Thursday, December 29, 2011

sakit tumit.......

start pagi isnin lagi aku dah rasa sengal tumit sebelah kiri ni time jalan.. tapi steady lagi dan hebatnya time keluar dengan encik chef sakit tuu hilang... kemungkinan jugak sebab aku pakai kasut jenama bata... kasut ada kusyen pengalas tapak kaki aku... selasa pagi aku dah rasa makin serius... ke kulim pun terpaksa terjengket2 dan kali ni aku tak rasa sengal tapi lebih kepada lenguh yang teramat... sampai ke betis, sampai ke peha rasa lenguh tapi hanya bahagian kiri...


aku gagahkan jugak ke kulim distribute resume ke kilang-kilang di hi-tech park.

dan hari ni kemuncak... memang lenguh yang teramat-amatlah nye kan... aku dah google, selalunya orang tua dan ahli sukan je yang selalu sakit tumit... nak kurangkan sengal kena tuam dengan ais.. ok aku malas nak try...

orang lain suggest aku sapu minyak angin.... aku mintak maaf... aku memang sangat tak suka minyak angin...... tapi... ya sekarang dah darurat... sat lagi nak mintak member aku urutkan dengan minyak gamat cap loceng...

perasan tak?

kadang-kadang perasan tak kalau kau ditimpa masalah... tak kira besar atau kecik, ada tangan asing menghulurkan bantuan dan simpati. maksud tangan asing ni ialah orang lain yang kadang-kadang takde kena mengena sangat dengan life kau. contohnya macam kawan sekelas tapi sumpah tak rapat and besembang pun hal-hal yang penting je macam tu. tapi bila kau dapat masalah dia antara orang yang akan ke depan untuk back-up kau..... dan harusla kita tau kan bila dah kena masalah ni automatik diri sendiri akan susah apatah lagi orang yang terheret sama dalam masalah kita. dalam masa yang sama terpaksa menyusahkan diri untukorang lain...


sebenarnya kes macam tu pernah terjadi kat aku. as simple aku admit aku ni memang trouble maker, cemerkap, loklaq, penambah masalah.... hahaha tapi kadang-kadang aku rasa aku innocent... yala kita tak penah mintak untuk buat silap tapi entah kenapa asal terlepas pandang sikit terus musibah... mungkin aku kena lebih fokus..


tapi Alhamdulillah setakat ni banyak sangat tangan asing yang tak segan silu hulurkan bantuan dan simpati... kadang bukan sikit pengorbanan tu tapi Alhamdulillah aku apreciate sangat.... tanpa disangka, tanpa diminta sampai kadang aku si trouble maker ni jadi segan... tambah dengan kawan-kawan yang setia....


memang perancangan Allah sentiasa terbaik...... cuma aku pegang pada 1 hukum ni... ringan-ringankan la tangan untuk bagi bantuan pada orang lain so dengan perangai trouble maker macam aku, ianya satu anugerah semula bila orang sekeliling takkan tinggalkan aku sendiri dengan masalah yang memang aku tak sengaja cari. heheh

Wednesday, December 28, 2011

mr. right saya memang kena berkelakuan sebegini sampai akhir hayat

cliche je kan tajuk di atas... hahaha sekali sekala...


sebelum-sebelum ni kerap sangat aku dimomokkan dengan cerita yang menakutkan mengenai perangai anak lelaki sulung... perongos, perengus, ego tinggi, xmau mengaku kalah dan sama waktu dengannya... manakala untuk seorang lelaki sejati pulak dia haruslah seorang yang berkebolehan untuk mengongkong teman wanitanya, jarang membebel, kurang teliti, kurang fokus pada kehendak teman wanita, benci ikut wanita bershopping, gila bola dan sebagainya........ternyata tahyul sungguh kepercayaan yang macam tu....


encik chef anak sulung dan jugak cucu sulung dalam family. patutnya memang ego dia akan double triple mengalahkan peserta sulung lain la kan... tapi aku belek-belek perangai takde la semenggah sangat. bab perongos ke perengus ke ataupun panas baran memang out of list. marah macam mana pun dia akan sedaya upaya kontrol tone suara dia tak dan jugak elakkan dari memaki hamun... selalunya dia akan mintak penjelasan tapi kalau aku tergagap2 gagap atau pun diam dia akan hukum aku. he will silent.. time tu tergagau-gagau la aku nak susun frasa balik nak explain... tapi malam dia akan cool down balik... so at the end kami akan bergelak ketawa balik sambil bercerita pasal kes gaduh siang tadi... boleh macam tu??? hahahaha it's really nice, aku dan dia x boleh gaduh teruk-teruk sebab satgi hidup rasa tak tenang. boleh kira dengan jari la kami bergaduh... maybe 2 3 bulan sekali. paling lama bergaduh baru-baru ni almost 10 jam pakat memendam perasaan geram.. ahahaha


selain tu.... aku dapat tau yang teman lelaki selalunya kuat mengongkong... kadang-kadang nak berak kat jamban pun kena roger takut balak kol x angkat so dituduhnya kita curang padahal tengah berak..... itu memang melampau la kan.... bagi encik chef mudah. keluar ke mana bagitau. kalau dekat rumah kadang aku malas bagitau tapi malamnya bila sembang dengan dia aku akan cerita aktiviti aku. kalau aku buat jahat tak bagitau dia automatik aku rasa serba tak kena. so aku akan berterus terang. dia membebel sat, aku buat innocent kemudian dia akan cool balik.


lagi...lelaki kurang suka follow teman wanita dia bershopping sebab dah sedia almaklum yang perempuan ni kalau bab bershopping memang kadang tak hengat donia... wassalam la kan... so aku pun tanamkan dalam mind yang aku lebih prefer shopping sorang dari ajak dia. tapi sebenarnya dia suka ke arah macam tu.. dia boleh jadik pengkritik yang hebat kalau bab pilih barang. sangat teliti, dan futurelistik... contohnya aku mntak pilih beg mana paling cantik, dia akan terdiam, jari automatik di bawah dagu, mata tajam je renung mana yang terasa elok pada pandangan dia kemudian komen.. hebat??? bagi aku benda tu hebatla bagi lelaki yang macam dia.. kalau metrosexual tak kisah la sangat kan...so kadang kalau aku plan nak beli barang dengan dia, masuk 4 5 kedai tak jmpak yang berkenan terus blah tak jadik beli, terbeli barang lain, he will never complaint. dia akan reply "xpa... tak kisah..."


aku nak mengaku yang kadang-kadang aku streotype jugak dengan gelagat lelaki-lelaki sekarang. sebabnya kekadang belum nikah tapi isytihar diri macam orang besar nak bolot kebebasan teman wanita tak boleh la macam tu...everyone need freedom...dan kemungkinan besar yang menyebabkan aku percaya pada tahyul macam tu sebab aku tengok kawan-kawan sendiri yang banyak masalah dengan balak masing-masing.

ada jugak orang cakap lelaki ni awal-awal memang tunjuk baik... tapi aku dah dua tahun lebih perangai masih berada pada tahap yang sama. maybe lepas kawin la kot kan.... tu x pasti.. tapi harap-harapnya kekalkan la perangai macam sekarang



kalau ini mr right aku selama ni... kabulkan lah....

Tuesday, December 27, 2011

Alhamdulillah... =)

belajar dah tamat... tunggu nak seat for final je nanti... research report on going.... sikit-sikit nak kena tatih buat. tak larat nak drastik-drastik bagai......

aku syukur kali ni atas beberapa faktor... salah satunya aku bergiat cemerlang bila dapat membantu kawan aku yang nanar sebab patah hati.. yala orang lain pun patah hati tapi tak la semenggah kamu... hahaha but finally I can handle it.. orang cakap time bercinta jangan terlampau sayang sangat dan jugak jangan terlampau obses pada pasangan sampai kan lupa orang sekeliling... sebabnya bila susah atau jadik kes macam ni... kamu akan perlukan sokongan dari kawan-kawan terutamanya untuk lupakan masalah.

now, boleh bergelak ketawa berkongsi meja makan dan kereta... which is good la kan... emosi dalaman lain cerita but as a friends, we try our best to help ya....


alhamdulillah jugak aku berjaya lawan keliatan aku nak balik rumah sewa dengan jayanya walaupun pukul 10 malam baru sampai.. bila dah stat bersenang lenang di rumah memang tak ingat nak balik rumah sewa even keja melambak-lambak... adat la kan.... hahahaha faktor lain sebab baby hanisa ada so dah nama budak lagi la aku liat nak balik...........

esok nak bergumbira sebentar menonton mission impossible : ghost protocol bersama encik chef.. harap-harap plan menjadik la... kawan tu asyik busy memanjang.... jangan ada last minute function sudah...........

Thursday, December 22, 2011

penyakit yang kian melarat

tadi petang aku keluar isi minyak kereta siap-siap untuk perjalanan balik kampung malam ni. kemudian aku ke kedai nasik ayam paksu sebab adik aku, si emi dah merungut lapar so aku mintak bungkuskan 2 nasik ayam....

harganya RM7. so aku keluarkan RM10 kemudian bakinya RM3 aku tunggu. pas amik baki, aku start kereta. hujan time tu renyai-renyai, aku pulak agak kelam kabut sebab x tutup cermin kereta. so sampai rumah, tutup enjin keta, capai purse dan handset dan.......dan..........dan............????????


puas aku jenguk seat belakang, bawah seat, tepi seat, dalam dashboard, malahan atas bonet lagi. SAH!!!!!!! nasik ayam aku hilang. aku langsung tak ingat aku ambik ke tak nasik ayam tu. serius!!!!!

last2 lepas habis cerita ttg Dhia baru aku p kedai tu ambik balik. malu jangan cakap...
penyakit pelupa aku dah melarat balik...............

kelas yang terakhir pada hari ini untuk zaman degree..........

hujung-hujung zaman diploma dulu mak aku ada cakap x payah la kot sambung degree lagi, cari keja dulu tolong adik-adik.. dan aku pun tak mengomel panjang, just bersetuju....... tapi ada sekali mak aku tanya kalau sambung degree berapa lama, aku cakap dua tahun. terus dia suruh aku further study terus lepas habis diploma. dan seperti biasa aku pun isi borang online untuk further.... Allah dah rancang yang terbaik untuk aku... supaya aku dapat pengalaman berharga, kenal kawan-kawan baru, belajar benda-benda baru...... dan pastinya it's a learning process.... zaman degree aku lebih open minded dan banyak benda yang membukak mata dan minda aku tentang hidup.


dalam dua tahun ni........ memang macam-macam benda berlaku dalam hidup aku. reformasi group-group dalam class aku berubah-berubah tapi aku, ana, imah, fut dan new comers which is aini remain in the same group. pertelagahan kelas yang kuat amalan asobiah, hidup berpuak-puak, kutuk mengutuk, benci membenci.... serius stress tu terasa sebab hidup dalam benci-membenci ni memang hati takkan tenang........

1 and half year berada dalam keadaan class yang tunggang langgang. group sana benci sini, group sini menyampah sana... aku rasa time ni semua orang tengah carik chemistry antara 1 sama lain... develop group, pastu bubar create new  group. macam process to develop team members. ada yang berkawan hanya untuk kepentingan peribadi, berapa kerat yang carik member yang boleh susah senang bersama-sama????

and semester terakhir inilah kemuncak untuk segala-galanya... orang yang aku sangat jarang tegur sapa, boleh claim antara member terbaik, dapat spend quality time bersama-sama, group-group yang penah aku pandang serong sebelum ni dah boleh kamcing sikit-sikit... fantastic sangat!!!

and here I am... ini hari terakhir bersama... i wont forget all this moment. sakit jatuh bangun sama-sama. walaupun ada rasa benci, iri hati, dengki mendengki... but trust me, sesekali kita tetap akan tersenyum bila mengenangkan gelagat di zaman degree ni.


macam mana aku cakap benci, aku tetap sayangkan zaman degree aku... dan takkan menyesal kenal kawan2 BAS aku... u're great!!!

Wednesday, December 21, 2011

misteri nusantara

malam semalam sebab busy dalam 230 pagi baru aku berjaya lelapkan mata... keadaan rumah xdek la sunyi mana sebab jiran-jiran student still memekak.... so baru dalam 5 minit aku lelap aku termimpi pulak dah adegan drama tentang Dhia. si bomoh tu hidup balik nak cekik ku salmi.. terus aku terkejut jaga... sumpah yang buat aku cuak apabila tetiba aku rasa ada orang tarik selimut aku....... arrrrgghhhhhh!!!!!


time tu aku tido selimut separas dada. sebelah tangan aku macam kiam sikit.. then aku rasa macam ada org slow-slow tarik selimut aku dari bawah kaki... tangan aku masa tu mcm shacking tapi aku genggam kuat2 selimut xmau lepaskan... dalam hati aku dah terkeluar macam-macam ayat dah.. tapi yang aku ingat aku just boleh lafaz Laila ha ilallah.... itu je kot mampu..

then dalam seminit dua pastu keadaan release. then aku terasa macam tengkuk aku meremang tetiba dan tetiba hilang. lepas tu tangan aku sangat kebas.. aku xtau kenapa.. nak kata aku tindih xdek maknanya sebab memang ada dekat atas selimut...

aku try jenguk kat hujung kaki aku tapi takdek apa-apa.. kalau ada memang harus la aku melompat kan...

Alhamdulillah lepas tu aku terus sambung tido... serius seram apa jadik kat aku semalam

Wednesday, December 14, 2011

sakitnya patah hati

frankly speaking, dengan encik chef la aku betul-betul feeling bercinta sebab sebelum-sebelum ni banyaknya main-main dan tak serius. mungkin sebab aku dah matang kot so planning lebih ke arah masa depan. kalau sebelum-sebelum ni memang sangat childish la.. (even sekarang aku masih childish tapi encik chef dah matang.. ok la tu)

aku jugak kekadang rasa bangga dengan diri aku.. ahahahaha sebab bila diperhatikan, kawan-kawan aku lebih suka dominate partener masing-masing.. so masalahnya bila pakat nak dominate partner benda tu akan jadi lebih masalah.. contohnya si boboy x bagi gigirl keluar malam lewat-lewat so gigirl pun nak buat rules yang sama utk boboy dia supaya nampak fair and square.. dan bagi aku sangat tak logik la nak buat rules macam tu sebab confirm-confirm la lelaki akan susah.. kalau dah kaum lelaki jenis kuat merayap, malam kadang nak melepak tengok bola dengan kekawan la, main futsal la... pompuan nak halang mesti la jadik isu. HOWEVER....... kalau pompuan yang selalu keluar malam melepak memang nampak tak manis.. so aku rasa macam mana pun pompuan tak boleh nak setaraf dengan lelaki dalam nak menuntut hak.

apa aku merepek ni... lari tajuk dah....

ok patah hati... aku just kesian kat sorang member aku bila dikecewakan oleh makwe dia... serius perubahan ketara bila badan dia makin kurus... sedih tengok. aku cepat terasa kalau ada kawan-kawan sekeliling aku sedih.. tak suke tau.... tapi camna nak pujuk?? kang aku terjebak dalam cinta 3 segi pulak...

aku just doakan dia kuat la menghadapi semua ni.. bunga bukan sekuntum... there's a lot of girls out there.. find a good one..

kalau aku patah hati macam mana la gaya aku ye dak.... ooouuucchhhh!!! tak dapat imagine!!! =(

sekurang-kurang nya respect la aku sebagai manusia.......... atau aku anggap kau memang tak waras

I have a friend...... bagus budaknya... nak kata tak berkira tu ada la jugak... ok la.. boleh buat stok kawan.. tapi tu dulu.. sekarang aku tepaksa pikir beratus-ratus kali untuk smbung stok kawan dengan dia.....

semalam aku sibuk meeting, dia mesej mntak belikan roti.. nama pun sibuk so aku terlupa belikan... then balik-balik memang aku rasa aku teruk la kena marah, bila aku suruh dia keluar beli dengan kereta aku, (sebab kat luar hujan) lagi sekali aku kena tengking and dia siap kutuk lagi lampu kereta aku malap dia x nampak jalan.. i keep silent. sebab aku malas nak gaduh-gaduh. tapi hati aku yang tercalar balar ni Allah je la yang maha mengetahui.

siang tadi pulak aku sibuk dengan group presentation, slide presentation ada dalam thumbdrive aku.. after present aku nak bagi thumbdrive aku dekat member nak copy gambar tapi sumpah thimbdrive tu hilang. memandangkan hanya kami berempat yang ada kat row depan time tu, so aku assume benda alah tu ada kat salah sorg dari kami. aku mntak masing2 cek beg. dan dia paling pulun sekali cek sampai buang habis semua barang-barang dalam beg. gembur-gembur semua... tapi tak jumpak. memang keadaan kelam kabut jugak time tu. tapi tadi boleh pulak dia mai ketuk bilik aku, main pintu pastu senyum bagi balik thumbdrive aku... serius aku jadi benci kat dia... no sorry, nothing!!!

kau ni dah gila ke apa?? nak main, bergurau ke atau u are totally insane?????

Wednesday, December 7, 2011

back to basic

aku sangattttt senang terkena jangkitan flu. dan bila flu aku sangat tensen sebab automatik aku akan sakit kepala, kerap bersin, dan perut jadi x selesa. so aku tepaksa kena spend duit untuk pastikan ubat selsema sentiasa tak kehabisan stok...

by the way... nak jaga diet nak pastikan aku cukup nutrition sangat susah memandangkan aku stay rumah sewa, makan pon ikut hadap. vitamin C kurang menyebabkan aku selalu terkena virus.. benda yang basic menjadi isu besar untuk aku...

tapi tadi bila sorang lecturer tegur aku kenapa asyik tak sihat, kenapa tak ambik multivitamin, baru aku tersedar....... adehhh... kenapa pulak tak terpikir kan.......dulu macam-macam multivitamin aku hadap...

yeah stat malam ni aku praktik vit c balik. mana tau kot-kot boleh cantikkan kulit sekali... hehehehe

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......