang sebabkan dia cirit birit tu... dia buat reference letter siap and aku balik rumah dulu... tak sedap ati nak ke spital weii.... 

papepun tapaw kepci dulu... sbb selera dia mcm tak berapa ada... so dia lunch mashed potato je sikit.


lepas lunch aku dok berkira2 lagi tapi adik dah 2x berak pulak kat rumah. and dah terus kemas kain baju, bakul makanan, pampers segala barang bawak g ED. sebab klinik pun cakap case dia maybe kena admit. so aku prepare semua sekaligus. sampai spital dalam jam 4 macam tu.... diagnose sekejap je tapi time nak register ward tu time tukar shift kerja so wal-unta lambat benauuuuuu.... 


anak aku sekejap tido sekejap bangun, jap gelak, menangis.... dah 1 hal dia takut manusia pakai PPE, melalak la dengar suara dia 1 ED tu... cucuk tangan nak drip air dia tak nangis tapi ada sorang MA pakai PPE datang dia meraung sekali pakej mengelupur... Ya Ampun masa tu aku terus jerit encikkkkkkkkk dia takut awak, boleh g jauh dakkkk... terus mamat MA tu lari keluar bilik. kahkahkah gelupur weii dengan jarum. seksa aku tengok anak aku.. erghhhhh

lega settle... owhh.. btw time nak amik darah tu dia berak lagi.... and tengah cuci berak la pulak no aku kena panggil.... gelabah aku cebok dia takdan sental habis. terus sarung pampers masuk bilik dulu. hahahaha


dekat ED saja dah 2x aku tukar pampers sebab dorg drip sebotol air anak aku kencinggggg basah seluar. barang semua dalam kereta, aku bagi anak aku layan youtube jap and pesan brader PPE tengokkan dia... TAPI... dari jauh je sebab kalau dekat kang mengelupur patah jarum. erghh... dengan penuh kepasrahan aku g kete angkut barang2 semua siap2 letak tepi katil dekat ED tu. ok cita sal lambat tu... btw, dekat pukul 10 malam baru aku dibawak ke ward. gila nau lambat.... anak aku sehari tau x makan nasik sebab time lunch tu dia tanak makan.
seb baik la mak aku dah siapkan bekal makan. so tengah aku siap2 nak suapkan anak aku makan, sekali nurse datang nak check BP dia bagai apa lagi meraung lagi anak aku. time tu rasa hangin plak... Ya Allah.... why now.... cuba nak positif tapi entah la. last2 nurse tu tak jadi check BP. dia cakap tunggu anak tido. Allahu... terima kasih la memahami.... time aku suap makan tu punya la dia bersungguh makan macam kebuluran sangat dah. sedih pulak hati ini... lapar rupanya anak aku. sedih tengok dia pulun makan walhal nasik dengan plain soup ayam dengan sawi je pun. tak sempat aku suap, dia suap sendiri tambah... aduhai anak oii....
bantal busuk, puting... kalau lupa benda ni macam derhaka dekat dia. 



sempat grab mainan kat rumah. so dia boleh focus.

after collect sample taik, memang ada sign infection.. so bermalam la 2 hari kat situ.... aku syak since balik rumah dia ada habut baru suka jilat karpet, lantai... even if dia tak puas hati to something dia akan react macam tu.... cemana la nak buang habit baru dia ni..... tapi Alhamdulillah since anak aku makan minum ok so drip dah boleh buang... correction... Drip tercabut masa 1st night. aku terjaga pagi perasan darah and basah tilam... so terus cabut tak bubuh dah.

anddddd because of that... dia jadi kak long kawasan.... sat2 turun katil meronda. tempat faveret mestilah sudut bacaan sebab ada banyaaaaakkkk story book dia nak kelebet... 

after discharged. mak manusia paling lega... Alhamdulillah.... boleh balik rumah dan berehat... esok masuk keje cam biasaaaaaa.....

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......