Saturday, July 24, 2010

weekend kali ini

nasib belum besawang lagi blog aku.. bukan pe malas cket skang nak meng"update" cita padahal banyak benda nak aku kongsi-mongsi dengan semua.. (pebenda ayat aku neh)...

well ikut kesibukan dan planning memang x sempat sebenanya aku nak menjejak kaki balik kampung. sebabnya jumaat aku ada planning nak hang out ngan cousin aku si nazri. da lama sangat x jumpak dia & banyak sangat cita2 baru aku yang dia x update sama gak ngan aku. haha nie la keja kami, macam da sebati... my story dalam poket dia same goes to me. tapi yala skang nie banyak sangat halangan susah nak dating macam dulu2. ssecond nya... aku kena practise nasyid untuk mnggu bahasa arab. petandingannya rabu akan datang. nak perform depan ustz isnin nie. arini sabtu, apa pon x wat lagi. apa hal??? aku sangat risau!!!!!

alkisahnya aku mntak izin kat kekawan balik sekejap ja... bila nazri x dapat mai jumaat aku still melompat sakan sebab boleh la aku balik jenguk umah kat kampung. apa tau aku da 3 mnggu x balik la!!! sure rindu.. huhuhu bila mmber nasyid bagi kebenaran terus aku siap2. x smpai setengah jam aku da kat luaq umah perangat enjin keta.. ngeee~ cepat kan... besiap ala kadar. tarik buang abih cadar, sarung bantal, towel masam sumbat dalam beg untuk didobi kat umah. fuuhh akhirnya 620 petang smpai la kat umah.. bahagia jangan cakap especially tengok pokok2 bunga ros aku kembang 5 6 kntum bunga. tapi bila aku tgk dr dekat... WHAT!!!!!! kenapa daun2 dia banyak melecur!! tidak... serangan bakteria neh... geram siot! pokok baru nak belaja bedikari... huk3x...

asalnya nak cita apa belaku weekend nie. jumaat tengah begayut ngan cik milah, dapat panggilan dari makcik bagitau sedara kat tasik gelugur meninggal. pangkatnya tok lang. abang kepada arwah tokwan aku.. aku ingat sekali ja penah melawat arwah tu pon masa abah still ada. masa tu aku tengok dia da uzur tapi gigi dia penuh. masa tu aku kecik lagi so aku yang bodoh2 alang tanya la mak aku kenapa gigi dia cntik. rupa2nya arwah pakai gigi palsu.. hehehe tu je kenangan aku ingat. but at least i still remember him. smpai dekat rumah pas uas pusing2 nampaknya kami x sempat nak melihat jenazah da dianta unuk dikebumikan. yala sebabnya jumaat nak semayang jumaat lagi.... betemu sedara mara yang aku pon x kenal tapi sembang2 la follow mak & makcik aku. ada hikmah jugak sebenanya.. time2 camni la boleh kenal2 dengan sedara mara jauh yang aku rasa kalo aku jmpak tepi jalan selisih bahu pon jeling ja padahal sepupu sendiri... hmmm.... selesai 1 urusan

esoknya pagi belum bukak mata lagi aku denga riuh2 makcik & mak sembang lagi sorang sedara aku jugak kat bikan, kulim meninggal. pangkatnya kali nie sepupu kepada arwah tok plak. pangkatnya tok long bagi aku. so bangun pagi besiap ala kadar, teman acik & pakcik ke market then siap2 terus ke umah arwah. family aku, family paklong, abang mizi & family makcik. smpai2 sana jenazah dah usung kuar kampung. sekali lagi aku x sempat menatap. sedihnya kali nie aku langsung x cam muka dia. tapi apa boleh wat kan... sedekahkan al-fatihah je la... then bejumpak sedara mara belah sana plak. uikss... ramai nya sedara mara yang aku langsung x kenal. mak & makcik ja yang sembang2 panjang aku dengar2 camtu ja la.

balik umah kelam kabut masak, rehat sat then terus balik umah sewa.. & here I am...

No comments: