Wednesday, September 3, 2014

kembali

Well, lama tak menaip bebas semacam sekarang. Nak kata sibuk… ada orang lain yang lebih sibuk. Mungkin perubahan mood selepas kahwin kot. Jadi malas nak menaip panjang. Alhamdulillah aku dah selamat menyambut 1st anniversary jatuh pada tarikh 1 May 2014 yang lalu. Dah setahun usia perkahwinan. Masih berdua… sabar la kalau ada yang menunggu kedatangan aanak saudara. Hehehehe it is not the matter of illness or what.. mungkin angkara berjauhan, maka Allah bagi kami lebih ruang untuk berdua dahulu.. sekarang pun rasa macam masih dalam fasa perkenalan. Rasa macam baru kahwin, rasa macam baru berkenalan dengan family sebelah suami. Segalanya terasa baru…. How time flies…. Tahu ini ayat cliché tapi yang rasanya adalah aku. Alhamdulillah suami ok. Tapi biasala dah nama lelaki zaman bercinta rasanya lebih romantic dibandingkan dengan zaman selepas kahwin but the best thing is aku mula mengenali dia dari sudut yang lain. Rajin mengemas, langsung tak berkira. Bagus sangat nak dibandingkan dengan aku yang tak semenggah mana ni..

Kerja… masih di ladang ayam Dinding cawangan kuala ketil kedah. already two years being here. Dari zaman susah office pun takde. Jalan Mashaa Allah…. Teruk amat. Tau kan jalan estet ladang kelapa sawit memang mencabar. Aku selalu membandingkan antara permukaan jalan tu macam cabaran yang aku perlu hadap di office ladang aku & it is so true. There is a lot of problem in here where we need lot of patient to be here. Tiap kerja memang ada masalah dah pun… sebab keja ni jugak la aku berjauhan dengan suami. Gaji sini serious ok so macam nak cari company lain pun susah. For a while jauh la dulu. My routine work now changes from accounting job to system monitoring & of course I need to do some admin work. Dah tukar status dari assistant supervisor to Admin officer. Tapi kalau dah nama keja kat ladang ayam tak adventure la kalau tak bergelumang dengan ayam kan… haha at the same time aku involve dengan birds selling. Hari jual ayam aku antara pekerja yang akan turun padang. Tugas aku timbang kilo & make sure all the birds sold. penat, busuk, kotor but i'm enjoy my work actually. sebab kalau kau tau nilai tanggungjawab dan amanah so takda la rasa nak berkira sangat kan....


No comments:

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......