Saturday, April 2, 2011

citer hindustan real!!!!!

petang tadi ke rumah housemate aku di pekan darat, akma. lama tak menjenguk mak nya yang aku dah anggap mak sendiri. yela mak dia sampai tejenguk2 ke tingkap tunggu aku n kawan2 sampai. terharu tauuu!!! dah tu masak best2 jamu kami... asam pedas melaka, kari ikan, ikan kerapu goreng belah belakang, air asam, perghhh memang kebabomm la... tambah plak dengan laksa, kuah gila punya kaw!! heheheheh

sorang housemate aku kena chicken pox ni. masa nak siap2 balik dalam kul 845 mlm aku tgk mmber aku da macam x sihat sangat so aku plan nak terus ke klinik. so kami choose klinik bersatu dekat bagan ajam, kpala batas.

sampai2 sebelum aku paking, aku mintak mmber aku turun dulu ke kaunter sebab nak cepat. katanya kul 9 dah nak tutup. baru je aku nak masuk paking tetiba aku nmpk 7 8 buah moto mat rempit menyelit depan keta aku. ingat biasa ja kan... member aku just statementkan "alamak.... gang india..."

dgn sekelip mata, keadaan jadik tak terkawal. aku nmpak 2 org laki indian lari masuk klinik. then aku nmpak yg lain pakat serbu, sorang dengan helmet terus hayun helmet ke pintu kaca klinik bersatu tu

"praaaaannnngggggg!!!!!!!!"

masa tu gila muka aku cuak. aku ingat nak merompak dah. terus aku teringat member aku dalam klinik tu. setle2 gaduh terus pakat amik moto & blah. cepat sangat keadaan tu belaku. x sempat nak rakam.. huhuhu

lepas pada tu keadaan da macam disaster. klinik kelam kabut. gang2 cina kat situ plak aku nmpak x puas hati. polis datang nak investigate apa patut.. then terus kami blah ke klinik lain... last2 90 ringgit jugak melayang tadi...

motif gaduh taktau la... tapi pukul2 ni buat aku seram.. macam cita2 gaduh hindustan plak tadi...


Alhamdulillah... semua still selamat. tu paling penting.

1 comment:

Norazizah said...

Yup yg penting selamat, duit xper. bole cari lg.


Follow Me, I Will Follow You