Friday, November 25, 2011

amarah menghilang

lama-lama melayan bebudak kadang-kadang buat aku lemas jugak. kalau jenis x mengganggu xpe... now sofia dah makin meningkat kanak-kanak. kalau dulu x pandai bercakap tapi sekarang memang petah. macam-macam benda nak dikongsi, disoal sampai kadang aku naik rimas. letih nak melayan.....

hari ni niat murni aku nak siapkan apa-apa assignment so burden kurang sikit. lepas sidai kain 3 baldi tadi cik sofia dah bertandang ke rumah aku. makan xmau, apa xmau melainkan dekat rumah aku....

ini aku nak menghadap laptop nak siapkan keja dia pulak merengek-rengek nak tengok citer barbie kat youtube.. kecik besar kecik besar je aku pandang budak ni..... aku pujuk suruh balik rumah pon xmau-takmau jugak... dah tengok barbie mintak tengok upin ipin pulak... dekat mulut memang aku dah merungut macam-macam. tak reti letih ke budak ni????


tapi dalam menghadap marah + bengang tu... cik sofia boleh pulak tengok upin ipin dengan riak bahagia dan gelak.. mulut dia plak becok dok ikut cakap opah dalam citer tu... then tetiba...

her: "sayangggggggg.....kak balkis!!!"

me: hah apa???

her: sayanggggggg........ kak balkis!!!

terus dipeluk aku erat.... kau berani nak marah lagi ke balkis????? tidak..... terus amarah aku cair..

me: kau tengok la puas2 sofia oii....

aku ter"pasrah" di sudut dinding memerhati cik sofia kembali tumpukan perhatian pada skrin netbook aku. menonton cerita kegemaran beliau.

No comments: