Monday, March 28, 2011

eye bag

no no no no no...... kerja kuat sekarang. eye bag pun makin terang bawah mata ni...

bukan pesen pompuan yang sangat2 teliti dalam menjaga diri ni... asal bersih tanpa bau tak sepatutnya, sihat walafiat then it's ok... tapi tensen jugak bila tengok eye bag ni....

kurang tido ke banyak tido aku x pasti... tapi if aku penat lagi la dia nak tunjuk belang...

sabar2.... lagi 2 3 minggu penderitaan part 5 bakal berakhir....

Sunday, March 27, 2011

sakit gigi


Adik aku si emi, sakit gigi teruk la jugak. Sakit gigi tapi nak manage diri malas. 3 4 kali aku disuruh mak bancuh air kicap + asam limau, ubat tradisional untuk hilangkan panas badan as result kurangkan sakit gigi. Padahal benda alah ni mudah sangat nak prepare. Tapi adik aku manja… sekali tu aku usik je emi

Mak: ti bancuh air kicap bagi emi

Me: ang ni manja la emi……

Mak: ti kata la macam tu…. Ni bukan manja x manja… sakit gigi tu teruk tau tak. Ni pun mak tengok emi ok lagi. Kalau mak bising2 macam ni siapla..

Me: aikkk ti kena plak??ti tau la sakit gigi sakit.. tapi semua benda dia kita kena manage ni… manja la tu..

Adik aku asyik mengeluh ja kat meja makan… ya2.. aku & mak paling prihatin skali. Kesian sebenanya… pagi sabtu da bawak ke klinik gigi mintak pain killer.. harap2nya pasni okla....

sia-sia atau tak?????



Sabtu baru-baru ni sia-siakan masa, air mata dan duit 30 hinggit.

Alkisahnya…. Plan dengan mmber lama (memang dah lama sangat tak jumpak). Member PLKN nak ke kenduri sorang dari member kami kat kepala batas. Aku dari kuala pegang. Sorang dekat pendang, sorang jeniang. Ikut aku senang, nak jemput sekali harung je dengan keta aku. Semua on bila aku cakap nak bertolak & balik awal. Ok plan jalan macam biasa…

Datang harinya tetiba keadaan semak. Sampai jeniang tunggu call member langsung tak berjawab, mesej x bereply. Harusla aku bengang. Jam dah 12 lebih. Last2 ikut hati aku terus blah ke pendang.

Member yang sorang ni aku da pesan alert dengan handset. Aku Tanya macam mana nak jemput, dia cakap lepas simpang 4 kangkung terus lagi… bila aku terus tengok2 da sampai tandop kat alor setar. Jauh jugak dah la aku lepas. Stop sekejap dekat petronas kat situ. Isi kredit tetiba member aku kol suruh cakap dengan abang dia. Abangnya suruh aku patah balik ke pendang kawasan kubur panjang. Masa ni air mata aku dah rasa murah dah… penat kot terkial2 sorang carik jalan dari jeniang sampai ke sini. Aku ambik tempat kat kerusi hujung dalam kedai petronas tu call encik chef terus menangis bagai sebab dah blur. Dia cakap semua keputusan kat tangan aku. Nak balik, balik ja x payah set2 dengan member. Aku plak serba salah. Last2 aku mintak member yang kat jeniang tu je jemput member pendang tu. Aku tunggu dekat stesen. Yang lagi haru dah pukul 2 lebih diorang baru keluar rumah. Ok fineeee!!! Harusla aku menunggu lama dekat situ…


Kakak2 petronas tu pandang aku siap bisik2 lagi. Grrrrr…. Lantak la… kutuk aku nangis la tu… By the way…. Hati aku memang fragile… so what??????? aku amik keta paking depan mall, beli susu coklat, bayar, terus lepak dekat kerusi dalam mall tu.

5 minutes later, tetiba ada mamat datang amik minuman dekat peti ais pandang aku. Perwatakan : kacak kulit putih rambut spike, age area hujung 20-an, pakaian simple t-shirt kolar & jeans

He: lama nampak duk kat sini. Tunggu sapa?

Me: tunggu member. Lama la jugak. Malas nak lepak luar.

He: patut la nampak dari tadi lagi. Sorang ka?

Me: ya sorang. Nak ke mana ni singgah sini?

He: tak. Memang duk sini. I manager sini.

Me: mak aiii!!! Hahaha sori2 tak sangka manager sini. Nak duduk sat ye tunggu member . plan nak ke kenduri member kat kepala batas. Taktau jalan tu yang tunggu sini.

He: xpa2 sini memang tempat public. I *****. U cik…..

Me: balkis.

 biaq betik mamat ni manager sini. Kacak bergaya ok…patutnya manager kat sini mestila pakcik2 area 40-an, kepala da botak sikit, perut pon buncit sikit. Ni tough lain macam je… tetiba aku terpandang atas dekat2 siling.. homaigodddddddddd!!!!!!!! Ada 2 CCTV tala dekat aku hokey!!!! Gamaknya aku menangis tadi mamat ni perasan tak!!!! Pastu buat2 amik minuman sini padahal nak korek2 rahsia…. Masa ni aku rasa nak carik poket doreamon sorok muka sebab malu!!!!! Agaknya dia perasan aku pandang dia ngan muka tak pecaya…..

He: I memang kaki bisnes. Actually this is one of my business. Ni kad I.

Me: oooo ok2

Sekali dia hulur 3 kad berlainan okeyyy… kad2 business dia. Ikshh logic ke idak ni mamat.. business advertising, kereta… kaya2….

He: I sebenanya dulu study major mass com. Tapi grad keja out of my field. Hehehe u??

Me: hebatla usahawan melayu muda ni dah banyak business. Perghhhh!!! I still study, UiTM merbok. Amik admin science.

He: rezeki Allah.. tapi I jarang dtg sini. I bagi akak I manage. Dia baru balik pakai Honda city tadi…


Erkkk…. Tetiba aku rasa lain macam kan… tapi aku malas serkap jarang, aku lebih minat belek dia punya business kad..

He: Balkis simpan la business kad I. ada apa2 hal call la. Tapi takkan nak simpan tiga-tiga kot?? Hehehehe

Me: wooo please.. hahaha

 masa ni aku da rasa nak teguling2 gelak. Hilang bengang nak marah member2. aku amik satu simpan then selebihnya dia ambik balik.

He: miscall la I.

Me: hah?????

He: miscall la.. kot2 satgi ada apa2 hal, tak jumpak member ke apa ke kot2 I boleh tolong.

Me: hah hah hah ( masa ni gelak aku da jadik gelak sengal) xpa2 satgi depa sampai la tu…

He: miscall la.. bukan ada apa2… as a friends kan…

Me: takpa la kot… there is nothing to worry about.. heheh

He: as a friend it’s ok rite??

Selepas sesi tarik tolak segala bagai conclusionnya aku nak readers sendiri teka aku bagi ke tak phone number aku.. hahahahaha


Macam2 la benda kami sembang. & rupa2nya baru aku tau dia sebelum ni DJ Kedahfm, then rasa gaji x cukup sebab tu resign buat bisness. The way his talk tu nampak sangat2 berkarisma. Tapi macam ada kerek pon ada jugak. Hahahaha tapi who cares??? Dia da kaya pon. Takkan nak story benda lain kan.. harusla promote dia nye kejayaan… huhuhuhu nak banding dengan aku ni apa la kan…

Then tak sangka plak dia minat marketing macam aku. Tapi aku xla mention aku pun sama… org suka bercakap memang minat marketing gamaknya sebab dia je asyik bercakap. Hahahaha

Mau dekat sejam jugak dia melepak sembang segala bagai. Pastu dia mintak diri ada keja, aku sambung menunggu. Tapi kali nie lebih proper ngadap CCTV tu… nak malu sangat pon buang masa ja… harap2 ni kali pertama & terakhir singgah sini. Hohoho


Conclusionnya…… aku x pegi kenduri member aku even dah sampai alor setar.

1)      depa suruh aku pegi langgar plak tunggu sana. & kali ni aku rasa macam dah orang bodoh ja… last2 aku nekad!!! I’m done!!!!! Lagi baik aku balik. Masa tu da almost 4pm.
2)      They can laugh bila aku cita segala masalah yang aku da tempuh. & aku sangat2 geram. No sorry at all!!!!!!!!!

Encik chef pun aku x jumpak. Aku terus balik!!!! Sampai rumah dah pukul 5.30. without lunch!!!! Aku memang bebal. Dalam kereta pun da sebakul aku menangis. Balik2 semayang asar, terus tido.

6.30 lebih mak kejutkan aku makan bihun goreng. Masa ni perut aku memang berkaroeke sakan. Then I realize… x baik hukum diri sendiri sebab bengang kat orang lain. Bngun2 terus makan…

Susah mana pun, nakal mana pun, buruk mana pun, yang paling penting, family jugak yang layan kita terbaik kan….. ntahla mak notice tak mata aku sembab ke tak…

Kadang2 kita mengutamakan orang lain yang xde kaitan dengan diri pun. Kita jaga baik2 hati orang, tapi hati family sendiri kadang2 terabai. Mungkin aku antara berperangai keji macam ni… tapi mak tak pernah tepikan anak2 pun kan… thanks mom!!!

Sia2 sangat rasa… tapi hikmah nya aku nampak jugak… perkenalan dengan encik ****** tu ppun sebenanya inject spirit dalam diri aku jugak.. nak berjaya macam beliau!!! Tapi xmau kerek!!! hahahahaha

Monday, March 21, 2011

kicap vs parut

jumaat petang aku balik kampung hantar kereta balong & dapatkan kereta aku yang baru keluar workshop... mak merepek jugak la seribu lebih habis repair kereta arwah abah tu... hehehehe mak tetap terbaik!!! tapi heran jugak dalam mak merepek2 pasal duit sempat lagi dia beli buaian letak kat luar rumah. weeeeeee!!!!! bersinar2 mata aku tengok. yala dah lama mengidam nak mak belikan boleh lepak2 goyang2 kaki kat halaman main buai laju2 kannnn ehhhh!!!!

sori terkeluar topik.... ok pada sabtu aku attend dua kenduri dengan mak.. area2 kampung jugak. then lepas kenduri lepak kat ruang tamu carik mood terpikir...

"sangat bosan balik rumah sewa makan kena makan kat kedai lagi.... ohhh tidak!!!"

so tanya mak if ada something untuk dimasak dalam fridge. mak suruh buat ayam masak kicap (my favourite)

gigih aku keluarkan ayam, perap garam kunyit, panaskan minyak... sambil2 tu potong bawang segala bagai... tengok2 minyak da panas... lantas aku masukkan ayam tadi... (ntah lupa Bismillah ke tak time tu)

unfortunate....... "pppoooommm pprrrannngggg kkkkeeeebbaaaabbbooommm!!!!!" (hah ni auta semata2)

serius aku bebal!! muka, tangan leher, pedih jangan cakap la... terus aku cuci dgn air... tak smpai 2 minit kawasan kena minyak tadi merahhhhhh bengkakkkkkk!!! menangis dekat situ jugak tapi still sambung masak sampai habis.

siap2 ayam kicap terus masuk ruang tamu. proses mengadu domba dimulakan....

mak membebel jugak sebab aku lambatbuat precaution... dia cakap lain kali kalau kena terus letak kicap. xde la nampak kesan melecur tu... mana la aku tau kan....last2 ambik aloe vera ja letak dekat kawasan kejadian. pedihnya sampai ke hulu hati la.... ni yang buat aku sangat sedih...

balik rumah sewa, tangan still bengkak... aku pekena nasik, ayam masak kicap beserta air ribena yang dibekalkan tadi....

pas tu baru encik chef pesan jangan makan kicap, nnti berparut... n baru aku teringat mak pun selalu pesan benda yang sama.....

kenapa kicap? kenapa bukan kopi??? kicap favourite aku kot!!!!! arrrggghhhh dugaan2!!!!

Sunday, March 20, 2011

kebetulan teramat sangat.........

guess what!!!!! mesti semua tak boleh teka sebab aku belum pernah post entry ni.... dimaklumkan la khamis malam aritu macam aku story Club aku handle dinner... tapi semua tugas mmber2 class aku pegang including aku as exco protocol. tapi xdek menda sangat pun yang dibuat sebabnya aku kalut buat benda lain... heheh ntah sibuk apa aku hari tu.... ok apa kata aku start dari mula...

after habis kelas Dr. zauyah, kami terus dihadap dengan last meeting untuk briefing apa patut sebelum ke dinner kan. then dalam pukul 2 pettang baru tamat terus balik makan (lapar beb) then rehat2... dalam pukul 4 aku begegas ke kolej jemput jurumekap & sorang model untuk ASEAN fashion show malam dinner aku. hanginnya bila model tu ya ampunnnn!!! lambat bebeno.... aku plak yang nek menjemput smpai ke depan hidung kan.. tapi harusla berlagak professional... cuma pesanan pada kamu next time nak jadi model in reality.... susah la nak carik makan kalo x bedisiplin cenggini....

sampai2 di hotel, aku setle2 apa patut then tetiba dua org kawan aku mintak excuse nak kuar ada hal.... ohhhh x boleh jadik!!! aku nak follow jugak2 even depa x bagi. rupa2nya nak pegi mekap kedai untuk dinner. hahah tetiba otak aku kosong terus setuju nak join. seumur hidup mana penah mekap gempak2 oiiii.... nak jugak tunggu nikah la tapi kali ni ada can terus setuju.


aku & 3 member terus gegas ke 1 butik. masa ni 3 jurumekap da get ready. 2 orang nyah, sorang pompuan asli bertudung. welll aku dapat pompuan bertudung tu... Alhamdulillah la kan...then transformation pun bermula...memang sengsara bila orang conteng muka kita ni. sampai nak tersengguk aku sebab mengantuk more than half hour jugak la dia hadap muka aku ni.... last2 tuan punya muka pon macam x pecaya muka dia da transfer macam princess segla bagai kan.... hahahahahaha ok sila muntah


akhirnya da setle then balik ke hotel... unfortunate hampir2 pukul 8 pon xdek student datang lagi.... tegesa2 jugak aku n mmber lain kol each class rep ntul make sure datang on time. kan ke kelam kabut if pengarah datang tenok2 student xdek sapa dengan ballroom kosong.... malu2.....dan seperti diduga.... yela maghrib kan masuk lewat sekarang.... paham3..... then ketua program aku tepaksa dengan backup plan bawak ke coffee house dulu sembang2...

around 820 malam baru orang stat masuk dewan. masa ni jangan cakap la aku sendiri pon x sempat update lecturer yang masuk. nak iring x menang kaki tangan dah. bahagian registration lagi la crowded gila... hehe tapi boleh la manage. silap kecik sikit2 x dapat ngelak tu apa boleh buat kan....

overall nya boleh la tahan dinner kali ni cuma tak bestnya aku x sempat jamah makanan. setakat salad tu ada la... huhuhu sebab utama ialah perut akuu da stat meragam. lunch lewat sangat so perut da masuk angin. muka da cun pun tapi perut meragam hati gundah gulana xdak sapa tau... huhuhuhuhu

kisah bermula bila otw balik member ajak singgah nasik kandar makbul. teringat aku dinner diploma bila lepas dinner kai singgah makbl jugak lepak2 last2 aku tetinggal kunci dalam keta... huhuhu 3 pagi baru boleh balik rumah sebab bukak pintu keta tu...


malangnya sekali lagi peristiwa malam tu berulang. aku x paham apa la kenan aku dengan si makbul ni. kali ni tetinggal dalam bonet plak lepas amik barang aku terlupa kunci aku ter"misplace" kat situ. memang panik jugak la.... pas setle member aku makan segala bagai kami start proses keta aku tapi susah bebeno ngan wira ni... sebabnya nak kopak getah cermin keta susahnya ya amat la kan sebab kejap... lagi 1 aku pon seriau tengok takut2 keta abang long ak ni calar habis la riwayat aku sebagai adik mithali..... dah selalu sangat nyusahkan balong... huhuhu

mijie panggil kawan dia setle x lepas... fut panggil mmber dia setle pon x boleh... las choice mmber mijie panggil kawan dia mekanik untuk kopak pintu keta. tapi nasib baik tak kopak betul. member dia main acah2 dengan pisau ja.. tapi dia sempat komen la keta abang aku ni ntah dia wat apa secure lain macam. nak acah pisau pun bukan main payah lagi.... huhuhu akhirnya kereta berjaya dibuka... ada la nak dekat2 pukul 3 jugak baru setle....


terharunya sebab ramai kawan2 bersama aku masa tu... tak terbalas budi... ada yang bermotor saja pon nak jugak tunggu kan.... maknanya aku ni kawan yang baik la kan????? hahahahaha sila muntah lagi sekali if meluat dengar statement aku...


di kesempatan ni aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan2 even ada yang xdela rapat mana tapi usaha tunggu aku... sob3x!!!

mijie, fut, remy, azril, aini, aus, am, effa, saffa, jija, tie, qhai, anne, kak intan, farid, mus, zatie, anis.... memang jasa anda xkan dilupakan sampai bila2... huk3x

 antara pic yg sempat di snap...semua muka pasrah je... tapi ada sempat yg pose


abang pomen tebaik lah!!! heheh

Wednesday, March 16, 2011

new project from my class

khamis malam ni if orang lain berlumba2 membaca yassin maka aku dan classmate2 tercinta bakal busy menghandle dinner atau lebih famous dengan nama "Malam Apresiasi FSPPP" anjuran BASiC & UiTM. dan organizer nya iaitu BAS5B.

harap2nya benda yang baik2 saja bakal terjadi InsyaAllah... dinner ni jugak sebenarnya sebagai tanda penghargaan untuk member club BASiC part 6 yang dah nak grad, geng cerdik pandai dekan, & paling penting penghargaan buat Pengarah kampus yang bakal berpindah ke shah alam..


ini je update terkini... sakit kepala.... hehehe alasan gila.... nite

Sunday, March 13, 2011

pening2x.....

sedih mengenangkan anak mak, aku sorang ja yang jauh. adik beradik yang lain melepak sesama dengan family kat kampung. tambah2 plak makcik an akmal balik kampung confirm lagi meriah, makan pon sodap2 aku ni ja terumbang ambing makan tak menentu...

ada sapa rindu kemunculan entry terbaru aku tak??? hahaha sengal kan... sekarang ni busy dah kurang. sama jugak dengan mood yang suam2 kuku nak update pon. sebabnya sekarang masa terluang aku lagi suka tidowwwww!!! eeewwww.... hahahaha yeap rehatkan otak, benakkan fikiran yang makin malas membaca ni...


update cerita terbaru.... encik politik dah sentap sama aku. sebab beliau asyik membicarakan isu politik kalau bermesej dengan aku. kolnya tak pernah. memang sangat misteri. tapi bab2 agama boleh tahan hebat. bab politik masyaALLAH.... aku ni sampai naik muak baca mesej beliau. las2 baru2 ni aku hangin terus beliau sentap & kembali normal.. hahaha aku lebih dahagankan ilmu rohani dari beliau merepek pasal politik segala bagai.. busuk tau!!!!!

encik chef plak semakin hebat bermain poker.. nak ditegur tak tau hukum.... teruskan je la usaha anda.. lagipun kekadang kesian jugak memandangkan schedule busy aku ni tak tentu masa....

encik sepupu.... maaf ya aku x reply mesej... busy dengan rumah bebaru ni, pastu kredit celcom kong. sila topup untuk aku kalau rajin.... hhahahaha

masalah kelas aku.... hidup berpuak2... group sini kutuk sana, group sana kutuk sini... bagi aku mudah je.... duduk & berbincang secara damai tanpa melibatkan pihak luar. tapi masalahnya kalau duduk semeja memang benda yang manis & cantik je yang keluar. tapi last2 org lain tau, group yang meluahkan ketidakpuasan hati plak kena blame kan.... memang sangat tak puas hati. pikir pasal class ni memang aku sakit kepala. even aku bukan manusia jenis ambik port (gosip tu amik tapi tepis kuar x simpan dalam) tapi memang bengang lah!!!!!


harap ada jalan keluar dari masalah.....semua masalah, penyakit ada ubatnya kan.... kecuali... mati...

Wednesday, March 9, 2011

marah..

bercakap pasal marah, aku rasa aku penah dah post entry pasal marah ni tapi aku pelik lah.... macam mana orang boleh ekspresikan perasaan marah tapi mai kat aku benda tu jadik masalah. memang aku sangat susah nak tunjukkan kemarahan aku. if aku marah pon kadang2 aku akan tergelak lagi. kengkadang risau jugak normal ke tak aku nie???

and lately, aku tengok member2 aku sakan je gaduh2, marah2, merajuk sakan sampai kes naik tangan ke muka gaduh dngan boyfriend. wooooo ayat sensitip ke?? what I am try to say is... mampu mereka2 ini berdepan dengan keadaan macam ni. bagi aku if my relation sampai tahap tu.... memang worst & aku rasa aku perlu angkat kaki dulu...

aku cuma tak paham kaum2 ni boleh tabah menghadapi sebabnya aku kalau gaduh or rasa tak puas hati aku da tak senang duduk. aku & encik chef always playing safe. just understanding each other & dengar alasan sebelum bertindak apa2. kadang2 terbabas tu ada la jugak tapi susah la nak gaduh lama2 sebab satgi ada rasa tak best. tak senang duduk, tak cukup tido... ehhhh yaka?? hahahaha yala tapi situation memang x comfort la bila berada dalam zon marah n gaduh ni. so tak payah la gaduh2 kan.


lagi 1 aku xde pengalaman menjawab bila mak aku marah2 even tu bukan salah aku.. tapi kalau dgn org lain harus la kan.... sebabnya aku always jadik kelu bila mak aku start marah2 bagai. aku x berani melawan. tapi kadang2 marah tu ada tapi aku xkan pernah cakap. sebab bila marah & kecik hati dengan mak aku slalu mimpi aku lawan balas cakap mak then aku menyesal jadik anak derhaka. serius aku selalu mimpi macam tu. so in reality aku sangat takut untuk melawan. jadik anak derhaka susah x boleh cium syurga... huhuhuhu


marah.... susah aku nak interpret feeling camni sebabnya pengalaman aku tak banyak. & aku pon x suka orang marah2 tengkin segala bagai kan... so better aku pon silent then just be patient......

Monday, March 7, 2011

corat coret putrajaya

planning member kelas ke putrajaya akhirnya menjadi kenyataan... memang havoc dan sepanjang perjalanan aku memang kagum MasyaAllah.... bukan selalu ke putrajaya so bila sekali sekala sampai automatically rasa bangga + canggung tu ada la kan...

trip kami ke Ministry of Finance. blaja tengk camna government spend & allocate money. then belajar hutang kerajaan. pergghh memang sangat2 interesting la... aku plak duduk sebelah madam kesayangan aku... rasa safe & secure bila officer tanya soalan Dr zauyah cakap slow so aku da tangkap awal dri student lain. bagus kan...... hohohoho

pesan2 officer tu jugak... very interesting if nak apply keja kat MOF ni... tapi kadang x tido la pikir strtegic nak allocate.... smpai dia cakap kadang2 junior officer nak authorize duit nilai berbilion2 ringgit pon terketar2... gila kau duit berBILION!!!!! hempuk sebilion atas kepala pon boleh koma gamaknya.... fuhhh challenge kan....

byk la info aku n kawan2 aku dapat... ooo by the way actually hari tu jugak dua fac dari UiTM Machang pon join... tapi depa nye dressap perggghhh kalah mak datin.. kami lagi hebat!!!! uniform BASiC 1 sut. lagi sempoi... dan nampknya bebudak aku jugak yang aktive participate n bertanya soalan. smpai sorg officer tegur... mana x bangga beb!!! hahahaha

selingan sikit.....

see!! aku sgt menumpukan perhatian!!!


 ini singgah lunch kat food court area2 situ


 ini time jenjalan pas dengar talk... harusla melaram kan...
 pandai x kawan aku edit?? encik chef tengok ni confirm guling2... nasib dia x endah sgt blog aku..


dalam kawasan MOF


malam sebelum tu kami bermalam di kolej akasia INTEC UiTM. sampai2 aku n kawan2 masuk besiap singgah kedai mamak jmpak mmber lama time diploma... ntah hamenda kedai tu. masak x sedap, bawak air tumpahkan atas riba aku, sirap aku bersemut. memang hangin la dengan penat & perut masuk angin kus2 bagai. tapi aku bejaya kontrol the situation... hahaha

overall.... best jenjalan dgn kawan2... cumanya aku terkilan sebab bawak baju overloaded, selimut dengan jacket and sweater tinggal kat rumah. kau imagine la berapa punya sejuk smpai gigil2 aku dalam bas... nyesal x sudah tau!!!!!!!

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......