Friday, April 15, 2011

dedicated to allahyarham Nurul Ilyani (3 months 12 days)

Nurul Ilyani,
It is the most beautiful moment that I had with,
when for the first time I saw your face,
I saw your smile while your sleeping
I hold your little tiny hand
you grab my fingers,
to hear your laugh
to kiss you, to hugs you, to feel you

Nurul Ilyani,
ibu adik menangis di pelukan akak,
betapa beratnya hati seorang ibu melepaskan anak sekecil ini,
3 bulan 12 hari tidak cukup untuk ibu mencurahkan segala kasih sayang pada adik..
tapi mendengar kata-kata abang chaq,
"macam mana kita sayang pun pada dia, Allah lebih sayangkan dia. sebab tu Allah ambil dia dari kita"
Its hurt me lot sis,
tapi akak pasti, adik pasti sedang bergembira sekarang bersama para bidadari dan bidadara syurga,
jauh dari hiruk pikuk dunia yang lebih memperdaya & menguji,
janji syurga untuk adik pasti,
bantulah ibu adik di masyar kelak,
dengan waktu yang sedikit ibu melempiaskan segala kasih sayang untuk adik,
bantulah ibu berikan khabar gembira untuk ibu adik ketika menghadapi saat2 keperitan di masyar kelak,


Nurul Ilyani,
kedatanganmu ke dunia disambut dengan penuh kesyukuran
kepergianmu akan dirindui semua
berbahagialah kamu di sana..
Al-fatihah...


Al-fatihah untuk arwah adik Nurul Ilyani, adik kepada sahabat aku yang meninggal akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan Allahyarham, ibu & ayahnya. ayah terselamat & tidak mengalami sebarang kecederaan manakala ibunya menerima beberapa jahitan di muka & lutut. kereta yang menjadi punca kemalangan telah melarikan diri. tiada saksi (harapnya dia berbahagia & gembira sekarang dengan melarikan diri). adik Nurul Ilyani mengalami gegaran di bahagian otak dan kecederaan dalaman yang menyebabkan kematian selepas koma selama beberapa hari.

aku sempat melawat adik Nurul sekali semasa hayat. bayi bertuah kerana dilahirkan didalam sebuah keluarga yang lengkap & penuh kasih sayang.

kalau diberi seluruh harta pun aku tak sanggup berada di tempat ibu sahabat aku. hanya Allah yang lebih mengetahui perasaan beliau. sebijak mana pun perancangan manusia, Allah tetap perancang takdir yang terbaik & teragung. i just hope keluarga zul tabah & redha atas kepergian si kecil mungil itu. setiap ujian ada beribu hikmah & rahmat yang mungkin tak mampu kita bayangkan... memori yang Allah berikan ini walaupun sekejap - itu adalah 1 penghargaan supaya kita lebih menghargai setiap apa di sekeliling kita pada masa hadapan.

semoga Allah melimpahkan rahmat buat keluarga Allahyarham Nurul Ilyani Amin... (jika anda membaca, anda turut mendoakan..terima kasih)


p/s: kali pertama melihat wajah si kecil tidur selama-lamanya... MasyaAllah suci & tenang tanpa dosa. nasib kita bagaimana???

p/s2: Al-fatihah jugak untuk arwah abah.. 9 tahun... rindu pada abah tetap sama macam dulu...

No comments:

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......