Sunday, March 27, 2011

sia-sia atau tak?????



Sabtu baru-baru ni sia-siakan masa, air mata dan duit 30 hinggit.

Alkisahnya…. Plan dengan mmber lama (memang dah lama sangat tak jumpak). Member PLKN nak ke kenduri sorang dari member kami kat kepala batas. Aku dari kuala pegang. Sorang dekat pendang, sorang jeniang. Ikut aku senang, nak jemput sekali harung je dengan keta aku. Semua on bila aku cakap nak bertolak & balik awal. Ok plan jalan macam biasa…

Datang harinya tetiba keadaan semak. Sampai jeniang tunggu call member langsung tak berjawab, mesej x bereply. Harusla aku bengang. Jam dah 12 lebih. Last2 ikut hati aku terus blah ke pendang.

Member yang sorang ni aku da pesan alert dengan handset. Aku Tanya macam mana nak jemput, dia cakap lepas simpang 4 kangkung terus lagi… bila aku terus tengok2 da sampai tandop kat alor setar. Jauh jugak dah la aku lepas. Stop sekejap dekat petronas kat situ. Isi kredit tetiba member aku kol suruh cakap dengan abang dia. Abangnya suruh aku patah balik ke pendang kawasan kubur panjang. Masa ni air mata aku dah rasa murah dah… penat kot terkial2 sorang carik jalan dari jeniang sampai ke sini. Aku ambik tempat kat kerusi hujung dalam kedai petronas tu call encik chef terus menangis bagai sebab dah blur. Dia cakap semua keputusan kat tangan aku. Nak balik, balik ja x payah set2 dengan member. Aku plak serba salah. Last2 aku mintak member yang kat jeniang tu je jemput member pendang tu. Aku tunggu dekat stesen. Yang lagi haru dah pukul 2 lebih diorang baru keluar rumah. Ok fineeee!!! Harusla aku menunggu lama dekat situ…


Kakak2 petronas tu pandang aku siap bisik2 lagi. Grrrrr…. Lantak la… kutuk aku nangis la tu… By the way…. Hati aku memang fragile… so what??????? aku amik keta paking depan mall, beli susu coklat, bayar, terus lepak dekat kerusi dalam mall tu.

5 minutes later, tetiba ada mamat datang amik minuman dekat peti ais pandang aku. Perwatakan : kacak kulit putih rambut spike, age area hujung 20-an, pakaian simple t-shirt kolar & jeans

He: lama nampak duk kat sini. Tunggu sapa?

Me: tunggu member. Lama la jugak. Malas nak lepak luar.

He: patut la nampak dari tadi lagi. Sorang ka?

Me: ya sorang. Nak ke mana ni singgah sini?

He: tak. Memang duk sini. I manager sini.

Me: mak aiii!!! Hahaha sori2 tak sangka manager sini. Nak duduk sat ye tunggu member . plan nak ke kenduri member kat kepala batas. Taktau jalan tu yang tunggu sini.

He: xpa2 sini memang tempat public. I *****. U cik…..

Me: balkis.

 biaq betik mamat ni manager sini. Kacak bergaya ok…patutnya manager kat sini mestila pakcik2 area 40-an, kepala da botak sikit, perut pon buncit sikit. Ni tough lain macam je… tetiba aku terpandang atas dekat2 siling.. homaigodddddddddd!!!!!!!! Ada 2 CCTV tala dekat aku hokey!!!! Gamaknya aku menangis tadi mamat ni perasan tak!!!! Pastu buat2 amik minuman sini padahal nak korek2 rahsia…. Masa ni aku rasa nak carik poket doreamon sorok muka sebab malu!!!!! Agaknya dia perasan aku pandang dia ngan muka tak pecaya…..

He: I memang kaki bisnes. Actually this is one of my business. Ni kad I.

Me: oooo ok2

Sekali dia hulur 3 kad berlainan okeyyy… kad2 business dia. Ikshh logic ke idak ni mamat.. business advertising, kereta… kaya2….

He: I sebenanya dulu study major mass com. Tapi grad keja out of my field. Hehehe u??

Me: hebatla usahawan melayu muda ni dah banyak business. Perghhhh!!! I still study, UiTM merbok. Amik admin science.

He: rezeki Allah.. tapi I jarang dtg sini. I bagi akak I manage. Dia baru balik pakai Honda city tadi…


Erkkk…. Tetiba aku rasa lain macam kan… tapi aku malas serkap jarang, aku lebih minat belek dia punya business kad..

He: Balkis simpan la business kad I. ada apa2 hal call la. Tapi takkan nak simpan tiga-tiga kot?? Hehehehe

Me: wooo please.. hahaha

 masa ni aku da rasa nak teguling2 gelak. Hilang bengang nak marah member2. aku amik satu simpan then selebihnya dia ambik balik.

He: miscall la I.

Me: hah?????

He: miscall la.. kot2 satgi ada apa2 hal, tak jumpak member ke apa ke kot2 I boleh tolong.

Me: hah hah hah ( masa ni gelak aku da jadik gelak sengal) xpa2 satgi depa sampai la tu…

He: miscall la.. bukan ada apa2… as a friends kan…

Me: takpa la kot… there is nothing to worry about.. heheh

He: as a friend it’s ok rite??

Selepas sesi tarik tolak segala bagai conclusionnya aku nak readers sendiri teka aku bagi ke tak phone number aku.. hahahahaha


Macam2 la benda kami sembang. & rupa2nya baru aku tau dia sebelum ni DJ Kedahfm, then rasa gaji x cukup sebab tu resign buat bisness. The way his talk tu nampak sangat2 berkarisma. Tapi macam ada kerek pon ada jugak. Hahahaha tapi who cares??? Dia da kaya pon. Takkan nak story benda lain kan.. harusla promote dia nye kejayaan… huhuhuhu nak banding dengan aku ni apa la kan…

Then tak sangka plak dia minat marketing macam aku. Tapi aku xla mention aku pun sama… org suka bercakap memang minat marketing gamaknya sebab dia je asyik bercakap. Hahahaha

Mau dekat sejam jugak dia melepak sembang segala bagai. Pastu dia mintak diri ada keja, aku sambung menunggu. Tapi kali nie lebih proper ngadap CCTV tu… nak malu sangat pon buang masa ja… harap2 ni kali pertama & terakhir singgah sini. Hohoho


Conclusionnya…… aku x pegi kenduri member aku even dah sampai alor setar.

1)      depa suruh aku pegi langgar plak tunggu sana. & kali ni aku rasa macam dah orang bodoh ja… last2 aku nekad!!! I’m done!!!!! Lagi baik aku balik. Masa tu da almost 4pm.
2)      They can laugh bila aku cita segala masalah yang aku da tempuh. & aku sangat2 geram. No sorry at all!!!!!!!!!

Encik chef pun aku x jumpak. Aku terus balik!!!! Sampai rumah dah pukul 5.30. without lunch!!!! Aku memang bebal. Dalam kereta pun da sebakul aku menangis. Balik2 semayang asar, terus tido.

6.30 lebih mak kejutkan aku makan bihun goreng. Masa ni perut aku memang berkaroeke sakan. Then I realize… x baik hukum diri sendiri sebab bengang kat orang lain. Bngun2 terus makan…

Susah mana pun, nakal mana pun, buruk mana pun, yang paling penting, family jugak yang layan kita terbaik kan….. ntahla mak notice tak mata aku sembab ke tak…

Kadang2 kita mengutamakan orang lain yang xde kaitan dengan diri pun. Kita jaga baik2 hati orang, tapi hati family sendiri kadang2 terabai. Mungkin aku antara berperangai keji macam ni… tapi mak tak pernah tepikan anak2 pun kan… thanks mom!!!

Sia2 sangat rasa… tapi hikmah nya aku nampak jugak… perkenalan dengan encik ****** tu ppun sebenanya inject spirit dalam diri aku jugak.. nak berjaya macam beliau!!! Tapi xmau kerek!!! hahahahaha

3 comments:

Anonymous said...

haiy0o.. next time tak payah janji ngn depa. dan who's te guy?? ahaha.. cecite..cecite..

s a L o m a said...

kawan apakejadah macam tu?

dik.orang kaya takkan cakap dia kaya.kakak dia pakai honda city eh?motif cakap guna kereta apa.

ayat a: kakak aku baru je balik tadi..

ayat b: kakak aku baru je balik pakai heels dior,handbag lv,spek prada,jacket chanel,purse longchamps naik x6 tadi..

mana relevannya?kakak kau balik.ok.SO?apa kena mengena dgn honda city?nak cakap dia baik la sebab masih ada hubungan baik dgn keluarga?entah kakak,entah skandal.laki nak menipu guna banyak cara.memang le semua pun akan tunjuk baik mula2 bersumpah guna nama Tuhan,baru lepas jumpa kakak mak nenek moyang segala,muka jambu,pijak semut tak mati..tapi,hati2 ok? :)

balkis said...

nazree: ntah sapa2 la dia.. hehehe

saloma: kak saloma!!!!! I peminat u!!! hehehehe yeap i notice that. tapi dari melangut berejam sorg2 dgr suara membebel pon jadk la even menyampah sikit kat telinga.. at least ada point2 dia yg boleh gunapakai selain statement diva dia tu... hahaha

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......