Saturday, October 2, 2010

aktiviti hari ini

gerak ke alor setar... nampak gayanya kali ni aku agak mencari nahas. plannya hari ni nak tengok jumpers main parachute kat menara alor setar. memang gempak la jugak aku nengok tapi tempat landing kecik sangat. bapa orang aku tengok landing x cecah tanah tapi tesangkut kat tiang lampu smpai condong tiang tu. heheh lawak la jugak tengok gelagat tapi x smpai la nak guling2 depan tu. jaga adab la beb depan encik chef..... before tu carik nombor celcom baru untuk encik chef sebabnya nombor dia masalah. memula planning nak beli dua nombor ala2 nombor kapel gitu tapi aku da tarik muka patblas duaplohpat.... giler sayang ahh simkad nie. ramai scandal plak tu akan roger nombor nie. tapi tetiba idea beliau ialah memberi simkad baru kat aku & dia pakai simkad lama aku. lagi hancurrrr~ cuba ngelat la tapi last2 simkad aku bejaya dia pegang. aisehh.... susah la aku pasnie...

yang kedua.... plan beliau jugak untuk mencarik baju kapel... gila cantik aku tgk baju kat butik kappa. tapi bila tanya harga terus aku seret encik chef kuar. gila mahal!!!! (bapa byk gila da aku nie) 2 rat lebey.... padahal aku mmg tau menda tu mahal. dalam ati aku memang beria2 lah nak!! bapa kali aku mention aku minaaaaatttt baju tu. tapi xyah la beli mahal sgt.... padahal dalam ati da gedik lain macam. hembus cket2 bagi dia paham... agak2 kan?????? dia belikan x untuk aku??? hahahahaha nonsense!!!

plan aku tgk movie direject awal sebabnya aku p kat dia lewat, tgk movie takes time so carik aktiviti yang lebey pekdah iatu perabih duit. mana x lewat kejut aku pukul 6 pagi subuh baru nak azan. pas semayang konpem la aku smbung mmpi balik. huhuhu dan3x baru aku perasan selera encik chef nie tinggi rupanya padahal aku tengok besa je pon....


tengok jumpers main parachute sungguh2 teruja..!!! time depa da buka parachute nak terjun ciap bunyi suara lagi YEEEEEHUUUUU!!! hahahahaha gila ahh best. mesti puas tahap dewa boley lepas perasaan mcm tu tpi bak kata encik chef nyawa hanya bergantung kat parachute ja. if hilang bukan ada jual kat kedai repair moto pon. (ehh apa kaitan kedai moto plak?????) tapi bagi aku orang yang gila extreme sports nie mmg gila berani ahh!!

tau kan ada sorang jumpers maut 2 3 ari lepas kat situ. encik chef pon ada skali menyibuk rakam. ngeri la jugak. imagine macam buah tembikai terhempas dari tempat tinggi... mcm tu la.. dengar kata tali tesangkut kat helmet. persoalan aku pada encik chef waktu itu

me: agak2 depa ni mati syahid tak??


he: ada plak mati syahid.. keja gila ni semua yang. tapi betul la berani sangat depa nie..


me: eh kenapa??? abg x brani???


he: wooooo (geleng2 pala)


me: kahkahkahkah


he: (amboi budak sorang nie) nyawa yg oiii nyawa.....

me: ok dear, i'm shadap now

last nmpak muka aku da bosan bila aktiviti lipat payung kat atas lagi lama dari terjun so lepak2 kat kola kedah tunggu pakcik nelayan balik dari menangkap ikan (yeke???) then terus balik SP. sempat dia invite kawan2 aku belanja kfc. itu penting ok. nak amik hati aku kena amik hati org2 terdekat aku sama. cheewahhh!!! hahahahaha

kesimpulannya... kawan2 no celcom aku da betukar..... hukhukhuk

No comments: