Friday, September 5, 2014

lelaki... sebelum & selepas kawin.


http://shin-myself.blogspot.com/2011/12/mr-right-saya-memang-kena-berkelakuan.html

Gila kelakar baca balik entry lama aku ni... Mashaa Allah... dah tiga taon kau menyorok dalam ni. sekali keluar terbaca lawak gila. tak sangka penulisan aku masa zaman remaja hebat jugak eh. Hahahahaha... ok sudah...

nak di jadikan cita. inilah Mr Right dunia akhirat aku. Encik Chef. tapi skang dah tak jadi chef dah. jadi Astro Installer pulak...

well... masa aku bercerita sakan tu masa belum kawin. belum jadi laki lagi. belum kenal hati budi secara mendalam... perghh ayat deep ni. so memnga yang bunga-bunga cinta saja la yang keluar. sekarang ni dah setaon 3 bulan dah jadi suami.... dan... ternyata.... mimpi tinggal mimpi.


oleh kerana suami aku cucu sulung & anak sulung bermakna dia mempunyai personality yang suka dominan. maksudnya dia suka mengawal keadaan. tangan di bahu, mata juling ke atas. geram beb geram.... kalau dia buat salah, kita dilarang untuk marah. wahhhh kalau dah nama perempuan memang kau buat salah takdak hati la nak bersembang. tengok muka pun macam menyampah tapi suami aku akan buat-buat tak paham. nakkkkk jugak kita layan dia macam biasa. nak jugak diberi perhatian. kadang rasa macam nak je penyek dia kecik2 simpan dalam kotak seminggu. hati puas baru bukak cari dia balik. tapi oleh kerana perangai dia macam tu kadang-kadang aku tak sempat pun nak merajuk. nak tinggi suara tak berani beb.. sebabnya dia tak pernah tinggi suara kat aku. so takmau nak ajar kami punya marriage style ke arah macam tu. kalau dia tengah marah plak aku memang tak berani kacau. takkan bangkang apa dia nak, jalan menunduk macam perempuan melayu terakhir ataupun isteri solehah.... tapi suami aku jarang marah aku. sebab aku ada secret weapon yang sangat mustajab iaitu air mata. penah kena marah sekali saja. terus aku meraung dalam kereta... haaa tau pun takut... wakakakakaka


bab mengongkong?? dulu before kawin dia x berani kongkong aku sebab aku jenis ikut kepala sendiri saja. dia nak marah ke apa lantak la. aku tetap makan kenyang, tido lena. sekarang pun sebenarnya sama. kami kan stay asing dia takdak la kongkong melebih-lebih cuma kalau kau keluar lepak dengan kawan-kawan sampai tengah kawan macam zaman solo memang melampau kuang hajo la kan. so aku ingat diri status aku as bini orang. then, jarang sangat la nak keluar hang out.. selalunya bersama dia sajala.... so bab2 kongkong takdak masalah, Alhamdulillah....


bab shopping... mashaa Allah.... aku kalau bershopping dengan dia cukup tension bro!!! memang kena aku sendiri pilih semua untuk dia. even barang diri sendiri, barang dia, better aku lah yang pilih. tapi tak bermakna pilihan dia tak best. cuma... malas la nak cakap. bagi aku pilih saja la. kalau aku nak shopping barang aku, aku just letak dia kat mesin urut. kau berurut la diam2. biar aku pilih barang. hehehehe tapi kalau barang dapur. aku memang sukaaaaa gila bawak dia. dah nama pun En Chef kan... ikan, sayur auam semua dia pegang dan pilih. wangi tangan aku. hehehehehe


apa nak buat. ini pilihan hati aku. but at least i'm happy with him. ok la...hehehe sekian



No comments:

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......