Sunday, August 21, 2011

bila ramai manusia semakin hilang rasa belas kasihan

bahagianya rumah bila ada bayi sorang ni... walaupun kuat melalak tapi it's really great to see her cute face. bayi ada atas riba sekarang... hahahaha sila jangan jeles.

sedang mengira detik-detik terakhir di ipoh sebelum balik berhari raya di rumah dan InsyaAllah akan kembali bersama fami;y nanti untuk melawat baby sekali lagi.

terkesan jugak melihat baby akma... dia bertuah sebab kedatangan dia ke dunia ni sangat-sangat dialu-alukan dan dinanti. tak macam sesetengah bayi yang lahir-lahir je dah tercampak dalam lubang toilet, dalam baldi, dalam tong sampah majlis bandaraya... yang ditanam hidup-hidup pun ada...

para-para ibu bapa inilah antara ibu bapa paling malang dan rugi sekali di dunia dan akhirat.. takde nilai kasih sayang dan takda anak-anak yang akan mendoakan mereka di akhirat nanti...

janganlah kau cabut rasa sayang dalam diri hambaMu ini yaAllah.....




tengok si comel ni.... berani kamu nak bunuh???
sumber: pakcik google




sapa rasa terjenguk column aku ni rasa xmau bayi tu meh pm aku kat fb. aku jaga anak korang sampai jadik orang. InsyaAllah... (serius ini entry serius)

1 comment:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus