sinopsis:
KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang  yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan  satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi  bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh  ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan  Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa.Kedua-duanya mempunyai  personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang  sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati  hanya berhak untuk satu jiwa. 
Lantaran, Eddy Sham  terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan  cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang  tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa  mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?
aku bagi 3 setengah bintang. errr.... sinopsis memang cenggitu tapi jalan cita dia menarik. watak heroin pon agresif semacam. bagi aku Bikash Nur Idris ni memang jenis agresif gak kot. I like.. hehehehe xdek la nak jiwa-jiwaan lebih2... novel nie pon actually da lama kuar market. ku baru perasan... wahau!! 

No comments:
Post a Comment