Saturday, February 20, 2021

Siri anak masuk taska

 Salam....

ceritanya start 1/2/21 aku hantar anak aku masuk taska. untuk pengetahuan anak aku baru umur 23 bulan. muda takla muda sangat sebab ada budak lepas pantang pun dah dihantar ke situ. dan ini adalah 1st time anak aku di-exposed-kan dengan this kind of environment. 

sebelum ni masa aku keja dekat Batu Pahat,  dia duduk dengan pengasuh. and pengasuh tu jaga dia sorang... so dibelai2 dimanja2 sorang dia je lah. dari umur 2bulan lebih. so bila balik sini aku noticed dia agak greedy taknak share barang dia. tapi main ok. kat rumah ni kan ada si adib dengan zara anak2 abang aku. 

Plus maksu dia pun dah kena register masuk kolej, tinggal la si emi dengan mak. penat lah nak menjaga 3 cucu2 yang lasak ni. so aku amik initiative hantar ke taska. boleh mingle around other kids, sambil belajar, sambil main, andddd most important dia dapat independent.... tu penting.

so kebetulan cousin aku ada cerita 1 taska ni, anak dia pun sempat stay situ 3 bulan sebelum PKP start. so aku pun ushar2 dan sembang dengan pengetua taska tu....

Weekend aku sempat la try hantar sekejap nak tengok respond dia. dan Alhamdulillah aku berjaya tinggalkan dia 3 jam dekat situ without dia menangis atau buat perangai. elok je main dengan cikgu. so aku dah macam confident. 



bantal busuk memang takleh lepas..


baru 3 minggu. aku tak nampak lagi la perkembangan positive dia. cumanya seronok la nampak dia ada aktiviti dan ada kawan2... dari komen kakak pengasuh situ, dia makan ok bersungguh. dan boleh la follow situ. cumanya xde sapa boleh usik bantal ke, beg dia ke confirm dia meraung. hahah yang tu susah sikit la nak ubah...

cuma 2 3 hari lepas dia macam buat perangai sikit taknak masuk taska. takde la meraung menangis. aku assume dia taknak berenggang dengan aku je lah. sebab bangun awal pagi angkat beg semangat nak masuk school tapi bila sampai macam merengek taknak. tapi dengan kakak pengasuh ok pulak. entahla... aku doa yang baik2 saja untuk anak aku.


dan... aku ada survey macam perasan 1 taska yang lagi banyak activity dan nampak lebih gahhhh gittewww... tapi sabar jap lah bagi masa anak aku mixed around dulu dekat sini. mcm nak buat experiment pulak nak tukar sana sini kan...

WIsh u all the best adik. I love u so much



No comments:

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......