Sunday, November 28, 2010

sem holiday


Fuhhhhh!!! Giler berabuk + bersawang aihh blog ni... tanpa entry2 baru memang Nampak blog sangat membosankan kan.... hehehehe sama macam tuan nya... asyik memerap kat umah. Xdek masa nak bersosial sangat dah cuti2 ni. Segala aktiviti2 merepek & banyak menghabiskan duit telah dikurangkan ( dikurangkan sahaja) buat sementara waktu.

Okey xpa entry ni aku nak merapu pasal janji2 aku kat blog sebelum cuti.. i was said that I will find job rite... hahahaha merepek semua tu okey sebab until now i’m still honeymoon kat rumah. Rasa malas bila piker balik. Baik aku bela badan yang hampir2 kecik ni kat rumah ja.(okey2 tipu). Aku malas keja sebenarnya. Semangat yang berkobar2 tu da hilang. So now I just goyang2 kaki macam puteri raja...... errrrr sat2...

Actually cuti kali ni aku manfaatkan untuk benda lain. Firstly mengasah bakat memasak yang dah makin tumpul. Mencekapkan diri untuk melawan encik chef.. ehhh!!!! Even tak secekap beliau tapi boleh la mengisi perut aku & kawan2 aku kat rumah sewa next sem ya... hehehehe by the way aku da pakar buat kek coklat sekarang. Paling bangga boleh topping skali. Okey sapa nak rasa??? Hahahaha ramai orang puji best tu...(ini entry riak sebenarnya)

Selain pada tu.... aku da blaja uruskan rumahku syurgaku nie sikit2 tapi masih low performance sebabnya menyampah dengan perangai kami adik beradik.. da kemas cantik2 kang sepah balik... owwwffooo I hate that okey. Mak pun mengadu kalau kami adik beradik dah habis belajar baru rumah ni nak bersih kot dipandang. Buku, komik, laptop bersepah... hehehehe sapa boleh tahan dowhhh!!!!!

Ahad depan aku & adik2 akan bercuti ke ipoh rumah makcik aku. Mungkin plan ke tambun kot. Yay!!! Hahaha tapi taktau la aku willing ke tak sebabnya aku sorang ja driver (alah nama berjalan ni macam mana pon willing ja sebenarnya) yalah2... udah2 la dengan entry riak kali ni. Darr~

Wednesday, November 10, 2010

penting ni....

patutnya awal lagi aku pos... sempena demam selesema yang melanda tiba2 ni aku tujukan khas kepada sesapa yang mengalami nasib seperti aku.

ehhhh ada lagi tak yang ambik exam ni??? ahhh tak pedulik la janji aku nak post jugak...

okey selain pencil case, matrix card & slip exam... orang yang mempunyai masalah banjir hidung seperti aku turut perlu menitikberatkan hal ini. sebab kalau tak bawak memang confirm jiwa raga, fizikal rohani anda akan merana serana-rananya..... hahahah






1) ini bukan gulungan seluar kecik okey tapi ini adalah stok sapu tangan... ihsan google... sapu tangan memang memainkan peranan penting dalam melindungi muka korang. mana tau dapat hidung banjir macam aku tengah siyok menulis tetiba meleleh je air hidung keluar kan.... tambah2 plak masa tu jugak tetiba pengawas exam yang gila kacak lalu sebelah. baru nak gaya senyum dan2 dia koma.... kahkahkah....







2) kepada siapa yang rasa malas & segan nak bawak sapu tangan (rasa diri x macho) boleh tukar dengan tisu sebagai barang substitute. tapi bagi aku tsu x available sangat sebab from researc, tisu akan lebih membuatkan hidung anda banjir kerana pada tisu itu terdapat banyak habuk yang bakal membuatkan anda akan HAAACCCOOOMMM!!! hah belum apa2 lagi tu.....











3) benda alah ni memang sangat membantu aku. skang ni aku kena pastikan encik inhaler selalu ada dalam kereta & pencil case. early preparation if banjir hidung datang tanpa signal... penting ni penting. dapat melambatkan penurunan banjir dan jugak dapat meng"clear" kan semula hidung yang ketat angkara stuffy flu!!! huhuhuhu sedap ooo berangin je tapi jangan la jolok masuk hidung terus... kurang sopan aku rasa.. main aci hidu2 je sudah.... owhhh lagipun sangat sesuai bagi aaku yang tak gemar bau minyak2 angin, bam, minyak kapak segala... so tak rosak hidung aku. hidu je... x perlu nak tenyeh2 kat hidung. melekat lagi aku nak fenin karang.... aishhhhh






4) haaa ini untuk semua la x kira flu ke tak... tapi baok jugak untuk yang flu ni... dapat menenangkan hati yang luka parah akibat banjir hidungnya... hikhikhik (aikk bertukar sopan) tambah2 ubat tahan mengantuk pon boleh gak ni. untuk kawan aku pon sesuai sebab ada kes kawan aku dimana tertidur ketika menulis dan beliau menulis mimpinya atas ketas jawapan... sedar2 da dekat 2 helai baris... apa lagi... kalut kawan nak liquid paper balik. kalau kau potong je harusla lecturer heran nnti time paper IR tetiba cita pasal jenjalan kat taman bunga. ehhh







5)owwhhhh sapa penah melalui mimpi ngeri berada dalam dewan exam yang sejuk gila hampas tahap gigil smpai tulang hitam???? grrrrrr rasa nak menulis pon cramp wooo.... so sweater is the best thing sebab dapat menghangatkan semula badan anda.... yeyyy!!!! soo kepada  encik nazri!!! sila pulangkan barang kepunyaan saya... walaupun sweater saya buruk... hehehehe



yang tu je kot... yang lain2 carik la sendiri ye sebabnya aku pon menulis sambil mengelap banjir di hidungku ini... sob3x!!! dugaan berat kan..... kawan2 doakan gua cepat sembuh... ohhh btw... aku da nak balik kampung da ni.. cuti 2 bulan. ada sapa tak nangis guling2 nak ikut???? kepada yang exam... selamat berjuang.. aku balik berehat dulu... *debishhhh!!!!!* *okey2 aku diam sekarang*

merdeka sem 4

akahkahkah tajuk x boleh blah... tapi hapa aku pedulik.... owwhhhh siyes penghabisan yang agak meng'best'kan diri sebabnya macam confident ja menaram-naram jawab exam tadi. 9-12 tengahhari tapi yang bencinya bila aku sorang je srot sreet tadi. ntah hapa malang bangun pagi tadi mata bengkak sebelah entah binatang apa gigit. pastu hidung plak tetiba banjir. how lucky I am... dengan muka kurang segan aku mintak tisu dekat pengawas exam merangkap lecturer aku jugak.. hehehehe sekali dia sua nahhh kau.... so dapat la menggoreng point2 OB dengan bergaya sikit. thank you mis jaja.


so ini hupdate terakhir mnggu ini sebelum aku pulang ke kampung halaman... (cheewahh!!!). cuti sem apa plan ye..... aktiviti da get ready

esok: jemput adik di arau.... banjir harap2nya da makin okey la kalau takkkk aku kena prepare dayung sampan skali dalam keta...

sabtu: jadik kipas susah mati kepada cik nazri kerana beliau masuk pertandingan karoeke di Giant kulim. sebagai PA professional kiranya aku harus berada di sisi beliau meniup semangat, menata pakaian dan juga merangkap jurukamera pasti......

patu pastu pastu....... aku ingat nak keja la.... tapi x tau la nak keja mana skang ni..... yang tu kat umah la pikir. skang nak kena kemas bilik & apa2 yang patut....

p/S aku ingat nak sula bonton tikus ni... aku baru basuh lantai dapur ni (basuh okey bukan mop) tapi mereka2 boleh main aci ligan lagi kat situ smpai ter"berak2". ada cara tak nak avoid them?? nak bagi racun takut mati atas syiling. meroyan sebulan la aku hadap bau dia....

Tuesday, November 9, 2010

Monday, November 8, 2010

aku suka.....

aku suka ini......

 tersangattttt cute okey.....
aku suka ini........



tersangattttt canthekkk okey....




aku suka ini.....


tersangatttt comel...


aku suka ini......




tersangattttt besttt!!!!!
aku suka ini......




aku suka ini......



dan ini paling suka.....




ehhhhh bukannn.............


















































erkkkkkk apekahhhhh!!!!!! bukan2....



























































yeahhhh that's much3x better.... hahahahaha



p/s:xdek koje sebenanya.... hahahaha ini adalah ke"obsesan" aku... babies..... flowers..... korean drama/movie.... books..... stripes shirt.... &.... encik chef... huahuahua...

p/s 2 : dahh..... jom study



selamat hari jadi sahabat~

weeeee~ semalam lepas tengok cita sebelum akhirat memang aku terus mengantuk... hapekebenda OB x sentuh2 lagi ni... tapi cik ana da pesan.. pukul 12 nak buat voice sms untuk cik ernie yang kini berada di UiTM shah alam nak wish birthday. so aku amik keputusan tido tanpa tutup lampu. kalau tak, lagi la aku mamun bangun kang..

pukul 12, cik ana kejut. dengan mamai taktau nak cakap aku nyanyi jela.... woooiiii!!!! serius la apa aku merepek semalam aku x sedar.... adoiii malu gilar babas lah!!! yang aku ingat anak cakap setle, dia tutup lampu, blah... then aku dummmm!!! terus sambung tido sampai subuh. plan nak study awal pagi pon x jadik jugak sebab aku mengantuk... apekah!!!!! kuat tido sungguh aku menjak 2 menjak ni...

lupakan kisah tido.... semoga panjang umo cik ernie... cepat2 la menikah boleh aku bawak rombongan ke klang ye tak.... hari ni sempat bergayut dengan beliau. (call free dari maxis katakan) panjang jugak borak... dia cakap teringat masakan mak aku. cendawan tu apa nama hah aku da lupa... nak kena balik gugel kat mak aku nnti boleh pos... heheheh

kawan.... aku ada banyakkkkkkk kawan yang jenis boleh pakai. time susah boleh sama2 susah dengan aku.. bahagia la hidup cenggitu tapi ada jugak kadang2 kawan yang lebih menjahanamkan diri.. menyusahkan diri je kalau berkawan dengan kawan sebegitu... kawan untuk kepentingan, kawan untuk mengisi kekosongan, kawan untuk sekadar lepas tangan... owwwhhhh nehi3x!!!! sepatutnya kawan macam tu aku kena elakkan diri.. tapi if tah terberkawan apa pelu buat???

aku??? akan kawan & aku akan biarkan dia parasitkan hidup aku sebab aku tak mampu untuk berkata NO!!!... yeap aku bodoh sebab memberi peuang orang pijak lumat kepala aku... bahagia kan hidup kawan parasit aku....

sekali lagi entry emosi... menci!!!! yuccckksss!!!!!

Sunday, November 7, 2010

salah siapa???

entry lupa...2 bulan lepas... tengah bersenang lenang bercuti di rumah baru balik dari market. baru je nak bukak paper kosmo yang baru beli mak da jerit panggil dari luar. ajak petik pucuk janggoih (gajus) buat ulam.. well.. rumah kampung, nak apa main petik & selongkar je kat tepi2 semak kat rumah... general knowledge... pokok gajus kat rumah aku ni kecik je lagi tapi agak tinggi dah. letaknya sangat x strategik depan rumah agak dekat dengan pondok tempat aku bermadu kasih dengan adik2 aku dan port melepak terbaik untuk bergosip & juga mengajak makcik2 yang lalu tepi jalan untuk join skali sambil pekena sirap limau. (okey habiskan ayat tadi dengan 1 nafas) nak jadik cita makin best adalah pokok gajus itu jugak terletak berdekatan dengan pokok bunga kesayangan kaum wanita seluruh dunia. pokok bunga ros yng aku cita entry lepas. ala... pasal hobi aku tu...

masa aku keluar nak sarung selipar aku nampak dah mak tengah kuis pokok bunga yang melekat kat baju dia. yala pokok bunga tu agak tinggi, bunga besar2 sama dengan duri dia pn gatal nak meraba2 mak aku tu.. aku ngan poyonya terus melangkah slow2 sebab malas.. dahla banyak kerengga plak... smpai2 tetiba........


nahhh!!! sekali batang bunga ros kesayangan aku tu menempek kat muka aku. mengelupur gila la aku kat situ sebab duri dia mencangkuk muka aku. (ayat apekah??) sawan sebentar las2 adik aku nizam, tolong jauhkan pokok tu dari aku.. ya ampun!!!! 2 ketul duri tertanam kat muka. 1 tu serpih je yang lagi 1 nie gedabak jugak besar. kecik sikit dari taik lalat phua chu kang.. betul2 dia parking bawah mata aku.. apa lagi... 1 rumah tu dengar aku menjerit. nak cabut tangan da terketar2, lutut pon macam nak longgar lain macam so nizam la tolong cabutkan

memang betul cantik la dia landing... (sori lukisan aku canthekkkk sgt...)
bila da tarik tu sekali lagi bergema suara nyaring aku... sakit dowhhh!!!!! mak merepek la marah sebab aku x alert masa dia da kena tadi. aku apa tak kata teruskan keja mengutip pucuk ulam. tapi sedih siot. x tengok lagi cermin tapi memang darah la  muka aku sikit time tu....

da siap.. mak pesan aku taruk aloe vera.. ( da sedia maklum kot aku x suka bau minyak angin). masa nak masuk rumah dalam mak aku merepek2 tu

mak: pokok ni pun pasai apa yang tinggi sangat tak tau....

disshhh mak aku cantas buang... aikk!!! mak!!! tidak!!! tu pokok kesayangan!!!! huhuhuhu tapi beliau cantas yang mengganggu laluan ja la...

adehh!! gamaknya mak ni nak sedapkan hati aku. tengokk.. trang tang2x salah aku sebab tak alert tapi mak marahkan pokok balik... ngeee~ terus gerak ke blkg umah petik aloe vera, gosok kat tempat luka... adehhh teruk bengkak... repot kat cik chef..

him: parut tolak 1K..hahahaha

demm!!! 2 bulan berlalu... parut tiada lagi... ehehehe 

kehebatan adalah kelemahan

kalau aku hebah2 kehebatan aku mesti semua orang kagum.... (okey lap air liur sekarang... tutup mulut!!!) see!!!! baru sebut kagum je tu... hahahaha gila riak!!! tapi sebenanya itu yang lemah... apa aku merapik niyang ni ntah...

okeyyyy cenggini... aku mempunyai kelebihan dalam mengexplain... if tak, takkan la aku boleh habis study buku IR anataraman yang ayat dia gilar babas punya belit.... arrrrrggghhhh... kawan2 aku if tak paham ayat or malas belek buku teks so dengan mudahnya menyerahkan pekerjaan yang bosan itu kepada aku sebab depa tau aku jenis susah nak tolak buku.. I will try to understand what actually the word nak merapu.... so aku akan explain beserta contoh untuk lebih paham. kalau 4 kepala, aku akan pastikan 4 kepala itu paham ayat menipu aku. hahahahaha see!!! i can be a gud teacher la.... so kawan2 aku akan take note each point yang aku explain.... bila esoknya aku mntak repeat dpa boleh menjawab dengan sangat cemerlang mengalahkan guru mereka ini.... bagus2...


kelemahan pada aku plak untuk menghafal... arrgghhh sangat sakit kepala.. bila aku depan notes aku akan membaca... ya membaca tanpa sebarang perasaan... tetiba aikkkk gelapppp!!!!!! butakah aku???? oh tidak... kelopak mata ini yang menghalang permandangan.... cis3x..... sebab tu skang aku mula mengharap pada kaffein yang mengandungi anti oksidan dan juga air biak untuk menguatkan hormon tahan mengantuk aku.. dishhh3x!!!!

dan kekadang bila final aku boley lupa apa aku explain kat kawan aku.. tambah2 point utama. x ke bengang tahap gaban!!!!! hah nyampah siot tapi apa boleh buat kan... manusia itu sendiri tidak sempurna....

untuk pengetahuan readers... aku obses pada membaca. aku boleh 4 jam ngadap lappy jenguk 100 blog lalu melupakan diri untuk update blog sendiri.... aku refer silent reader... if minat tahap gila baru aku follow...
aku jugak obses pada health.... cuba kau sakit depan aku. akan aku practice semua langkah2 keselamatan dan kesihatan kecuali CPR kerana aku masih belum mmpu melakukan aksi sebegitu.

macam baru2 ni one of my friends tetiba tanya aku mengenai satu cancer ini yang pada aku beliau sungguh cemerlang dalam isu2 seks but she doesnt know bout this... owwwfffoooo

she: weh balkis, apekah itu cancer serviks????

me: what???

she: ang xtau ke??

me: owhhh kanser pangkal rahim... why??

she: symptom??

me: (heh mengujikah) when u make sex even for a first time u have potential risk to be affected...

alah senang cerita google la... aku da penat explain panjang2 kat beliau & jugak rakan serumah aku. ni malas nak penatkan diri menaip satu2 huruf dialog aku 5 6 hari lepas... tapi serius, x kira laki pompuan kena alert dengan penyakit2 ni... laki pon nnti kan ke hampa nak bertanggungjwb jaga bini(s) so beware cozz this cancer only can be detect when it come to the worst. tahap keempat baru symptom kuar dowh... masa t balik dok atas tikar sejadah je dalam 6-12 bulan... sila dapatkan ujian pap smear ye pada yang berkahwin.. pada yang belum berkahwin tapi dah obses dengan sex aku malas nak nasihat korang. lantak lah!!! hahahaha kijam3x

ok apa lagi ye yang aku hebat??? errr ini... heh nnti2 la plak aku post lain.

hupdate berita banjir....~

okey berkenaan adik aku yang terkepung sama bah di perlis... Alhamdulillah berita setakat ni bagitau banjir kat perlis da makin ok. victim yang tepaksa nginap di tempat perlindungan pon da makin decrease cuma apa yang aku update buletin 1.30 ptg smlm, alor setar plak betambah victim yang dok pusat perlindungan sementara. nasib baik encik chef aku kat menara... (ehhh xdek kaitan.. mahap ye...) dan so sad bila dapat tau ada korban dalam banjir ni.... kalau ada yang rajin update gambar2 banjir kat kedah & perlis ni... sometimes macam x pecaya ni gambar dalam negara sendiri. sedih la jugak tengok teruk keadaan kat sana. adik aku yang tahan kulat mahupun panau pon cakap teruk... betul la tu. tak selalu Allah nak uji Malaysia dengan ujian macam ni ka.. selama ni okey je aman... tu manusia banyak yang lalai... (hehehe insaf sebentar)

so.... berbalik kepada cerita adik aku. Alhamdulillah duit poket dah ada berkat pertolongan kawan aku, if tak esok aku kena pick up dia kat arau, tapi dah dia kata everything just fine so aku postpone jumaat ni. sempat aku perabis last paper yakni organizational behavior. grrrrrr!!!!!










so readers2.... kamu ada paham bila aku post gambar2 ni??? ooooofffffhhooo apa hal nak kesah kan... hahahahaha yang penting guap paham tgk gambar... nak aplikasi gua kureng... hahahaha

Siti Balqis

sebelum ni kisah beliau xdek la merarik hati aku sangat pun. asalnya dah lama jugak kes beliau tapi pas tengok komen dari sorang blogger ni rasa nak jugak jenguk kisah dia kan.. dah pulak nama beliau dah hampir seiras dengan nama aku. heheh lagi la terasa galak tangan nak google... sekali kau...


siti bertudung bugil sila abaikan......
tengok2!!!!! kot la ada siti basyirah ke, siti belerang ke.... nama aku pon xdek dalam google ni... kesian... (aittt ada kena mengena kah???) takpa2 aku underground... ok nak dijadikan cita beliau dikatakan selalu ghaib especially time senja nak kat2 maghrib tu. if jmpak mesti kat tempat2 horror cam kubur & gua... aisyyyhhhh katanya jugak dilarikan jin islam... tapi jin tu berbentuk ada seperti wajah babi... (errkkkk) jin islam bukan hensem ke?????? apekah??? is it real or just to make fun??? dan ramai la bomoh hebat datang ubatkan beliau. so skang xtau apa jadik. tapi ada jugak yang x percaya apa yang berlaku kat dia. mungkin imaginasi @ saja bikin publisiti.. harapnya beliau sihat je la kan sebab khabarnya pon penghidap talasemia. kesian... if aku kat tempat dia pon..... ikshhh x kuasa lah.... nama aku SITI BALKIS okeyyyyy!!!!!




apa2 pun.... doakanla kita dari terkena ujian ni kan... x pasal2 glamer 1 malaysia   sihat cepat2 ye sis....
nak link kisah2 beliau??? jab2....

Friday, November 5, 2010

hampa (korang ) memang jenis kipas susah mati~







hari ini agaknya hari terharu sedunia gamaknya.... wuuuuttt wuuuuttt!!! hehehehe to all my dear friends... aku sangat2 hargai what u had done to me... huhuhu tq sooo much....

macam tadi... aku just nak ngadu pasal adik aku kat arau yang ada masalah terkandas without money, enough water and food supply. kena consider la da time banjir skang so banyak benda limit. but actually adik aku can survive. but tadi cik ana yang sangat baik telah senyap2 mintak tolong adik dia p hantar makanan & bawak adik aku keluar cucuk duit. anda berjaya membuat aku menangis terharu beb!!! tahniah... yeahh!! kawan yang sejati xkan pernah berkira dengan kawan2 dia & akan berusaha terbaik untuk gembirakan hati kawan dia walaupun dengan sedikit bantuan.. aku tersangat2 hargai... beb!!! aku doakan anda dan family dimurahkan rezeki hendaknya... amin.... aku tau ang xkan baca blog aku sebab tu aku puji melambung2.. hahaha

secondly my cousin, nazri yang jugak merangkap kawan kipas susah mati aku. berhajat lend kan aku sikit duit even dia sendiri pon tersepit dengan masalah kewangan yang sangat meruncing. ini la maksud kawan sejati. if diri sendiri susah tapi berusaha untuk bantu... uhuhuhu thanks beb. i love you so much!!!

dulu cik andy yang jugak merangkap arjuna hati aku.. ini lagi sorang kira kawan susah mati sampai sekarang. satu hari cousin aku stuck kat uitm arau, beliau bawak moto pagi2, dengan baru bangun & tak mandi pagi.. (hahahaha ni lawak) pegi ambik aiman (9 tahun) bawak kepada family ana then bawak balik rumah sewa. arrrghhhh bak kata beliau, inila guna kawan.  itu belum kira dia dok belanja2 aku lagi.. huhuhu


cik milah.... yeap... ini memang antara kawan terbaik yang aku ada. susah apa pun aku mengadu dia paling setia mendengar. kalau bagi aku masa dengan dia.. aku boleh tak hiraukan orang lain sebabnya ntahla... sangat selesa & senang mintak tolong. kawan sehati sejiwa la.. tapi sayangnya x pursue degree ngan aku. dari stat diploma smpai skang aku sangat suka beliau sebagai kawan. serius!!!


ikshh3x aku memang terharu gila babas la.. aku lucky sangat sebab kenal manusia2 yang mulia seperti ini. boleh dibuat kawan susah senang.

terima kasih kawan2... hampa mmg kawan kipas susah mati!!!

flood updated

adik aku koling2 just now... keadaan kat perlis still worst. bekalan makanan berkurang. mesin ATM tinggal mesin, duit langsung yillek puceet... adik aku plak duit poket da kering tapi if desperate HEP ada buat loan untuk student... beliau abis exam 7hb ni petang. dah gesa aku suruh aku jemput awal. kalau tak aku nak jemput jumaat ni je memandangkan aku pun da settle paper aku, encik chef pun cuti so boleh temankan aku. tapi bila keadaan makin worst ni lagi baik aku jemput beliau awal cket. cuma masalah skang jalan still ditutup. airport sultan abd halim pon isnin ni baru operate balik. adehhh camna nak smpai. kecuali la aku ada private heli boleh gak landing atas bumbung kolej tu. tak pun lempar tangga je soh adik aku panjat naik....

maknanya sekarang aku kena always update flood news ni. if keadaan okey aku akan ke arau 8hb ni... tapi kan menda paling malas pasal update news ni bukan pe. aku tengok tv3 ni cam annoying gila!!! orang tengah susah2 face ngan banjir amenda depa lagi penting update cita sal pilihanraya... memang cilaker la... ntah hapa2...

nyampah sungguh aku... nampak sangat mana lebih berkepentingan kan... rakyat didahulukan pencapaian diutamakan??????????? slogan sikit punya baik... last2 tayang kat TV sorak sorai gang2 menang.... x nampak pon mulut tu kumat kamit ucap syukur... owwwhh lupa... dalam hati kot... x payah show off kan...

ada jugak macam tu...

dalam kekalutan menghadapi lagi 2 paper ni aku sempat lagi balik kampung. hehe saja amik mood blaja. then kalau kat rumah memang x sah kalau tak menonton astro. yela mana mampu nak pasang kat rumah sewa ni yunk oii.... antara rancangan feveret aku... errr malas nak list banyak-banyak iaitu oprah winfrey show.. yeap aku suka betul beliau jadik host dan kebanyakan guess yang dia jemput tak kira kanak2 ke, remaja belia atau nenek tua kebayan, they able to speak out fluently. maksd aku fluent ni bukan apa tapi sangat lancar dan smooth. tak macam guess kat malaysia kekadang host tanya berjela2 jawabnya 1 patah je. apekahhhhh!!!!! ttambah suruh citer pengalaman kadang2 masuk bab lain tu tak kira lagi.. memang tak best lah. bukan nak condemn but please terima la hakikat okey!!! macam baru2 ni nye oprah interview dua orang guestspeaker sorang ni wartawan ESPN. siyes cun minah ni. dia story balik masa dia kena kejar dengan papparazzi sebab ada orang tangkap gambar bogel dia time nginap kat hotel. gambar or video tu plak di expose kat public. so dia rasa di humiliated tapi dia expose gak diri kat depan public untuk show her right la. even gambar bogel dia tededah dia still berani keja , what ever semua tanpa rasa segan. bagus la semangat dia. kat malaysia pon melambak.. kadang2 (especially laki la) perasan muka pompuan ni macam familiar je. oooowwwfffff rupa2nya pompuan ni dalam porn melayu boleh... ehhh apa aku merepek ni??? hahahahaha tak tau la kan....


second guest speaker adalah seorang paderi roman katolik. sangat2 alim dalam erti kata agama depa la tapi akhirnya berkahwin selepas jatuh cinta dekat dia punya followers jugak. haaa as we already know, paderi tidak dibenarkan sama sekali untuk berkahwin kan3x.... sebabnya depa da macam di adopted as anak Tuhan. so they have to be religious person, dengar dosa orang pastu ampunkan, jadik orang yang declare kawin & so on.... tapi macam mana if paderi jatuh cinta???? dia cerita balik internal conflict yang dia kena face, macam2 la.... dan ayat beliau yang paling best bila dia kata Tuhan mengetahui perasaan dia & Tuhan akan faham dan xkan marah la.. lebih kurang macam tu la... dan dia gak sarankan yang paderi2 kena pikir balik law yang x dibenarkan kawin ni... burden kan followers ja... of course la... kahwin kan salah satu nikmat dunia... tak ke rasa di humiliated bila tak dibenarkan kawin padahal that feeling is in nature kan... to love & to be love. ramai dah sebenarnya priest yang amik keputusan berkahwin ni... hmmmm macam2 kan...

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......