Saturday, August 6, 2011

mak cik karipap

sejak di meru ni almost everyday akan ke bazar ramadan taman jati belakang rumah ni... memandangkan makcik aku pon dok tunggu masa je nak deliver memang aku bejalan pon sambil kepung dia sambil tangan mengusung juadah sebab risau ramai-ramai kang ada telanggar... Nauzubillah jauhkanla.... ala-ala bodyguard kan.... merangkap driver lagi, mengasuh cik akmal lagi yang giler ah nakal!!!

ok sambung cerita pasal makcik karipap.... ini bukan kes hantu makcik karipap maharaja lawak ni... tapi kes yang benar-benar berlaku di bazar tadi.

makcik da bagitau nak beli kuih dekat gerai sorang pakcik ni sebab kuih dia antara ter"best" kat bazar tu. so masa sampai tengah pilih-pilih kuih ada la sorang makcik ni masuk gerai yang sama. dengan suara yang ala-ala speaker volume tahap no 5

she: pakcik tolong kasik karipap 2 ringgit.

pakcik tu xdek reaction apa-apa... aku pandang je semacam kat makcik tu... dasyat suara dia tapi pakcik tu boleh tak dengar... aku nampak a plastik karipap tu dah ready dah siap-siap. boleh la aku tolong ambikkan tapi kena panjangkan la tangan sikit

she: eh pakcik ni tak layan aku pulak dah.... ni adik tolong ambikkan karipap 2 ringgit  (dia tegur pulak anak pakcik tu, sama jugak takde respon)


pun suara dia kuat jugak..... aku pun tak teragak-agak tolong la ambikkan karipap dua bungkus kasik kat dia

she: hah terima kasih dik. makcik ni asyik mintak dari tadi xde sape nak layan makcik. entah meniaga apa macam ni....

aku just gelak-gelak je la nak cover, then baru la sorang abang tu perasan terus tanya

he: ye kak nak kuih apa?

she: baru nak menyahut. yela akak ni nakkan karipap tu tapi adik ni hah yang melayan kamu menengok aje... ni karipap ni bagi lagi 1 bungkus, aku nak 3 ringgit lah.

terkulat-kulat brader tu melayan. aku dengan makcik dah tergelak-gelak bagai.. lawak la jugak. boleh tahan outspoken makcik sorang ni...

p/s: latih diri untuk cuba bersabar di bulan puasa ni... cuba-cuba lah. lagi 1, pada perokok tegar, ambik semangat ramadhan untuk kurangkan pencemaran kesihatan & udara...

No comments: