Sunday, November 7, 2010

salah siapa???

entry lupa...2 bulan lepas... tengah bersenang lenang bercuti di rumah baru balik dari market. baru je nak bukak paper kosmo yang baru beli mak da jerit panggil dari luar. ajak petik pucuk janggoih (gajus) buat ulam.. well.. rumah kampung, nak apa main petik & selongkar je kat tepi2 semak kat rumah... general knowledge... pokok gajus kat rumah aku ni kecik je lagi tapi agak tinggi dah. letaknya sangat x strategik depan rumah agak dekat dengan pondok tempat aku bermadu kasih dengan adik2 aku dan port melepak terbaik untuk bergosip & juga mengajak makcik2 yang lalu tepi jalan untuk join skali sambil pekena sirap limau. (okey habiskan ayat tadi dengan 1 nafas) nak jadik cita makin best adalah pokok gajus itu jugak terletak berdekatan dengan pokok bunga kesayangan kaum wanita seluruh dunia. pokok bunga ros yng aku cita entry lepas. ala... pasal hobi aku tu...

masa aku keluar nak sarung selipar aku nampak dah mak tengah kuis pokok bunga yang melekat kat baju dia. yala pokok bunga tu agak tinggi, bunga besar2 sama dengan duri dia pn gatal nak meraba2 mak aku tu.. aku ngan poyonya terus melangkah slow2 sebab malas.. dahla banyak kerengga plak... smpai2 tetiba........


nahhh!!! sekali batang bunga ros kesayangan aku tu menempek kat muka aku. mengelupur gila la aku kat situ sebab duri dia mencangkuk muka aku. (ayat apekah??) sawan sebentar las2 adik aku nizam, tolong jauhkan pokok tu dari aku.. ya ampun!!!! 2 ketul duri tertanam kat muka. 1 tu serpih je yang lagi 1 nie gedabak jugak besar. kecik sikit dari taik lalat phua chu kang.. betul2 dia parking bawah mata aku.. apa lagi... 1 rumah tu dengar aku menjerit. nak cabut tangan da terketar2, lutut pon macam nak longgar lain macam so nizam la tolong cabutkan

memang betul cantik la dia landing... (sori lukisan aku canthekkkk sgt...)
bila da tarik tu sekali lagi bergema suara nyaring aku... sakit dowhhh!!!!! mak merepek la marah sebab aku x alert masa dia da kena tadi. aku apa tak kata teruskan keja mengutip pucuk ulam. tapi sedih siot. x tengok lagi cermin tapi memang darah la  muka aku sikit time tu....

da siap.. mak pesan aku taruk aloe vera.. ( da sedia maklum kot aku x suka bau minyak angin). masa nak masuk rumah dalam mak aku merepek2 tu

mak: pokok ni pun pasai apa yang tinggi sangat tak tau....

disshhh mak aku cantas buang... aikk!!! mak!!! tidak!!! tu pokok kesayangan!!!! huhuhuhu tapi beliau cantas yang mengganggu laluan ja la...

adehh!! gamaknya mak ni nak sedapkan hati aku. tengokk.. trang tang2x salah aku sebab tak alert tapi mak marahkan pokok balik... ngeee~ terus gerak ke blkg umah petik aloe vera, gosok kat tempat luka... adehhh teruk bengkak... repot kat cik chef..

him: parut tolak 1K..hahahaha

demm!!! 2 bulan berlalu... parut tiada lagi... ehehehe 

No comments: