Thursday, October 21, 2010

pandangan kerek........

tak best la betul rasanya menumpang populariti orang nie. ehhh pliss la mana ada aku menumpang glamer orang okay. aku berdiri atas kaki sendiri. macam sekarang jugak ramai yang cakap aku nie senang hati sebab dapat encik chef yang serba boleh masak. so smpai ke tua la aku tak reti masuk dapur. tolong jangan stereotype kat aku okay... susah payah mak aku ajar aku turun dapur, kenal mana satu bunga lawang & bunga cengkih pastu cakap aku x pandai turun dapur. huh kejam sangat statement tu!!!

wahai encik2 sahabat aku sekalian....

aku sedar la aku ni keras cket, jalan bersepah, mulut bising, lalai, cuai. alah semua la yang sewaktu dengannya tapi aku ni aktif jugak kat dapur. if aku tak duduk rumah sewa ni, dapur tu tak berasap okay... (tipu sunat) tapi betul la kat rumah sewa aku rajin gak memasak if mood datang. kat rumah kampung jangan cakap la dah nak bermanja dengan ibu terchenta. kalau kat alor star lagi la dah ada private chef tolong jaga diet aku (opppsss sensored)..

okey macam hari ni aku masak masak lemak cili api ketam + keledek. tapi x berapa jadi sebab keledek terlampau empuk so pecah2 dalam kuah. tapi rasa still maintain boleh kecur air liur. hahaha tetiba riak cket kat sini. tu aku malas bercerita, tapi kalau diam panas je rasa bila kekawan pandang kerek aku. ceh3x!!!!!

situasi petang tadi ketika melepak di rumah classmate lelaki (ada keja penting).. asalnya nampak mmber aku makan karamel so aku mntak la nak cuit cket.

me: hmmm sedapppp (padahal kurang sedap, hanyir telur terlebih)

guys 1: ala ang balkis xpala ada encik chef tolong masak.... eh dia penah masak tak kat ang???

me: penah la... tapi ayam keras!

guys 2: takpa la da kawin nnti lembut la....

me: *demmm!!! apekah statement ini*

guys 1: hahaha smpai ke tua la tak pandai masak kawan aku nie....

guys 2: eh dia pandai masak la weh. aku penah rasa dia masak aritu

guys 1: ang tau mana?? ang tengok ke dia masak???

WHAT THE WHAT la bebudak nie!!!


me: apa ni.... hari ni aku buat masak lemak ketam dgn keledek kot. jom ke rumah

them: hah jom3x

see..... hahahah labahau betul bebudak nie. tapi xpela melawak kawan2.. aku sayang jugak. tapi penegasan di sini ialah aku nak bagitau... if aku terasa nak makan apa2 aku akan online, xpun aku akan kol mak aku tanya resepi. jarang sangat la aku tany encik chef. pernah jugak bertanya & dia tak pernah lokek turunkan ilmu dia. tapi aku yang terlebih segan sebabnya..... if lelaki jatuh "kemachoan" aku plak of cozz la jatuh "keayuan" yang x seberapa ayu ni. so buat masa sekarang aku memang xde masalah & gelabah bewak mana nak cari bahan kalau tetiba bakal mertua ajak turun dapur. gua pakar beb!!! tapi x seberapa... hehehe

sapa nak rasa masakan aku hensap!!! (ok semua takut. aku paham sekarang)

No comments: