Tuesday, February 15, 2011

pengalaman dibuli

ada la dalam 2 3 kali aku ada bagitau aku dibuli masa zaman PLKN dulu tapi aku x story secara panjang lebar kan.... memang sangat x best pengalaman tu. sampai sekarang aku seram sikit kalau tengok lelaki bergaya ala2 botak macam mawi. kalau pompuan lain boleh cakap gaya seksi tapi bagi aku ada la cam horror sikit. & hasil pembulian tu jugak menyebabkan aku tersangat sensitif kalau ada lelaki yang meninggikan suara gegarau depan aku. tak kira la bukan depan aku ke, dalam filem ke, marah orang lain ke, jantung aku automatic akan bedenyut 3 4x ganda dari biasa dan akhirnya aku akan start semput & sebak.. that's all


alkisahnya..... memang cecita aku nak join PLKN & alhamdulillah rezeki aku ada. dapat plak kat langkawi. tak silap awal tahun 2006. dapat second intake. ok... character aku dalam kem tu?? nak kata aku sosial, famous2, xdek la pun.... nak kata golongan nerdy... lagi la bukan... i'm just act the way I am. always chill and ignore others. aku ramah dengan sesapa yang nak beramah dengan aku. that's all. that time  jugak aku ada gang sendiri tapi aku lebih suka gerak dengan 2 org besties ni.

mamat ni plak namanya sangat sedap. nama ala2 alim ulamak je... S**I. x payah mention lebih2. tapi perangai x macam orang biasa la. muka da boleh tahan kacak. dalam PLKN dia la jaguh kampung no 1. selalu tayang body macam salman khan. aku pun x paham tapi yala dia memang kategori tough. ada badan ketul2. tapi lantak kau la kan... ada aku kisah????

orang cam dia of course la ramai minah2 poyo yang nak kan dia sebab dia glamer kan. lawan cikgu tak tentu pasal. buat2 berani & samseng. bebudak pompuan kompeni aku ada 2 3 orang kena panggil dengan cikgu pasa bergaduh rebutkan mamat ni. eeeewwwwww!!!!! masa tu memang aku bengang sebab 1 team kena mara & beleter. aku yang x join activity rebut beliau pon kena maki sekali. bengang kan?????

kisahnya bermula bila aku & besties aku perasan bila kami jenjalan contoh nak ke surau ke, dining, tepi pantai lepak2 mesti si mamat poyo ni dengan gang2 dia akan carik pasal. even ada pompuan2 lain dok gedik2 sebelah pon asal lalu je mesti ada suara2 sumbang ejek2 aku n besties aku ni.. memula x amik port la plak tapi lelama jadik bengang. ada gak member2 laki yang rapat ngan aku tanya aku ada carik pasal ke ngan gang mamat ni sebab rancak bebeno ejek kami. HELLLLLOOOO!!!!!! xdek masa okey aku nak carik pasal. nak kata perasan tak jugak sebab memang panggilan tu untuk aku & besties2 aku

tiap2 kami bertiga siap ada panggilan "manja" yang bebudak ni gelar. memang menyampah la... tapi kami lebih suka diam..... but sampai 1 stage aku da rasa bebudak ni melampau so kami ngadu dekat cikgu kompeni. cikgu ni terkenal dengan ke"tomboy" an  dia sikit. so aku tak tahu menahu apa jenis nasihat yang cikgu ni bagi kat gang2 ni buat diorang stat tak puas hati giler babas kat group aku.. aku start dapat ancaman...

one weekend day, sabtu tak silap. cikgu2 kompeni ramai dapat jemputan kenduri so kem masa tu lengang tanpa pengawasan. aku n 2 besties baru gaya nak melahap dekat dining bila tetiba si mamat poyo ni attack kami. dining dah kurang orang masa tu sebab kami makan lewat. datang2 terus terajang kerusi & meja depan aku & besties. memang kurang ajar gila la masa tu. aku dah start kecut perut. kami tepaksa pegang tray memasing. nasik yang x sempat kunyah dalam mulut pon telan terus. antara ayat2 yang aku ingat...

he: AKU TAK PUAS HATI SKANG NI DENGAN HAMPA. BERANI CARIK MASALAH DENGAN AKU!!!!!!

me: apahal ni!!! (suara goyah ok....)

he: JANGAN MELAWAN BILA AKU CAKAP!!! LA NI AKU NAK TANYA HAMPA MENGADU APA DEKAT CIKGU!!!!!

besties: dak la ni kita setle elok2... hampa tak puas hati apa sebenarnya???

he: AKU X PUAS HATI LA HAMPA MENGADU APA DEKAT CIKGU

besties: la ni hampa yang dok cari pasal dulu....

he: AKU KATA JANGAN MELAWAN BILA AKU CAKAP!!!

me: apa masall...... (ayat x smpat hbis)

he: AKU KATA JANGAN MELAWAN!!!

masa tu kerusi meja depan kami memang habis beguling2 kena terajang ngan mamat poyo ni. muka dia jgn cakap la... da macam singa nak mampos aku tengok. kawan2 dia xdek plak cakap merepek2 tapi semua pakat pegang suruh dia sabar. sorang member dia bgi signal kat aku suruh kami blah, so kami cepat2 cuci p belakang simpan tray & balik bilik. otw balik bilik aku perasan dia & kwn2 tunggu sebelah koperasi. aku dah macam nak meraung segala bagai dah sebab kecut perut. gila kau if dia betul2 terajang kang sakit aku. dapat insuran pon tapi sakit tu tetap ada. dia terus tahan aku n besties.

he: hampa berenti sat. aku x puas hati lagi ni.

besties: apa??

he: lagi sekali hampa mengadu dekat cikgu pasal kami siap!!!!

me: hampa cari pasal dulu pasaipa???

he: budak ni memang nak kena!!!!

masa tu aku nampa dia meluru arah aku smbil pegang penumbuk tapi member2 dia cepat tarik badan dia. mamat tu siap meronta2 lagi nak atack jugak. aku memang da nak menangis time tu. besties aku pon sama. air mata da bejurai2.

he: apa teriak2!!! hampa jangan ingat hampa pompuan aku x berani nak BUNUH hampa tau tak!!!! ingat pesan aku!!!!!

member2 dia apa tak kata. aku rasa dia sorang je yang menyalak. member2 dia siap bagi jalan untuk kami blah cepat2. lepas tu aku terus lari masuk bilik. meraung segala bagai. aku terus pegi public phone meraung kat mak aku nak balik kampung. serius cuak nak stay longer kat sini. parent2 kami kol plak pihak cikgu2 tanya apa masalah. lepas pada tu kes tu terus kecoh. dok esok tengahari aku n besties dibawa ke 1 bilik. dalam bilik tu yg aku ingat ada 3 orang polis yang kawal kami. sorang polis tu cakap dia ketua polis langkawi. diorang mintak kami buat repot apa jadik semalam. masa tu kawan aku sorg ni memang jenis sensitif terus meraung2 nak balik. aku dah gelabah. gila tak!!! ketua polis turun padang tu. lagi la bertambah cuak. aku teringatt ugutan mamat tu. memula memang takda sorang antara kami bercakap apa2. tapi ntah apa polis tu pujuk last2 aku buka mulut sikit then kawan aku smbung.


polis tu cakap jangan risau, sebab ni da masuk jenayah ugutan so memang mamat ni boleh ditahan. dia cakap dia nak jumpak mamat poyo ni. tetiba member aku sorang da macam histeria. dia cakap tolong la jangan carik mamat ni sebab kalau tak kami kena bunuh. masa tu jugak akku rasa nak pitam!!! pasrah weh!! benda ni nyawa kot!!! even dia cam ugut bodoh2 tapi aku still takut. teringat time dia nak tumbuk aku. mmg takut.tapi polis tu cakap jangan risau. macam2 la benda dia nasihat bagi kami okey hilang trauma segala.


petang tu aku tido.... tetiba mmber aku kejut panggil kata cikgu nak jmpak dengan mamat tu sekali. tobat aku takmau. then sorang member aku ja yang atend meting tu. balik2 dia bagitau mamat tu gila menangis mintak maaf dekat member aku pasal kes ugutan tu. dia cakap saja nak main2.. SAJA NAK MAIN2???????? kau gila ke hapa?????dah buat hidup aku tak tenang tau tak!!!!!!!


las2 kali benda tu setle elok2. mamat tu kena warning kalau dia tak mintak maaf kat kami bertiga polis tepaksa bawak dia ke balai. pastu dia menagis segala bagai mintak maaf so kawan aku maafkan. lepas tu dia siap janji akan act as our brother. meaning dia akan protect kami bertiga if something happen kat kami dalam kem ni. poyos tak?????? polis tanya reason dia ugut n ejek kami bertiga... alasan yang dia bagi lagi poyos. statement beliau macam ni..

"saya sebenarnya saja nak tarik perhatian depa. saya sebenarnya nak depa sokong saya kalau saya buat apa2 aktiviti"

WTH!!!!! masa member aku cakap tu memang aku terbeliak bijik mata hokey!!!!!!! but now i will laugh!!! hahahahahahaha serius tak boleh blah statement tu. sayang plak aku x join kan...

after that case aku & 2 orang kawan aku dapat keistimewaan sikit. tau kan bila masuk PLKN segala handfon akan disimpan. weekend ja boleh pakai. tapi in case of us, handfon kami kena sentiasa di tangan dan bila aku n besties nak kuar makan ke surau or dining, kami akan di escort oleh cikgu2... hebat kan??? hahahaha dalam 2 minggu jugka dapat layanan kelas pertama. relation ngan mamat tu terus ok. ok bukan maksudnya kami okey 100%. kenangan kena buli & ugut tetap aku ingat. tapi bila dalam group activity kami akan participate & give full support for him... hah kau nak sangat kan...... sampai tercabut anak tekak aku sokong kau ni tau tak!!!!!



ada 1 moment kami bertiga besembang personally dengan dia, dia bagitau yang bapak dia pon jenis baran. dia tunjuk 1 parut dekat dahi dia. nampak jelas jugak la. katanya masa bergaduh dengan gang2 cina. ntah betul ntah tak tapi kami dengar je la setakat nak amik hati....

lepas kes tu jugak 2 3 orang pompuan datang jmpak aku & besties tanya kenapa carik masalah dengan mamat poyo tu... ikshhhh tolong la pompuan oiiiii!!! ikut hati akux hingin aku berbaik2... nak kenal pon malas tapi ni kes tepaksa okey!!!

sehari sebelum tamat PLKN pon aku n besties lepak2 sekejap dengan dia. sembang bodoh2 je la sebabnya nak lepaskan apa yang terasa kat hati. lepas PLKN terus lost contact. aku x penah jmpak dia tapi muka dia memang melekat terus dalam kepala otak aku. kadang2 ada rasa teringin nak jmpak tapi ewwwwww memang dia bikin gua trauma!!!


bila aku da boleh befikiran matang sikit, sekarang baru aku tepikir... aku n besties aku sangat ramah x kira orang tapi kami langsung x peduli pasal kewujudan mamat ni sebab dah paham beliau poyos & perasan best. agaknya sebab tu kot dia rasa tecabar ye dak!!! pompuan lain adore, kami buat endah tak endah... kah3x jahat tak pemikiran aku???

p/s: setahun 4 bulan dengan encik chef, leteran manja je yang selalu tekeluar dari mulut dia. dalam keadaan marah pon, suara still control sedap didengar. trimas ye encik chef. kekalkan attitude sebegitu.

1 comment:

Anonymous said...

aku b0leh bayangkan kalo hg cerita secara live kisah dibuli ni.. Perwatakkan hang! kahkahkah!

biggest mistake as a mother

balik kerja semalam tengah syok2 ushar status kawan2 dekat whatsapp aku noticed dekat Baling town ada buat ala2 fun fair gitu... cam best......