Friday, September 24, 2010

project settle... aku manusia paling bahagia

hah kali ni aku nak balas dendam okey... sesapa baca entry nie lantak la bosan ka melangut ka.. do I care??? hohohoho.

sebenanya aku sangat bahagia kerana akhirnya pada hari ini dengan rasminya jawatan aku sebagai assistant managor of industrial relation talk and ethics dialogue telah dilucutkan... ooopppsss bukan sebarang lucut okey...project da selesai dan ini bermakna aku da x payah nak pekesah hal2 project lagi. skang boleh concentrate study plak... (okey sila jangan peduli statement nie)

nak tau betapa humang sengsaranya aku??? imagine 2 ari sebelum talk tetiba org dari pihak penceramah ethics call bagitau depa x dapat surat official yang kata kami jemput. padahal aku da fax seminggu sebelum posa ok!!!! nie aku rasa fax tu macam syial!! tapi bila pikir2 balik aku pon sedikit kurang pandai sebabnya masa aku fax kat kedai gang selendang (nama rekaan gang aku sndiri sebabnya bebudak nie suka pakai selendang tutup kepala padahal selendang jarang nak mampus). masa da fax aku mntakkan resit depa cakap menda alah tu x di provide sebab ada masalah tp confirm org sana da terima surat aku. dengan bulat2 aku pecaya rupanya kena kencing. cehh!!! sabar2... aku belom cukup gamak lagi nak perabih duit beli pettrol bakar kedai bebudak tu...

problem kedua... masa aku ngah sengsara mengadap market kat kupang carik barang basah tetiba dapat kol dari ketua, encik mus bahawasanya dewan mini yang ditempah terpaksa ditarik balik sebabnya UiTM nak pakai untuk bebudak pre-law final exam.hah sudaaaahhh..... otomatik aku rasa hot!!! dah la dewan satu tu ja. nak kena carik gaduh rebut sana sini ngan pihak U. konpem2 kalah even 18x aku bagi alasan kami tempah AWAL!!!... anggaran audience 355 orang, pastu depa amik dewan tu, so apa keputusan yang ada.... tukar tarikh??? ohhh tidak!! dah la deal ngan orang luar.. mau aku tutup muka ngan beg plastik if tunda. banyak keja tu nak kena redo... carik tempat lain... pe hal... dewan pon 1!!! bila ngadu kat madam lyn, nasib baik idea bernas beliau membuatkan aku kmbali bersemangat!! perrghhhh!!! wajibkan part 4,5,6 BASIC pastu wat kat B11 dgn kapasiti dalam 150 org. kira cukup2.. k settle problem

okey nie paling x best dalam dunia. tetiba aku rasa bengang ngan ketua projek atas alasan kurang munasabah. dan disini aku mengaku aku  x professional.. fullstop!!! no comment... ngeeee~

petang khamisnya pas class cik mie semua classmate give full cooperation. aku pon perghh kalut usung kerusi meja nak convert class jadik dewan. imagine la class kat level 2, nak angkat kerusi VIP dari ground floor naik tangga punya la seksa. time ni la untung jadik pompuan. hahahaha lelaki2ku yang macho, silalah tunjukkan kegagahan hampa ye akhirnya berseri bakal dewan untuk acara esoknya... yeehhaaa~

paginya~ awal aku bangun, loceng x bunyi aku da tejaga. serius da rasa nervous. bayangkan 1st event yang diconduct sndiri nak belangsung. macam2 dalam kepala otak aku nie. penceramah x hadir ke, audience boikot progrram la. ntah hapa2. sungguh otak aku penuh dengan perkara2 negatif semata2. tapi dresap aku still meletop-letop gitu. bangun awal, mandi, smayang, terus ciap2.. uniform arinie kebaya pinjam. blaja jadik wanita melayu terakhir..not bad la cutting aku so teruskan. nie kalo encik chef tengok nie mau nya terus heret aku jmpak mak dia. kesopanan terserlah tapi jalan berselerak jugak. hahahaha

first thing first aku smpai court yard, aku nmpak brader2 facilities baru nak bawak turun pokok bunga dari lori. masa tu around 7.40 a.m. hah bia betol... sempat ke nak menyusun... aku naik cek2 apa patut.. mmber x ramai lagi so ngah2 prepare2 pape patu dalam 8 lebih da stat nmpak 7 8x orang yang ke meja pendaftaran. tau apa perasaan aku masa tu.. aku rasa macam nak peluk sorang2 yang attend aku nye program. gila bangga, bahagia!!! fuhh!! (ok aku paham aku mengada gila!) pastu makin lama makin ramai. if sebelom nie rasa tempat telebih cukup kali nie aku perasan macam tmpat x cukup je. huuhu akhirnya dalam 8.30 encik Ibrahim dari DGIR smpai

tau dugaan seterusnya??? gila bersemangat aku duduk saff hadapan. selain nak dapatkan ilmu lebih aku lebih prefer kerusi VIP sebabnya ada tmpat sokongan tangan & berkusyen.. of course la like2 gitu. tapi tetiba rasa malang bila keadaan nmpak wort. mic yang tetiba ok stat wat hal, open office software yang download smlm hilang, so penceramah x dapat bukak slide, mic wayarles x prepared, dan segala bagai. mada lyn da nmpak x puas hati. aku lagi la serba salah. last2 kuar merepek kat luar kat sesapa2 yang aku singgah benti. then ajak cik azril plak merepek kat bahagian UPTP. ntah wat keja ntah hapa2. geram aku. baru nak cun2 catwalk x jadik dah. masa tu memang da berpeluh bagai nak rak. lama jugak aku amik semangat nak masuk dalam bilik balik sebabnya aku takot kena lagi. tapi bila masuk madam lyn da senyum aku boleh la benapas cket. agaknya dia memahami situasi aku yang berdepan ngan dilema time tu. tidak ku mntak semua ini terjadi sebabnya aku mahukan suasana yang sempurna sahaja. huhuhu

akhirnya pada sesi rehat brader UPTP bejaya handle keja dia. & saat paling bahagia bila kawan2 aku gesa aku suruh makan je x payah pikir keja. depa setlekan. perrghhh gila terharu. makan VIP plak tu. layak tak utk aku??? rasanya sangat... hehehehe penat wat keja hilang dik oiiii!!! next sesssion bejalan lancar smpai ke petang. tambah2 sesi petang dia nye penceramah gila kelakar. mau tercabut urat geli aku gelakkan cara dia bagi ceramah. mmg meletop lah!!!

overall... ini komn iklas dari hati aku as assistant. hehehe baru assiist da belagak diva bagai. aku sangat bangga dengan cooperation dari mmber class even as we can see class berpuak2... tapi time wat keja semua commit. i like saaaanggggattt... aku jugak terharu semua contribute tenaga, idea, kreatif, peluh & sewaktu dengannya dalam projek assignment nie. dah deal dengan org luar sama. bila dapat wat the best tu mmg bagos la sesangat. tapi kuciwanya bila ada jugak yang nak sabotaj majlis. macam bagus je, dah la x contribute sangat, waktu ceramah bising macam sesi dia plak. cis3x tapi xpa aku x kisah sebab semua enjoy!!!!


wahhh penat2! esok LDK plak, seharian lagi dengar ceramah. jenuh aku... tido awal... dar~

No comments:

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......