Tuesday, April 5, 2011

fenomena

sekarang ni makin menular2 fenomena hantu kak limah balik rumah. rasanya kat kelas aku pun hari2 at least twice aku akan dengar perkataan "usop wilcha", "Musalman" cer cite...cer cite".. heheh penangan mamat khalid memang terbaik lah!!!

tapi tak banyak orang terperasan watak2 dan skrip2 mamat khalid banyak menjurus kepada kritikan halus ala2 sarkastik kepada kehidupan masyarakat sosial sendiri. terutamanya masyarakat kampung...

contohnya gelaran yang diberikan kepada watak2 tu sendiri... macam usop wilcha tu sendiri... orang2 kampung kan kerap bagi gelaran, tak terkecuali di kampung aku... macam "ya kicap" sebab adaa kilang kicap. "ya Keling" sebab memang hitam manis.. hehehehe



selain tu, kalau cuba dengar perbualan especially bila kat part melepak kat kedai kopi pak munawer tu... becakap pasal pucuk pimpinan yang selalunya diketuai orang2 tua... patutnya diberi kepada orang muda.. heheh aku x ingat dialog tu tapi cam lawak pon ada...

yang lagi satu time meeting kat dewan orang ramai camna nak setlekan masalah hantu kak limah ni. si pengerusi majlis sibuk je nak mencelah cakap benda2 lain... hahah nampak cam lawak gampang tapi pengisiannya ada...

apa2pun x rugi jugak masa aku habiskan tenngok citer tu... cuma yang x bestnya aku sangat busy, x sempat panjat panggung tengok sana... tengok kat laptop je...


p/s: dengar2 nya sambungan zombi kg pisang n hantu mak limah ni ada 7 episod semuanya... good luck to mamat khalid n crew.

No comments: